Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Dia digelar sebagai seorang yang gagal dalam hidup. Takkan ada masa depan. Dia dihina oleh orang kampung dan diperkecil oleh kaum keluarga. Namun. apabila takdir berubah, ia meragut seluruh kepercayaan Chi terhadap nilai kemanusiaan.

Sementara itu, Dr. Ion mula membina sebuah Gerbang Bintang yang lebih hebat berbanding Gerbang Masa Makrokosmik, iaitu sebuah mesin perjalanan antara ruang dan dimensi. Satu persatu spesis hidupan bumi mula hilang, ditransportasi ke dimensi lain demi pelan masa depan.

Berjayakah Chi mengekang usaha Dr. Ion?

260 pages, Paperback

First published November 1, 2020

9 people want to read

About the author

Fizziany

38 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 22, 2022
[BOOK 146]

Pentalogi Nanoken Siri 3: Chi: Uras Positron by Fizziany.
.

Okay, kalau ingat, dalam buku pertama, endingnya, Prof Nano yang tercedera, diselamatkan oleh seorang lelaki. Okay, itulah Chi.
.

Chi ni seorang budak yang tidak pandai. Literally, 1+1 pun tak tahu. Berbanding abangnya, Lian yang pandai dan bekerja di oversea, Chi memang selalu dibandingkan. Yang sebenarnya naluri seorang ibu ni risau. Dia risau anaknya susah bila dia meninggal nanti. Kalau ibunya selalu marahkan dia, Chi akan lari ke rumah neneknya yang bersebelahan dengan rumahnya. Nenek dia tu memang selalu backup dia.
.

Sehinggalah pada suatu hari, kambingnya hampir mati. Sebab Chi terlalu takut nanti mak dia marah, dahlah tak pandai, jaga kambing pun tak pandai, punyalah Chi takut sampai menangis sambil pegang perut kambing tu. Dan ajaibnya, kambing tersebut sembuh.
.

Kejadian kedua masa Chi sembuhkan seekor gajah. Secara kebetulan je sebenarnya. Tapi sejak itu, ramai orang yang sakit duk cari dia sebab nakkan kesembuhan. Kesian Chi, selama ni, takde orang pernah kisah pun dia ada ke takde. Sekarang, pakat duk kerumun rumah dia.
.

Dan kemudian, Chi diculik oleh golongan tentera kerana Chi ialah The Healer yang dicari. Chi ialah hasil daripada ujikaji yang kumpulan tersebut jalankan kepada ayah Chi. Dan akibatnya, bila Chi gagal jalankan arahan mereka, ibu dan neneknya mati dibunuh.
.

Kemudian, dia diselamatkan oleh Oga. Oga ni la yang suruh Chi ke Gunung Ledang untuk cari Pendeta Kudus. So, masa kembara tu, dia jumpa dengan Prof Nano dan Andi dan mereka bergabung.

Okay, 4th book, proceed.
.

p/s: comel je bila Andi jealous bila Chi ngan Prof Nano tu mesra. hahaha
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 6, 2021
watak baru. chi. dia tak pandai. selalu kena marah dengan emak dek kerana asyik gagal dalam periksa. emaknya beria suruh belajar pandai-pandai supaya boleh keluar dari wilayah yang mereka diami.

chi dan abangnya lian tidak pernah tahu yang ayah mereka pernah dijadikan bahan ujikaji makmal. dianggap sebagai ujikaji yang gagal dan ayah mereka menderita hingga akhir hayat.

sehingga chi dewasa pun, terserlah sikap lurus bendulnya. tapi dia sangat terhina bila gadis yang disukai menghina dia. fuh! hati tisu juga.

sesuatu berlaku. rupanya chi mampu menyembuhkan dengan sentuhan. dia mewarisi atau lebih tepat hasil yang berjaya disebabkan ujikaji yang dilakukan kepada ayahnya. cumanya bila tahu dia mampu menyembuhkan, ada yang memburu hingga menyebabkan kematian emak dan neneknya.

puan penulis Fizziany memang banyak merepek. idea penyampaiannya absurb! oga, si haiwan yang lebih bijak dari manusia. tapi inilah dia sci-fi fantasi. semua boleh jadi tidak mustahil. dan paling mengkagumkan cerita idea asal oleh hafizul mohd razali Kapten Neo ini mampu diterjemah dengan sangat baik oleh penulis dan buat pembaca duduk diam menekuni dengan sangat minat. ingat senang nak relate kan semua kisah kelestarian alam, kisah pandemik global dengan segala bentuk jalan cerita yang mahu menyelamatkan dunia?

mereka sudah bertemu. chi, andi dan kapten nano.

seterusnya? jom siri 4 pula. makin mendebarkan bila mereka mula menghampiri pemegang tampuk kisah. yang mencetuskan semua mala petaka dan menghidupkan pengembaraan merentas masa.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
July 13, 2023
Memang semakin mengarut novel Chi dalam siri ketiga Nanoken tulisan Fizziany ni. Dah baca tak boleh berhenti. Punyalah mengarut. Ini dah masuk pula Ratu Agniasari dari siri makhluk bukan manusia Trilogi Epik Cinta yang saya pernah baca dan pernah lalu Fasa stress menggunung sebab "kenapa habis dah. Nak lagi huaaaaa" dulu. Lagi lah tak mampu untuk saya menahan gelojak... ke gejolak? Aishh. Hari ini saja siap tiga siri terus kubaca. Tidak mampu kuurung hari yang menggeletik untuk teruskan baca siri seterusnya.

Ahh nak tanya, uras positron tu apa ya?
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.