Jump to ratings and reviews
Rate this book

Datanglah Cinta

Rate this book
Professor Dr Falah Illman Hayyin dan Fatin Iman Layyin. Bagi mereka dikhianati orang yang paling dicintai itu umpama diracun tanpa ikhsan. Racun maha bisa yang melumpuhkan raga jiwa. Membunuh segala rasa yang tumbuh dalam hati. Tiada lagi cinta dalam hati.

Itu janji manusia. Bukankah cinta itu datangnya daripada DIA yang meniupkan rasa itu dalam jiwa setiap yang bernyawa? Di dalam hati-hati yang terpilih?

Sudah tertulis Hayyin itu pelengkapnya Layyin. Bukankah Layyin dan Hayyin itu seganding hingga ke firdausi? Janji DIA sesungguhnya pasti dan benar.

"Hidup saya ni terlalu banyak kenangan yang pahit. Terlalu banyak, prof. Jangan janjikan saya angan-angan. Saya dah tak percaya lagi pada itu semua." - FATIN

"Bad memories... they faded with time, Fatin. Take my hand and I will promise you that sad memories will never touch you again." - PROF FALAH

Tapi Fatin masih ragu dengan kesungguhan Prof Falah. Jurang mereka luasnya tak terkira.

"Enggang dengan pipit tak boleh terbang sama, prof." - FATIN

"Climb up on my shoulder and stay there. We will fly together. Higher and higher." - PROF FALAH

When Hayyin meet Layyin... and they live happily everafter. Itu yang mereka impikan. Namun hidup ini bukan sekadar menyulam impian indah yang penuh fantasi. Realitinya akan digugah ujian dan cabaran. Akan dibadai fitnah dan tohmah.

"She is not a good wife for you, bro. You know me, bro. I speak up because I care." - FAZRUL ISMEET

"Because half of his DNA is mine. Meaning he is my son!" - ADAM NUH

Akan kuatkah jiwa seorang Falah Illman Hayyin demi janji sumpahnya terhadap seorang Fatin Iman Layyin? Akan seteguh kerikilkah cinta mereka tatkala dilambung ombak dugaan untuk kali kedua? Sesungguhnya setiap takdir yang ditetapkan oleh NYA ada kebaikan, bersulam hikmah,

"Dan ALLAH tidak memberatkan melainkan apa yang terdaya oleh hamba-NYA." (Al-Baqarah: 286)

427 pages, Paperback

Published January 1, 2021

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

April Snow

27 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (47%)
4 stars
6 (35%)
3 stars
3 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
April 16, 2024
kasihan sangat-sangat pada fatin. kepercayaan dia pada adam yang konon cintakannya punah. bila dalam rahimnya tumbuh nyawa, dia dibuang, dihina malah dipijak dengan kejam oleh adam yang menuduhnya tidak setia walhal dia sayang adam separuh nyawa.

demi ash, fatin sanggup menelan segala kepayahan membina hidup sendirian. anehnya, manusia yang tak punya ikatan apa-apa yang banyak membantu. mak cik dia, emak pada adam buang dia sama sekali.

watak manusia yang busuk hati seterusnya ada pada shima. ada saja tak puas hati pada fatin. kemuncak, fatin dibuang kerja konon sebab status dirinya dan anaknya ash. kejinya sifat manusia ini!

asbab penganiayaan dan penghinaan, dia bertemu dengan auntie vasanthi yang ketika itu sedang mencari penggantinya untuk bertugas sebagai tukang cuci di rumah seorang profesor.

di kala itulah pertemuan antara fatin iman layyin dengan dr falah illman hayyin. antara majikan dan pekerja. fatin bertindak jujur memberitahu tentang dirinya pada prof dan prof kacak itu tenang menerima.

puan penulis April Snow sememangnya hebat dalam penyampaian pov 1 buat pembaca betul-betul larut dalam setiap perjalanan cerita. dan sememangnya tak boleh dinafikan dialog yang catchy buat perasaan teruja membaca itu terus hingga helaian yang terakhir.

setiap manusia diduga. diduga dengan pelbagai jalan cerita. prof falah sendiri, dugaannya juga berat. isteri bermukah dengan orang lain buat dia rasa sangat dikhianati.

dalam banyak-banyak watak, selain fatin dan falah, suka dengan watak tan sri zaharul. terserlah kredibiliti sebagai seorang pemilik empayar perniagaan yang gah. selain itu dia seorang bapa mentua yang baik dan sangat bertoleransi. itu belum lagi babak dia menyelesaikan masalah antara tiga orang anak lelakinya. bab samseng juga boleh tahan bila dia mahu bela fatin dari kebodohan adam.

trust, loyal, sincere.

tiga perkataan ini yang mampu menjadikan

LOVE

teguh, kuat, hebat.

yang lain-lain akan datang tepat pada waktunya.

16/4/2024

baca sekali lagi, tapi kali ni dalam terbitan lain pula.

tapi isinya tetap mengancam jiwa.

seronok sepanjang pembacaan.
Profile Image for Mslvoe.
2,105 reviews204 followers
July 19, 2023
Myumpah² F baca tentang Adam Nuh. Dengan shima akak supervisor tu pun sama. Ehh termasuklah Datin. Hina sangat menghina Fatin! Gerammmnyaaa..

Lepas kahwin dengan Prof Falah best biarpun story ni cliche. Happy baca bila papa @ father in law protect Fatin. Rasa wow giler.. padan muka abang dan adik Prof.

Yang paling best bila si jahat Adam Nuh terduduk bila semuka dengan Fatin. Padan muka ko!
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
January 5, 2023
Cliche story.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
July 16, 2023
Hayyin x Layyin
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
September 6, 2023
Hmm agak klise jugak la cerita ni
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 6, 2021
Datanglah cinta..❤

Cinta yg bkn sekadar rasa mahu memiliki tp diserta rasa melindungi dan menyayangi!

Prof yg digambarkan punya pesona dan hampir sempurna utk seorg wanita!
Fatin yg membawa kelam kisah silam digarap menjadi wanita kuat, tabah dan semangat waja bersama Ash Faheem, yg suci lahirnya membawa sinar bahagia wlu ada sisi luka dan duka!

'Memaafkan mmg berat dan susah! Tp cubalah! Beri satu ruang kecil yg bahagia dlm hati krn bahagia itu bermula dr dlm hati'💞

Saya suka DC, kisah santai yg ada 'byk rasa'! ...Rasa tu kenalah baca DC baru dpt tahunya!

Tahniah ya April Snow utk DC yg lumayan mantap!👍😉
Selamat berbahagia Fatin dan Yayang! 😘
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.