Jump to ratings and reviews
Rate this book

Al-Quran Yang Belum Kita Baca

Rate this book
“Oh, ada ayat begini dalam al-Quran?!”

Seolah-olah kita baru pertama kali membaca ayat itu. Pengalaman rohani ini sungguh mengasyikkan. Orang yang hafal dan faham al-Quran pun ada ketika melalui pengalaman ini. Para sahabat Nabi dahulu pun pernah alami. Menerusi lebih 50 kisah pendek dalam buku ini, penulis ingin berkongsi perasaan itu.

148 pages, Paperback

First published January 1, 2021

2 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Luqman Makhtar

6 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (47%)
4 stars
16 (47%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
January 8, 2022
Buku pertama untuk 2022. Buku ringan dengan 60 kisah berkaitan ayat-ayat Al-Quran. Kisahnya pendek-pendek dengan disertakan catatan ringkas penulis mengulas tentang ayat yang dibicarakan.

Memang banyak ayat-ayat Al Quran yang kita tidak perasan; ada banyak sisi pandang dan manfaat teladan. Baca buku ni rasa macam baca buku ‘Ketawa dan Menangis dengan Al-Quran’ versi Indonesia yang saya pernah baca dulu. Memang ada masa sedih; ada masa tergelak bila baca buku ni.

Untuk saya, kredit terbesar buku ini adalah pada bab akhirnya yang berkisar tentang hukum bersembang menggunakan ayat Al-Quran. Persoalan ni telah lama bermain di kepala, dan terjawab dengan buku ini.

Alhamdulillah, buku permulaan yang sangat baik untuk 2022.

Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
January 4, 2024
2/2024

-Al Quran Yang Belum Kita Baca
-Luqman Makhtar


Buku ini tidaklah terlalu tebal untuk dibaca. Hanya lebih kurang 140 lebih halaman. Namun walaupun tipis sahaja, penulis berjaya memadatkan kesemua kisah menarik tentang ayat ayat Al Quran. Setiap aspek kehidupan diterjemahkan dengan baik oleh penulis.

Penggunaan dan susunan kata yang mudah dihadam menjadi faktor utama naskhah ini perlu dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui kisah kisah menarik dalam Al Quran. Sedia maklum jika penggunaan bahasa terlalu tinggi, naskhah non fiksi seperti ini biasanya kurang mendapat sambutan. Disebabkan itu, saya kira penulis bijak dalam mengajak pembaca untuk terus kekal hingga ke halaman akhir.

Ambil peluang untuk tinggalkan segala hal dunia yang memenatkan. Duduk. Dengan secangkir kopi hangat dan sepiring kuih mungkin, bacalah naskhah Al Quran yang Belum Kita Baca Ini. Anda pasti akan memperoleh sesuatu.
102 reviews2 followers
July 23, 2021
Al Quran Yang belum Kita Baca?
Ada Al Quran lain lagi ke?
Tidak. Itu hanya sekadar tajuk buku. Tajuk buku pun dah menarik kan.

Naskah ni bagi memang terbaik. Banyak kisah daripada AL Quran yang belum kita ketahui atau mungkin sudah kita ketahui tapi kadang kita ambil mudah. Salah satu cerita yang paling berbekas di hati adalah tajuk yang ke46.

Seorang ulama terjumpa dengan seorang perempuan tua ketika sedang bermusafir. Di skeliling tiada kampung jadi ulama tersebut sedikit hairan ke mana arah tuju perempuan tersebut.

Lalu ulama itu memberi salam. Maka ibu tua itu menjawab " Katakanlah 'Selamat'. Kemudain mereka akan mengetahui kelak". (Surah Az Zukhruf ayat 89).

MasyaAllah, mak cik buat apa seorang diri di sini? Tanya ulama tersebut. Ibu tua itu membalas "Dan sesiapa yang disesatkanNya, maka engkau sesekali tidak akan mendapat penolong yang dapat membimbing". ( Surah Al Kahfi ayat 17).

Maka tahulah ulama tersebut bahawa ibu tua tersebut tersesat jalan.

Panjang lagi kisah ibu tua ni. Kagum dengan ibu tua ini. Bukan semua orang boleh menggunakan dan mengaitkan ayat- ayat Al Quran dalam situasi kehidupan mereka.

Sungguh terasa kerdil bila membaca kisah ini.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
December 14, 2021
Menarik sangat buku ni terutama pada kisah-kisah yang berlaku disebalik ayat suci Al-quran itu sendiri.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 9, 2021
Buku ini mengaitkan sesuatu kisah dengan ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Quran. Menarik utk dibaca kerana membuatkan kita pasti akan berkata "Oh! Ada ayat ini dalam Al-Quran?!" dan tindakan seterusnya membuatkan kita merujuk kembali ayat tersebut untuk ditadabbur agar kita lebih tahu dan faham.

Buku ini bukanlah buku yang menyuapkan pembaca (spoon feed) sebaliknya pembaca perlu mencari sendiri persoalan-persoalan yg berbangkit ketika sesi pembacaan. Ada bagusnya kerana ilmu yg kita cari akan lebih kita ingat berbanding apabila kita mendapat sesuatu ilmu itu dengan cara yg senang.

Satu hal yg sy kurang gemar dari buku ini ialah terlalu banyak iklan penulis mempromosilan buku-bukunya yg lain yg diselitkan di sebalik catatan kisah. Mungkin niat penulis baik utk menarik pembaca lebih tahu kisah tersebut dari naskah buku beliau yg lain tetapi ia agak sedikit mengganggu pembacaan saya.

** 4.4/5 bintang

** Video perkongsian penulis buku ttg isi dan bab di dlm buku beliau:
https://youtu.be/palWAlG0VNg
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
April 4, 2021

Santai tapi sampai. Pada awalnya, saya menjangkakan pengisian buku ini agak berat. Ternyata jangkaan saya meleset.

Buku ini mengandungi 60 kisah pendek tentang ayat-ayat Al-Quran. Sesuai dengan tajuknya, bila membaca buku ini, saya tertanya-tanya mengapa seolah-olah saya belum pernah ‘jumpa’ ayat-ayat ini dalam al-Quran.

Buku ini juga membawa saya mengimbas kembali nostalgia di zaman sekolah menengah. Cerita ke 46 dalam buku ini yang bertajuk ‘Tidak Mahu Bercakap’ pernah saya pelajari dalam mata pelajaran Mutala’ah semasa sekolah menengah dahulu.

Kisah para salafus soleh yang demam, pengsan dan meninggal dunia kerana rasa gerun dengan ayat-ayat ancaman dalam al-Quran sungguh membuatkan saya insaf. Begitu sekali tahap keimanan mereka.

Petikan ayat dari buku ini untuk kita renung bersama:

Kita mungkin khatam al-Quran setiap tahun, atau hafal sepenuhnya, alhamdulillah. Bagaimanapun ada ketika dan peristiwa yang membuatkan kita baru sedar dan memberikan perhatian kepada satu-satu ayat yang tertentu.
Profile Image for Elina.
18 reviews3 followers
April 4, 2021
“Oh, ada ayat begini dalam al-Quran?!” - betul. Bila baca tapi banyak leka dan berangan, akhirnya terbang di angin lalu (pengakuan malu).

Bila ada kisah² dan pengalaman menarik dikaitkan, lebih senang untuk ingat dan semat di hati.

Terima kasih, Ustaz Luqman, semoga hasrat² ustaz menulis lebih banyak buku dimakbulkan dan dapat kita manfaatkan bersama.
Profile Image for Noorhayati Abdul Rahim.
21 reviews1 follower
June 29, 2021
Seronoknya kalau faham Bahasa Arab. Setiap tindak tanduk harian kite kaitkan dengan AlQuran. Hidup rasa dipandu Allah. MasyaAllah Tabarakallah buku yang sangat² bagus utk bercinta dengan Al Quran.
3 reviews
September 29, 2021
Menarik. Banyak kisah menarik berkaitan Al Quran. Cerita pon pendek-pendek. Cuma banyak iklan buku lain juga.
Profile Image for AsyiQin ShahRan.
14 reviews1 follower
September 20, 2023
Paling tak sangka adalah bagaimana penulis boleh terfikir untuk berkongsi dan menceritakan mengenai nombor nombor yang di sebut dalam Al Quran
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.