Badan Lisa diikat kemas di kerusi. Hingga tangan dan kakinya langsung tidak dapat bergerak. "Uncle buat apa ni? Apa uncle nak cari dari saya?!!" soal Lisa ketakutan. Takashi gelak mengekek mendengar soalan Lisa. "Jangan risau. Lepas keluarga kau bayar tebusan tiga juta, aku bebaskan kau."
*** Bermula dengan percutian di Jepun, Keterujaan Lisa bertukar pilu. Siapa sangka mommy dan daddynya ada agenda lain dalam pelancongan mereka. Dan satu persatu rahsia terungkai tatkala Lisa bertemu Hana dan obaachan. Muncul pula Akiko dan Takashi hingga nyawanya terancam.
Adakah segala rahsia yang terungkai mengakhiri hidup Lisa dengan tragedi?
SIAPA SANGKA DI DALAM KEMBARA, TERSEMAT SEBUAH LARA🥀
————-
Buku ini mengisahkan pengembaraan Lisa ke bumi matahari terbit, Jepun. Bersama dengan ibu dan bapa Lisa, mereka ke sana juga untuk melawat kakak kepada Lisa yang sedang belajar di Jepun dan juga untuk melancong ke tempat-tempat yang ingin Lisa kunjungi.
Tapi, di balik kesemua itu, terdapat satu rencana yang bakal didedahkan oleh ibu bapa Lisa dan sesungguhnya ini, bakal merubah hidup Lisa.
—————
Bagi aku, secara dasarnya buku ini menarik, padat dan ringan untuk dibaca. Dan disebabkan itu, cerita yang dikongsi amat mudah untuk difahami dan plot penceritaannya jelas.
Buku ini seakan berkonsep travelogue pada awalnya, tetapi secara perlahan penulis dapat menarik kita untuk mendalami lagi pengembaraan Lisa yang penuh drama. Suspense!
Cuma aku rasakan terlalu banyak malapetaka yang ditimpa Lisa, walaupun ia sebenarnya satu kejadian yang penting untuk ke plot seterusnya. Ya lah, selang beberapa hari sahaja Lisa di Jepun, sudah 2 kali dia sesat, ditinggalkan, kena culik dan macam-macam pendedahan tentang kisah silam Lisa. Pada usia Lisa 14 tahun, ianya sangat overwhelming!
Dan disebabkan ceritanya ringkas dan ringan, kita tidak berkesempatan untuk mengenali watak secara lebih mendalam. Sekurang-kurangnya aku inginkan lebih pengenalan kepada watak, contohnya rupa paras fizikal mereka. Mesti jepun berhijab lawo-lawo. Ehh!
Tambahan lagi, penulis gemar menyelitkan lirik-lirik lagu dengan niat untuk menyampaikan mesej disebalik lagu. Ianya okay pada mulanya, tapi aku rasakan elemen ini terlalu banyak serta kerap, dan makin lama rasa makin cringe pulak! Ampunn~
Tapi secara jujurnya, buku ini amat menarik dan seronok untuk dibaca. Juga tiada langsung typo pada segi penulisan atau ayat. Syabas kepada penulis, editor dan penerbit!
Tahniah sekali lagi Nurin Insyirrah atas sebuah karya sulung yang membanggakan ni! Keep it up sis! I want more!✨
Membaca novel ni seperti masuk dalam memori seorang remaja berusia 14 tahun, baik dari segi penggunaan bahasa serta pengaruh budaya (sebab ada lagu Harris J ya dalam ni... Yang mana pembaca dewasa tu mungkin tak berapa kenal).
Kisah bermula dengan sebuah percutian ke Jepun. Apa yang disangkakan percutian biasa, tiba-tiba berubah tragis bila berlakunya pendedahan demi pendedahan yang membuka rahsia identiti sebenar karakter utama, Lisa.
Penggunaan istilah dalam bahasa Jepun yang betul dalam novel ni juga harus dipuji. Kudos buat team editor pruf sebab pastikan penggunaan bahasa Jepun bersesuaian mengikut kisah yang digarap oleh penulis!
Judul buku: Aku, Memoir dan Rahsia Penulis: Nurin Inysirah Penerbit: GempakStarz Tahun terbit / Cetakan: Feb 2021 / Cetakan Pertama Jumlah muka surat: 224 Harga: 18.00 Tarikh baca: 13 Mac 2021 ~ 15 Mac 2021 Pengulas: Norsamila Samsudin
Resensi buku: Kisah Lisa Hanani. Gadis yang suka membaca dan memiliki beberapa potensi diri. Tetapi, sering rasa kerdil dan rasa tak punya apa-apa bila sering dibandingkan dengan kakaknya, Halina. Malah, rasa kerdil itu, bertukar kepada persoalan dan keraguan terhadap biologi dirinya. Persoalan ini membesar ketika percutian keluarga mereka di Jepun. Satu demi satu peristiwa tidak terjangka yang berlaku telah membuka memoir dan rahsia kematian yang tiada sesiapa pun tahu, walaupun obaachan. Rahsia terbesar yang amat memilukan!
Ulasan buku: Prolog yang ditamatkan dengan kes jenayah terancang, membuatkan keterujaan untuk terus masuk lebih jauh ke dalam cerita ini. Tetapi, penulis bijak untuk memegang kunci debaran. Diajak pembaca untuk mengenali kehidupan watak terlebih dahulu, dan dibiarkan persoalan pada prolog tersimpan, beku.
Penulisannya santai dan amat mudah faham. Dari segi bahasa, ada tiga bahasa pertuturan yang digunakan. Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Terkesima dengan ilmu penulis terhadap tiga bahasa dunia! Walaupun ia boleh diterjemah atau didapati daripada enjin carian dan terjemahan ‘Google’, tetapi, ia sebenarnya tidak mudah dalam meletakkannya jika kita tidak menghayati letak-gunanya satu-satu bahasa itu. Lebih-lebih lagi bahasa Jepun. Yang pertuturannya adalah dengan kefahaman budaya itu sendiri. Tahniah buat penulis.
Menyentuh soal isinya, jujur saya terhenti pada muka surat 18 dan 19. Termenung seketika. Cukup matang penulis ini memilih isi ini untuk dimuatkan ke dalam novel sulungnya. Bukan sahaja ia menyelak kembali ingatan terhadap sejarah dunia yang pernah saya belajar, tetapi juga ia diletakkan kena pada babak! Dan, lebih kena bila novel ini, sebuah novel remaja. Sasaran audiensnya adalah di kalangan mereka yang masih belajar. Insya-Allah, jika mereka baca, mereka akan ingat akan pelajaran mereka. Novel bukan sahaja escapism di senggang masa, tetapi mampu menjadi capaian memori kepada subjek di sekolah juga.
Penulis juga turut mengangkat karya animasi negara disela penceritaan. Dalam dialog santai tapi penuh sindiran kepada masyarakat yang memperlekeh minat seseorang. Sedangkan mereka tidak pernah tahu apa yang ada di dalam sesebuah karya itu.
Penulisan ini juga turut membawa niat utama penulisan, iaitu – sebagai medium dakwah. Hampir di setiap bab, penulis mengaitkan babak cerita dengan hal berkait pesan agama.
Menelusuri jauh cerita, ia bagai sebuah travelog ke negara matahari terbit. Lokasi, situasi yang diceritakan, membuatkan kita mendapat serba sedikit maklumat dan gambaran kehidupan masyarakat di negara Jepun.
Plot berkembang menuju thriller penceritaan. Mengembalikan ingatan kepada memori awal – prolog. Cerita yang didayung tenang awalnya, mula dipukul gelombang. Permainan emosi watak, berkocak. Darah muda dengan akal tidak matang memacu kepada konflik. Disusun kemas.
Nota: Amat mengujakan bila diketahui ia ditulis oleh seorang gadis yang berusia awal remaja. Lebih mengujakan bila penulis ini nampak, bukan sahaja cerita, tetapi tujuan dan capaiannya dalam bidang penulisan. Olahan sudah cukup baik, dan insya-Allah akan jadi lebih baik bila kerap menulis. Tahniah buat penulis muda, Nurin Insyirah.
Firstly, Siz nak ucapkan tahniah kepada adik Nurin Insyirah 🤩🎉 ! Jalan cerita yang sangat menarik dengan plot twist sikit. Siz dapat tahu mengenai ‘dunia’ di negara Jepun. Nurin pandai menggabung jalan cerita dan memberi informasi seperi Siz tengah berjalan² di sana. Pengetahuan Nurin tentang Jepun adalah sangat bagus. ‘Tachiyomi’ merupakan budaya membaca yang lain dari lain. Rasanya di Malaysia tiada budaya tu. Sebab semua buku dibalut dan jarang ada review copy untuk pelanggan di kedai² buku. Nurin telah berjaya membuat Siz baca buku ni in one sitting. Fast paced! Siz tak sabar nak baca your next book!
Aku, Memoir, & Rahsia menceritakan tentang seorang gadis Melayu cantik berwajah kacukan yang bernama Halisa Hanani. Ia bermula dengan keberadaan mereka sekeluarga di Jepun untuk bercuti sambil bertemu dengan kakaknya yang menyambung pelajaran di situ. Dek leka melihat sekeliling, Lisa yang ditemani kakak dan rakan kakaknya terpisah. Takdir menemukan Lisa dengan Hana dan obaachan. Ia adalah suatu pertemuan yang bermakna dan mereka menjalinkan ikatan yang sangat baik. Lisa menemukan suatu rahsia di kediaman obachan dan Hana yang menyebabkan dia meninggalkan kediaman itu untuk menenangkan fikiran. Tidak disangka-sangka, Lisa kemudiannya berkenalan dengan Akiko dan Takashi yang menyebabkan nyawanya terancam, dan rahsia yang lebih besar terbongkar.
Pertama sekali, tahniah Nurin, antara Booktuber Malaysia termuda yang berjaya menerbitkan karya penulisannya di usia 14 tahun! Naskah yang saya baca adalah terbitan pertama, dan seperti yang saya jangkakan, pasti ada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Cuma saya agak kecewa apabila kesalahan tersebut agak banyak jumlahnya. Mohon pihak editor memperbaiki kesalahan-kesalahan tersebut di cetakan kedua dan seterusnya.
Kepintaran Nurin dalam mengolah cerita, menyusun plot, dan mencipta watak dalam sesebuah novel di usia yang sangat muda ini harus diberikan pujian yang tinggi kerana seperti yang kita tahu, mengimaginasikan sesebuah cerita semasa membaca itu lebih senang daripada “memuntahkan” imaginasi dan rekaan sesebuah cerita ke dalam bentuk penulisan. Latar belakang tempat yang dipilih, iaitu Jepun, amat bersesuaian kerana adik Nurin sendiri pernah pergi bercuti ke Jepun. Jadi, penulisannya tentang tempat-tempat menarik ini lebih mudah dibayangkan oleh pembaca.
Buku ini membawa tema kekeluargaan yang manis, dan konflik yang diberikan pada jalan cerita sangat menarik. Bahkan, ada unsur saspens di dalamnya.
Karya sulung beliau dan aku sangat respect dengan bakat yang ada pada dik Nurin ni. Woww!! Itu yang aku dapat rasakan sepanjang membaca novel ini. Sejujurnya, buku ini merupakan buku pertama Magic Beans yang aku ada. . Ini tentang Halisa Hanani (Lisa). Kehidupan Lisa tidak seperti remaja yang lain. Keperibadian Lisa tidak seperti kakaknya. Lisa selalu dibanding-bandingkan dengan perwatakan Lina. Terdetik rasa cemburu di hati Lisa. . Mommy dan daddy Lisa membawa Lisa bercuti ke Jepun. Mulanya Lisa beranggapan mereka ke Jepun untuk melawat kakaknya, Lina yang masih belajar di University of Tokyo tetapi lain pula yang terjadi. Rupa-rupanya ada agenda lain yang dirahsiakan oleh mommy dan daddynya. . Ketika ralit mengunjungi Mandarake Complex, Lisa sesat dan cuba mencari Lina dan rakan-rakan kakaknya. Namun hampa. Lisa terserempak dengan seorang stranger iaitu Hana. Hana membawa Lisa pulang dan memperkenalkannya kepada Obaachan. Pelik dengan perubahan obaachan. Seperti ada yang tidak kena😨. Kenapa obaachan teringatkan Sara selepas melihat Lisa? Siapakah Sara? . Kemunculan Akiko dan Takashi mengeruhkan lagi keadaan. Lisa tidak dapat menghadam apa yang berlaku terhadap dirinya. Lisa mula panik dengan apa yang terjadi🥺. Mahu tidak mahu, rahsia kali ini perlu menemui penamat!! Kenapa nyawa dia yang diburu? Kerana dendam lama, manusia boleh bertindak diluar kawalan diri. . Personally, aku suka dengan ringkasan watak utama iaitu Lisa. Lisa seorang yg introvert dan suka membaca manga dan anime. Jepun merupakan latar tempat yang sgt sesuai untuk dijadikan tempat bagi seorang 'Otaku'. Dalam novel ni, banyak ilmu baru yang aku perolehi termasuklah amalan yg diamalkan oleh penduduk Jepun, peraturan dan undang2 disana, makanan halal dan keunikan tempat yang menarik disana. Buku ini sangat mempengaruhi 'nafsu' travel aku😂. . Rating: 10⭐ You deserved it @nurrinsyirrah . Karya sulung awak tak menghampakan langsung😍.. Kak Aina sangat enjoy baca buku ni, dan terima kasih kerana memperkenalkan novel Magic Beans yang lain. Tahniah dan teruskan berkarya tauu❤️🥰
Kisah seorang remaja kacukan Jepun dan Melayu yang dibesarkan di Malaysia akhirnya menemui keluarga sebenar semasa lawatan di Jepun.. Namun kebenaran yang terbongkar turut melibatkan jenayah pembunuhan.. Memang menarik novel ini.. Cuma sedikit kurang bila beberapa perkataan Jepun yang digunakan tidak disertakan terjemahannya sekali..
Dah lama teringin nak membaca buku karya adik @nurrinsyirrah Tertarik dengan cover buku ni yang cantik. 😍
Apa yang menarik tentang buku ini adalah kerana latar tempatnya di Jepun seperti di Shibuya dan Tokyo. Diselit sekali dengan penggunaa bahasa jepun, makanan jepun seperti Shushi dan omurice. Tak lupa juga ada pengaruh anime dimasukkan dalam kisah ini.
Buku ini mengisahkan tentang remaja berusia 14 , bernama Halisa atau lebih dikenali sebagai Lisa, kisah hidupnya terungkai apabila dia mengikuti ibu dan ayahnya melawat kakaknya Halina yang belajar di Jepun.
Rupanya banyak rahsia tentang kisah hidupnya yang dirahsiakan oleh Encik Hakim dan Puan Lina yang sebenarya merupakan ibu ayah angkat Lisa. Dengan tidak sengaja Lisa bertemu dengan Obaachan sewaktu dia tersesat di Jepun. Pelbagai konflik yang berlaku, dan rupa- rupanya Lisa sebenarnya mempunyai darah keturunan Jepun.
Ideanya menarik, cumanya banyak watak -watak yang dikelilingi Lisa tidak diceritakan dengan mendalam. Petikan - petikan lirik lagu yang memberi inspirasi kepada Lisa agak sukar nak dibayangkan tanpa melodinya 😅. Apa- apa pun buku ni sesuai dibaca sebagai bahan bacaan ringan. Membaca POV dari seorang pengarang muda. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nurin kerana berjaya menghasilkan sebuah karya sebegini. 🤗😘
This book, was REALLY amazing. Buku ni dia ada selitkan sekali info's about Japan and Islam. I really liked it. Very educational 👍 I had a great time reading this artwork. Nurin Insyirah, you did an excellent job writing this book. I was fascinated by the plot and plot twist. I was satisfied with this work. Thank you for this wonderful book
Wow. Sangat kagum. Untuk usia semuda itu dah hasilkan buku yang menarik macam ni. Cara penceritaan yang ringan, banyak info dan tak meleret buatkan aku tak boleh stop baca sampai ke muka surat terakhir. Tahniah adik Nurin. Semoga terus maju jaya.
This book is about a teenager named Halisa Hanani and her family went to visit her older sister named Halina in Japan who is a student of University of Tokyo but ended up meeting her biological grandparent and found out her parents' biggest secret.
I love the fact that Nurin, my ex schoolmate wrote this book. Her story was beautifully written but unfortunately, there are some things that I dislike about this book.
I do not like how slow this book was. The main point of the story was around page 150+, I think. The whole time, this book was like the author's story about her holiday in Japan. Besides from that, I do not like how immature the way Encik Hakim, Puan Laila and Obaachan talk. It was like a group of teenagers having a serious conversations. The story was very predictable and it's all about coincidences. All the characters are related to each others at the end.
On the other hand, I love how Naura had a character development. She went from the popular mean girl to a good and a nice friend for Halisa and Hana. I love how the author included Islam into this book. Some of the advices in this book about Islam really deeply touches me.
I recommend this book to kids who started to read Malay books because it was easy to read and there was no hard word that I have to google to know the meaning. Overall, I rate 3 stars for this book.
P.S. : I love how the author added some lyrics in this book. All the songs in this book are the songs that I know so I didn't read it normally. I sang while reading it.
“ Kadang-kadang ada sesuatu Allah tunjukkan untuk buka mata kita . Tapi, kita tak sedar hikmahnya. Lalu, yang kita nampak cuma masalah. “
Halisa Hanani. 14 tahun. Melawat kakak dia dekat Tokyo tanpa mengetahui ada rahsia besar yang akan terbongkar nanti.
Sepanjang dekat Tokyo, Halisa jumpa Hana (kawan Jepun) alkisahnya dia tersesat masa dekat Mandarake Complex. Hana ada nenek. They lived in Shibuya. Luckily, they’re Muslim and can speak Malay as well 😍 interesting!
Takashi- suami Akiko. He’s that bastard 😒 sebab dendam lupa diri.
Buku ni hadiah dari @simamadino thanks a lot 😘 tak sangka best buku ni 😂 ada baaaaanyaaakkk ilmu dalam buku ni pasal Tokyo. It helps a lot untuk orang yang taktau apa ada dekat Tokyo.
Contoh;
1) Ameya Yokocho Market -pasar terbuka dkt Taito Ward of Tokyo. Banyak barang ada dekat situ macam baju & kasut branded, pelbagai jenis makanan, etc…
2)Ueno Park -Pusat kebudayaan tokyo
3)Akihabara Street . Ni paling best especially for otaku! Sesuai sangat macam2 ada ❤️
Buku ni jugak ada ceritakan serba sedikit budaya Jepun. Contoh budaya “ tachiyomi “ iaitu budaya berdiri & membaca di mana-mana ceruk kedai. Kalau kat sini kena halau dah 😅
So far , this is a great book 🥰 ada unsur-unsur Islamik diselitkan.
Halisa Hanani, anak bongsu En Hakim dan Pn Laila. Mempunyai seorang kakak, Halina yg belajar di Tokyo. Rajin membaca dan punya kelebihan tersendiri namun sering rasa rendah diri bila dirinya acapkali dibandingkan dgn Halina. -- Kisah bermula dgn percutian Lisa ke Jepun bersama ibu bapanya. Tujuan utama utk melawat Halina sambil melancong. Tanpa sedar sebenarnya ibu bapa Lisa sedang merancang sesuatu. Siapa sangka, Lisa yg sesat bertemu dgn Hana dan bakal merungkai rahsia hidup Lisa. Apa agenda ibu bapa Lisa? -- Hana tumpangkan Lisa di rumah obaachan (nenek). Di bilik obaachan, tanpa sengaja Lisa temui gambar dan sebuah diari milik 'Sara'. Rahsia demi rahsia mula terbongkar. Saat Lisa tahu perkara sebenar, dia lari membawa diri. Kedegilan Lisa membawa padah bila dia diculik Takashi yg menyimpan dendam lama. Siapa Sara? Rahsia apa yg disembunyikan? Apa kaitan mereka semua? Siapa Takashi? Apa yg terjadi? -- Aku sangat kagum dan rasa tak percaya bila baca hasil tulisan penulis yg terlalu muda. Gaya bahasa yg tersusun kemas dan penceritaan suasana di Jepun yg sangat menarik. Byk info tentang negara Jepun dan keindahan agama Islam. Awal cerita, penulis dah masukkan genre thriller, mengolah satu demi satu hingga terjawab semua persoalan. Byk pesanan yg disampaikan. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
This is such a comfort read for me!! Everything feels so familiar and homey. And you know that’s always been my favourite feeling ever🥰🥰!!This book will definitely take you to Japan! I’m surprised that there’s even places I haven’t been and Japanese culture that I’m oblivious about even though I’m already in my third year in Tokyo. I truly love all the characters except the antagonist, ofc😡. Kudos to the author for intertwining Japanese culture, the beauty of Islam, family values, exciting drama, friendship and the journey of finding one self into such masterpiece✨ Loved and enjoyed this! You’re amazing Nurin!!
Karya yang penuh dengan drama hidup & konflik kekeluargaan. For a teenage writer, I think she has done a great job!
Kisahnya seorang gadis yang travel ke Jepun tapi tup tup end up dapat tau something. Kau bayangkanlah kau nak happy-happy, tapi ada perkara buruk terjadi, sesat, pastu mujurlah jumpa orang baik-baik. Ada kejutan menyusul lepas tu. Plot penceritaan mengingatkan aku pada Korean daily dramas punya style, ada masalah keluarga, anak hilang, terpisah dengan mak ayah macam tulah. Paling penting, cerita ni enjoyable dan best layan.
This book is my first introduction to the Siri Novel Ringan Magic Bean (during my high school year) and this book is the debut of this younger author back in 2021 (4 years ago) dan Reputasi (buku FIXI) is her second book from her 📖