Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tenanglah Hati

Rate this book
Tema buku kali ini menyentuh tentang isu depresi, iaitu suatu keadaan yang tidak asing bagi masyarakat kini. Apatah lagi dalam segala kegawatan dan kekacauan yang disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda, ramai yang sedang melalui situasi getir ini.

Dalam buku Tenanglah Hati, penulis menceritakan kisah hidup individu yang mengalami situasi ini, dan beliau berkongsi tentang tip dan jalan penyelesaian untuk pembaca keluar daripada situasi sebegini.

272 pages, Paperback

Published March 23, 2021

7 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Reyna Ibrahim

9 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (57%)
4 stars
8 (38%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
September 3, 2021
Damailah jiwa yang ketandusan, dan hati yang berantakan.

Seakan tenang perlahan-lahan menyusup kembali dalam hati lantas memotivasikan diri untuk terus hidup memaknakan erti menjadi seorang hamba Allah.

Begitulah apa yang saya dapat rasakan semasa dan selepas proses pembacaan buku ini.

Padat dengan kata-kata yang memujuk jiwa dan memotivasikan diri serta panduan untuk merawat hati demi menjemput ketenangan dalam hidup.

Penulis juga mengajak pembaca untuk berdamai dengan diri dan takdir.

Punca terjadinya ujian demi ujian yang ditimpakan ke atas seseorang serta segala macam emosi negatif yang dirasakan daripada ujian yang menimpa adalah sebagai bentuk dan peringatan untuk kembali kepada hidup bertuhan.

Siapalah kita tanpa Allah.

Buku ini juga mempunyai elemen pemerkasaan wanita (women empowerment) berlandaskan Islam kerana ujian hidup mengajar wanita khususnya untuk terus tabah dan kuat menjalani kehidupan.

Penulis juga turut menyelitkan beberapa kisah wanita cekal yang beliau kenal dan pernah temui pada bahagian mukadimah.

Setiap muka surat berwarna warni dan mempunyai visual yang menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.

Tahniah kepada penulis & @rimbunanpublishing untuk buku yang sangat bermanfaat ini.

Highly recommended untuk wanita Muslim!
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
August 30, 2021
Buku ini digarap khas buat mereka yang sedang mendepani ujian dan mengalami depresi. Dalam buku ini, penulis menceritakan cara penulis untuk merawat hati dan memberi ketenangan ketika dilanda ujian berperang dengan emosi sendiri. Juga ilmu untuk kembali hidup bertuhan.

Sebagai permulaan, penulis berkongsi kisah wanita hebat yang pernah mengalami situasi begini dan bagaimana mereka bersikap optimis dan menghadapi segalanya. Sungguh, aku kagum dengan ketabahan semua wanita ini. Pada akhirnya, aku juga berfikir adakah aku akan menjadi sekuat mereka jika berdepan ujian sedemikian rupa? Sering aku berpegang pada kata bahawa ujian hadir dalam hidup manusia dalam bentuk berbeza dan mengikut kemampuan hambaNya.

Kemudian, penulis menerangkan setiap langkah yang beliau amalkan untuk meraih ketenangan hati ketika dibebani masalah. Setiap langkah disampaikan dalam dengan cukup jelas dan terperinci. Halaman buku yang berwarna-warni merupakan elemen tambahan yang mampu menarik minat pembaca untuk terus menghayati dan memahami setiap aksara dalam buku ini.

Ada beberapa kata-kata motivasi yang dipetik daripada buku-buku lain seperti buku Hiduplah Untuk Hari Ini. Aku suka bagian penulis berkongsi kata-kata daripada buku lain. Dalam tidak sedar, ia memberi aku keinginan untuk membaca buku-buku yang dikongsikan itu.

Banyak dapatan daripada buku ini. Ada juga beberapa dapatan yang pernah aku baca pada buku motivasi yang lain. Aku tetap suka untuk mengulangi membacanya kerana sesungguhnya aku seorang insan yang memerlukan peringatan sentiasa.

Antara dapatan daripada buku ini adalah:
1 - Senaraikan semua masalah. Kategorikan masalah kepada masalah kecil atau besar. Cari punca kepada setiap permasalahan dan seterusnya mencari solusi jika ada.
2 - Mulakan sesuatu perkara baru dengan perlahan dan istiqamah agar kita dapat menikmati segala yang kita lakukan.
3 - Kita bisa beroleh ketenangan hanya dengan mendekati Allah.

Buku ini sungguh dikarang buat mereka yang memerlukan kata-kata motivasi untuk menguatkan hati dan fikiran ketika menghadapi ujian juga seterusnya untuk mencari ketenangan 🤍

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Norhana.
25 reviews
August 29, 2021
Buku ini ditulis dengan baik oleh penulisnya. Setiap bait katanya begitu terasa di dalam hati. Tiba pada satu bab, aku membaca dengan linangan air mata. Aku begitu terkesan dengan pembacaanku. Mungkin juga kerana saat ini aku sedang berdepan dengan ujian, maka ayat-ayat itu memberi impak yang cukup mendalam buatku. Terdapat banyak tips yang berguna dan boleh dipraktikkan. Terima kasih, Ya Allah kerana menghadirkan ujian buatku. Ujian ini telah membukakan mataku untuk melihat sesuatu yang aku tak nampak selama ini. Terima kasih, Ya Allah kerana menggerakkan hatiku untuk membaca buku ini. Kepada penulis, tahniah dan terima kasih. Teruskan berkarya!
Profile Image for Anne Nafi.
15 reviews
November 23, 2021
Best local book so far. Thank you Puan Reyna for pouring all your strengths in the book, sharing all the ideas on how to move forward. May Allah always bless you and your family. Amin.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
August 1, 2022
Pertama kali membaca karya kak Reyna Ibrahim dan ternyata ianya pengalaman yang sangat indah. Aku kadang cemburu dengan kemampuan seseorang yang boleh menulis dengan begitu baik. Buku ni ditulis dengan hati dan sampai juga ke hati ku. Aku rekomen pada sesiapa yang hati nya perlukan kata dorongan, semangat dan peringatan. Ternyata, hidup ini memang lelah.

Terima kasih kak Reyna. Semoga Allah berkati.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.