Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kita Yang Terpilih

Rate this book
Saling memberi dan menerima itulah yang menyempurnakan sesebuah ikatan. Penantian lima tahun Harith dan Noureen tidak mematahkan harapan meskipun tidak sempat bersama dengan kedua-dua anak syurga mereka. Selagi ada jalan tiada istilah putus asa.

"Umi nak kita batalkan ambil anak angkat." -HARITH DANIYAL

"Habis, apa kita nak buat?" -NOUREEN

Yang tidak masuk akal apabila ibunya menyuarakan hasrat yang Harith sendiri tidak pernah terfikir. Perlukah? Tidak! Cukup dia punya seorang isteri. Kalau Noureen tidak sanggup, dia lagi tidak rela.

"Reen dah bosan sangat ke tengok muka abang hari-hari? Dah jemu pandang muka abang sampai main paksa-paksa macam ni?" -HARITH DANIYAL

Namun Noureen nekad dengan pendiriannya, walaupun dengan kata setuju itu bakal mengecewakan.

"Reen nak abang terima takdir hidup kita yang sekarang ini tidak seperti apa yang kita pernah impikan dulu. Hanya Dia yang berhak tentukan perjalanan hidup setiap hamba-Nya." -NOUREEN

Bagi Harith itu keputusan Noureen bukan dia. Dia bukan dipaksa tetapi terpaksa. Dia mahu buktikan yang kebahagiaannya cukup untuk seorang bukan untuk dikongsi apalagi untuk dibahagi.

Saat cinta, setia dan bahagia, apa yang mampu dipertahankan?

Kemampuan diri, tuntutan hati.. mana yang harus dituruti?

Janji dilafaz, impian dirancang. siapa yang bakal mengingkari?

Sekuat mana pun dia berpegang pada janji tetap bukan syarat untuk mereka mengecapi impian yang diidam. Sesulit apa pun keadaan, tak akan ada yang meninggalkan dan tak akan ada yang ditinggalkan.

545 pages

First published January 1, 2021

2 people want to read

About the author

Ana Mahnur

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (16%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
February 12, 2023
Buku ini mengisahkan tentang Noureen yang masih belum dikurniakan cahaya mata selepas beberapa tahun berkahwin bersama Harith.


Maaf penulis sebab saya bagi dua bintang untuk buku ni. Jujur saya katakan, penulis pandai kembangkan jalan cerita. Maksudnya penulis pandai olah dan kembangkan ayat pada setiap perenggan.


Cuma yang jadi masalah sekarang ni adalah typo yang terlalu banyak sehingga menganggu pembacaan. Contoh: ms 23, di paPuan Saraya Giant, dan banyak lagi.


Kalau dalam 10 typo, boleh pejam mata lagi. Tapi ni sampai ganggu mood nak baca. Saya salahkan editor FP yang sepatutnya mainkan peranan untuk betulkan mana yang patut.


Kemudian, saya tak suka dengan sikap Reen dekat Harith lepas ada konflik dan Harith yang acuh tak acuh layan ‘orang ketiga’ tu. Lagi pun, aku kesian dekat watak Dian yang dipergunakan oleh kepentingan mereka sendiri.


Cerita ni ada banyak watak dan pov juga, meleret pada permulaan. Beberapa part agak rush sikit. Ada pain juga dekat hujung-hujung.


Dua bintang saya beri adalah untuk pengolahan ayat yang menarik dan satu bintang lagi untuk setiap kali muncul scene Dian bersama Harith buat saya teruja tanpa sebab. Lagi satu, buku ni clean habis. Tak ada scene 18+, so sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur.


Apa pun, saya harap penulis dapat perbaiki kesilapan pada masa akan datang dan come back stronger.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
April 12, 2021
Kita Yang Terpilih💙
4.5🌟

Cinta itu mahal nilainya. Lebih-lebih lagi cinta sang isteri kepada si suami. Noureen, wanita ini cekal menghadapi dugaan sewaktu berlaku keguguran dua kali dalam hidupnya. Hasrat ibu mertua untuk mengahwinkan Harith, suaminya bersama Dian. Noureen akur dan belajar untuk ikhlas menerimanya. Sungguh, tinggi pengorbanan yang dilakukannya.

Gadis lemah-lembut, periang dan sabar itu namanya Dian. Dijodohkan atas kehendak keluarga. Perit itu dilalui sehingga satu rasa mengisi hati. Harith juga belajar erti menghargai. Anugerah terindah buat sang wanita yang bakal menjadi seorang ibu. Itulah saksi perkongsian hidup mereka.

Akan tiba satu masa, kehidupan ini seperti roda. Diuji berkali-kali, kesabaran dan ketabahan menghadapi. Seiring itu, berkat menanti pasti ada ganjarannya. Menghargai dan dihargai. Kesetiaan, kasih sayang, komunikasi, keluarga, pengorbanan dalam mendirikan rumah tangga. Kasih dicurahkan, kebahagiaan dialami.

Hadirnya seketika, namun cukup mengajar rasa bahagia. Akan ku jaga amanah ini dan galas tanggungjawab yang diberi. Terima kasih kerana sentiasa ada denganku walau sedetik cuma. Noureen dan Dian, kekasihku hingga syurga. Bidadari yang akan ku jaga sepenuh hati. InshaAllah, sama-sama kita bina keluarga bahagia dengan berlandaskan cintaNya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.