Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selalu Ada Dia

Rate this book
Suatu ketika dahulu, mereka teman sekelas yang tidak saling menyapa. Beberapa tahun kemudian, hubungan mereka bertukar kepada majikan dan pekerja. Majikan yang dingin tetapi suka membuli si pekerja.

“Dalam banyak-banyak pekerja, kenapa encik pilih saya yang temankan encik?” - Liya.

“Aku suruh, buat saja. Tak payah tanya kenapa. Aku tak suka.” - Afiq.

Tanpa sengaja, Afiq telah bermain dengan nyawa Liya. Demi membetulkan keadaan, Afiq menoktahkan semuanya dengan ikatan perkahwinan. Walaupun Liya tahu, dalam hati Afiq ada nama Suri.

“Mudahnya encik jadikan saya kambing hitam untuk selamatkan Suri. Encik tak ada perasaan ke?” - Liya

“Mata tu cover sikit. Terkeluar nanti, turun harga hantaran.” - Afiq
Bukan mudah menjadi isteri seorang Afiq. Dia selalu diganggu roh wanita yang berdendam dengan keturunan keluarga Afiq, dan ugutan seorang pembunuh yang obses. Dalam waktu yang sama, Liya meragui perasaan sebenar Afiq kepadanya.

“Siapa yang awak harapkan jadi pendamping awak sebenarnya? Suri?” - Liya

“Aku tahu bagaimana mencintai orang yang tidak cintakan kita. Sakit, Liya. Sakit sangat.” - Afiq

“I tak pernah cintakan mana-mana lelaki, Fiq. Tapi dengan you, I tak mampu menidakkan perasaan I.” - Suri

Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?

585 pages, Paperback

First published February 1, 2021

5 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
76 (71%)
4 stars
25 (23%)
3 stars
5 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
May 8, 2022
[Buku 24 | 2022]
5/5 for the idea and plot!
4.7/5 for overall rating.

Bagi saya, cerita ni punya plot lagiii mencengkam minda (ceh over hahaha) dari coffee sara. Bukan compare tau, saya cuma maksudkan dari segi idea thriller dan plot twist tu!

Serioussss, recommended bg siapa yang suka baca cerita thriller romance.
Profile Image for Glow.
83 reviews
September 5, 2024
Idea yang menarik. Cara penulisan misteri yang ada kelainan dan nilai sentimental. Setiap helaian muka surat penuh rasa saspens. Tidak dilupakan banyak juga diselitkan elemen lain seperti persahabatan, kekeluargaan, cinta, kepercayaan, pengkhianatan, kehilangan, mimpi, roh dan sedikit seram. Plot twist sangat tidak terjangkau. Memang penulis layak dinobatkan sebagai Queen of mystery and unexpected hehe.

Cuma ada bahagian hujung tu saja aku rasa ada sedikit lari daripada fakta. Aku ada bertanya pada beberapa kawan aku yang lain. Mereka kata bukan mudah nak keluarkan kenyataan yang seseorang tu sudah "mati" jika mayatnya tidak dijumpai sewaktu kemalangan. Contohnya seperti sudah masuk gaung sebelum ia meletup. Apatah lagi jika siasatan dilakukan selama beberapa hari saja. Kerana ada tempoh tertentu yang sudah ditentukan sebelum mahu mengatakan mangsa itu sudah tiada, atau hilang tidak dijumpai.

Apa pun kalau saya silap, maafkan saya ya penulis?

Tetapi selain dari ini, semuanya sudah sempurna. Aku suka kisah SAD. Idea SAD dicampurkan dengan olahan yang sungguh memukau. Justeru itu benar-benar buat aku tenggelam dalam kisah indah dan tragis ini.

Overall kisah yang sangat menarik. Selepas coffee sara, kisah ini jadi yang kedua aku (untuk top most favourite karya dari penulis sama yang aku minati) suka. Aku sampai hilang kata-kata untuk menulis review sebenarnya. Yang pasti, aku sukakan kisah ini. Ok sekarang macam mana nak cari Afiq? 😔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 9, 2023
This. Wow.



I can't even recall the amount of times this book had me gasping. Because. HOW. EVEN. The mystery, the thrill, the plot twists?? TOP TIER ✨ I wouldn't want to spoil anything here but the fact it has more than one revelations just blew my mind away. I AM IN AWE.

It's safe to say, romance was not really the main element here. Although the MMC, Afiq was a total douche at first towards FMC, Leya, and it really annoyed the crap out of me but dude redeemed himself as the story progresses.

“Seinci kau sentuh dia, tulang kau akan jadi mangsanya.”


Can we talk about his protectiveness though? I get why he acted the way he did. He was willing to do anything just to protect what's his. His desperation 🥹

This dude did, in fact, made me bawl like I won't be seeing the daylight again.

P.S - This might or might not be the actual representation of my state while reading.

Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 13, 2021
Best👍. Sekali lagi penulis membawa pembaca mengembara mencari jawapan tentang siapa Afiq yg sebenarnya. Banyak rahsia demi rahsia yg terbongkar sehingga tak pernah terfikir siapa sebenarnya yg menyembunyikan segala cerita. Afiq itu seperti sumpahan. Sesiapa yg dicintainya akan cuba diganggu oleh roh Cahaya vs Dahlia. Tak habis dgn roh, ada juga cubaan bunuh utk wanita yg dicintai oleh Afiq. Jadi siapa yg perlu ditakutkan? Roh atau manusia itu sendiri?

Kematian Indah kakak ipar kepada Afiq membuatkan Afiq percaya sumpahan yg tertulis utk keluarganya. Lantas dia lebih gemar memendamkan perasaan cintanya terhadap Liya. Kematian Maya dan penculikan Suri membuatkan Afiq membuka matanya yang dia harus melindungi Liya walau dlm apa cara sekalipun.

Walau Liya menerima lamaran Afiq, kadang kala tercetus jua perasaan sangsinya terhadap Afiq. Adakah perkahwinan tersebut utk melindungi Liya atau sekadar muslihat utk melihat Suri bebas dari diburu pembunuh?

Namun sedari awal lg sebenarnya penulis sudah memberi hint tentang siapa pembunuh tersebut. Jadi saya tak rasa terkejut sama sekali kenyataan tersebut. Cuma siapa Cahaya, siapa Dahlia dan kemana menghilangnya Hairul yg buat saya terperanjat bila kenyataan diperlihatkan. Ok kat sini penulis mmg berjaya buat plot twist👍

Apapun saya rasa tak rugi bila baca SAD ini. Selain dari kisah cinta, SAD juga menyelitkan misteri yang buatkan kita teruja mahu tahu apa sebenarnya yg berlaku. Tahniah Ieya Sya❤️
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
October 2, 2021
Yeay!!! Buku keempat dari Ieya Sya yang aku baca. Memang tersangat best dan aku rasa inilah karya penulis yang paling aku suka. Jujur aku katakan yang aku sangat suka dengan pengolahan dari penulis dan sangat sesuai dengan jiwa aku di mana ceritanya tidak meleret-leret dan cukup segala rencah.

Tahniah dan terima kasih penulis atas karya ini.Semoga dapat senantiasa menggunakan bakat ini sebaiknya dan dapat menghasilkan banyak lagi karya yang awesome.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
August 29, 2022
Wihuu tamat!!!! Yayyy
Aku igtkan tulisan Ieya Sya memang tak kena dengan aku.
At first aku mcm "ah baca je la. Kalau tak suka, jual" haa gituu sebab coffee sara and aku di sini tak terlalu ngam dgn taste and dan aku byk skip

Tpi SAD ni fuyoooo tiada skippp. Best besttt. Walaupunk at hujung ada twist sikit. Terkejutt makkk huhuhuuhu

Overall okay 🤩 afiq tu elehh diam diam pdhal sukaaaa. Saje je tu tunjuk marah2 padahal sayang bluekk HAHAHAH

edited ver:
Mula-mula kan aku tak expect tinggi sebab CF & ADS tak capai expectation aku. Tapi bila masuk Liya tu dikacau satu roh ni, makin best pulak baca. Aku tak skip/lompat ke muka surat lain sebab semakin ke depan semakin tertanya-tanya. Siapa roh tu? Apa kaitan Afiq, Azam and Liya sampai melibatkan kematian?

Afiq, eleh mula-mula je dingin macam ais batu. Dah bila dah kahwin ehek ada sisi sweet juga yer eventho bahasa ‘aku kau’ masih melekat. But his action? Begini, 💯👍. Sampai fikir “Eh ko gila ke protect Liya sampai macam tu?!” Dia punya sayang and cinta kat Liya tu tahap melangit ke 7.

Cerita ni tak seram sangat. Thriller gempak. Romance pun ada. Plot twist? Macam boleh agak siapa sebenarnya. Tapi bila satu kebenaran tu aku cam “EHHHH???????” Tak sangka. Risau gue. Uhuhu. Penulis bijak rungkai kebenaran satu per satu. Tak gelojoh. Mudah dan lancar je. Tu la bila baca dan baca, terbongkar perkara sebenar. Nasib tak senget otak aku mengetahui perkara sebenar tu.

Kalau suka misteri-thriller-romantik, hah sila pergi shopee dan terus check out ye. Nanti sold out lagi susah nak cari preloved. Kan kan kan? 😌

Rating: 4.2/5
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
April 9, 2024
Terkedu sekejap.

Terkedu bila kebenaran Maya terbongkar.

Terkedu bila keluarga Afiq punca kepada hal-hal mistik itu.

Lebih terkedu bila tahu hal sebenar Pak Su.

Konflik berat yang ditulis dengan sangat baik, malah elemen cinta yang diselit bersama tidak menjadikan cerita kekok.

I loike bila tahu yang Afiq ni sebenarnya penyahut utama usaha 'Go Green'. Cara dia melindungi Liya, walaupun awal-awal tu rasa nak lepuk dia, tapi lepas dah tahu kebenarannya... Hmm masuk akal. Tapi still, mulut longkang!

Watak Liya sebagai FL yang berani. Bijak bila buat keputusan untuk lari dari Mak Ngah dan Abe Pian. Tak degil sangat. Tak lembik sangat. Just nice, I loike!

Recommended.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 18, 2023
Rate: 5⭐️

Buku ni vibe mcm coffee, Sara sbb part thriller dia banyak. Buku ni seram jugak time aku baca tu, dahlah malam2, sejujurnya aku suka buku thriller, tapi biasanya buku yg ada elemen mistik/seram aku tak baca. Hahaha, sbb sesungguhnya aku tak suka horror story, pengecut aku ni 😂😂 tapi ntah kenapa kalau thriller sukaaa 🤔

Ok, back to review. Buku ni best 👍🏻👍🏻 jalan cerita memang menarik, the plot twist sangat wow 😮🤯 sampai ke hujung pun ada twist lagi. Buku yang memang buatkan aku tak sabar nak habis baca, sebab tertanya2 apa yang terjadi. Sis Ieya Sya ni memang pandai la main dengan perasaan dan emosi aku 😂 Watak ML dia selalu buat aku geram, tapi takleh nak geram lelama, sbb dalam masa sama aku suka watak ML tu 🤭 Eh hahahha. Suka jugak dengan kisah hubungan kekeluargaan dalam cerita ni, dan bukan sekadar kisah cinta 🫶🏻

Cumanya di awal cerita ni ada cakap pasal diari FL, aku ingatkan ML akan jumpa la that diari 😌 tapi takda, ke aku ter’miss’ apa-apa. Walaupun takdalah significant sangat yg itu, tp kan biasanya gitu, nanti tetiba ML jumpa diari tu, ha gitu. Ok abaikan jelah ni. Yang penting, karya Sis Ieya Sya yang ni pun tak mengecewakan 💯👏🏻 #emptycanvashida
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
March 9, 2025
Wow!

F suka both watak

Liya yang kuat... Afiq such a good protector

Bila Afiq berubah sikap masa Misha buat hal... teringat baca novel² medieval dulu²... lelaki yang sangat² mencintai sayangnya sampai rasa sakit hati melihat kesayangan cedera

F tertanya² siapa cahaya.. siapa dahlia. Tak sangka berkaitan. F suka kisah cahaya. Agak tragis kisah dahlia. Kesian lak. Memang jahat jantan tak guna.

But F kasihan dengan uncle Luis.. dia cepat panic la.. tu dia "bersihkan" semuanya tanpa orang tahu
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 9, 2021
Bagaimana perasaan anda, bila terpaksa kuburkan rasa cinta disebabkan sumpahan yang dikenakan kpd ahli keluarga lelaki keturunannya?
.

Afiq terpaksa memendam rasa terhadap Liya disebabkan sumpahan keluarganya. Demi melindungi Liya daripada menjadi mangsa spt kakak iparnya, Afiq rela menjadi lelaki yg dibenci Liya
.

Liya dan Afiq satu sekolah. Namun perangai Afiq yg misteri menjadikan dia tidak disenangi oleh kawan2. Namun tanpa sedar, sebenarnya dia banyak menyimpan rahsia dan dalam masa yg sama, dia sebenarnya telah jatuh hati pd Liya
.

Tamat persekolahan, mereka membawa haluan masing2. Tanpa sedar, beberapa tahun berlalu, Galeri milik Afiq menemukan mereka kembali. Menjadikan Liya sebagai pekerja Afiq. Afiq seorang pelukis dan digelar sebagai Eaagle A. Namun disebalik nama Eaagle A. menjadikan Afiq salah seorang suspek utama dlm pembunuhan Maya
.

Liya mula mendapat keistimewaan pabila dia sering bermimpi wanita sejak bekerja dgn Afiq. Wanita yg dikenali sebagai Cahaya. Dan nama Dahlia turut meniti di bibir keluarga Afiq. Kata Afiq yg sering Liya mimpi itu adalah Dahlia. Bukan Cahaya Siapa sebenarnya Cahaya dan Dahlia? Apa perkaitan kedua wanita dengan sumpahan keluarga Afiq?
.

Apa yg akan anda lakukan bila diserang gangguan mistik dan dalam masa yg sama si psiko yg tidak boleh melihat kebahagiaan orang yg dicintainya?
.

Jujurnya, sejak Coffee Sara penulis terlalu banyak membuat improvement dlm penulisan beliau sejak kali terakhir aku membaca novel beliau iaitu, Hey Laura Its Me. Syabas penulis. Kritikan menjadi anda seorang yg hebat dlm penulisan sekarang. Thumbs up. Tak sabar tunggu next novel
.

⭐⭐⭐⭐⭐
Author 7 books28 followers
April 8, 2022
4.5⭐

Wow tahniah penulis! Satu lagi naskhah yang tak mengecewakan. Best dan penuh tanda tanya. Mula-mula geram je dengan Afiq tapi lepas tu rasa dia sweet sangat. Dah lama rupanya dia suka Liya.

Banyak rahsia dan kisah yang tersembunyi dalam SAD. Tentang Cahaya, Dahlia, Maya, Pak Su Hairul. Plot juga disusun dgn kemas. Dalam banyak-banyak misteri tu, ada satu yang buat aku macam 'Eh.. serius lah itu sebabnya!' kejam betul watak tu. Nak tahu siapa? Silalah baca dan benci watak tu berjemaah😌
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 5, 2022
Sumpah bapak best nak mampos!!!!! Omaigod..where should i start.. cerita start with a girl yg jumpa and keje dgn ex schoolmate die yg mmg selalu ignore die je..selalu wat dunno je pon kat die..tp hakikatnye die cinta mati kat heroin tu rupenye…byk konflik happen tp bukan typical org ketiga je..a lot happen..lepas satu2 jadi..ade part ingtkan dah settle lepas resolve kes bunuh but ade lak rahsia lain..serious tak blh stop sbb aq nak tau..ape jadi next…serious la..eiya sya pny penulisan ni best gileer…enjoy sgt the reading towards the end…🤩😍💐👏👍👍
Ko blh nampak kehebatan buku tu bila rating die either 4 or 5 je…mmg best giler!!!! Love it!!
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
August 5, 2022
4.5/5 ⭐

Plot yang sangat menarik tbh. ending yang... sangat tidak dijangka. sakit otak la kejap sebab tu... HAHAHA. terkejut bila dapat tahu cerita sebalik rahsia keluarga Afiq.

Afiq. Seorang pemilik galeri yang sangat dingin, sarkastik dan kalau boleh, memang limit betul nak bercakap dengan Liya dalam sehari. punyalah Liya cakap panjang panjang, dia reply 1 perkataan je. perangai Afiq lepas kahwin, tidaklah tiba tiba jadi terpaling sweet, masih manis, tapi still guna 'kau' 'aku', masih si beku dingin, tapi dah reti senyum, gurau gurau. Afiq ni juga, sangat kelakar ya 🤣

Liya. Curator ( kot, vibe vibe k-drama Her Private Life versi horror+thriller, except Liya takde private life) galeri Afiq. mulut becok Liyalah memeriahkan suasana. Satu hari, Liya menggantikan tempat PA Afiq, teman Afiq ke rumah nya, dan... disitulah semuanya bermula. diganggu dengan mimpi pelik, selalu dibayangi roh perempuan... all i wanna say is, sumpah meremang ya 🥶

buku pertama yang saya baca dari kak Ieya was Coffee, Sara. tak kena jiwa, tapi this one best! semua perasaan ada, sedih, kelakar, takut.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
October 10, 2024
THE.PLOT.TWIST. ‼️‼️‼️‼️

Kenapa lah aku ambik masa yang lama untuk start baca buku ni ??? Aku beli masa pbakl 2022 tapi tahun ni baru terbuka hati untuk baca buku ni. PLEASE READ THIS BOOK‼️‼️‼️‼️‼️

I love the storyline, penggunaan bahasa, the romance, thriller, mystery and a bit of horror semuanya cukup lengkap. Sepanjang baca buku ni aku cuma akan rate 4/5 tapi bila baca the plot twistsss kat hujung cerita ❓❓❓❓ This book deserves a solid 5/5 stars.

Mengisahkan Liya dan Afiq yang merupakan kawan sekolah dan berkahwin atas sebab tertentu. Tapi sebelum mereka ni berkahwin, dorang merupakan boss dan pekerja kat galeri seni ni. Liya ni pulak sering diganggu ‘benda’ dan Afiq rasa punca Liya ni diganggu ada kena mengena dengan keluarga dia.

Kalau korang nak tahu apa tolonglah beli dan baca buku ni‼️‼️ Maybe pada awal penceritaan kita sebagai pembaca akan rasa pening sikit sebab banyakkk watak tapi lama lama tu dah boleh adapt ni siapa tu siapa.

Overall memang best and the plot twist memang buatkan aku tercengang 😭😭

GO AND READ THIS BOOK ‼️‼️‼️‼️
Profile Image for fi🧣.
58 reviews11 followers
June 10, 2025
genre(s) — 50% horror, 30% thriller, 20% romance

to be frank,

plotline — 4.5/5⭐️
penulisan — 4.2/5⭐️
character — 3/5⭐️

Ketahuilah i beli buku ni tak baca sinopsis. Konpiden start baca pukul 1230 pagi sebab ingat genre angst bila tengok tajuk lah rupanya ada unsur horror💀 Dah lama tak baca horror romance! I rasa last i baca horror romance is 2-3 years ago, novel Aku Ada by Syu Ariani. The thrills is giving! Meremang tau baca malam2😭 rasa diperhatikan. Sampai tahap nak tengok cover buku pun tak boleh sebab terbayang2 sebab sejenis suka baca malam2 time semua orang dah tidur, baru vibe😔👍🏻

Since i mmg dah acknowledge writing style Ieya Sya memang agak baku dalam editing Kaseh Airies so i baca with low expectations + this is my first novel from kak ieya sebelum ni baca ebook je. Mmg dah lama nak try baca buku kak ieya, finally! Sejujurnya memang ada la rasa terbantut/feeling tak sampai sebab dialog yang agak baku tapi i didn’t dnf this book saurrr yeah okay je. Buku ni pun dah lama— lebih kurang almost 4-5 years ago. Acceptable for me. Storyline dia gempak weh sumpah banyak plot twist🥲☝🏻 my brain’s capacity wasn’t ready to blend all those dalam satu masa yang sama. the first plot twist i boleh agak, so rasa meh sikit. Tapi bila tgok banyak lagi pages after that plot twist terungkai, i tahu lah banyak lagi yang author nak tunjuk. And it did shock me. Cumanya… plot twist kat hujung2 tu i tergelak BECAUSE WHATEFAWK SIS UNEXPECTED??? HHAHAAHAHAHAH😭😭😭😭😭

If i were to ask my most fav character in this book it is Liya. Kitaaa sukerrrr gilaa dengan Liya ni dia very bold in an unexpected way😭🫶🏻 the way dia provok misha tu perghhh dia getar tapi dia buat jugak demi keselamatan husband dia. And she’s someone yang tahu apa dia nak tau. Ada several dialogues from liya saya lurvee sangat cara dia sedarkan afiq and yes as a woman and a wife mestilah liya jealous bila suri dekat2 degan afiq🙄 watak liya ni sebenarnya realistic dari segi jiwa kewanitaan HAHA

Kita mcm ada lovehate relationship sikit dengan Afiq. His character inconsistency tu buat i geram or maybe sebab i memang suka sebelahkan/tengok pov perempuan banyak so i more to Liya’s side. I tak suka when Afiq cakap dia lagi tenang dengan Suri just because Liya tak pujuk dia lepas kebakaran tu because bro who the hell gives you the ticket to say that to your wife??? Kalau aku jadi Liya pon aku kasi silent treatment 3 minggu. Ergh sebenarnya watak jahat dalam cerita ni tak buat darah i menggelegak sangat pon tapi watak Afiq ni yang took the spot haha aku baran dengan dia💀💀💀 tapi bila tahu pov dia sebenarnya to protect his wife faham je kot tapi tahlah there’s a part of myself masih rasa Liya yang betul (i’m a girl’s girl sorry afiq😔🤏🏻) and ngl the use of aku-kau and saya-awak dynamic agak mengganggu. This is a me problem la sebab jenis tak suka dynamic yang tak konsisten nama panggilan haha but as what i said, ni kan cerita lama and i baru baca sekarang so acceptable je. Saya yang cerewet😭😭

Horror romance isn’t really my to-go genre, but kak Ieya nailed this one. She managed to lure readers (me) untuk tahu lebih pasal asal-usul dan latar belakang Cahaya dan Dahlia. Memang seram weh atau sebab i memang jenis penakut so even nama Cahaya dan Dahlia creeps the hell outta me sebelum author bongkarkan kisah silam diorang😭 lovee the idea how their ‘sumpahan’ works in Afiq’s household. I mean kalau aku jadi Liya memang aku angkat kaki sebab taknak terlibat dalam kekucaran hidup seseorang tapi faham je, cinta kan hshshhs

Oh, buku ni kalau producer indo ambil jadi horror film mesti best! 👀😍
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
January 5, 2023
tw / cw: assault, murder /+ attempt, rape /+ attempt, graphic description of assaults + blood

It's an entire roller coaster ride, a brilliant, enjoyable, heavy, yet eerie one. It's a romance, drama, murder mystery / mystery, and thriller genre. This story is about Liya and Afiq, former highschool classmates that is currently working together as superior and subordinate at an art gallery owned by Afiq. Their relationship started off quite rough because of the behaviour of Afiq due to his own personal reasons and secrets that he held. But as Liya and Afiq's relationship started to improve for better, Liya was pulled into and exposed herself into the secrets, mystery, and murder that revolves around Afiq, a vengeful spirit from the past, and an obsessed murderer. But, little did they know, there are even way more secrets that have yet to be unfold. Overall, it's about love, the high level of love inside of us human, but the question was, whether it's wrong or right.

Oh, I would like to mention that I personally think that the story is more suitable for mature audiences due to the graphic elements, heavy topics, as well as intimacy (don't worry, it was only regular dialogues between a man and wife, just is a bit more intimate and personal, so again, don't worry).

First foremost, the story literally made me screamed due to the secrets within secrets revealed. I initially doesn't know what to expect initially from the story as the blurb made it sounded like it's a love triangle story with a bit of mystery here and there. Well oh boy how wrong I was, the story really is heaaavy and there are lots and lots of secrets and surprises revealed and arose throughout the story, non-stop. Yes, while it is mainly romance the mystery elements were also part of the major plot of the story. The story was fast paced I would say, but the twists and turns really made me stop a lot to think and theorised together with the characters. One another joking side though, since the plot is a bunch of series of unfortunate events, I couldn't help but wonder does the police ever felt tired getting reports from the same person twice a week, they really are the regular at an unusual place haha.

Honestly speaking, when the romance started to develop and incorporated further into the story, it really didn't grasped me as much, nor I feel attached towards the relationship of MCs at all. It's mainly due to how I personally is more interested with the mysteries going on, and also how before their relationship started, I couldn't really see the chemistry between the two MCs due to how the FL was treated. And the romance conflicts was also felt a bit repeatitive and a bit overreacting sometimes that it did bore me earlier on. — Buuuut damn, as the story progresses even further and as we're reaching the (actual true) climax part of the story, I could really feel the love and sacrifice of both MCs. I sobbed a lot reading and thinking about their relationship, the dialogues between them wrenches my heart really hard, it was just so pure.

This is my second read from Ieya Sya, they really never disappoint me with their writing. Such an excellent writer, the tale had such a well arranged story line, good story telling, such well thought ideas and pieces of information and surprises. This is my second read from her work, and due to the differences of genre from my previous read, I was so surprised over how well written this story is due to how contrasting it was! Oh, one thing I really love is how every each every conflicts was also brought up again one by one and was given proper conclusion and explanation later on. Just well done.

There was a bit of a plot hole, such as why a rich person doesn't have a CCTV installed at none of their houses. This fact did amused me despite everything that happened, no one ever think about installing one until the end, but I guess that's pure fiction. Another one is about the plot itself, funnily when ML suddenly sent off his entire family overbroad, he said he will explain it later as it's a long story . . . but he never did, and, after finishing the story, I still don't get it LOL

I usually ignore kesilapan tatabahasa or typos if it wasn't a lot, but there's this one simple grammatical error that kept on repeatedly used along the story, and I hope the author / editor paid attention to it. The wrong usage of daripada / dari. It was so simple, but it bothers me alot due to how often it was used wrongly more than a couple times in this book.

Oh, just wanted to mention, this migh a bit spoilery, but not really as it's entirely different, but one of the murder that happened in the tale reminded of this one episode on Pyscho-Pass, where an artist murdered her schoolmate and processed their body into an art piece and displayed it at public places. I genuinely hated that episode due to how uneasy it makes me feel, and what described in this story gave me the same effect. Major goosebumps.

In short, I simply enjoyed this work very much. If you like romance balanced with heavy mystery, do go for this!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 7, 2021
Well done IS..Anda ternyata tidak pernah mengecewakan . Jalan cerita yang menarik , tersusun & chemistry yang kuat antara Afiq & Liya adalah kekuatan naskhah ini.
Plot twist yang sedikit tak dijangka namun penulis pandai menyusun & mengelokkannya.
Superb!! Tahniah IS..!! Well done!!
Profile Image for sarareads.
14 reviews
March 3, 2022
Best sgt👍🏻
Korang wajib baca. Plot twist yg tidak terjangka. Banyak persoalan.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
September 6, 2021
~playing Bye, Autumn by Saltnpaper~ ❤️

Best sangat! Korang wajib baca buku ni. Cerita ni agak seram bg aku. Dah la aku baca tgh malam. Memang meremang bila aku baca part Cahaya dan Dahlia.

Keep it up Ieya Sya! So far buku2 awak semua best2. Tak menghampakan langsung. Buat lagi karya yg hebat2 ya.

(Masa baca novel ni perasaan aku sama macam baca buku2 Maria Kajiwa. Perasaan teruja dan seram pastu nak cepat habiskan nak tahu ending!)
Profile Image for smarkles.
15 reviews
September 20, 2023
this book is really good!! the plot was well written and every pages were full of suspense. after a mystery, muncul another mystery yang akan membuatkan kita tertanya tanya, “siapa cahaya” dan “siapa dahlia”. also not to mention, the plot twist?? i gasped and tutup buku sebab terkejut. author is really good at playing my heart 😔☝🏻

as far as i enjoy this book, only one thing yang i tak berapa berkenan which is liya and afiq’s characteristics at the beginning and middle of the story. liya loves to make her own assumptions about afiq’s feelings. if once or twice it is understandable but selalu which is disturbing me. however, she caught my interest after the middle of the story with her intelligence and quick witted mind. for afiq pula, i just don’t like his characteristics but still enjoy je baca his background.

i would recommend this book if you like romance horror thriller in one book. this would be a bit heavy read as you need to wreck your brain untuk faham the background stories. i would rate this book 4.5/5 ✨
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
May 24, 2021
Best gilerr crite ni sampai tak tau nak review dah..

Dari starting lagi dah tertanya nape si Afiq ni mcm tu.. Sape hantu berkebaya merah tu dan kenape dia kacau Liya..
Tak sangka sape “jahat” dlm crite ni.. Kesian jugak ngan watak “jahat” tu..

Penulis muda ni mmg sgt2 berbakat dlm olahan critenye..
Profile Image for Intan Mazlina.
9 reviews8 followers
July 27, 2021
Best Giler.
Author ni muda, but very very talented in twisted plot story.
Follow dia since her early novels...nampak dh potensi author utk jadi next favorite author.
Keep up good job.
Profile Image for atin.
11 reviews
June 20, 2023
my infinity rate! ♾️/5 ⭐
29 reviews
May 15, 2024
Novel pertama Ieya Sya yang saya baca.. Novel ni sangat menarik, byk plot twist.. bila baca susah nak stop.. recommended
14 reviews
January 2, 2022
cerita dia mula mula seram tauu, i ingat horror punya genre tapi idk lah iya atau tidakk, tapi i suka buku ni sebb boleh relate dengan kisah i sbb pasal crush waktu sekolah and jumpa bila dah besar kan ehehehhehe so boleh lah berangan sikit HAHAHAHAHHA😜😜
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.