Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya.
Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa.
Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin?
Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan.
Jasmin cuba menakluk hati. Aafan sejauh mungkin cuba berlari. Kala cinta sudah menggoda, satu noda merubah segalanya. Jasmin lelah. Tidak mampu mengejar lagi. Tidak mungkin kembali merindui. Dihukum kerana bukan salahnya begitu menyakitkan.
Melihat penyeksaan lelaki itu, sanggupkah dia mencuba untuk kali yang terakhir?
“Don’t expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari ‘dunia’ tu.” – AAFAN
Adakah doa yang ikhlas akan menembusi langit?
Mampukah pelangi yang pergi, membawa warna kembali?
“Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan - JASMIN
Seharusnya mereka tidak bertemu. Seharusnya mereka tidak jatuh cinta kerana diakhir cerita, akan ada dua manusia yang bukan tercipta untuk bersama.
haishhhhhhhhhhhhhh bencilah dah habis baca ni.. review soon. apapun saya bersetuju dengan review rakan-rakan GR saya.
p/s - kalau ada cerita yang lebih kurang watak sejenis lelaki yang perwatakan matang, protective, garang but in good way, cold, grumpy, senang mintak maaf, tak berapa nak ego (with good story line)ermmm apa lagi yang sebarisnya bolehlah share bersama, the tension between them aishh gewarmmmm akuuu 🫠🫠
Can we all agree that Aafan is the coldest hero ever dalam seantareo novel cinta Melayu?
Dear all, if I say I want a grumpy hero this is how it should be portrayed! The sexual tension, the sorotan mata, the inner thoughts, the gesture, the touch, all lah all part of him memang buat saya sebagai pembaca dapat rasa dia punya energy yang grumpy, yang dominan, yang matang, yang gagah yang semualah. Where can I get a man like him? 🙄
I ni dah lama tau tak rasa single lepas baca buku Miss Amerikano, that was the last time I rasa nak kahwin lepas baca buku cinta and that feelings come back after I read this book.
And usually I can't tolerate heroin yang damsel in distress, memang buat emosi mencanak naik je tapi Jasmin ni saya kategorikan dia sebagai The Queen of Damsel in Distress. Sebab walaupun asyik perlukan bantuan Aafan dia sebenarnya macam tabah dalam cara dia yang tersendiri. Aku ni jenis yang selalu meluat tau tapi Jasmin ni aku kesian sungguh. Siap menangis lagi haha.
Sesiapa yang nak tulis novel cinta dengan watak Damsel in Distress boleh tengok cara BELLA H. ketengahkan watak Jasmin. Tolong ya, take note.
Sebenarnya based on dua karakter ni, penulis berjaya tonjolkan sikap mereka dengan sangat baik. Sebab tulah saya rasa saya boleh tolerate perangai Jasmin and Aafan. Two opposite character yang saya rasa okay je bila diaorang digandingkan. Sesuai gila walaupun dua-dua berbeza latar belakang.
Saya memang nak puji penulis, saya rasa rama-rama dalam perut bila ada scene antara Jasmin dan Aafan lepas kahwin. Memang A+ babe 🤌 Aafan's love language are physical touch and act of service. Dua combination yang memang mantap.
Lagu Daylight by Taylor Swift memanglah sangat sesuai untuk Aafan dan Jasmin. The accuracy 🤌
And.... consent is sexy hahaha tak nak spoiler, pergilah baca buku ni.
Tapi hujung-hujung bab ada lah sakit hati ngan Aafan. Haih, aku emo betul bila dia buat perangai. Kan aku cakap, consent is sexy, tapi hang ni lah Aafan!
Dan saya sebagai pembaca, saya maafkan semua sebab karakter mereka semua berjiwa manusia nyata. Fragile.
Saya cuma nak tegur kesalahan grammar dan saya rasa ini memang problem dari pihak editor, banyak jugak yang saya nampak. Geram je saya nengoknya. The English do not feel rights and nampak kaku jadi part ni boleh improve lagi.
Tema kekeluargaan memang sangat-sangat diangkat dalam novel ni, turut terasa pahitnya hidup sebagai Jasmin. Saya yang letih baca. Plot twist pun, saya boleh agak dah sebab cerita ni klise sebenarnya tapi saya enjoy je. Klise takpe janji best.
Sperti mana orang sekeliling sering cakap Jasmin ni cantik dan comel, saya juga rasa begitu dan Aafan yang kacak, hmm saya bayangkan muka Logan Larmen versi dewasa yang kachak meletops HAHAHAHA.
I love this book! The characters memang berjaya dan cara penulisan penulis yang hebat dalam description, detailing, inner thought memang mantap 👍
Saya bagi 5 ⭐
In the embrace where madness melts in bliss, and in the convulsive rapture of a kiss thus doth love speak...
Cuak pulak nak tulis review ni, sebab rasa mcm i’m in the minority here. 😌 Takpelah, still rasa nak kena tulis jgk. Aku beli buku ni sbb org ckp buku ni ‘pain’. Aku setuju yg buku ni ‘pain’ tapi for some reason (my fault i guess), pain tu mcm tak berapa sampai for me sbb ditenggelamkan dengan kisah romance Aafan dan Jasmine yg tidak berkesudahan 😶 Hahahah sbb aku rasa diorang mcm dalam circle, ulang2 situ. 🤣Aku rasa aku je rasa camtu kot 🤔 Tapi takpe, sbb aku still suka dgn the writing style author ni, rasa mcm smooth je. Cuma biasalah kalau buku fajar pakeer, adalah sikit2 salah sana sini 😅
Ok, nak cakap point penting, sorry to say but buku ni for me not suitable for 18 and below. The fact aku bagi kurg star is because i feel like the romance part tu mcm terlampau hmm 🤨 how do i explain this so that people don’t get me wrong. 😂 Aku tau ramai yg suka dgn Aafan, dan aku pun suka dia punya coldness tu 🫠 cuma bagi aku diorang punya communications tu yg mcm kurang, dan why almost tiap kali scene diorang gitu 🤷♀️ iykyk. Kadang-kadang ada benda, without those kinds of scenes pun, kita boleh rasa diorg punya love tu kuat. Idk how you guys punya definition of either the scenes suitable or not. Tp for me, this one mmg not for 18 and below. And i stand firm with that. And satu scene tu buat aku rasa NO to Aafan 🛑 sbb the way benda tu just berlalu begitu aje, mcm benda tu sesuatu yg mudah dan senang utk dilupakan. Huhu. Again just my opinion.
But overall, i do think buku ni good dari segi plot dia dan penceritaan author. Besar pengorbanan seorang Jasmine, FL yg sangat tabah 💪🏻 walaupun kdg aku geram dengan keputusan yg FL buat, dia punya degil tu kdg haish 😤. Buku ni juga menceritakan perbezaan dua buah family dan menceritakan yang setiap org layak untuk bahagia. Ada orang boleh berubah dan ada perkara kita takkan mampu untuk buat apa-apa melainkan org itu sendiri yang nak berubah 😌 #emptycanvashida
Kehidupan Jasmin lain dari orang lain. Tiada satu pun keindahan itu dalam kehidupannya setelah kedua orang tuanya meninggal. Dipukul dan dihina itu makanannya. Sungguhpun Jasmin diperlaku begitu, dia tetap sabar. Kalau bukan kerana mereka itu sebenarnya….
Kehidupan Aafan menjadi kelabu setelah pergi isterinya. Dari terbit matahari hingga terbenam matahari, Aafan penuhi dengan kerja. Tiada langsung ingin membuka hati pada orang lain walaupun kisah itu sudah lama berlalu. Sombonglah duda hot ni 🥵 ehh
Pertemuan yang dikejutkan oleh Jasmin buatkan Aafan tak tenang. Wajah itu.. Perasaan yang sudah lama jatuh ke dasar kembali timbul semula. Dia menafikan sungguh tapi kenapa tiba-tiba dia berhasrat untuk Jasmin menjadi isterinya? Hak apa yang Aafan maksudkan itu? Apa yang Aafan nampak dalam ‘dunia’ Jasmin?
Perkahwinan yang diikat atas dasar sebab yang tertentu tanpa ada rasa cinta. Itulah anggapan Aafan dan Jasmin. Tapi lama-kelamaan, munculkah perasaan sayang itu? Jasmin pernah bertanya pada Aafan apa hala tuju akan perkahwinan mereka ini, namun tiada jawapan yang diberi. Sampai bila?
Novel ni bagi Zu menarik untuk dibaca. Siapa yang nak baca novel ni, selamat bercinta dan rasa butterfly bila part Jasmin & Aafan. Dan bila baca part Hamdan & Malik, mari kita geram dan marah sama-sama 🤣
premise buku ni menarik. i suka setting tempat (vila) dalam buku ni. ada vibe vibe rumah Adam dalam drama Nur. i bayang macam tu la. and i dah invested sebenarnya bila Jasmin ni kena ajar adik kepada Aafan (ml). the fact that muka Jasmin ni sama macam arwah isteri Aafan yang dah meninggal incites me a little bit sebab since penulisan penulisan Bella H sedap, i put expectations that his feelings development will be told in a detailed way since i tak pernah baca buku yang lelaki berjaya move on from his late wife. sayangnya, feelings Aafan tu tak diceritakan dengan baik. since cerita ni fast-paced, memang tak nampak tang mana Aafan mula suka kat Jasmin. konon kahwin sebab nak lindung Jasmin and try to make the marriage stay but tbh awal2 tu i dah rasa dia kahwin dengan Jasmin just because her features has the same look as Fina (Aafan’s late wife). lowkey a redflag to me haha
first time try penulisan Bella H. it is one of the reasons i stayed throughout the storyline. banyak perkataan baru i belajar daripada penulisan dia. puitis tapi tak kekok baca.
i applaud the author for making the villain’s ending like that. that’s exactly how a villain’s life should end! memang memuaskan sangat ending adik beradik Jasmin. i suka jugak bila penulis ketengahkan pasal abuser dan betapa kuatnya Jasmin kena jadi the only breadwinner in that household. youngest daughter core bila semua kakak abang tak guna. abusive family/relationship/environment shouldn’t be normalised or romanticised. JAIL is the right answer.
Aafan ni, i rasa dia hot sebab actions dia je. his words sumpah tak bagi impact dekat i. i ada irk dengan dia. 99% of his dialogues are in English. AKU MENYAMPAH. tapi bila dia bukak mulut pakai Bahasa Melayu macam terlalu sastera pulak ayat dia. apa yang i nak imply dekat Aafan ni, English language is used too much dan tu yang membuatkan watak dia ni tak nampak menarik dekat mata i. sebab ni buku melayu. ofc aku expect kau cakap melayu. ko bangsa melayu kan? bukan anak pahlawan british. selain tu, i tak suka bila Aafan asyik pujuk Jasmin guna sex. like wtf man. tiap kali bini kau merajuk/kau marah kat dia mesti kau bersetubuh. ada ada satu scene tu lepas Aafan dapat tahu yang Jasmin ada kena mengena dengan kes langgar lari dan mati arwah isteri dia, dia terus hukum Jasmin dengan sex. dah macam marital rape. kat situ sumpah i dah turn off dengan Aafan. A WALKING SIREN AMBULANCE. bukan redflag dah ya kalau sampai tahap tu. i was hoping Jasmin takkan terima dia balik lepas lari. tapi lain pulak dengan my expectation. si Aafan tu datang balik lepas menyesal. cuma cakap sorry. takde melutut takde apa. terus culik Jasmin dari tempat kerja, masuk hotel pastu kucup sana sini. sorry to ask, author ada fetish ke dengan benda macam ni?
know know Jasmin maafkan dia sesenang itu. serendah itu ke maruah Jasmin dekat seorang lelaki? bukan dulu kemain boleh tampar abang sendiri sebab nak jual adik dekat ahlong ke? kau patut buat benda sama dekat Aafan tu. i guess it’s a me problem too sebab buku ni tahun 2021 tapi i baru baca tahun ni (2025) sebab tu rasa gaya penceritaan macam ni dah tak relevan🫠
i dah lama tak baca buku double meaning and tunjuk trang-tang-tang diorang buat ‘benda tu’ lepas kahwin. so bila baca buku ni, i jadi terkejut kejap. ingatkan maybe sekali je la. aihh kat belakang2 makin banyak pulak scene-nya. lagi2 nak dekat ending, page 557 dialog Aafan.
“Jasmin, mind to show me your garden in which Jasmine blossoms right now?”
Jasmin balas, “No no. Ada baby.” because she’s currently pregnant.
BRO??? you’re clearly talking about wanting her pussy. even kalau takda scene bercumbuan pun, babak intim suami isteri diorang memang banyak dalam buku. such as gesel hidung dekat leher, usap bibir and etc. aku geli la😭😭😭
apapun cela dalam buku ni tak buat i terdetik untuk DNF. sebab penulisan Bella H sedap macam i cakap tadi. for sure will give another chance to her other karya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I tried to take my time with this book bcs of review. But, I cannot hold myself from finishing this book!!!
OMG, I literally blushing bacaaaaa buku ni. Ada la part sakit hati. Tapi our girl, Jasmin such a badass girl. Aku suka how matures she is in facing problems tau. Well, aku fikir aku akan suka Aafan lagi dari Jasmin. But nopeee🥳
When they said Aafan ni memang beku, yes memanggg. And sakit hati gak la bila last2 tu tapi the way dia protect Jasmin, fuh where can I get man like him..?😍
Marriage with "benefits" gitu, ye la kan? Klise tapi penulis pandai balance semua aspek.
Walaupun buku ni memang rasa nak menyumpah dengan segala tindakan Jasmin tapi aku jadi kesian sebab Jasmin hidup dengan masalah yang terlalu banyak huuuuu
1. Abang & kakak (+ abang ipar durjana) hidup cuma untuk jadikan Jasmin hamba di rumah dan sumber kewangan mereka. 2. Didera fizikal dan mental 3. Takut 'hilang' kakak & abang, walaupun (rujuk no 2) 4. Isteri hanya di atas kertas, hak telah dilucut dari hari pertama bernikah
Ehhh sedih kot jadi Jasmin, ingatkan dah lepas mulut buaya, tapi Affan dah macam singa memang tak menyenangkan Jasmin. Bukannya dapat healing pun tapi macam susah pulak hidup dengan lelaki beku yang masih fikirkan arwah isteri.
Kenapa Affan marah Jasmin tak minta izin keluarga jumpa/tolong keluarga dia. Sedikit sebanyak aku faham pemikiran Jasmin.
1) Jasmin tak nak susahkan Affan dengan perihal masalah keluarga (yang bukan macam keluarga) 2) Jasmin takut dapat jawapan 'tak boleh' dari Affan sebab kita sedia maklum macam mana hubungan mereka suami isteri (pendapat aku je lah hehe)
“Don’t expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari ‘dunia’ tu.” – AAFAN
Pfffttttt
Affan, ada ciri-ciri alpha yang aku dambakan selama ini 😌. Berkerjaya, intelligent, confident, protective. Pantas bertindak dan cepat jugak menyesal. Sayangkan Jasmin tapi takut 'menduakan' isteri' ehhh entah lah Aafan oi.
“Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan." - JASMIN
Tahniah penulis sebab tak panjangkan konflik Affan - Jasmin. Buku ni memang mendera perasaan aku haha. Aku jadi takut setiap kali Jasmin cuba tolong kakak atau abang dia. Terima kasih penulis, sebab Jasmin masih ada keluarga mentua yang baik hati dan memahami.
Twist di bab-bab terakhir berjaya buat aku hancur ye. Nasib lah happy ending :)
[ Review dari hati ] Actually aku nak kasi 3 je memikio kepada si jasmin yang selalu langgar arahan affan, dengan aku sekali naik marah menggelegak darah tinggi. Hahah. Aku sampai tarik nafas cuba bersabar ya dan banyak kali jugak aku cakap "padan muka hg jasmin kena marah". Puas aku! Tihber emosi bethol. Banyak kali kot, benda sekali je buat takpa ni serupa tak faham bahasa pun ada( haaa kan dah emo!🤣)Benda dah terang2 bahaya, dia buat jugak tuh. Pastu menyesal. Pastu minta maaf mana la aku tak naik hantu baca. Dia punya watak tu sesuci lebaran sungguh.
Tapi aku kasi 5 terus sebab jalan cerita dia tak serabut, author bijak balance kan balik perasaan marah tu dengan perasaan tenang kembali, terus straight to the point takde drama2 mengarut panjang berjela serupa krisis ukraine dengan rusia ke apa takde, lagipun kejap je diorang berselisih faham. Pastu setel cecepat. Watak yang firm dan happy ending, tema kekeluargaan, paling penting semua dapat pembalasan & pengakhiran yang sepatutnya. Kira mcm puas la aku baca, simple and sweet. Yang affan tu penyumbang utama untuk 5 bintang. Aku kan tak rasa pun jasmin sesuai dengan affan, aku rasa aku lebih sesuai dengan affan..tiber je (jk) Bai. kudos author.
Cliche ? Bagiku personally tidak kisah jalan cerita yang cliche seperti naskhah ini. Sekiranya penulis pandai mengolah & menyusun plot cerita dengan cantik & menarik, jalan cerita cliche pun tetap mampu memikat pembaca. Seperti Cik penulis , BH , anda mampu menyusun plot & membawa pembaca mendalami watak , anda sudah terbaik. Watak Yasmin & Aafan adalah kekuatan naskhah ini. Jasmin adalah lambang wanita cekal, sabar & sentiasa Cuba menjadi isteri yang terbaik untuk sang suami..Tahniah BH !! Teruskan berkarya 👍💪💪👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ni pertama kali aku baca karya penulis ni. Ceritanya klise tapi menarik bagi aku. Plotnya kemas tersusun, watak2 pun tak menjengkelkan dan dikembangkan dengan baik. Cuma aku tak mampu nak bagi bintang penuh sebab aku ada 2 masalah.
I. Dialog dalam BI yg agak cringe and over the top. Sometime, less is more. (Part grammar tak tepat tu aku buat buta ajelah).
II. Font dalam buku yang agak "memenatkan" mata aku. Kecil, jarak antara ayat agak rapat. Yang ini bukanlah salah penulis. Mungkin pihak penerbit boleh ambil perhatian part ni.
Jalan ceritanya begitu lancar. Tak ada yang berbelit-belit. Walaupun rahsia di hujung sudah boleh aku agak, tetap tak mencacatkan jalan cerita.
Cuma, aku kurang berpuas hati dekat ending. Aku tak rasa kesungguhan penyesalan Aafan. Kalau boleh aku nak dia terduduk menangis teresak-esak lepas apa yang dia buat dekat Jasmin.
Jasmin pun merajuk tak lama. Kalau boleh nak dia merajuk lama sikit baru padan dengan si Aafan tu!
This is my first time baca novel dari Bella H. and I surprisingly find myself liking this novel. Suka dengan watak si duda Aafan yang nampak tough and dingin di luar tapi sebenarnya seorang yang penyayang. Pendek kata, dalam hati ada taman gitu.
- Jasmin, on the other hand, memang watak yang sangat kuat. Diuji dari kecil dengan kehilangan orang tersayang. Adalah rasa nak marah sikit dekat Jasmin ni sebab lembut dan baik sangat dekat manusia yang tak pernah menghargai dia.
- The only character that I hate from this book is Hamdan! Jujur, kita rasa nak belasah je Hamdan ni kalau dia real. What happened to Suraya really broke my heart🥺 I literally cried when I read her story. Siapa Suraya dan Hamdan? kalau nak tahu, baca lah novel ni.
- Overall, it's a lovely story walaupun tiada yang istimewa, tetap menghiburkan. Next kita tunggu story pasal cempaka and aqil pulak !
Buku yang tak pernah jemu baca. Banyak pengajaran yang saya dapat. Terutamanya kisah kakak Jasmine sendiri. Menangis saya baca kisahnya.
Kak Bella selalu kata bukunya klise, tapi bagi saya kak bella pandai mengolah bukunya sehingga tak terasa klise. Jadi sangat indah dan sangat seronok baca.
Saya baca buku ni cuma dalam sehari, dari pukul tujuh pagi sampai enam petang. Even boleh pendek lagi tapi hari tu busy 😂
Thank you kak bella sayang tulis cerita indah macam ni. Leena harap kak bella dapat tulis banyakkk lagi cerita.
Instantly added to my fav book list. Definitely worth reading. Bukan Klisé lebih tepat realistic. Simple yet beautifully written. Plot might as well ache your heart but the sweetness make you forget it all. Kudos Bella H.
Bak kata madie, saya dah ter-Aafan Aafan. Mana nak cari Aafan? 🦋
4.5/5🌟 Genre : romance / Triggered warning ⚠️ 15+ / abusive ✅Stranger to lovers trope ✅ grumpy and sushine ✅ Dominant / Duda ML ✅ Rich Ml
Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin? Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan.
-----
Mahu baca novel yg ada aura dominan macam Hilman? Nah! Novel ni sesuai sangat dengan kau orang! Cerita ni bagi kami cliche tapi itulah secliche dia penulis pandai guna ayat. Untuk bagi nampak KELAINAN! DAN BUAT KITA TERUS BACAAAA! 🤌
Karakter ML AAFAN dalam ni fuuh aura dia... Buat kita BLUSHING SANGAT weh!🥵BOLEH BAYANG AAFAN NI CMNA. Walaupun dia grumpy dan jenis cuba x nak kisah. Tapi hati dia kisah juga. Suka dengan cara dia yg cuba nak tolong FL. Walaupun mula2 dia x nak dan cuba nak keep in deny. Tapi dia tetap cuba nk bantu juga.😂👏
Plot cerita boleh dikatakan agak straight jugalah. Tapi hubungan antara Ml dan FL memang chefkiss sebab dia macam slowburn. Tapi Peony suka slowburn tau dari cerita yg ttiba ml dan Fl jatuh cinta. Tak sampai lima minit! X sempat nak rasa feeling dan teruja dia tu! TERUS MERUDUM DAN DATAR FEELING DIA!😑
TENSION antara Ml dan FL. BUAT KITA TERSENGIH2. Plot twist - SUMPAH PEONY rasa mcm nak lompat kijang. How dare THOSE BITCH! Sebab Peony x expect apa yg peony fikir tu betul! Tapi ada jugalah rasa sakit hati bila ML start buat perangai tapi Aafan kan... Dia x akan boleh denyyyy lama2. Tetap akan kembali ke rumah dia juga. 🤭Apa2 pun saya suka dgn penulisan author walaupun English faham-faham jelah... sebenarnya ini first time saya baca buku penulis. Dan bakal memburu buku penulis yg lain! 🫵Cause I LOVE IT!💞
Cuma authorrrr x nak ke selitkan sedikit ending 'part pak cik' tu. Saya rasa x puas hati dengan ending pak cik tu. 😭 Penambahbaikan ada typo tapi tahu bukan salah penulis. Lepas tu saya agak jajing dengan cover dia maafkan saya. 😔
Sayangku Jasmin. Kisah yang bertemakan cinta dan kekeluargaan .
Jasmin, hidupnya tak seindah namanya. Selepas kematian kedua ibu bapanya, dia terpaksa menjadi ketua keluarga. Biarpun dia masih mempunyai abang dan kakak, namun masing2 meletakkan sepenuhnya tanggungjawab ke atas bahu Jasmin. Si abang, Hamdan seorang penagih dadah manakala kakaknya Suraya surirumah sepenuh masa. Ada suami, langsung tidak berguna .
Setelah tamat pelajaran dlm bidang pendidikan, Jasmin nekad mencari pekerjaan sementara. Dia menjadi home tutor bahasa english. Didi. Remaja yg menjadi anak didikannya. Namun saat pertama kali datang ke rumah keluarga Didi, seluruh penghuni rumah berkenaan tergamam melihatnya .
Aafan, abang kepada Didi. Seorang duda setelah kematian isterinya, Fina dlm 1 kemalangan. Hingga sekarang dia seakan menghukum dirinya demi melupakan kenangannya bersama Fina. Tiada siapa yg mampu merobohkan tembok yg dibina Aafan .
Satu kejadian, Jasmin diselamatkan oleh Aafan dan Didi. Dan Jasmin menumpang teduh dirumah keluarga Aafan. Kejadian demi kejadian menyebabkan Aafan nekad utk membantu Jasmin disamping mengelakkan dirinya berkahwin dengan Qistina .
Namun, perhubungan yg dimulai tanpa cinta bukan mudah utk dikendalikan. Aafan masih kukuhkan temboknya. Jasmin cuba utk meruntuhkan atas nasihat ibu mentuanya. Berjayakah Jasmin? Namun dalam cuba mengulit bahagia, satu kenyataan yg datang menyebabkan Aafan mulai menjauhkan diri drpd Jasmin. Ada apa sebenarnya? .
Mampukah perkahwinan tanpa cinta membawa kebahagiaan? Mampukah tembok besar Aafan roboh dengan kehadiran Jasmin? .
Aku sukakan lenggok bahasa penulis. Aku sukakan storyline cerita ini. Kalau dulu aku rasa tak puas membaca ebook Duda Buat Jasmin, kini aku tersangat puas. Tahniah Bella. Akak tak sabar nak baca next 'baby' Bella. Thumbs up
Raut wajahnya persis seseorang. Hatinya luhur, cekal dan tabah serta matang dalam menjalani kehidupan. Dilahirkan dalam keluarga berantakan dan mempunyai ahli keluarga yang dahsyat. Jasmin. Jejaka juga duda ini hanya akan terukir satu nama di tangkai hati, Fina. Selama-lamanya. Namun manusia hanya merancang selebihnya Allah lebih berhak menentukan. Saat melihat Jasmin, terdetik sesuatu. Aafan.
Penyatuan dua hati. Sifat ihsan menjadi alasan. Namun, apakah daya sekiranya tatkala cinta mengetuk pintu hati? Karenah Jasmin menggugat naluri. Satu perasaan aneh menjalar dalam sekeping hati Aafan. Cinta? Tersedar dari lena, Aafan kini mengetahui bahawasanya Jasmin telah mengambil tempat di hatinya. Jasmin pula gigih menjadi isteri terbaik kepada sang suaminya.
Kehidupan ini penuh dengan ujian. Ombak badai melanda apabila bahagia kian dikecapi. Berkali-kali kadangkala membuatkan Jasmin dan Aafan turut tersungkur. Kebenaran juga mula terbongkar dan akhirnya satu penyelesaian diambil. Perpisahan.
𝕭𝖗𝖔𝖐𝖊𝖓. 𝕻𝖆𝖎𝖓. 𝕱𝖆𝖒𝖎𝖑𝖞. 𝕷𝖔𝖘𝖙. 𝕳𝖆𝖙𝖊. 𝕽𝖊𝖌𝖗𝖊𝖙. 𝕷𝖔𝖛𝖊.
Jika ini dugaan yang harus aku tempuhi, aku terima dengan reda. Sakit? Itu pasti. Titisan mutiara menemani berharap agar kesakitan itu bercempera pergi waima seinci. Rindu ini tidak tertanggung. Kesakitan ini tidak tertampung. Meskipun begitu, cekalkan hatiku meneruskan hari-hari yang akan mendatang. Sekiranya benar jodohku ini tertulis bersama dia di luh mahfuz lagi, aku terima secebis ujian ini. Kebahagiaan itu wujud. Pasti ada terselit hikmah disebaliknya. Semuanya.
Adik-adik bawah umur tak boleh baca lagi eh. hahaha. .
But anyway, aku suka buku ni sebab olahannya sedap. .
Walaupun, serius cliche je storyline je. .
Jasmin terpaksa menyara keluarganya bila abangnya kaki dadah yang selalu minta duit adiknya, kakaknya tidak bekerja dan asyik duk bermesra je dengan abang iparnya yang juga tidak berguna kat rumah tu. .
Dan Jasmin menjadi home tutor untuk Didie (ye kot. aku lupa nama adik hero ni). Pertama kali jumpa Jasmin, keluarga Didie terkejut kerana wajah Jasmin seiras wajah arwah Fina, isteri Aafan. .
Dan macam biasa la, bila Aafan dan Jasmin dah jumpa, bibit-bibit bunga cinta tu muncul walaupun mereka menafikan. .
Dan demi menyelamatkan Jasmin, Aafan melamar Jasmin sebagai isterinya. .
Mereka bahagia. .
Tapi disebabkan satu rahsia, hati mereka terluka. .
Aku suka chemistry Aafan dan Jasmin. hahahah. rama-rama dalam perut aku dah terbang ke paru-paru. Buat aku yang single, rasa nak kahwin dengan lelaki seperti Aafan. haaaa...nampak tak kenapa aku tak kasi adik-adik bawah umur baca. .
Dan watak Aafan memang charming lahai. Tipikal husband material. kbye. .
Macam yang aku tulis tadi, buku ni cliche. Nak cari plot yang gempak, tak jumpa la. Tapi kalau nak baca cerita yang manis, boleh la baca.
Jasmin, nama secantik orangnya. Cantik paras rupa dan juga hati. I adore her so much! Dia seorang wanita yang sangat tabah. Walaupun ditimpa pelbagai masalah dan cabaran hidup tapi dia tetap kuat menempuhinya.
Aafan, duda kacak yang kematian isteri. Aura dia pergh! So strong! Dia punya overprotective dengan orang yang dia sayang tu kadang-kadang buat aku rasa geram je eii... but bila keluar je ayat-ayat manis tu memang auto meltinglah jawabnya hahaha.
Pertemuan antara Jasmin dan Aafan bermula sewaktu Jasmin menjadi tutor kepada Didi, adik Aafan. Mula-mula Aafan tak sukakan pun Jasmin tapi itulah. Lama-lama, kata-kata Aafan pun termakan diri dia balik. Haa padan muka! Muehehehe.
I love both of the main characters. Watak-watak sampingan pun walaupun kecil tetap beri impak yang besar semasa pembacaan. Argh! Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti aku suka Aafan! Nak Aafan satu. Laa tibeh hahaha. Anyone know? Nanti silalah roger saya kahkahkah.
Overall, best sangat! Banyak pengajaran. Bukan setakat ada cintan-cintun je tapi ada nilai kekeluargaan juga. So really really recommended!
Cerita yang best dan plot yang menarik, cuma fl ni degil dia tu dgn aku sekali geram, susah sangat ke tah nak dengar cakap suami, bukannya ml cakap benda yang susah, tu pun susah nak dgr adoii. nak hadap sendiri kalau kuat takpe ni pun mcm tunggu diselamatkan eyyy tapi firm characters selamatkan cerita. Cara penulisan author ni saya suka, tersusun dan kemas.
Best. For me unexpected plot. Sebab ingatkan selepas kahwin Aafan akan abaikan Jasmine just like typical novel. Tapi Aafan ni sweet btol ye, cold tapi layan Jasmine baik. Eii suka lah. Dah reread 2x ni.