“Aku bukan nak marah kau, tapi aku tengah stres. Setiap kali aku teringatkan Kamisah dan apa yang dia dah buat kat aku, aku tak boleh control. Marah aku membuak. Selagi aku tak ajar dia, hati aku tak akan puas,” ujar Pian sambil mengetap bibir. “Kau nak ajar dia macam mana? Nak kasi simen dalam tong?” Kudin bertanya sinis. “Taklah sampai macam tu sekali. Itu kerja bodoh.” “Kalau tu kerja bodoh, kerja pandainya macam mana?” “Kalau aku cakap, kau boleh tolong ke?” “Kenapa pulak nak libatkan aku?” “Sebab hanya kau yang tahu kat mana nak cari orang tu.” “Siapa?” “Wak Jemin.” “Buat apa kau nak jumpa dia?” “Bukan ke dulu kau pernah cerita dia tu hebat pasal perempuan?” Pian mengingatkan Kudin. “Jadi aku nak mintak tolong dengan dia. Aku nak tundukkan Kamisah. Aku nak buat dia tergila-gilakan kat orang rupa macam monyet ni.”
Ideanya bagus walaupun isinya agak klise dengan cerita dendam kerana cinta ditolak. Dari awal aku tak gemar dengan karakter Pian dan tak tahulah kenapa Kudin asyik jadi pak turut sampai akhirnya termakan diri sendiri.
Bab awal yang perlahan dan tujuan naratif tak tahu nak ke mana. Bila Kudin bagi kata setuju untuk balik kampung dan jumpa Wak Jemin, baru naratif mula berkembang dan rasa ingin tahu lebih lanjut. Satu hal dengan penceritaan ANGKER yang aku suka bila penulis banyak guna kosa kata atau perkataan melayu yang aku tak pernah dengar (rengak, bukat, kekel, kelintar dll).
Watak utama dan sampingan yang digarap sempurna walau babaknya saling bertukar setting antara Pian dan Kudin juga Kamisah dan Jiji, penulis bijak mengatur alur cerita-- kemas dan tak meleret. Debaran dan misterinya cukup, bersesuaian dengan judul (terlalu banyak hal di kuburan sampai aku tertunggu apa lagi penulis nak hubungkait plot dengan kubur, tapi agak cemas juga ya fuhh~).
Suka dengan suasana kampung dengan bual-bual di kedai kopi. Hal keluarga dan persahabatan, rahsia dan sedikit jenayah, saling kait peristiwa yang tak tersangka. Walau ada beberapa adegan yang terlalu tiba-tiba namun twists-nya agak menarik di hujung cerita. Epilognya juga masih mengundang misteri.
Tahniah ANGKER berjaya menjadi antara pemenang saguhati Sayembara Fixi Musim ke-2!
Novel ini seram tapi dalam masa yang sama mampu buat ko gelak terbahak-bahak.. Hahaha.. Serius memang rasa macam nak cepuk je si Pian yang tahu nak marah, degil dan memaksa Kudin untuk ikut cakap dia pergi berjumpa Wak Jemin.. Dalam masa yang sama memang kelakar je nengok perangai dua-dua yang penakut tapi gigih buat benda bukan-bukan.. Hahaha..
Novel ni adalah salah satu pemenang saguhati pertandingan menulis novel anjuran Fixi. Novel ni bergenre seram + komedi. Babak2 seram dan komedi bercampur baur, seram dan lawak jugaklah. Elemen2 misteri dan plot twist juga berjaya disembunyikan sehingga ke akhir cerita. Terhibur jugaklah baca novel ni, tahniah kepada penulis.
Mengisahkan tentang Pian yg ingin membalas dendam terhadap Kamisah yg telah memalukannya di khalayak ramai. Dia telah memaksa rakan serumahnya, Kudin untuk membawanya berjumpa dengan seorang bomoh bernama Wak Jemin yg tinggal di kampung Kudin. Tanpa mereka sedari, mereka telah bersetuju dengan syarat Wak Jemin iaitu mengali kubur Yana yang baru meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu, hidup mereka berdua mula huru-hara kerana jika mereka melanggar syarat itu, mereka dikatakan akan mati secara misteri. Di saat cemas itu, muncul rakan lama Kudin, iaitu Leman Gay...
* Tak dapat bagi full star sbb ada beberapa plot hole...
Seram tapi kelakar 😂 dia punya level hantu tu mmg seram sebab asyik muncul tiba2 je tapi aku berdekah ketawa 😂😂😂 lagi2 part Kudin dan Pian kat kubur, sumpah lawak. Pandai betul penulis ni menulis. Kelakar dia tu on point. Tak over dan tak annoying. Macam kau tgh cerita hantu ngan member ah gituu! Part2 makian pun kena dgn keadaan yg mmg seharusnya dimaki 🫡
Wahai penulis, kalau ada season 2 aku confirm beli. Mana lah tahu ada sambungan pasal anak Wak Jemin pulak kan 😂
Angker bukannya salah satu reading list aku tapi tergerak nak jadikan bahan bacaan bulan terakhir ni lepas baca intro yang menarik. Cerita ni berkonsepkan dendam. Tahulah kalau orang melayu berdendam, modalnya mesti ilmu hitam. Mestilah nak buat perjanjian dengan Syaitan. Penulisan penulis sempoi dan senang untuk difahami. Jalan cerita pula laju. Tak lambat dan banyak drama macam drama petang-petang. Babak seram tu memang menaikkan bulu roma walaupun setiap karakter dalam buku ni nak melawak sesaje. Suka buku macam ni. Dapat juga merawat diri aku yang tengah reading slump ni. Aku bagi 5 🌟 sebab plot twist yang memang sukar untuk dijangka. Teka-teka pun tak mengena. Watak Leman paling misteri dari Wak Indon tu. Harap penulis ada terbitkan karya terbaru.
Setelah habis baca karya ini, aku berfikir sejenap. Loading, loading and loading. Cerita dia memang terbaik lah. Terasa macam aku tengok english drama series. Sebab ada cerita di setiap bab, plot dan akibat nya. Setiap watak dan jalan cerita diorang ini ada kena mengena. Bukan dibiarkan tergantung.
Permulaan cerita agak longgar. Kau nak bagitahu apa ini? Bosan lah. Tetapi bila diorang dah start jumpa si “bomoh” tu. Baru lah menjadi page turner karya ini. Laju je aku selak. Ada part seram yang macam aku terasa seram panas je. Kejadian di kubur di ceritakan secara jelas dan details. Sial lah. Ada part mual. Selamat lah bulan puasa, sebab aku ini jenis manusia yang suka membayangkan sesuatu perkara. Ada yang part yang terasa macam komedi tapi bagi aku biasa sahaja sebab aku bukan jenis mudah terhibur.
So, penulis memang tahu menulis sebab dia ceritakan bab dan bab secara details. Cerita nya digarap dengan emosi “bagaimana” boleh berlaku dan nanti ada “kenapa” boleh berlaku. Banyak juga perkara baru yang aku belajar iaitu perkataan baru Negeri Sembilan. "Apo kono kau Jang" Elemen kekeluargaan, persahabatan dan dendam menjadi tema utama di dalam karya ini.
Aku tak sangka Pian boleh datang balik, berjuang bersama-sama Kudin, aku dah anggap Pian dah give up. Salut..!!
p/s : ada kesalahan nama Pian dan Pian atau nama Kudin dan Kudin di satu page, membuatkan aku rasa macam ermmmmmm.
Aku mula baca tanpa ada sebarang expectation pun tapi tak sangka cerita ni boleh tahan best. Aku ingatkan cerita seram, tapi aku rasa ni more to cerita komedi seram. Aku suka betul dengan gaya penulisan buku ni. Walaupun cerita agak klise, tapi seronok baca!
Best novel ni. Lagi best berbanding sesetengah buku yang menang Sayembara Fixi. Hehe. Ada part seram, ada part kelakar. Plot twist tak terjangka. Cuba lah baca, tak kan menyesal punya lah :D
cerita buku ni persis dengan salah satu buku yang juga bertemakan horror dari fixi. kisah pengembaraan dua sahabat yang adventerous. best dan kelakar. seram tu biasa je. hehe
Confuse baca buku ni, nak gelak atau pun nak takut. Kelakar memang kelakar amat, time seram pun memang rasa seram amat, sampai terbayang-bayang muka mayat dalam kubur seram dia!
Saya bagi 5star untuk penulisan penulis, sangat kemas cara penulis menulis plot and flow dia sangat smooth. So far Feesya dah jadi penulis favourite saya selepas Adib Zaini. Kudosss Feesya, boleh bagi vibe seram and boleh bagi vibe kelakar yang tak dibuat-buat!! Saya mampu habis novel ni tak sampai satu hari
Cerita dia seram, tapi kebanyakan masa boleh buat kita ketawa terkekeh-kekeh. Nak kata komedi seram tak jugak, tapi memang pandai lah penulis buat cerita😂 kalau dah seram tu, memang seram, kalau lawak, memang sampai lawak dia. Cerita ni tema dia sebab dendam cinta tak terbalas, menyebabkan watak utama cari bomoh untuk buat orang yang dia minat tu tunduk kat dia. Tapi makan diri juga. Ish ish. Janganlah kita jadi macam Pian. Orang tak suka kita balik, move on saja. Jangan sampai sanggup buat kerja syirik semata mata nak puaskan nafsu.
Aku tak terlalu berharap banyak sebab ni novel pertama dari penulis. Tapi bila dah sampai pertengahan cerita, terasa hooked dengan plotnya, terutama bila dia buat perjanjian syirik dengan Wak Jemin. Meskipun tak banyak ilmu baru, tapi ada nilai moral penting, contohnya jangan mensyirikkan Allah atau mengejar ilmu yang sesat. Dan aku suka dengan humor yang dijahitkan dalam cerita, walaupun mungkin ada yang tak terhibur dengan lawaknya. Tapi overall, aku enjoy cerita ni sampai habis!
Suka cerita mcmni, seram dan kelakar. Tak boring sepanjang baca kisah ni. Pian dan Kudin ni sahabat yg baik sebenarnya. T'sentuh dan sedih jg kisah 2 sahabat ni. Biarpun Pian ni menyakitkan hati.
Part last tu yg aku tak blh move on smpi skrg bila Kudin jerit nama Pian yg tgh berlari tinggalkan Kudin sorg² dlm kubur. Waaa I can'tttttttt...!
Jalan cerita simple. Plot best gila and turun naik. Suka cara penceritaan. Ada lawak walaupun seram. Suka cara penulisan sebab ayat mudah, tak panjang, tak ada description yg unnecessary. Language pun baik tak macam beberapa buku fixi yg banyak perkataan mencarut. Ending 😱. Overall, we want more walaupun penulis kata dia banyak buku tak siap.
Honest review saya kasi ya. First klimaks terlalu lambat. Jalan cerita boleh saya beri thunbs up. Buku seram tapi tidak seram sehingga almost nak habis. Tapi bila fikir balik, memang tak seram buku ni. Hanya ada beberapa bahagian sahaja yang diceritakan tentang hantu. The rest hanyalah drama & cerita tentang bagaimana mereka nak hidup. Nama buku dah seram, Angker tapi ke-angker-an dia tak dapat rasa langsung. Hanya benda-benda khurafat. Ending sangat predictable sebab last few months ada baca buku yang ending dia hampir sama dengan buku ni. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Apapun usaha yang baik. 👍🏻
Dari muka depan dan tajuk, terbayangkan buku ini akan penuh dengan seramnya. Tapi tidak, ianya kelakor habis dengan elemen seram itu masih ada. Hanya permulaan sahaja bagi aku agak pelik. Jangan main² dengan dendam.
hampeh. ingatkan cerita hantu kemain tajuk kau. rupanya cerekarama huh sorry la too cliche tak mampu kasi lebih bintang. ikutkan nak kasi 1 je tp kesian pulak tgk author tulis kt depan tu tak pernah menulis sampai habis so ok la 2.
Agak seram tapi kelakar. Ada part aku rasa macam yihhhh geli nyaaa. Banyak part aku tergelak & tersengih sorang².
Jalan cerita agak menarik, ada plot yang boleh ditebak dan boleh diperbaiki kemasannya, namun ada jugak plot twist nya. Jadi yeah, naskhah yang menghiburkan.
Sepanjang baca cerita ni, aku agak mengharapkan sesuatu di hujung cerita yang boleh buat minda aku klimaks setelah sekian lama menghadam setiap patah perkataan.
Namun, tiada ku temui.
Hampa betul dengan ending cerita ni. Bagi aku kurang sesuai.