Jump to ratings and reviews

Tawarikh Tanah Melayu dan Melaka

“...penerbitan esei-esei ini juga digerakkan oleh rasa tidak senang penulis terhadap beberapa orang yang berlagak sarjana ilmu tawarikh tetapi menulis hal-hal dongeng ciptaannya sendiri yang didakwanya sebagai sejarah, tanpa mengemukakan dalil sahih yang menjadi landasan penulisan ilmu tawarikh atau ilmu sejarah.”


Dalam karya terbarunya ini, Prof. Emeritus Ahmat Adam membincangkan zaman silam Melaka dan kaitannya dengan tawarikh bangsa Melayu. Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan beliau, dan antara topik yang dibincangkan ialah penaklukan kesultanan Melayu Melaka oleh bangsa Portugis, perihal Laksamana Melaka yang bergelar Hang Tuha (bukan “Tuah”), dan warisan budaya Nusantara seperti ilmu huruf serta hubungannya dengan permasalahan dan makna huruf al-Qur’an yang sangat mempengaruhi para sarjana zaman dahulu.

Datuk Dr. Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Ilmu Sejarah yang mula bergiat menulis sejak 1970an. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan 19 buah buku ilmiah, termasuk antaranya, Hikayat Raja Pasai (SIRD, Petaling Jaya, 2019), Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua) (SIRD, Petaling Jaya, 2018), The New & Correct Date of the Terengganu Inscription (SIRD, Petaling Jaya, 2017), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya, 2012), Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780 – 1824) A Descriptive Account With Notes and Translation, MBRAS, Kuala Lumpur, 2009), Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta, 2003), dan resensi terbaru Sulalat u’s-Salatin (Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, 2016) yang berasaskan naskhah Krusenstern, yang kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.

255 pages, Paperback

Published January 1, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Ahmat Adam

13 books13 followers
Datuk Dr. Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Ilmu Sejarah yang mula bergiat menulis sejak 1970an. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan 19 buah buku ilmiah, termasuk antaranya, Hikayat Raja Pasai (SIRD, Petaling Jaya, 2019), Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua) (SIRD, Petaling Jaya, 2018), The New & Correct Date of the Terengganu Inscription (SIRD, Petaling Jaya, 2017), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya, 2012), Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780 – 1824) A Descriptive Account With Notes and Translation, MBRAS, Kuala Lumpur, 2009), Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta, 2003), dan resensi terbaru Sulalat u’s-Salatin (Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, 2016) yang berasaskan naskhah Krusenstern, yang kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
155 reviews20 followers
Read
February 3, 2023
Berbanding buku Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia yang cenderung menegaskan kaedah kajian yang diguna pakai oleh Prof., naskhah ini menyaring dan membanding beberapa maklumat sejarah dalam Sejarah Melayu dengan sumber-sumber sejarah asing seperti catatan China dan Portugis. Perbandingan tersebut menghasilkan kronologi sultan-sultan yang memerintah sewaktu Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, persoalan kedatangan Islam ke Melaka terutamanya berkait pengislaman Sultan Melaka turut dikupas oleh Prof.

Dua bab terakhir buku ini, Prof. kembali menegaskan tesis dan pendirian beliau mengenai sosok Laksamana Melaka dan menepis andaian-andaian yang tular dalam media sosial.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
May 14, 2024
Karya ini mengupas perihat sejarah Melaka yang sebenar menurut penulis terutama bersumberkan Hikayat Hang Tuah, Sullatus Salatin dan beberapa karya lain. Masalah utama penulisan sejarah hari ini terpaksa menilai dengan bebeerapa sumber berbeza walaupun judul kitab itu sama umpamanya Sullatus Salatin kerana banyak wujud tokot tambah dalam penulisan yang disalin sehinggal menjadi perdebatan mengenai tulisan sebenar. Ada sudah dibawa ke Portugis lalu diloah dengan cerita berbeza. Isu Hang Tuah juga diutarakan. “Tuah” di sini bukan bermaksud untung tapi perkataan “Toh” bermaksud lama. Penulis menyifatkan banyak perkara mengenai Hang Tuah merupakan fiksyensahaja. Adapun laksamana tidak diberi nama Hang Tuah seperti diuar uarkan. Dalam ini juga bercerita mengenai Sultan Mahmud yang zalim dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka di tangan Portugis dan betepa liciknya Dhalberkaki dalam mengatur strategi menawan kota tersebut
Profile Image for Ainil Reads.
40 reviews22 followers
June 9, 2021
Buku ini mengumpulkan perbincangan akademik oleh Prof Ahmat Adam. Bagi saya yang baharu saja berjinak-jinak untuk membaca sejarah, buku ini agak berat. Pembaca perlu sekurang-kurangnya membaca dahulu Sulalatus Salatin bagi lebih memahami apa yang dibincangkan penulis. Sesuai bagi mereka yang inginkan perbincangan sisi lain Sejarah Melayu.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
August 7, 2021
Setiap satu bab menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya tentang sejarah Melayu. Alhamdulillah, memang terasa sangat seronok membaca buku ini.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews