Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa.
Tetapi, tidak bagi Abdul Qayyum, pelajar cemerlang, anak yang taat kepada orang tuanya, seorang profesional yang workaholics. Ikatan perkahwinan baginya, akan mengganggu hidupnya.
“I rasa kita tak ada persamaan langsung, Camelia.” - QAYYUM
“No way! I akan pastikan you sedar betapa berharganya cinta I ini. Jika you ada kembar seiras sekali pun, I tetap akan pilih you. - CAMELIA
Sungguh Camelia menaruh kasih pada Qayyum, tetapi lelaki itu nyata tidak memiliki perasaan padanya. Camelia menyimpan sebal sikap Qayum yang dingin, egois dan mementingkan diri. Manakala Qayyum bertahan demi memenuhi impian mamanya.
Keadaan itu sudah cukup sukar bagi mereka berdua apalagi kehadiran seorang kawan lama yang cukup empati.
“Qayyum, you tak sepatutnya hidup dalam penipuan. I tahu you hanya pura-pura bahagia bersama Camelia.” - JEMIMA
Datangnya Jemima membawa wasangka dalam kehidupan Camelia dan Qayyum.
Inikah episod yang membawa titik noktah pada hikayat cintanya?
Mampukah Camelia mempertahankan mahligai yang telah dibina, apabila ada petualang yang mahu meroboh dan merampas segala yang dimilikinya?
Bagaikan elipsis dalam ayat cinta yang panjang. Mungkinkah ini hanya sebuah interlud luka? Bertahan sedangkan pengkhianatan itu membuka suatu kebenaran yang pahit.
Kadangkala baca buku ni rasa diri macam busy body betul. Kita ibarat seorang paparazi yang tak sabar nak tahu gosip seterusnya agar bolehlah kita membawang.
"Datangnya Jemima membawa wasangka dalam kehidupan Camelia dan Qayyum."
Ini yang membuatkan aku sungguh-sungguh nak tahu Jemima ni bidadari dari kayangan atau ular berpakaian manusia. Profesional dalam bekerja, manis dengan Camelia, tapi macam ada something fishy disitu. Begitulah jiwa-jiwa detektif ni sukar dibendung meskipun di dalam buku romantik komedi 🤣.
Buku yang ku sangkakan biasa ni rupanya bukan buku biashe-biashe, ada beberapa babak yang agak komikal bila dibayangkan, cukup baik bagi buku romkom, pasti ketawa tersembur.
Beberapa perincian telah diharmonikan sesuai dengan isu yang diketengahkan: ✅ Isu rumah tangga tanpa cinta ✅ Hak wanita dalam Islam ✅ Perniagaan fasa bermula
Secara keseluruhan aku sangat sukakan dengan tema yang disampaikan oleh penulis dalam buku ini. Terutamanya dari segi women empowerment dan hakikat bahawa disetiap keindahan pasti akan tersirat kesusahan. Never judges a person by their appearance. Apapun terbaik tulisannya.
Terima kasih kepada penulis buku @aaliyaadni kerana memberikan buku ini in exchange with a honest review. Teruskan momentum sis!
Camelia seorang gadis moden yg sederhana, dididik sempurna dan pandai serba serbi. Bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat. Anak bongsu dari tiga beradik. -- Qayyum seorang anak yg baik dan taat pada ibunya. Seorang Jurutera yg mementingkan kerjaya tp suka berlibur. Masih belum ada mana² gadis yg mampu memikat hatinya. Dia sangat berbeza dgn abangnya, Qayyim yg memilih jalan sendiri sebagai pelukis. -- Puan Ain, ibu Camelia dan Datin Mahanom, mama Qayyum adalah rakan baik sejak di Kolej. Datin Mahanom terlalu suka dan sayangkan Camelia dan mahu jadikan Camelia menantunya. Lalu sepakat mengatur perkahwinan mereka. Sejak dikenalkan dgn Qayyum, Camelia hanya mencintai Qayyum seorang berbeza dgn Qayyum yg menikahi Camelia sekadar memenuhi permintaan mamanya. Menjadi anak yg mendengar kata dan tak kecewakan hati mamanya walaupun hati sendiri tak pernah mencintai Camelia. -- Awal perkahwinan mereka, satu perjanjian telah dibuat dan Camelia berusaha utk kekalkan kebahagiaan rumahtangganya. Menjadi isteri Qayyum bukan perkara yg membahagiakan Camelia walaupun mereka dikurniakan tiga orang cahayamata. Qayyum tetap sama melayannya seperti dulu. Lima tahun berlalu dan mereka masih bertahan utk bersama. Camelia menjadi lebih tabah dan sabar demi mencapai impian hidupnya. Qayyum nampak sempurna sebagai suami tp hakikatnya dia sangat dingin ibarat ais yg beku. Mampukah Camelia bertahan? -- Atas persetujuan bersama dan demi masa depan, Qayyum melabur utk Camelia buka perniagaan sendiri sambil bekerja. Jemima, satu-satunya kawan karib Camelia semasa di sekolah dulu yg punya bakat di bidang masakan menjadi rakan kongsi bersama dan banyak membantu Camelia tanpa dia tahu kisah disebalik seorang Jemima. Jemima yg telah berkahwin, punya aura dan agenda tersendiri. Segalanya berjalan lancar hinggalah Camelia tiba² pitam dan warded hampir sebulan. Qayyum yg dingin semakin mencair dgn kehadiran Jemima. Qayyum semakin berubah. Ada sesuatu yg berlaku tanpa pengetahuan Camelia. Apa terjadi? Mampukah Camelia pertahankan perkahwinannya yg tanpa cinta? Apa pengakhirannya? -- Sebuah kisah percintaan dan perkahwinan yg menyentuh hati. Satu kelainan dari penulis. Jujur aku katakan ni kali pertama jumpa watak hero yg terlalu dingin, ego, kuat bekerja dan tiada perasaan pada isteri sendiri. Hingga hampir ke bab akhir barulah dia jadi hero yg sebenar. Tak tau la, rasanya aku tak mampu jadi sekuat Camelia dan aku sangat respect kesungguhan Camelia pertahankan perkahwinannya. Walau ada sedikit editing error tp tak mengganggu pembacaan malah idea penulis sangat best. Banyak pengajaran yg disampaikan. Jangan bila dah kehilangan baru kita nak sedar. Hargailah insan sekeliling kita terutama insan tersayang. Terima kasih cik penulis utk Elipsis Cinta. Teruskan usaha. Recommended kpd pembaca yg nakkan kelainan pada watak hero. Best ⭐⭐⭐⭐
Jalan cerita sangat menarik. Tidak cliche. Banyak pengajaran yang boleh diraih dalam novel ini. Namun terlalu banyak kesilapan ejaan, nama watak yang mixed-up, bab 3 yang dicetak sekali lagi dalam bab 4, sekejap Puan Ain dipanggil mama, sekejap dipanggil ibu dan tanda baca yang simpang-siur. Novel ini seperti tidak disemak/edit sebelum dicetak. Too many glaring mistakes. Such a pity. Otherwise, it would have been a 5* for me.