Setelah mesin rentas masa berjaya diaktifkan, Dr. Ion belot terhadap rakannya, Prof. Nano dengan mencuri Nanoken.
Tersilap langkah, Dr. Ion tercampak ke zaman 1511, di mana dia menemui punca kuasa untuk menakluk dunia.
Demi membuktikan dia tidak bersalah dan mahukan kerjayanya kembali, Prf. Nano mula merancang untuk menjejaki Dr. Ion. Tanpa disedari, Dr. Ion sudah memanipulasi kuasa dan masa yang ada padanya untuk memusnahkan dunia perlahan-lahan. Dalam kembara mencari Dr. Ion dan Nanoken, Prof. Nano menemukan banyak hal di sepanjang pengembaraannya.
ya. puan penulis Fizziany ni dah out of her mind. idea asal dari hafizul mohd razali Kapten Neo mencetuskan satu kisah yang bagi akak sangat mind blowing.
pengenalan tentang mesin masa yang dicipta sejak berkurun lama. tapi di tangan dr ion dan dr nano, mesin itu berfungsi sepenuhnya. bila dah mula tamak, sesuatu berlaku. dr ion yang mahu kembali ke borneo 2020 tapi dia tercampak ke tahun 1511. kembali ke sejarah sewaktu melaka diserang portugis.
yang menarik bila penulis mampu gabungkan fiksyen zaman akan datang dengan kisah sejarah yang telah terukir. bila banyak membaca dan buat kajian, penulis masukkan sesuatu yang jarang diketahui atau tak diambil peduli.
selain harta yang ada dalam kekuasaan kesultanan melaka, kisah betapa manusia yang rakus juga dikisahkan. seronok baca weiihh... banyak isu semasa yang ada yang kita kadang sebagai manusia tak terfikir. mungkin yang mengejar kekuasaan, kemewahan, ketamakan memang tahu tentang perkara-perkara yang dianggap mustahil ini.
dr nano mengejar dr ion. seorang di masa lampau. seorang di masa hadapan. dr nano bertemu dengan andi yang mahu membantunya dalam misi menyelamat dunia. siapa andi? haa...
Pentalogi Nanoken Siri 1: Gerbang Masa Makrokosmik by Fizziany. .
Aku beli siri pentalogi (5 buku) ni masa penulis buat sales dulu. .
Dan disebabkan tak tahu nak baca buku apa (tipikal perempuan yang kata takde baju, padahal baju penuh dalam almari), so I decided to start reading this series. Kononnya kalau mood okay, aku boleh habiskan terus 5 buku. So, banyaklah kurang TBR aku tu. hahahah .
Buku ni cerita tentang Prof Nano, saintis termuda, bekerjasama dengan Dr Ion untuk misi gerbang masa ni dengan bantuan batu nanoken. Kiranya boleh time travel la untuk selamatkan bumi. .
Oh by the way, ni cerita berlatarbelakangkan di Paris pada tahun 2059. Pada tahun tersebut, bumi sudah makin teruk dengan isu pemanasan global dan banyak lagi la. .
Oh ya, Prof Nano tu perempuan, berumur 25 tahun. Dah biasa hidup dalam makmal je, so, kalau dia terpaksa keluar dari makmal, apa akan jadi? Dan Dr Ion tu, lelaki, berumur 60an. .
So, bila gerbang masa mereka tu dapat diaktifkan, Dr Ion ada plannya tersendiri. Dia minta Prof Nano set kan masa ke 40 hari akan datang untuk dia time travel. Ingatkan dia akan disanjung atas pencapaian gerbang masanya ini, tetapi sebaliknya. Pada 40 hari kemudian, berita menunjukkan yang Dr Ion ialah seorang penjahat, dan telah mati dibunuh oleh Kapten Neo. .
So, kerana bengang, Dr Ion nekad untuk kembali ke Borneo, Malaysia untuk mencari sebahagian lagi batu Nanoken, untuk kukuhkan kuasanya, dan dia ingin membunuh ibu bapa Kapten Neo supaya Neo tidak dilahirkan. .
Tapi malangnya, Dr Ion tercampak ke tahun 1511. Pada masa yang sama, Prof Nano dalam perjalanan ke Malaysia untuk mencari Dr Ion. Dalam perjalanan, kereta solarnya rosak. Masa ni la, dia jumpa dengan Andi. Tapi Andi ni misteri. .
Dan sewaktu Prof Nano ditembak, muncullah seorang lelaki misteri yang lain. .
So, siapakah 2 lelaki tersebut? .
Cerita ni okay je sebenarnya. Ala-ala fantasi gitu. Tapi disebabkan banyak sangat naratif dan fakta, so, aku agak overwhelmed with the information. Dialog cam sikit sangat je. But anyway, first book kan, maybe untuk pengenalan kot. .
ULASAN BUKU: Gerbang Masa - Makrokosmik oleh Fizzany
Gerbang Masa - Makrokosmik merupakan sebuah novel fiksyen sains yang mengangkat tema perjalanan masa, dengan suntikan isu-isu besar seperti pencemaran alam, manipulasi sejarah dan nilai kemanusiaan. Karya ini membuka gerbang kepada satu dunia di mana masa bukan lagi sesuatu yang linear, tetapi alat yang boleh disalah guna demi kepentingan tertentu—dan di situlah bermulanya kerosakan.
Plot bermula dengan keadaan yang kelihatan normal, seolah-olah sejarah bergerak seperti biasa. Namun, penulis dengan licik menyembunyikan watak utama yang menjadi punca segala kekalutan. Misteri ini mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi kepada pembaca. Watak Dr. Ion, yang kemudiannya didedahkan sebagai dalang kepada pelbagai insiden, menjadi titik tengah cerita. Namun begitu, assistantnya iaitu Nili pula pada masa yang sama sedang berusaha membersihkan namanya yang telah dikotori oleh Dr.Ion.
Salah satu kekuatan novel ini ialah keberanian penulis menyentuh isu global seperti perubahan iklim, pencemaran dan ketamakan manusia yang mencetuskan kemusnahan. Ia menyelitkan mesej-mesej penting yang relevan dengan situasi dunia sebenar. Namun, gaya penyampaian kadangkala terasa sedikit ‘menyekolahkan’ pembaca. Ada bahagian yang membuatkan kita rasa seperti sedang diceramahi, bukan dibawa masuk ke dalam dunia cerita. Tapi mungkin itu juga gaya penulisan @Fizzany —lantang dan terus ke titik.
Antara momen paling mencuit hati adalah dialog watak Nili: "Dengar… cerita sajalah sampai ke hujung. Kalau aku tertidur pun, ada orang tengah baca novel ni." Ayat ini bukan sahaja melucukan, tapi juga sangat ‘meta’—seolah-olah mengingatkan pembaca untuk terus bersama cerita walaupun kadangkala rasa macam tenggelam dalam maklumat berat.
Novel ini bukan berdiri sendiri—ianya sebahagian daripada siri, dan Makrokosmik hanya membuka tirai. Dengan empat lagi buku bakal menyusul, Fizzany dengan bijak membina ketegangan melalui fakta yang mengejutkan: Dr. Ion hanya mempunyai 40 hari sebelum ajal menjemputnya. Dan sepanjang 40 hari itulah misi menyelamatkan dunia akan berlaku oleh Nili dan Andi...—satu tempoh masa yang mencabar, penuh teka-teki, dan pastinya mendebarkan.
Secara keseluruhan, Gerbang Masa - Makrokosmik adalah sebuah permulaan yang kuat. Ia bukan sahaja menghidangkan fiksyen masa yang menarik, tetapi juga menyuntik kesedaran terhadap tanggungjawab manusia terhadap bumi. Pembaca yang gemar teka-teki, konflik dalaman watak dan misteri sejarah akan mendapati buku ini sukar untuk dilepaskan. Cuma, bersedialah untuk bersabar—kerana kisah ini baru sahaja bermula. 4 buku lagi perlu dihabiskan untuk tahu penamat kisah ini..😅
Berlatarkan dunia masa depan, satu pendekatan sains fiksyen yang berbaur dengan mesin masa, terjebak di zaman lampau dan usaha mengubah sejarah. Penuh dengan pelbagai science fact, sejarah dan sangat infomatif.Jelas kerajinan, kredibiliti, kualiti dan high intelektual writernya. Salute to the writer😉Hanya aku kurang gemar dengan style 'berkhutbah' pada bahagian-bahagian ini. Mungkin boleh di naturalkan lagi dengan gaya penulisan yang lebih santai dan bersahaja.
Mempersoalkan tentang sikap tamak, kecuaian dan ego manusia yang sentiasa memberikan pelbagai sebab dan akibat terhadap segala yang berlaku kepada alam dan muka bumi ini. Betapa keadaan mendesak dan menjadikan manusia beradaptasi baik secara positif, atau sebaliknya. Gaya bahasanya baik dan kemas, teknik penulisan yang menggerakkan reader untuk go on. Hanya tidak memenuhi selera aku. Apapun, bagi peminat Sains fiksyen dan sejarah, series ini sangat mengujakan untuk diikuti.
Gerbang Masa Makrokosmik merupakan buku pertama dari siri Pentalogi Nanoken — Fizziany Tema fiksyen-sains, moden + kembara masa, (dalam buku ini) hanya berkisar tiga watak utama Dr. Ion, Prof Nano dan Andi.
Hanya kerana ketaksuban untuk meraih kemasyhuran dan menguasai dunia — menjadi pemula terhadap konflik di mana "yang tamak haloba" berhadapan dengan "sang penyelamat".
Naratif disampaikan secara berperingkat, tersusun (plot kemas) — walau dalam jeda masa berbeza, pembaca pasti dapat mengikuti perjalanan penyampaian isi cerita dengan baik.
Terdapat beberapa bahagian (bab) tertentu yang sarat dengan maklumat (aspek sains dan alam sekitar) yang baik untuk diketahui pembaca.
Yang menjadikan buku ini "stand-out" (bagi sayalah), adanya elemen "tiber" yang agak lucu di beberapa tempat diperhatikan menerusi dialog dan tingkah laku watak,
Tahniah kepada penulis untuk penghasilan karya fiksyen sains ini.
Hebat sekali. Rindu untuk baca celoteh Fizziany melalui watak-wataknya, terubat dengan Gerbang Masa. Siri 1 dari siri Pantologi Nanoken ini, amat kuat tarikannya. Memang saya tiada pilihan. Terpaksa tepikan semua buku lain dan tumpu kepada buku siri kedua.