Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Di sini mulanya perjalanan yang panjang. Ken Syah, satu-satunya saintis Malaysia yang terpilih dalam projek penting Badan Sains Dunia. Dalam kebuntuan mencari jalan untuk menjayakan projek Nanoken, Ken bertemu wanita misteri yang akhirnya berjaya mengisi ruang sepi dalam hati. Lafaz diakad lalu dengan pertolongan wanita misteri tersebut, nanoken berjaya direalisasikan.

Namun, kerjaya yang dianggap satu kebanggaan, rupa-rupanya bakal meragut seluruh masa depan termasuk nyawa orang-orang yang disayanginya.

291 pages, Paperback

First published August 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Fizziany

38 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (41%)
4 stars
10 (58%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
April 6, 2021
kali ini lebih dramatik. penulis Fizziany perkenalkan pembaca dengan ken syah dan suri yang membawa kisah idea asal hafizul mohd razali Kapten Neo. siapa ken dan suri?

ken. di garis masa 2020. satu-satunya saintis malaysia yang terlibat dalam projek nanoken. penulis memberikan bahasa mudah untuk istilah biomimetik dan nanoteknologi. projek sains itulah yang ken usahakan. orang atasannya? dr ion.

yang makin menarik bila salur galur kekuatan tanah melayu dimasukkan dengan cara yang paling tak dijangka. borneo yang kaya dengan alam semulajadi yang sesetengahnya sangat misteri digabungkan dengan gunung ledang yang juga punya misteri dan mistik yang tersendiri.

projek itulah yang menjadi kegilaan manusia dan benda yang 'gila' yang mahu menakluki dunia. dan kerana mereka ini suri mati, ken dibunuh, batu nanoken yang punya kuasa terpecah dua dan andi hidup sendiri. ha... siapa andi ni?

bila hidup sendiri dan menyaksi segala kemusnahan satu persatu depan mata, sangat perlukan kekuatan jiwa.

jom. terus mengembara ke siri seterusnya.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,358 reviews69 followers
July 22, 2022
[BOOK 145]

Pentalogi Nanoken Siri 2: Ken: Revolusi Nano by Fizziany.
.

Okay, this series is getting better.
.

Kalau dalam buku 1, Dr Ion kembali ke masa lalu sebab dia nak bunuh seluruh keturunan Kapten Neo yang bakal membunuhnya pada masa depan. Dan Prof Nano dan Andi dalam misi mencari Dr Ion dan juga untuk mendapatkan semula Nanoken yang dicuri oleh Dr Ion.
.

So, kali ni, kita dibawa mengenali asal usul Kapten Neo.
.

Ken merupakan salah seorang saintis yang terlibat dalam projek yang juga diselia oleh Dr Ion. So, tengah serabut dengan projek tersebut, dia jumpa dengan seorang wanita misteri bernama Suri. Ayah Suri la yang memberikan Ken batu Nanoken dengan tujuan untuk menyelamatkan bumi. Dengan syarat, Ken kahwin dengan Suri dan mereka hidup di dunia sana. Ken setuju.
.

Maka, dengan batu Nanoken, misi mereka berjaya. Pada masa yang sama, Suri sudah pun melahirkan bayi lelaki yang bernama Neo.
.

So, orang-orang jahat tu tahu kewujudan Neo tu, so, Neo perlu dibunuh. Namun, Neo selamat, tapi seluruh keturunannya mati dibunuh. Dan batu Nanoken tu pun direbut, akibatnya batu tersebut terbelah dua. Sebahagian sempat dicuri oleh Dr Ion, dan sebahagian lagi, ada pada Neo.
.

Maka membesarlah Neo dengan nama Andi. Masa umur 21 tahun, barulah Neo tahu tentang amanat arwah ayah dan ibunya. Untuk melindungi batu Nanoken, dan juga mencari Nano.
.

So, berangkatlah Andi ke Paris untuk mencari Nano dan juga Dr Ion tu. Tu yang mereka jumpa masa Buku 1.
.

Okay, 3rd book, proceed.
Profile Image for Fiz..
9 reviews
June 9, 2023
Sekali lagi .. secara jujurnya buku 2 siri pentalogi nanoken ini sarat dengan maklumat berkenaan sains dan alam sekitar, "sarat" ini tidaklah bermaksud penuh setiap bab — tidaklah begitu, maklumat² sains dan alam sekitar ni berada pada bahagian-bahagian tertentu saja tanpa mengganggu perkembangan jalan cerita.

Watak² terdahulu (buku 1) Dr. Ion, Maharaja Drion muncul semula, dengan watak² baru seperti Ken, Suri dan Neo. Juga muncul watak² ciptaan Maharaja Drion — dgn fungsi khusus tertentu,

Konflik tercetus apabila lahirnya "sang penyelamat" dan usaha menamatkan riwayatnya oleh "si tamak haloba" — dah mcm kisah kelahiran Nabi Musa a.s di zaman Firaun (yg memburu anak² lelaki untuk dibunuh).

Gaya penceritaan yang santai dari penulis, garapan plot (tetap) kemas sebagaimana buku 1 membuatkan pembaca mudah mengikuti isi cerita.

Tahniah kepada penulis, siap-siap untuk membaca buku 3 selanjutnya.
Profile Image for Hamidah Effendi.
596 reviews13 followers
June 1, 2026
Kisah kali ini berkisar tentang pencarian bayi bernama Neo dan misteri Batu Nanoken. Kejayaan Ken mengaktifkan Nanoken dengan bantuan keluarga isterinya rupanya hanya bersifat sementara. Hidupnya menjadi semakin huru-hara apabila setiap langkah yang diambil seolah-olah sudah diketahui pihak musuh terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, isteri Ken kelihatan seperti menyimpan sesuatu rahsia dan telah membuat persediaan awal untuk melindungi anak mereka daripada bahaya yang bakal tiba.

Apa yang sepatutnya menjadi kajian untuk menyelamatkan manusia dan bumi telah disalahgunakan oleh pihak tertentu yang tamak. Batu Nanoken yang memiliki potensi besar menjadi rebutan kerana ada pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Penceritaan bergerak dengan pantas dan sedikit aksi. Menariknya, terdapat dua kelompok musuh yang berbeza. Namun, kemunculan musuh kedua masih agak kabur bagi saya dan peranannya belum benar-benar dijelaskan.

Sejujurnya, saya mengharapkan lebih banyak jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan dalam buku pertama. Namun, buku kedua ini pula menambah lagi misteri baharu. Jadi, nampaknya kena bersabar menunggu buku 3.0 untuk mendapatkan jawapan yang lebih lengkap.

Buat masa ini, banyak persoalan masih tergantung dan membuatkan pembaca terus tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Saya cuma berharap siri seterusnya dapat merungkai segala misteri yang telah dibina sejak awal. 😊📚
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,603 reviews43 followers
July 13, 2023
Haaa. Antara yang paling gila. Buku ini selesai kubaca dalam masa 2 jam lebih sedikit, termasuk masa untuk makan dan aktiviti biologi yang berkenaan. Lucu betul penulis, sempat pula Ken di saintis nerdy dsn naive tu dibuatnya menyanyi (dalam hati) lagu Isabella Search. Semakin lama, debaran semakin bergetar kuat. Kisah Ken kirasa terlalu pendek. Dia kiranya tidak ada 'power'? Bukan kah dia anak Pak Man previously Sultan Mansur Shah? Mushkil juga. Tapi tak mengapa. Sekarang ada hero baru. Lebih comel kubayangkan. Badan dan wajah sedap dipandang, lesung pipit sepasang, pandai melawak lagi. Go go go Andi..... dan Nili.
Next bacaan, siri ke3.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews