EVASIF buku yang bertemakan tajuk itu sendiri. Buku ini ditulis oleh empat orang penulis dengan empat tajuk kecil yang berbeza, juga genre yang berlainan. Seronok baca buku ni sebab saya seakan "dibawa" ke Dinasti Joseon dulu, kembali ke zaman sekarang dan kemudian ke dimensi lain pula. ✨✨
Sorotan:
Song Gye Seorang maharaja bernama Lee Hwon sering mengelak daripada melakukan tugasnya, lagi pun dia tidak perlu risau kerana dia tahu dia hanyalah maharaja "dummy" dan segala urusan kerajaan telah pun diurus oleh kakandanya, Yeon Chul. Ditakdirkan satu hari semasa Lee Hwon keluar dari istana secara senyap-senyap, dia berjumpa dengan Song Gye yang dikenali sebagai pemberontak pada zaman itu. Melalui Song Gyelah, Lee Hwon dapat tahu bahawa kehidupan rakyat tidaklah seperti yang dia fikirkan. Cara kakandanya "memerintah" negara mereka membuatkan rakyat jelata terseksa. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Lee Hwon? Beranikah dia menentang kakandanya itu?
Mr. F4 Yang Zea yang mulanya hilang ingatan kerana dilanggar oleh Adin Hakimi, dibantu dan dibenarkan untuk menumpang di rumahnya sementara ingatan Yang Zea pulih. Bukan seperti yang dirancang Adin, Yang Zea telah menjadi satu-satunya pembunuhan yang telah dirancang Adin si pembunuh upahan. Dan menurut "rules & regulation" agensi itu, saksi pembunuhan harus dihapuskan. Adakah Adin akan membunuh Yang Zea?
Kelly Kelly, seorang kupu-kupu malam. Banyak kali dia cuba melarikan diri namun sentiasa gagal. Satu hari, dalam cubaan dia melarikan diri dia bertemu dengan Fadh. Fadh tolong Kelly untuk larikan diri, tapi malangnya keberadaan mereka dapat dijejak. Cuba teka, adakah Kelly akan bertemu semula dengan Fadh? Siapa Fadh sebenarnya?
Tria Tria mula berubah setelah kematian abangnya dan dia percaya kematian itu adalah berpunca darinya. Atuk kepada sahabatnya Rian, terlalu risaukan keadaan Tria. Lalu atuk Rian cuba beri "bantuan" dengan memberi sebuah buku nota dengan harapan Tria akan tulis semua isi hatinya pada buku itu. 'Aku harap untuk kembali pada hari itu' ayat yang ditulis Tria. Kemudian terjaga dari lena tapi abangnya masih hidup. Adakah dia sedang bermimpi atau? Dan benarkah Tria punca kematian abangnya?
Evasif adalah kata sifat yang digunakan untuk mencirikan keadaan yang menghalang. Ianya halus dan beragumentatif. Ianya adalah sikap yang tidak mahu bertanggungjawab. Kejahilan diri mendorong manusia untuk terus bersikap tidak peduli. - Petikan dari Evasif
Secara keseluruhannya buku ini meninggalkan saya dengan perasaan yang tenang yang hangat, sedikit marah dan beberapa perasaan yang dibiarkan sendiri dan menghilang secara pelahan.
Evasif adalah himpunan cerpen daripada empat penulis.
Yang pertama, karya ini disambut dengan bait-bait perkataan yang saya kenal dan suka iaitu daripada penulis Tey Marzuki. Sesiapa yang pernah membaca karya beliau pasti akan jatuh cinta dengan lenggok seni perkataan yang dia gunakan. Seninya di situ, she's very clever in tailoring her words. Meskipun kisahnya ringkas tapi saya puas kerana bahasa dan teladan yang telah disampaikan.
Untuk karya Ann Hann kita disajikan dengan sedikit misteri dalam misteri. Dua individu yang kita sangka kita kenal tapi rupanya tidak diakhir pembacaan. Sayang kerana satu kecuaian, akhirnya adalah satu yang menyesalkan, namun cerita ini dibiarkan cliffhanged, endingnya bebas terserah kepada pembaca, saya sudah pilih dengan ending happy hasil imaginasi yang saya ciptakan sendiri. Hebat, saya suka akan cerita ini, macam tengok cerita Hitman
Kisah Kelly oleh Idora Darwina ni yang buat hati sebal sikit. Hahahaha, pandai penulis bermain dengan emosi Kelly, sehingga saya pun turut tertipu. Memang cerita ini kusangkakan panas di tengah hari, rupanya hujan hingga ke petang. Namun begitu, well done, ada mesej-mesej teladan seperti kita wanita harus pandai berdiri di atas kaki sendiri, harus percaya diri sendiri sebelum orang lain. Mungkin kerana tema Evasif inilah cerita ini pengakhirannya begitu.
Kisah terakhir adalah tentang harapan setelah keremukan hasil cerita sebelumnya. Karya Ieya Sya memberi kita mesej, what if it happen the other way? Adakah keadaan akan berubah ataupun sebaliknya? Mesej dia ringkas dan membuka mata. Never ever took something for granted biarpan perkara itu menimbulkan kesan yang mendalam pada diri kita.
Apapun semua cerita menghiburkan hati dengan caranya yang tersendiri, tidak kisahlah memberi hangat ataupun memberi kerat. Syabas kepada penulis semua.
Sebenarnya, Evasif ni tajuk besar untuk 4 buah cerita daripada 4 penulis. .
Tapi yang aku baca ni daripada Tey Marzuki je la. .
Ni kisah dinasti Joseon. Lee Hwon, seorang raja yang dilantik selepas mendiang ayahnya meninggal. Tapi dia sekadar menjadi boneka. Yang membuat keputusan untuk negara ialah kekandanya, Yeon Chul. .
Yeon Chul ni anak daripada gundik, sebab tu walaupun dia abang, dia tak layak jadi raja. .
Lee Hwon ni pulak lembik la pada pandangan mata aku. Sampailah dia berjumpa dengan Song Gye sewaktu dia menyelinap keluar dari istana. .
Perjuangan Song Gye untuk membebaskan rakyat daripada kekejaman kerajaan, membuatkan Lee Hwon sedar yang dia ialah raja yang tidak berguna. .
So, dia cuba untuk melakukan perubahan. Tapi of course ditentang oleh Yeon Chul. .
Kalau tengok Kdrama, aku bukanlah penggemar historical drama sebegini. .
Ending buku ni agak rushing. So, bila si dia tetiba insaf bila diambang maut tu, rasa tak cukup meyakinkan aku. haha. .