Mereka berlima mempunyai satu tradisi. Dua tahun sekali, mereka akan berkumpul untuk sebuah weekend reunion. Dua tahun sekali tanpa gagal. Sehinggalah reunion mereka yang keempat, salah seorang daripada mereka memecahkan berita bahawa dia punya kanser paru-paru yang fatal.
Berita itu mengubah landskap grup mereka, walau seketat mana pun mereka cuba berpegang sesama sendiri. Reunion kelima membawa mereka menyusuri satu perjalanan yang diatur si penghidap kanser. Setiap daripada mereka diberi klu, untuk mencari sesuatu yang ditinggalkan sahabat mereka yang sudah pergi.
Ini kisah perjalanan lima sahabat rapat, yang kini tinggal empat.
5 sekawan, 1 tradisi, reunion 2 tahun sekali. Pertemuan ke-4, Kurt beritahu dia ada kanser. Matinya dia meninggalkan klu, 4 sekawan kembara merentas negeri untuk mencari sesuatu yang ditinggalkan sahabat mereka: memori.
3.3/5 ⭐
Jika anda peminat: ✅ kembara roadtrip ✅ mengenang memori indah (atau gundah) di asrama zaman remaja ✅ persahabatan gila-gila ✅ ala-ala misteri ✅ refleksi erti hidup/keluarga/rakan
Maka karya terbaru Aiman Hazziq ini sesuai untuk anda!
Amaran: BENAR-BENAR untuk pembaca MATANG.
Seksualiti, buli, hedonisme alert jika anda bukan penggemar tema-tema sebegini.
Aku sendiri pun dah jarang baca novel Fixi yang "Fixi" macam ni, ambil masa juga nak tuning semua, ahaha. #BacaTanpaPrejudis
Sempurna mengingatkan aku kepada filem Terbaik Dari Langit. Boleh jadi hit or miss. Anda boleh suka atau tidak suka karya sebegini. Seperkara yang aku suka adalah gaya penceritaannya yang mengalir. Jungkir balik memori lalu & realiti semasa yang kemas. Pembacaan jadi lancar.
Mengisahkan tentang 5 sekawan iaitu Liz, Emir, Kurt, Lia & Sid. Mereka akan membuat reunion 2 tahun sekali tanpa gagal. Setiap seorang berpeluang dan mendapat giliran untuk handle reunion tersebut. Namun, pada reunion yang ke 4. Salah seorang dari mereka iaitu Kurt telah membawa berita tidak best iaitu dia menghidap penyakit kronik iaitu Kanser Paru Paru tahap 4.
Kebetulan, Kurt akan handle next reunion mereka akan datang. Jadi? Hayat Kurt tidak panjang dan pada tahun dimana mereka akan reunion sekali lagi. Kurt telah tiada namun Kurt telah menyediakan sesuatu buat keempat sahabatnya. Setiap dari mereka mendapat klu untuk mereka explore bersama dan mencari apa yang ingin disampaikan oleh Kurt.
Penulis membawa tema persahabatan. Setiap kali membaca helaian Sempurna ini. Terasa aura keakraban kelima-lima watak. Keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. Buktinya mereka tetap akan mencari masa dan meluangkan masa bersama walaupun kekangan masa & sudah mempunyai kerjaya masing-masing. Mengingatkan juga cerita di zaman persekolahan & di asrama. Automatik terflashback semula. Cemburu dengan friendship dieorang. 🤧
"Nampak api tu? That's you guys in my life. Dalam kegelapan dunia ini, time semuanya hitam dan gelap. Korang yang jadi cahaya dalam hidup aku" - Kurt
Kehilangan Kurt memang meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka berempat. Kata mereka orang baik, Allah sayang. Sebab itu Allah ambil mereka dulu. Baca novel cinta pun tak rasa sebak macamni. Ini bila tahu Kurt dah tak ada lagi. Rasa sebak.
Saya ambil masa 2 jam untuk habiskan buku Sempurna ini. Permulaan cerita yang baik sebab saya tak berhenti baca. Tak sempat nak rileks, terus dibawa ke cerita yang lain. Suka baca cerita adventure macam ni. Buat kita tertanya-tanya. Nak suruh dieorang cepat setelkan misi tu pun iya juga. Tak sabar. Disebabkan Kurt sudah tiada. Banyak andaian yang mereka fikirkan sendiri. Mungkin ini yang Kurt inginkan atau sampaikan. Tapi apa sebenar-benarnya yang Kurt mahu tunjukkan? Adakah andaian mereka ini tepat atau sebaliknya.
Dari satu tempat ke satu tempat. Bertemu dengan orang yang mereka tidak kenal dan orang ini ada kaitan dengan Kurt. Lebih mengenali antara satu sama lain & isi hati walaupun sudah berkawan sejak bangku sekolah lagi. Yang disangka tenang rupanya ada juga terselit gelora.
Berkisar tentang persahabatan zaman sekolah yang berterusan hingga dewasa. Bagaimana cabaran zaman dewasa memberi kesan terhadap persahabatan-perkahwinan, ekonomi, ego, pride dan sebagainya. Penulis berjaya menghidupkan latar dan watak sekitar pengkisahan persahabatan ini. Gaya dialog yang natural, 'hidup' dan memberi kesan kepada moment yang berlaku sepanjang latar novel ini.
Menariknya, persoalan persahabatan ini sebenarnya menjadi permukaan pada layer root novel ini, iaitu tentang eksistensial dan sudut pandang individu dalam kehidupan. Melalui 5 sahabat ini, pembaca dibawa melompat daripada satu moment ke moment realiti kini, imbas balik dan rahsia yang saling tidak diketahui antara mereka. Persahabatan dan sharing, no secret amongst friends hanya lah satu idea romantik dan idealis. Realitinya, manusia sentiasa mempunyai tabir antara setiap individu di sekitarnya. Kita cenderung membuka rahsia, kelemahan, kegagalan kita pada seseorang di antara ramai orang di sekeliling kita, untuk kelihatan kuat di hadapan orang lain.
Gaya penyampaian dan susunan plotnya tidak konvensional. Hal ini menjadikannya unik dan bergaya dengan kelas tersendiri. Bertemakan falsafah+seksualiti+liberal+hedonis+ jenayah=gabungan luar biasa dalam scene penulisan local tapi biasa di scene penulisan Japan dan India.Ada feel-feel style seperti penulisan sana bila membaca novel ini.
But truly, aku rasa 'kefalsafahannya' akan lebih berkesan kalau diperbanyakkan input-input falsafah dengan teknik deskriptif berbanding dialog-dialog indie dan aksi dramatik wataknya. Pada aku, dialog dan aksi dramatik yang berbaur hedonis agak 'keras' untuk di enjoy dengan unsur falsafah nya-hal ini yang agak menghilangkan 'keberatannya' as brilliant philosophy novel, still hat up to writer-kreatif, brave and natural.
Paling penting, writer berjaya mengangkat keindahan moment tentang persahabatan hingga loner seperti aku merasa rugi, cemburu dan kesal kerana tidak berpeluang mempunyai sekumpulan sahabat dan persahabatan seindah mereka. #fatimahmanaf #timahbacaapa
Tema persahabatan yang dibawa sepanjang cerita membuatkan aku teruja untuk membaca tapi, lama kelamaan aku terasa hilang arah.
Penceritaan yang tergesa gesa, dialog yang pada aku terlampau banyak hingga menjadikan cerita berlarutan tanpa penutup yang kemas dan bersih memaksa untuk aku melangkah beberapa muka surat sehingga penghujung pembacaan.
Idea dan jalan cerita yang dibawa oleh penulis menarik, tetapi mungkin perlu diperkemaskan lagi.
Dan, cerita ni memang memerlukan pembaca yang matang.
Ambil masa yang agak lama untuk habiskan buku ni kerana saya sangat sibuk.
Sempurna mengisahkan tentang 5 sahabat, Kurt, Liz, Emir, Lia dan Sid yang sangat akrab. Kelima-lima mereka akan membuat reunion 2 tahun sekali. Pada reunion yang ke 4, Kurt memberitahu dia ada kanser. Kebetulan untuk reunion seterusnya, Kurt yang akan in charge. Tapi sebelum Kurt pergi, dia telah meninggalkan klu buat sahabat-sahabatnya.
Jalan cerita yang agak menarik. Isu-isu semasa yang diketengahkan juga amat saya suka. Saya juga sukakan watak-watak yang ada dalam buku ni. Dan ada kalanya terasa sebak dengan pemergian Kurt. Namun ada beberapa perkara yang saya rasa, tak perlu ada. Amaran untuk pembaca di bawah umur 18 tahun. Buku ini ada mengandungi topik yang mana untuk pembaca matang.
Secara keseluruhannya buku ini sesuai untuk bacaan santai dan sangat mudah difahami. Terima kasih kepada penulis, Aiman Hazziq kerana memberi buku ini kepada saya.
Tajuknya Senpurna namun kisah didalamnya jauh dari Sempurna.. 5 orang sahabat yang dah berkawan dari zaman sekolah.. Ada tradisi tersendiri iaitu berkumpul setiap 2 tahun.. Namun pada pertemuan terakhir, rakan mereka Kurt memberitahu yang hidupnya dah tak lama.. Setelah kehilangan Kurt mereka iaitu Liz, Aira, Sid dan Emir menerima bungkusan dengan klu yang berbeza.. Maka mereka berempat mula menyulusuri kisah lama dalam menunaikan misi akhir dari Kurt.. Ending yang kau tak jangka namun.. Buku yang berjaya beri emosi dan menyentuh perasaan dari awal kau baca..
Buku ni memang untuk pembaca matang and yes eventhough im 30’s ada certain part tak selesa betchullsss nak baca (anggap sahaja ini POV dari seorang mak mak aka makcik-makcik. And yet this novel is not for me)
Saya suka penyampaian idea penulis menghasilkan sebuah cerita tentang persahabatan yang berlainan latar. Keakraban mereka membuatkan saya sendiri cemburu walaupun saya sendiri ada sahabat karib dan kami saling berhubung meskipun tak kerap seperti dulu.
Acara tradisi 5 sahabat di mana mereka akan gathering sesama sendiri dan tahun kelima gathering, salah seorang sahabat meninggal akibat kanser. Sahabat tersebut telah meninggalkan beberapa clue buat mereka untuk gathering kali ini.
Watak Aria dan Liz tak berapa ditekankan sangat macam Sid, Kuth dan Emir. Cerita ni banyak berkaitan antara Emir dan Kuth. Kematian Kuth membawa mereka merungkai satu misteri berkaitan zaman silam Kuth yang telah diliwat oleh pakciknya. Gathering kali ini membawa mereka ke rumah pakcik Kuth dan Emir membunuhnya berbekalkan clue pisau yang ditinggalkan oleh Kuth dan jurnal peribadinya.
Plot demi plot semuanya berjalan dengan baik. Pembacaan sangat lancar sekali; hanya 4 jam sahaja masa dihabiskan. Meskipun banyak dialog berbanding cerita, sedikit sebanyak tak menganggu jalan cerita. Tapi… why banyak nau dialog omputeh like ‘aku baca buku malay ke baca buku inggeris nie?’ But maybe, outside the novel, ada antara kita banyak guna bahasa campur so in novel pun apa salahnya,kan?
For ages 17 tak digalakkan baca. Im not support the teenage lifestyle whereas they share their homestay together; lelaki and perempuan evetho sahabat karib pun. And still i cant accept why Aria dah jadi tunangan orang, her fiance give the greenlight to leave her enjoyed sakan with her friends and stayed in one roof? And one more thing, they take beer and let their friend do something fishy in front of them. Saya faham, novel pun urban so lifestyle mestilah ikut peredaran zaman and target pembaca is less than 25, maybe 😂
Banyak kata-kata carut sebagai ucapan biasa antara rakan-rakan but still im not used to it. Walaupun hanya membaca dalam hati saja, ayat-ayat “fxck off, dll” tak biasa digunakan dalam kehidupan seharian (makcik bukan skema tapi dari dulu memang susah nak ucap benda2 macam hatta tengah marah sekalipun)
Overall, cerita best sangat. Suka idea penulis ni. Tapi tulaaaaa, this novel is not for me because of cara percakapan and teenage’s lifestyle
Aku beli buku ni sebab kaver dan tema persahabatan yang diangkat. Expectation aku tinggi. Mungkin sebab penulis ada memetik salah satu buku Ariff Adly (kot?) dan filem feveret aku, Terbaik Dari Langit.
Awal pembacaan Sempurna boleh aku kata yang ianya exciting. Tapi bila masuk 2nd act aku rasa agak bosan. Aku pun 3-4 hari tak rasa nak teruskan pembacaan langsung. Start Kurt mati, aku rasa cerita dah start heavy dan penulis tak dapat nak tampung. Penulis bukak banyak cabang cerita tapi akhirnya tak diselesaikan. Macam cerita Sid masuk hospital. Aku lagi beria nak tahu pasal kes tu daripada klu-klu yang arwah Kurt tinggalkan pada mereka (yang pada waktu baca tu aku dah tak ingat langsung).
Lagi satu, adventure nak selesaikan klu-klu arwah Kurt tu aku rasa boring. Buku nota yang Emir dapat tu macam takde function. Fokus cerita ni dah lari. Penulis terlampau banyak nak backstory sampaikan lost. Ending pun aku ada masalah. Macam mudah sangat. Diorang kena tangkap polis ke? Ada yang faktab sampai bunuh diri ke? Aku harap diorang berempat together masa ending tu tapi tak. Aku harap misteri klu Kurt tu dapat diselesaikan dan ada benda-benda exciting muncul tapi tak. Closing yang tak cantik.
Tapi aku tak nafikan, Sempurna ada jugak benda-benda yang best. Aku suka starting cerita ni. Part diorang pergi rumah Rumi pun ada elemen kejutan. Sempurna boleh dibaca kalau korang sukakan buku seperti Gelap, Ilusaniti dan Gantung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku rasa ini karya terbaik yang pernah Aiman Hazziq tulis atau buat. Nampak lah cerita itu sedap. Ayat yang di guna pun boleh menjelaskan details dan keadaan. Penulis sudah pandai menulis. Tahniah. Ya lah aku pernah baca lagi dua karya dia di penerbitan Fixi ini tau.
Karya ini best sebab cerita sebuah tali persahabatan yang tak cliche bagi aku. Bapak lah, plot twist dia. Aku tak sangka langsung, walaupun dah dapat agak, tapi akhirnya terpesong jauh. Tapi itu lah, kalau kau dah rasa kehilangan, kau perlu kuat untuk hari seterus nya, cari apa yang makna kehidupan yang kau nak hidup.
Tapi yang tak best dia tak cerita macam mana diorang berlima ini bertemu. Ya lah, penulis bagitahu Aria kelas depan, ada maybe yang lain kelas sebelah, macam mana boleh berkawan? Apa yang menyebabkan diorang boleh kekal rapat? Tak ada scene itu, tahu. Rasa macam tak best. Lagi tak best, penulis tak details watak Liz. Ada cuma beberapa helai sahaja. Tak macam watak yang lain. Watak Sid tu details dan perwatakan dia banyak gila. Lagi tak syok, bila tak dapat tahu apa yang terjadi selepas Sid keluar hospital. Aku geram je. Sakit hati.!
Tapi, dalam sakit hati itu, karya ini best sangat bagi aku, membuatkan aku teringat dekat kawan-kawan aku. Ada scene yang boleh buat kau menangis. Aku tahan bab sedih itu. Pandai penulis mainkan ayat-ayat cinta dia untuk gambarkan kesedihan itu. Tak macam dua karya yang sebelum ini. Terbaik lah.
Saya adalah salah seorang beta reader buku Sempurna. Terima kasih untuk opportunity ini.
I would be honest, this is one of book that i would consider as ‘heartwarming’, ‘heartfelt’ and ‘heartbreaking’ all in one. Sedih, pening, gembira, keliru, kecewa bercampur dalam satu.
As soon as I started reading this book, I didn't like the first page as much and I'm all about the first page, meaning whether I like the first page or not is very important as it sets my impression for the entire book. Already, we're off to a not so great start. But well, let's talk about what's nicely done in Sempurna first. I found the writing style is pretty solid, the author knows what he's doing, though I did find there are certain commentary or lines that don't make sense to me. For example, a character is doing this one thing and suddenly there's this line of commentary on the action or the dialogue that doesn't really match or make any sense to what's said or done.
Another thing I like is the way the timeline is arranged. The timeline goes back and forth between the past and the present but it is not confusing at all. It was easy to fly through the pages and there was nothing too complex about the story. I also love the small things that are mentioned in this book, such as Solero ice cream, the song Chasing Cars and the movie About Time. Small details like this which I can relate to, matters a lot to me.
The review doesn't stop here. Untuk ulasan penuh, klik SINI
Penulisan kali ini tampak lebih matang dari karya awal penulis. Kudos. Cerita antara mereka dan selingan plot imbas kembali sangat lancar berjalan antara satu sama lain. Damn, pengakhirannya buat aku terkesima sebentar. Maka sempurnakah segalanya?
Macam sedih pulak bila dihampakan dengan buku yg aku expect akan suka. Buku not bad, writing best walaupun kadang2 detail sangat. Tapi kalau boleh aku nak tengok lebih banyak Emir dan Kurt. Dan aku nak kenal Kurt dgn lebih dalam.
Sesiapa yang dah baca buku ni, boleh tolong terangkan apa maksud pengakhiran cerita ni? *** Permulaan cerita agak perlahan dan mendatar, tengah2 baru mula dapat rentak yang buat rasa ingin tahu. Hujung2 cerita, agak mengelirukan sebab penulis macam suruh pembaca interpret sendiri apa maksudnya. Taktau la sel otak aku tak berhubung ke apa, dan taktau apa yang aku interpret tu betul ke tak.
Perkembangan watak, paling utama diketengahkan ialah Emir, Kurt dan Sid. Mengharap watak Aria pun dikupas lebih lanjut tapi kurang. Liz tak terlalu menonjol, macam watak sampingan.
Awal chapter dah sedih! Saja je tau author ni haha I pun actually blindly go through it without reading the synopsis. Sekali haaa rupanya pasal dying friend 🥹 (not a spoiler).
Cerita yang sangat mellow with strong-bonded friendship. Ada sedikit slice of life dan misteri sepanjang pembacaan.
Bermula dengan lima sekawan, satu rebah, empat masih melangsungkan kehidupan. I suka dgn tradisi dua tahun sekali mereka berjumpa. Each of them ada turn untuk organize the reunion trip. Namun, next reunion mereka sepatutnya si mati yg perlu plan 🙃 Interesting sebab reunion trip masih diteruskan & dpt kejutan from si mati.
Konsep treasure hunt semestinya menghiburkan I. Simple hunt sahaja. Mungkin that friend nak masing-masing enjoy the present moment even dia dah tak ada 😭 Selain dapat baca sisi karakter lain, I suka apabila ada backstory sunshine & struggle each of the character - Kurt, Emir, Sid, Liz dan Aria. Masing-masing ada spotlight sendiri. Ada yang hidup indah, ada yg menjadi mangsa, ada bertukar status. Kena baca dulu then tahu apa I maksudkan.
Ada backstory mereka sekolah asrama bersama. Fly, buat benda bodoh, kena ragging 🥹 As a former boarding school student, I rasa sangat nostalgik!
Bila baca buku ni kan, pls just be open-minded. Walaupun ada babak yg tidak mencerminkan status religion tu, maybe korg faham sendiri lah okay dgn 'pembaca matang'.
I cuma tidak faham the ending je. Maybe I perlu tengok balik kot kesudahan empat sekawan itu balik. Tetapi I still sedih dgn mereka berempat. I don't know why. Macam resemble my friendship bila dah adult ni. Adulthood is so hard however if you still ada close friend, appreaciate your moment together okay 🫶🏼✨ This book somehow hitting home and sometimes ada missing something. Apa pun, I masih enjoy the writing and story.
TW: SA, minor sexual content, rape, death, grieving.
Ambil masa sehari sahaja untuk aku habiskan buku ini.
Mengisahkan tentang 5 orang sahabat baik yang akan bercuti bersama-sama setiap 2 tahun sekali tapi pada satu trip percutian terakhir sebagai 5 orang sahabat mereka dikhabarkan dengan berita kurang menyenangkan bahawa salah sorang daripada mereka ada penyakit dan akan ‘pergi’ tak lama lagi. Kalau nak tahu siapa yang ‘pergi’ tu kena baca sendiri.
Sejujurnya banyak scene bagi aku yang tak perlu pun penulis adakan. Buku ni agak nostalgik bagi aku sebab ada babak-babak yang mengingatkan aku pada zaman sekolah dahulu. Friendship watak-watak dalam buku ni memang terbaik dan mereka memang selalu ada untuk satu sama lain bila diperlukan.
Overall aku bagi 3/5 sebab sedikit draggy dengan babak yang tak perlu dimasukkan macam aku cakap tadi dan aku kurang faham dengan ending dia.
Novel pertama yang aku baca dan habiskan untuk tahun 2021. Aku dah habis baca sejak last week lagi masa buku ni sampai ke tangan aku, cuma baru sekarang rajin nak tulis review. Dalam masa yang sama aku nak buat eksperimen, adakah aku boleh ingat semula isi cerita buku ni setelah seminggu selesai membacanya.
Pertama kali aku baca blurb pada kulit belakang novel Sempurna (diupload oleh Fixi di page FB dan IG nya), aku jadi tertarik. First tanggapan aku, novel ni pasti akan sedih gila-gila. Paling tidak pun, plot dia mesti best macam filem Dunia Baru The Movie atau KAMI. Cepat-cepat aku order dekat Official Store Bukufixi dekat shopee.
Ok jom aku ceritakan sedikit isi novel ni.
Novel ni menceritakan perihal lima orang rakan karib. 3 lelaki 2 perempuan yang bernama Emir, Kurt, Sid, Liz dan Aria. Diorang ni semua dah dalam fasa umur 27-28 tahun. Sid seorang businesman yang ada banyak gerai burger sekitar Gombak. Kurt seorang penulis novel. Aria suri rumah sepenuh masa yang sedang sambung belajar peringkat Master kalau tak silap. Emir dan Liz aku tak ingat lah kerja apa, maybe some positions in swasta.
Diorang ni satu geng yang sangat rapat sejak dari zaman sekolah lagi. Apa nama sekolah diorang aku rasa takde mention tapi diorang semua ni bersekolah asrama di Ipoh. Sejak diorang tamat SPM, diorang buat perjanjian, setiap dua tahun diorang akan buat reunion dan setiap dua tahun tu, salah seorang dari mereka akan plan tempat dan aktiviti. Turn bertukar-tukar. Masuk ke reunion yang ke-4, diorang dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Kurt. Kurt bagitahu dia sebenarnya ada cancer tahap 4. Dia kata, dia tak yakin dia mampu hadir untuk reunion ke-5 mereka nanti, padahal reunion ke-5 dua tahun nanti tu adalah giliran Kurt untuk set the plan.
Dua tahun berlalu, Kurt akhirnya meninggal dunia. Emir rakan yang paling dapat dengan Kurt dalam kumpulan tu dah tentunya terasa sangat-sangat kehilangan Kurt. Sebab Kurt ni anak yatim piatu dan Emir selalu ajak Kurt bermalam dekat rumah dia. Mak ayah Emir pun dah anggap Kurt macam anak diorang.
Bila tiba waktu untuk diorang ni semua reunion untuk kali ke-5, which is 10 tahun selepas tamat SPM, diorang masing-masing dapat satu parcel. Emir dapat buku dan sekeping gambar gunung. Aria dapat kunci kereta. Liz dapat segugus kunci macam kunci rumah kalau tak silap. Sid dapat sekeping kertas yang ada tulis alamat yang agak asing bagi diorang. Kiranya arwah Kurt buat satu game penyiasatan dan pengembaraan untuk kawan-kawan dia untuk reunion ke-5 ni.
Maka bermulalah pengembaraan diorang untuk menyelesaikan klu-klu bagi setiap barang yang diorang terima. Diorang pelik lah kenapa arwah Kurt bagi barang-barang tu dekat diorang. Ke mana Kurt nak bawah diorang ni? Apakah destinasi penghujungnya nanti?
Jadi, sepanjang novel ini bergerak, kisah banyak menceritakan pengembaraan diorang pergi semula ke tempat-tempat yang diorang pernah pergi sewaktu diorang sekolah sama-sama dulu dan ketika Kurt masih hidup. Akan ada banyak flashback kisah ketika diorang bersama Kurt dulu dekat setiap tempat yang diorang lawat tu. Imbau balik kenangan pahit manis diorang dengat Kurt. Kisah diorang panjat tembok pagar sekolah, kisah pergi camping, kisah pergi mandi air terjun, kisah pergi hiking, kisah pergi makan Nasi Ganja, kisah pergi langgan pelacur belakang lorong, kisah kena belasah dengan senior tingkatan 5 ketika diorang tingkatan 4 dan macam-macam pengalaman lagi lah.
Bagi aku, aku suka 80% pertama of the story. Mungkin sebab 80% tu ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Aku sebagai pembaca, dapat rasa setiap momen-momen manis dan pahit yang mereka semua tempuh tu. Membuatkan aku sendiri pun terimbau pengalaman-pengalaman gila aku dan kawan-kawan sewaktu zaman belajar dulu.
Baki lagi 20% tu aku anggap itu cumalah fantasi penulis untuk menutup cerita dan menyedapkan pengembaraan mereka. Sejujurnya aku agak loss dalam 20% plot akhir tu. Mungkin sebab masa aku baca tu, mata aku dah start mengantuk memandangkan waktu ketika aku baca tu dah masuk ke tengah malam. Jadi, hari ni bila aku try recall balik isi cerita dalam 20% plot terakhir tu, aku tak berapa ingat sangat. Dia punya klimaks mendebarkan tetapi penutup dia macam tak berapa mengujakan. Tapi apa-apa pun setiap momen yang diketengahkan dalam plot cerita ni terasa sangat dekat dengan kita sebagai pembaca lebih-lebih lagi kalau korang dikelilingi oleh circle friend yang gila-gila.
Penggunaan bahasa yang mudah dan dekat dengan kita sebagai pembaca. Penulis menggunakan 3rd Person Point of View. Bahasa rojak dan pasar yang minimal. Ada tetapi masih minimal. Satu lagi, aku suka transisi masa apabila penulis mahu menceritakan apa yang berlaku sekarang dan apa yang berlaku dulu-dulu ketika zaman sekolah dan ketika mereka pernah bersama Kurt. Transisi masa yang agak smooth bagi aku. Kau tak rasa loss langsung membacanya. Dan yang menariknya, setiap orang ada kenangan mereka dengan Kurt. Kisah tak berfokus kepada Emir semata-mata walaupun secara keseluruhannya Emir ni macam dipotray sebagai main character dalam novel ni.
Sempurna menjadi salah satu buku yang saya habiskan pembacaannya dalam ‘one sitting’ bukan kerana plot ceritanya yang membuatkan rasa seperti tidak mahu berhenti membaca tapi kerana mungkin jika berhenti untuk seketika, ada rasa untuk tidak lagi mahu sambung pembacaan.
Sempurna mengisahkan tentang persahabatan di antara watak Kurt, Emir, Sid, Liz dan Aria selepas Kurt meninggal dunia kerana kanser (hanya sedikit sahaja babak ketika Kurt bersama mereka sebelum meninggal dunia yang bukan di dalam bentuk imbas kembali) Pada dasarnya, Sempurna menjanjikan pembaca dengan sinopsis yang menarik kerana fokusnya terletak pada tema persahabatan dan juga elemen misteri. Penulis berjaya memenuhi jangkaan yang diletakkan pembaca dan membawa kedua-dua perkara ini sehingga ke akhir novel. Perkembangan plot juga disusun dengan baik dan konsisten, menunjukkan penulis menggarap penceritaan dengan kemas dan tahu apa yang dilakukan. Selain daripada itu, bahasa yang digunakan penulis tidak mengganggu keseluruhan pembacaan biarpun terdapat kesalahan tatabahasa kerana ianya tidak terlalu kebudak-budakan. Agak selesa untuk memahami apa yang disampaikan penulis dan mudah untuk membayangkan pemerihalan mengenai suasana dan keadaan yang watak-watak di dalam novel ini rasai.
Saya juga suka cara penulis menyelitkan kisah-kisah latar belakang setiap watak yang membantu pembaca untuk lebih memahami peribadi mereka. Biarpun begitu, ada terdapat kekurangan seperti watak Liz yang tidak dibahaskan dengan lebih terperinci, watak Emir yang kebanyakannya berfokuskan tentang persahabatannya dan watak Aria yang juga mengalami nasib seperti watak Liz. Akan tetapi, semua latar belakang watak-watak yang didedahkan pengarang cukup untuk membuat pembaca mengenali mereka bersesuaian dengan kepadatan mesej persahabatan yang ingin disampaikan jadi ianya tidak menjadi masalah. Latar masa yang terdapat di dalam novel ini tidak linear berikutan dengan imbas kembali yang dilakukan secara berulangan. Ini sebenarnya merupakan sesuatu yang boleh menjadi nilai tambah kepada sesetengah pembaca kerana perasaan melankolik yang ada di samping rasa efek jungkir balik tetapi bagi mereka yang kurang suka seperti saya, ianya menjadi nilai tolak kerana kadang-kadang ianya boleh mewujudkan kekeliruan untuk pembaca.
Sejujurnya saya kurang gemar akan elemen hedonisme yang terlalu menonjol dan dibawa daripada awal hingga ke akhir novel. Mungkin ini kerana sudah setahun saya tidak membaca novel-novel daripada Fixi dan Sempurna merupakan novel Fixi pertama yang saya baca untuk tahun 2021. Babak yang saya paling berasa kurang senang adalah apabila watak Emir mengatakan Tuhan lebih sayangkan Kurt kerana mengambilnya awal sedangkan cara kehidupan mereka agak menyimpang. Memang benar, mungkin Kurt mengubah cara hidupnya sebelum kematiannya dan Tuhan itu bukanlah milik mereka yang baik-baik sahaja tapi agak susah untuk saya berasa neutral apabila membaca apa yang Emir fikirkan. Saya juga berasa sangat skeptikal apabila perlakuan Aria yang menukar baju di tempat umum dan kemudiannya menanggalkan tudung digambarkan penulis sebagai mencipta perasaan ‘berani dan bebas’ seolah-olah memberi bayangan bahawa memakai tudung merupakan sesuatu yang menyekat sentimen kebebasan di dalam diri wanita.
Akhir kata, Sempurna sesuai menjadi bahan bacaan santai yang tidak membosankan pada musim kuarantin ini. Perjalanan empat sekawan untuk mencari jawapan daripada klu-klu yang ditinggalkan sahabat yang sudah meninggal dunia nyata dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui apa misteri sebenar yang hendak dirungkaikan. Babak klimaks yang disajikan penulis juga memberi perasaan terkejut kepada pembaca dan menimbulkan rasa ingin tahu akan apa yang akan berlaku seterusnya. Secara keseluruhan, Aiman Hazziq berjaya menyampaikan hasratnya untuk memartabatkan tema persahabatan di dalam karya ini dan usahanya merupakan sesuatu yang boleh dipuji.
Bagi aku, jalan cerita dia macam tergantung. 1) Tentang kisah kena buli kat sekolah , jadi kes polis ke tak.. Macam mana kehidupan Sid lepas tu 2) End of adventure dorang macam mana? Adakah just untuk terbitkan buku kurt ? 3) How bout Aria lepas kena cerai.. tapi aku memang paling dislike lah suami dia.. Aku memang paling benci lelaki yang pukul isteri. Perempuan ni manis dan lelaki suka manis.. tapi dia sendiri kelat. Perempuan ni lah yang kena hadap kelat lelaki tu.. Ah mula mula bercinta bukan main sampai pijak semut pon tak mati. Lepas kahwin? Kau musnahkan manis perempuan tu. Jangan petik bunga tu kalau niat hanya nak membunuh. ( sorry saya teremo )
backgroud story about sid and kurt agak sedih.. tapi Kurt lah paling sedih sampai aku nangis sekejap.. Aku terbayang mungkin ada ke orang macam ni in real life? Liwat budak 😭💔 hopefully not..
Character yang paling aku dislike adalah Emir. Sebab dia tak discuss dulu dan buat semuanya terlalu melulu. sehinggakan kawan baik dia pon turut serta dapat sejarah hitam dan trauma.
And sid, i feel you.. Tu lah jadi bila kawan bertiga.. pasti ada sorang yang tertinggal .. kawan bertiga tak pernah berjaya .. kalau ada yang berjaya.. Tahniah.. I envy u ♥️
Overall yang aku nak cakap, aku tak berapa nak sokong cara persahabatan dorang.. Carilah sahabat yang boleh bawa kita ke syurga, okay ? 🦋
Thats all thanks for reading
Bookstagram : @libraryofsyu
This entire review has been hidden because of spoilers.
*** Review in bahasa rojak and a lot of swearing ***
the first half of the book was really slow and nice, a little bit of baby tears. the transition from past and present was a little bit confusing to me but manageable. As I dove in the second half of the book, boyyyy twas rough. I get so attached to the characters and their back stories were so fucking deep. I really hope the author highlight some of the trigger warnings because at some part i was so traumatised i had to put this book down and calm myself up haihhh penat bodoh ada anxiety hshshsk. Yalah, I know the purpose of it supaya kita tak expect plot yang akan datang but idk mungkin someone take it differently, kita tak tahu...
Overall, it was a good solid read with exponential plot twist and that classic cliffhanger. tbh I think I know whats the last Emir did after cleaning his room... but idk if i can rely on my intuition or not hahaha the author know best. Kalau ada sambungan, for sure i nak tahu juga. kalau takda pun ok je sebab im so traumatised and afraid what will happen next. Shit, this story will stuck inside my head for the rest of my life T.T
Okay secara jujurnya aku kalau baca buku pasal friendship memang aku akan bagi 5🌟 terus 🤣🤣 dan kalini aku lagi biased sebab penulis gunakan Ipoh sebagai lokasi road trip memang aku lagi seronok sebab aku boleh relate. Dan lagi best ada scene penting dekat jalan yong kalsom (nota tambahan: jalan ni kira unofficial red light district dekat ipoh).
Aku baca buku ni memang nak baca pasal value friendship dan bukannya mencari plot yang wow. Bagi aku buku ni adalah kepada pembacaan emosi.
Tambah lagi berkisahkan pelajar asrama, cara diorang fly semua tu, siap ada kena steng, kena settle dengan F5, then part pengetua & warden cuba cover kes, semua tu aku boleh relate. Dan semua tu buat aku teringat balik zaman sekolah aku. Damn memang senyum sorang2 waktu baca buku ni.
Cuma di bahagian terakhir terdapat satu twist yang membuatkan aku rasa macam tak seronok sikit. Tapi macam tu la kehidupan. Bukan semua indah.
Never have I ever thought akan baca karya seagung Awan by Syafiq Aizat and Gantung by Nadia Khan, dan agung, menurut definisi aku bermaksud peribadi.
Seperti mana yang penulis, Aiman Hazziq pernah nyatakan dalam thread beliau di Twitter, dua buku teragung tu dijadikan rujukan beliau and clearly those are excellent references.
Ternyata beliau juga mampu selitkan sedikit genre signature beliau dalam naskah ini.
Mungkin ada sedikit kekurangan di sana sini tapi bagi aku secara peribadi, itulah kesempurnaan. Sebagaimana naskah ini mengangkat tajuk Sempurna, tafsirannya pelbagai dan bergantung pada orang.
The story started with two souls and ended with two souls.
Mungkin penyesalannya tak seberat Gantung dan kekuatannya tak seutuh Awan, tapi Sempurna ini sudah cukup sempurna.
Terima kasih Aiman Hazziq kerana memutar balikkan waktu untuk sesetengah orang dan membuka jendela untuk sesetengah lainnya yang tak mampu.
Tema persahabatan. Friendship, word yg paling sensitif bg aku. Bila baca cerita ni, aku teringat balik all the memories aku dgn kawan2 aku create. Kawan since sekolah sampai la uni. Rindu wey. Susah nak dapat friendship mcam Emir,Kurt,Sid,Aria and Liz ni. But different people, different stories. Storyline okay, buat aku nangis rindu kawan2. Their friendship tu😭. Took me 2 days to complete it. Ending dia tu hmmm. But, anyways,tak pernah menghampakan. Good job Aiman and thanks.
"We will meet a person and that person may stay. But at some point, they will surely go. They don't have a choice..."
📚 No Spoiler Alert, You Are Free To Read This Book Review. Enjoy!
Lepas habis aje baca buku ni, walaupun dah sampai ke penamat, aku masih tercari-cari 'penamat' yang sebenarnya. Faham tak?! Dia macam, kau dah sampai point yang wow dan hype, in sudden, impak tu gone bila sampai ke penamat. Like, seriously bro! Please, if ada sambungan, count me in. Aku nak baca!
📝 Permulaan cerita buku ni mendatar. Tak laju dan tak perlahan. Tapi penulis seimbangkan jalan cerita dengan setiap watak yang ada; Emir, Kurt, Sid, Liz, dan Aria. Kiranya, kau takkan jemu baca di awal bacaan buku ini sebab kau dihidangkan dengan rencah kehidupan setiap watak-watak utama buku ini. Sehinggalah kau dihidangkan dengan dua misteri dalam buku ni; pertama salah seorang daripada mereka - mati. Kedua, si mati tu pula bagi korang kepingan puzzle untuk dicantumkan.
📝 Masuk pertengahan cerita, pembaca dihidangkan dengan sejarah hidup setiap watak novel ini. Bila baca tu, dia berselang-seli dengan sejarah zaman sekolah dan selepas kematian salah sorang sahabat karib mereka. Pada aku, penulis bijak menyusun storyline. Dengan cara ni, pembaca tak jemu untuk teruskan bacaan buku ini. Kudos to writer!
📝 As usual, bila masuk pengakhiran, satu demi satu misteri dirungkaikan. Ada plot twist yang membuatkan aku sendiri terkedu sekejap! Tapi macam aku katakan tadi, ending dia macam 'sesuatu' sangat. Macam ada lagi satu misteri yang belum dorang rungkaikan. Dan jawapan tu cuma ada pada penulis buku ini.
Overall, aku tak bagi high expectation untuk buku Sempurna. Aku baca sebab nak joint the hype - sebab ramai kata buku ni pain dan best! Which is true! Memang pain pun! Dan apa yang aku sukakan pasal buku ni - it's all about life! Kalau korang pernah tonton filem or baca novel Paper Town, buku ni ada vibes tu. Bacalah, dan fahami apa maksud 'Sempurna'.
Cerita tentang persahabatan lima sekawan, Emir, Kurt, Sid, Aria dan Liz. Permulaan cukup gempak dengan Kurt memberitahu tentang penyakitnya, kanser, yang tiada rawatan, sekadar dia menunggu masa sahaja. Dan diberitahu pula masa reunion mereka, walhal next reunion, Kurt sepatutnya yang jadi host, tukang rancang. So, start dari sana, memang saspens. Macam mana Kurt nak pelan, atau next reunion tidak akan ada?
Gaya penulisan best, banyak bermain dengan renungan kata-kata, semacam mengajak kita untuk mendalami maksud kehidupan, selalu ada random titbits of life dalam penulisan. Menarik juga backstory kehidupan mereka berlima, terutama Kurt yang yatim piatu, tiada adik beradik tetapi mempunyai seorang saudara yang kejam. Terdapat banyak elemen yang sensitif dimasukkan dalam plot, antaranya, homoseksual, perliwatan, penderaan mental dan fizikal, dan akhir sekali, mungkin suicide.
Honestly the ending shocked me. Unexpected and I am not satisfied with that ending. Like why? Is there a 2nd book after this? And what happens with Aria? Liz too? How will Sid deal with the quarrel he had with Emir? So much left to ponder on.
All in all, Buku ini best baca, banyak kiasan cara hidup. Cuma saya seorang pembaca yang tak pernah duduk asrama atau yang perlu fly or been punch by bullies , so ada bits yang quite new for me. The writer wrote with a no nonsense style though, so I like it. Just 4 stars because come on! Don't leave me hanging with that type of ending. 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini,tbh aku beli masa aku dalam keseorangan takde sape pun kat sisi.I’m all alone and waktu tu I’m need books so bad.So I picked this book,randomly,while reading the sinopsis,aku harap bukunya tidak menghampakan,which is yes ( cause I think buying a book is always a gamble,whether it is good or sucks!).Maybe sebab tulah genre persahabatan and adventure dekat dengan aku,bila aku baca buku ni.
Mengisahkan 5 orang sekawan yang tiada gagal reunion setiap tempoh yang ditetapkan,namun kematian salah seorang daripada mereka merubah segalanya,namun reuni yang dilakukan tiba milia sahabat mereka yang meninggal dunia itu.
Buku ini digarap dengan kemas,tidak kira cara watak dan kawasan tersebut diperkenalkan.Flashback yang kemas,tak perlu pun ayat yang terlalu berbunga sehingga memeningkan kepala pembaca.
Apa yang best pasal buku ni is, aku dapat feel and rasa watak tu,persahabatan diaorang dari sekolah sampai dewasa.Klimaks cerita ni juga adalah sesuatu yang tidak disangka sehingga aku baru menangkap apa yang sebenarnya terjadi.
Apa apa pun : Persahabatan sejati yang abadi itu wujud.
Overall ; nak bagi 4.5 bintang, looking forward untuk memburu buku penulis ni yang seterusnya. Saluté,Aiman Hazziq!