Jump to ratings and reviews
Rate this book

Noktah

Rate this book
Gadis itu adalah penawar yang beracun.
Lelaki itu adalah kekuatan yang melemahkan.

Naihara lemas dalam airmata.
Haq terbakar dalam kecewa.

Yang lemas perlu ditarik ke tepian. Yang terbakar harus dipadamkan.
Atau mereka sekadar membiarkan yang lemas tenggelam ke dasar dan melihat yang terbakar menjadi abu.

“Mungkin bahagia itu akan datang setelah saya mati…” – NAIHARA
“Dan aku akan ikut sama untuk pastikan kau terus menderita…” - HAQ

713 pages, Paperback

First published May 1, 2021

12 people are currently reading
244 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,035 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
109 (57%)
4 stars
55 (28%)
3 stars
18 (9%)
2 stars
8 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
June 30, 2024
Rate: 2.5⭐️

Lelah, sesungguhnya saya lelah membaca buku yang satu ni. 😌 Dalam byk2 buku RM yg saya dah baca, this one really not for me. Idk la how to explain, tapi saya perasan satu benda, buku yg terbit bawah blogijau for example luruh and noktah ni, i feel like something kurang dari segi penulisan. Mcm kurg kemas dan bunga ayat agak berbeza berbanding buku yg Kak RM terbitkan dlm karya seni. 🤔 I guess i’m the problem hahahha.

Sama mcm feels yg aku rasa time baca luruh, byk scenes yg agak draggy for me. Dan buku ni instead of pain and angst, i feel anger all the way till the end of the book. I’m sorry i love buku Kak RM and the latest one i read yg novel ‘Dia Untuk Aku’, i feel like karakter FL Kak RM is getting better. 😌 In this book, no no no I can’t accept the way FL degrades herself too much to the point yg aku rasa penatnya dan siksanya dengan karakter dia ni. Ha gitu. Huhu, i know maybe out there ada org yg menanggung derita mcm tu, and rasa apa yg FL rasa, but i can’t. Bukan tak validate the feelings FL rasa, but i feel like if someone has that kind of situation, tidakkah diorg akan rasa mcm diorg mmg patut rasa camtu. Huhu, tak tahulah korg akan faham ke tak apa yg aku cuba sampaikan. 😅 Dan again sorry to say this is another ML yg aku tak boleh accept after ML dalam novel ‘Checkmate’. They don’t deserve anything from the FL. Full stop ✋🛑

And dalam ni scenenya agak tidak ramah ya. Sbb dua2 tak menjaga. Huhu. Please girl protect yourself more, value yourself more🙂‍↕️ Jagalah diri anda dan jgn mudah termakan dengan kata2 manis lelaki. Please ada boundaries. Haish dahlah, aku rasa mcm aku geram dgn watak yg real ada depan mata pulak hahah, padahal they are fictional. 😮‍💨 So this one in my opinion not recommended for minor. And i guess this book is just not really for me. So do check for TWs before baca buku ni, sbb this one has ab**e in every aspect i guess. So might be triggering for some people.

But one thing yg i truly like in this book definitely the relationship of the FL and her precious brother, Naqim 🩵🩵 Ok tu jee. 😌 #emptycanvashida
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 2, 2024
I have to admit, this is really the first time I feel exhausted reading RM’s work. The word “TAMAT” never made me feel excited before but I am sooooo glad to find it in this book 😮‍💨🤣

I guess you can say, the plot for Noktah is repetitive. And draggy asf. Things could’ve ended sooner if it weren’t for the anger and misunderstanding issues happening over and over again.

ML - Super red flag, I swear. I just can't seem to understand his stance in life nor his purpose of existence. That's just how frustrating he is.

FL - WEAKASS. The only thing she knows is accepting everything thrown at her. At one point I just wanted to get into the book so I can slap the FL's face hard so she could just stop acting like a bloody damsel in mistress.

Like, RM, come on. Ever heard of the term "women empowerment"? Can we stop with the pathetic female character fgs because this is getting too tiring and predictable.

But the antagonist deserves to rot in the deepest pit of hell, istg. Everyone can be a parent, but not all deserves to become one. I said what I said.

But booyah, we’re done with this dreading piece, off it goes to my never-reading-it-again list!
Profile Image for Mslvoe.
2,055 reviews201 followers
December 30, 2024
Dari dulu sampai sekarang karya RM ini sentiasa terbuai² bila baca.

Perasaan marah, sedih, kecewa, sakit hati tak sah kalau tiada.

Yang indah selalu time ending jela walaupun few pages je 😊

Kisah Naihara & Naqim yang hidup sebatang kara selepas maknya pergi meninggalkannya. Mereka anak luar nikah yang tak diakui oleh maknya sampai maknya bersumpah naihara pembawa bala.

Naqim special kids - terlewat diselamatkan semasa kena demam sawan. Naihara dipersalahkan.

Hidup atas bantuan uncle budi yang baik hati.. uncle yang mengahwini maknya. Maknya ugut supaya naihara tutup mulut tidak bocorkan rahsia pada uncle budi.

Sesuatu telah berlaku di rumah uncle budi, naihara nekad keluar rumah itu bersama naqim.

Hidup mereka yang daif..bertambah lagi luka apabila adik kepada arwah isteri uncle budi, Haq ingin membalas dendam pada naihara atas kesalahan maknya.

Time kisah naihara & haq ni banyak kisah² yang buat F gerammm je smpai sakit hati betul gan sikap Haq.

Haq oohh haq.. sebab sikap dendam tu Haq salah aturan dan tak putus memohon maaf pd naihara.

Korang try la baca.. geram baca dengan sikap naihara yang asyik² minta maaf. Lemah je.. orang buat salah pun naihara minta maaf. Akibat asyik tuduh dia pembawa malang, naihara hilang keyakinan diri. Kesian nai.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 18, 2021
sejujurnya, novel ini dah lama akak dapatkan. tapi, mengenali karya puan penulis tersohor Rehan.Makhtar tambah bila baca perasaan pembaca yang menghayati novel ini, akak yakin perlu sediakan mental dan emosi yang dalam keadaan yang tenang sebab bila dah mula selak helaian, jangan harap perasaan tenang itu akan ada sepanjang pembacaan.

ada perasaan nak marah pada naihara sebab kelembutan hatinya. tapi bila jauh terjerumus masuk dalam cerita, watak ini punya kekuatan yang bukan calang-calang. semua terselindung di sebalik kelembutannya.

bayangkan, seorang ibu, yang sepatutnya punya perasaan menjadi pelindung yang semulajadi untuk anak, langsung tak ada pada afidah. malah dia lebih suka bila kedua anak kembarnya tak mengaku dia emak. aduhai... emak apakah ini?

dan kemelut makin menduga bila naihara terlibat dengan keluarga datuk budi. badli dan batrisya sangat membencinya dan afidah, emaknya sendiri lebih menyayangi dan menyanjungi anak tiri dari anak kandung sendiri!

haq. baihaqi. satu watak yang awal kemunculannya pada pengamatan akak sangat kuat auranya. tak salah. dialah lelaki beku yang digeruni. tapi dengan naihara, dia kalah! sehebat mana dia pamer kekuatan dan sisi gelapnya, naihara senang saja menembusi kegelapan itu bersama jalur cahaya yang dia langsung tak mampu nak halang.

tapikan, kedua-dua watak ini ada kebodohan masing-masing. kebodohan yang bawa mereka tergelincir ke jurang yang sangat dalam. yang bawa mereka pada petaka yang tak mampu nak dihurai dengan kata-kata. yang lelaki terlalu ego. yang perempuan terlalu baik. lantas?

lantas apa lagi?

kenapa mereka sanggup hadap semua bencana?

adakah kerana satu perasaan yang mereka kongsi itu yang menjadi punca pada semua kehancuran yang bakal berlaku pada bila-bila masa?

suka pada huzir dan aniq. pembantu yang bukan bulat-bulat setia pada haq. ada masa mereka belot. belot hanya semata mahukan yang terbaik buat ketua mereka. suka juga pada datuk budi. insan yang sememangnya budiman, sesuai dengan namanya. azlin. wataknya walau sedikit, beri impak pada naihara.

puan penulis ini sangat bahaya dengan naratifnya. sebab apa? pembaca dibenam sungguh-sungguh ke dasar yang keruh. sama mencungap dengan setiap sesak nafas yang ada pada watak. kejam!

cuma, itulah... racun itu kadang adalah ubat yang paling mujarab. madu itu kadang yang mampu membunuh!

naihara dan haq.
kasih mereka.
sayang mereka.
cinta mereka.

hanya penghujung nyawa

yang mampu beri

noktah.
Profile Image for sooa.
64 reviews4 followers
March 7, 2025
*sorry, patut kasi 2 ⭐️ je buku ni

tw; se*ual harra*ment, child ab*se, marital r*pe

stress namampos ya Allah dugaan betul baca pulak masa bulan puasa gini. sejujurnya memang sikit pun tak berkenan langsung dengan watak haq ni. ni bukan red flag dah, ni black flag selegam hati dia tu astaghfirullah guwe capekkk. aku boleh terima watak RM ni mostly memang red flag, tapi haq ni lain breed sikit. dia punya level setan tu memang layak dilempang laju laju.

banyak benda yang aku tak suka pasal buku ni; mc dedua jenis tak menjaga. okay aku faham la dedua tak jaga batas tapi kalau bersentuhan pun, itu bukan tiket untuk kau boleh naik tangan kat perempuan ye. aku baran betul bila setiap kali haq ni naik tangan kat nai. pastu acah acah caring (in an aggressive way) tak lama pastu rasa bersalah pulak pastu buat balik. pale otak ko la. dari awal sampai habis pun memang benci gila kat haq ni even kat hujung hujung dia dah menyesal pun aku still anggap dia laki paling taguna dan dayus.

watak nai yang lemah/lembik. *sigh* even tak banyak baca buku karehan tapi dah maklum fl karehan jenis ‘takda tulang’ begini. tapi yang nak maghohnya dengan nai ni, dia dah kena SA sekali dengan haq pastu kena naik tangan sekali. like— gurll wake upp??? ENGKO TAK RETI NAK BALAS BALIK KE at least tampar je kalau dah kau baik sangat INSTEAD OF KO ADA PERASAAN KAT JANTAN BANGANG NI? YA ALLAH HAKU SETEGHESS. kat hujung hujung baru nak jadi keras hati pesemua duh baik tak payah cik kakk😭 tapi tak dinafikan saya sebagai seorang yang hati tisu memang tak lari dari rasa kesian dengan nasib hidup nai ni.

plot dan jalan cerita yang lewah and draggy asf. letih ya letihhh. aku tak rasa sedih pun dengan angst and pain dalam buku ni tapi selalu baran rasa nak memaki je sepanjang baca. pastu banyak sangat tibernya. scene nai dah nak akad nikah dengan badli then tetiba haq muncul out of nowhere sambil bawak glock dah macam gaya hero tamil lol aku pun macam— hah??? dia macam kelakar tapi lantak ko la haq. paling geram ya apa yang lambatttt sangat nak terbongkar pasal kejahatan afidah tu?? then tetiba jadi kes culik pulak. masa ni sumpah semorang dalam buku ni sangat tak function yihh. pastuu part last last tu macam nak sumbat semua benda sekaligus. masih tak puas hati apahal naqim yang kena mati dan bukannya haq😃

apa yang aku suka pasal buku ni; watak aniq dan naqim yang lagi banyak function dari semua watak dalam buku ni lol. naqim ni comel tapi sedih dooh hidup dia. scene nai-qim je satu satunya yang berjaya buat aku nangis tersedu sedu ye hshs. scene dua beradik ni tak dinafikan memang sebak namatii. lagi satu, lagi tertarik kisah aniq-aliya haha macam comel je dedua ni. kalau ada cerita diorang pun macam best gak tapi taknak watak gadis lemah dah jeball.

overall, rasa macam sedikit buang masa dan bazir emosi je baca buku ni but still i got the point dan ada moralnya tersendiri. sorry to say but this is the worst book ive ever read by RM dan memang takkan ulang baca dah huhu.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
September 20, 2022
Sakit. Marah. Itulah yang Zu rasa bila Zu baca Noktah. Mak yang tak serupa mak. Laki yang tak serupa laki. Perangai macam 🤬🤌🏻 Memang menguji kesabaran. At some point, Zu rasa macam nak masuk dalam dunia Noktah ni and nak minta Naihara rehat. Kenapa semua orang tolak Naihara sampaikan dia tak ada ruang nak bernafas. Hina dia seperti dia tak ada hati perasaan 😭💔

Naihara langsung tak dapat nak terangkan bagi pihak dia setiap kali ada benda terjadi. Semuanya akan ditujukan kesalahan itu pada Naihara. Naihara si pembawa malang. Pembawa bala. Tak akan bahagia. Bayangkan dari kecil dah dipasak dengan kata-kata macam tu, tak ke trauma budak tu sampai ke besar. Mulut yang tak lekang dengan kata maaf. Tiada salah pun minta maaf. Setiap tutur katanya mesti akan disilang dengan maaf. Kesian sangat dekat Naihara 😔 Rasa nak bawa Nai dengan Qim lari je

Haq? 🙂 Tanpa asal usul periksa, terus bump fikir Naihara ada kaitan dengan apa yang selama ni dia cari. Berat sungguh anggapan Haq pada Naihara awalnya. Terseksa perasaan Zu baca. Banyak yang Haq lakukan sampai satu tahap Naihara penat. Dia letih. Tawar hati.

Tapi kenapa waktu perasaan penat, tawar hati itu hadir barulah Haq tau kebenarannya? Masih sempat lagi ke Haq memohon maaf? Kalaulah Haq tunggu sikit je lagi, mesti benda ni takkan terjadi 😔 Kalaulah Haq dengar penjelasan yang sebenar, pasti dia tak tergamam menyesal sebegini. Kalaulah Haq tahu apa yang Naihara & Naqim lalui selama ni…

𝙆𝙖𝙪 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙖𝙬𝙖𝙧 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙘𝙪𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙪 - 𝙃𝙖𝙦

𝙎𝙖𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙗𝙚𝙣𝙘𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖, 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙉𝙖𝙦𝙞𝙢 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞? 𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙖𝙥𝙖-𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙪𝙠𝙪𝙢𝙖𝙣? 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙩𝙪, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙉𝙖𝙦𝙞𝙢 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 - 𝙉𝙖𝙞𝙝𝙖𝙧𝙖

Baihaqi dan Naihara. Manusia yang saling mencintai antara satu sama lain tapi memilih keputusan untuk membenci. Storyline yang heavy tapi menarik. Semua character dalam Noktah ni hidup dalam bayangan Zu. Sangat recommend for those yang suka pain 😮‍💨
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 28, 2022
[BOOK 245]

Noktah by Rehan Makhtar.
.

"...dia bantu aku buat apa pun, tak ada kaitan dengan kau. Dan, sebagai orang luar...tak perlu nak ambil tahu tentang hal kami. Aku tahu jaga perempuan aku. Dan, dia tahu jaga aku sebagai lelakinya."
.

aaaaaa....love giler buku ni!
.

Naihara dan Baihaqi.
.

"syhh..abang dah selamatkan awak, okay."
.

Beberapa tahun lepas, waktu Nai lemas, Haq yang selamatkannya. Cumanya, dalam kabur basah lencun tu, Nai tak nampak muka Haq. Yang dia ingat ialah baunya.
.

Dan sekarang, Haq jugalah yang selamatkan Nai. Dan lagi haru bila Haq ialah bos baru Nai. Kerana kesilapan kecil, Nai dibuang kerja.
.

Sebenarnya, Haq dah siasat identiti Nai ni. Hidup berdua dengan Naqim, abangnya yang special. Dalam pada dia cuba menafikan perasaannya, dia jatuh cinta pada Nai. Nai pun sama bila dia sedar Haq melayan Naqim dengan baik.
.

Cumanya, ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka.
.

Rahsia yang disembunyikan oleh Nai demi melindungi seseorang. Pada masa yang sama, seseorang itu jugalah yang menjadi punca keluarga kakak Haq berantakan.
.

Mampukah hubungan Haq dan Nai ternoktah?
.

"yang kau perlu faham sekarang hanya satu...aku dah selamatkan kau."
.

Aku akan sentiasa ada untuk selamatkan kau.
.

okay, this is so typical of RM's book. Heroin yang sangat baik, kadang-kadang lemah je aku tengok, sentiasa memandang ke arah kebaikan. Dan heronya yang spesis badboy ya. Memang jahat bila dia sanggup sumbat Nai dalam penjara.
.

Tapi, yang specialnya tentang RM ialah olahannya yang sedap. So, kalau peminat tegar RM, memang wajib bacalah.
.

Side note: karakter hero RM kali ni, Haq, ialah contoh badboy yang boleh ditiru karakternya ya. Supaya kita semua tak salah menilai definisi bad boy yang sebenarnya.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 11, 2021
Cerita RM, mesti nak buat bagi air mata sis mengalir. Mesti nak kena heroin tu orang susah yang tabah gila hadap dengan dugaan dunia ni. Memang mencabar lar hidup si heroin tu, Naihara. Dengan dapat plak mak yang perangai tak serupa mak ni. Tapi sis jadi geram dekat Naihara tu sebab terlalu tunduk pada semua kehendak orang² yang buli dia. Macam mana Haq atau Baihaqi tu marah bila Naihara asyik minta maaf je dengan orang, macam tu jugak sis rasa. Tapi, lebih sis jadi marah dekat Haq ni sebab ego dia yang tinggi tu, buat dia cepat sangat ambil keputusan hukum Naihara. Sayang, cinta di tolaknya ke tepi. Eh... Haq ni!!! Memang cerita ni best lar walaupun ada watak² heroin klise RM, still tak menghampakan.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
April 10, 2025
Tolak 2 sebab typo dan batas pergaulan tk dijaga
Profile Image for ttaeriluv.
10 reviews
June 12, 2025
rasanya tajuk buku ni boleh tukar jadi "LELAH" kot .. nak abiskan tu lelah sungguh..

mula² tu agak draggy and slow-paced but bila masuk tengah ² tu dah boleh get back on the track .. hero kak rehan jarang tak red flag 😌 red flag dia kali ni lagi redder than hanbali from checkmate 🤝🏻
Profile Image for Elurine.
81 reviews3 followers
March 2, 2025

TW: contain spoilers ‼️
Genre- angst, melodrama, tragedy
Trope- boss x pa, he fell first but he fell harder, love at first sight

Jujurly sebelum mula baca memang dah tahu Haq ni spesies merah membara walaupun lambat ya nampak merah tu tapi dalam banyak banyak hero kak rehan rasanya ni paling merah sebab–

Haq ni awalnya green flag lah jugak, tak nampak pun mana merah tu tapi pelik gak awal tu tetiba dia dah suka dkt Nai sbb dia macam tiber. Macam tiber tiber muncul tiber tiber jatuh hati. Memang boleh kata jatuh cinta pandang pertama tapi dalam situasi Haq ni macam sedikit tidak kena. Pertemuan pertama Haq dgn Nai pun dah boleh turn off dgn Haq ni tapi mcm biasa ml kak rehan memang sepesen, mulut kata benci tapi dalam hati sayang. Dalam pada nak balas dendam tu baik jugaklah yg dibuatnya sampai jatuh hati tak boleh undur dah.

Maap cakap, saya memang tak boleh terima perangai Haq yg TERLALU CEPAT MENGHUKUM TANPA DENGAR PENJELASAN TERLEBIH DAHULU. Geram sebab Haq tak pernah tahu betapa sedihnya hidup Nai tapi dia semudah itu judge Nai. Satu lagi sebab cuba bayangkan dari awal lagi Haq dah baran macam ni, haih tak boleh imagine macam mana kalau ada masalah yg lebih besar di depan walaupun dkt hujungnya Haq ni dah berubah sebab sayang Nai tapi still saya mmg tak boleh terima perangai Haq yg ini. Lepastu dah lah baran pastu boleh pulak main tarik tali dgn Nai. Bila nak engko datang dkt dia, bila tak nak engko buat dia menderita jatuh terduduk.

Nai ni hidup dia sedih sangat sangat sangat. Jujurnya saya ick sikit dgn watak fl yg macam ni tapi tulah nak buat macam mana kan, terima jelah. Nai ni selemah lemah wanita tapi hakikatnya sekuat-kuat wanita. Nai ni hanya nampak lemah bila melibatkan mama dia. Mama dia ni tak tahu nak cakap apa. Tolonglah tak wujud watak mama ni dalam dunia sebenar. Perempuan ni mmg gila maap cakap 😃 sampai ke saat akhir tak insaf insaf haih penat haku. Character development Nai sangat lurve sebab lepas je dia nak heal diri dia kejap, dia ada semangat baru dan keberanian yg baru dan memang takde siapalah boleh pijak dia.

Nak kata puas dengan grovel scene tu tak sebab act tak cukup pun tapi sebab terlalu byk yg jadi dalam satu masa, so boleh terima lah Nai dgn Haq tu. Kang kalau Nai masih tak terima Haq berapa tebal pulak buku ni kan 😭.

Part paling sebak dalam buku ni mestilah bonding dua beradik tu 🥹 Nai jaga Qim, Qim jaga Nai. Nai hanya ada Qim, Qim hanya ada Nai. Tbh risau ya masa pertemuan pertama Haq dgn Qim sebab takut Haq ni ada niat buruk tapi nasib baik Haq ni masih tahu mana baik mana buruk. Dia sendiri anggap Qim tu macam family dia dan dia sayang Qim cuma dia sayang Nai lebih sikitlah.

Ikutkan dalam buku ni byk watak gila dan tak guna tapi kalau nak kupas semua memang letih lah. Letih dengan perangai bebal masing masing. Yang baiknya terlebih baik, yang kejamnya terlebih kejam hingga dendam membawa maut haih letih 😇. Papepun suka trio dalam ni Aniq, Jay & Haq. Aniq tu memang pembawa suasana ceria. Kalau takde Aniq ni haih murunglah ek naca cerita ni taapiii I’m invested dengan kisah Aniq–Al. Dah agak dah mesti ada something dua orang ni sebab awal tu Aniq dah menyampah dengan Al, diam diam rupanya ko suka dkt Al kan Niq 🤣

Bacalah korang kalau mencari cerita yg ml merah membara meminta dimaki sebab iya Haq ni mmg patut dimaki walaupun hujungnya dia berubah ibarat jadi malaikat but still tak boleh terima lah 😇
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
November 16, 2025
Noktah

📚 𝖭𝗈𝗄𝗍𝖺𝗁
🖋️ 𝖱𝖾𝗁𝖺𝗇 𝖬𝖺𝗄𝗁𝗍𝖺𝗋

Naihara dan Haq. Dua dunia yang berbeza namun jalan takdir mereka bersua jua. Ketika cinta menjadi taruhan, jalan mana yang menjadi pilihan?

“𝙈𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙞…”

Naihara. Gadis yang hidupnya tidak lari dari ujian. Berawal dari kehilangan sosok seorang ayah, sebelum dendam lelaki yang dicintai, mematikan segala yang terbuku di jiwanya.

“𝘿𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖…”

Haq. Baihaqi. Ketika takdir mempertemukan mereka, dia tidak menolak untuk jatuh cinta. Tetapi saat kebenaran mula terbongkar, dendam mula bersalut di jiwa.

Seperti biasa, karya Kak Rehan tak sah kalau tak buat kita turut sama sakit jiwa. Cuma untuk buku ini, I have to admit, agak lelah untuk menghabiskannya. Bukan sebab jalan ceritanya yang terlalu perlahan, tetapi disebabkan watak utama yang agak menyakitkan kepala.

Dari awal, kita nampak Nai ni as perempuan lemah. Nak tunggu dia jadi strong woman, lambat bebenor😀Tapi, I suka dengan apa yang dia buat selepas nikah dengan Haq. Tapi, kenapa grovelnya sikit sangatttt😭saya tak puas nak tengok Haq tu merayu-rayu dengan Nai.

Banyak watak yang menyakitkan hati dalam cerita ni. Sikit lagi nak lempar bukunya ke dinding sebab geram. Storyline dia quite heavy, melo dan sedikit perlahan. Tapi Kak Rehan bijak execute cerita ni. Walaupun saya tak nangis, cerita ni lagi pedih berbanding KBTC.

All in all, cerita ni mungkin sesuai untuk orang yang sukakan cerita yang heavy, penuh konflik dan main jiwa.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
May 2, 2021
penat juga dengan perangai Naihara yg selalu menunduk dan tidak mempunyai keyakinan diri tapi bila tahu macam mana kehidupan Naihara waktu kecil tu sangat menyedihkan. Naihara didera mental dan fizikal. Afidah menyalahkan Naihara setiap apa yg berlaku dan dari kecil asyik kena brainwash yg Naihara tak layak hidup atas dunia ni.

dunia Naihara berubah sedikit bila bertemu dengan Haq, lelaki dominan yg mempunyai segalanya dan terdapat juga khabar angin yg mengatakan dia kejam. yes memang kejam dan gila pun! geram dengan perangai Haq sebab terlalu terburu-buru buat andaian sendiri, yg menjadi dah tentulah Naihara.

Full review: https://tiaarasapphire.blogspot.com/2...
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
April 18, 2021
WARNING!
Hati tak kuat jangan baca. Buku ini akan membuatkan anda menangis sampai nak pecah kepala!


SPOILER!
Happy ending :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
January 1, 2022
4.5

Emosi perlu kental sangat2 sebab banyak parts yg meruntun jiwa sebelum semua itu dinoktahkan dengan HEA.

Again, you nailed it puan penulis 👏
1 review
December 1, 2021
Dari awal bacaan sampai akhir berendam air mata. Walaupun pada akhirnya bahagia tapi masih rasa sedih dengan apa yang jadi pada naqim. Best sangat
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
September 22, 2022
Buat Naqim, awak istimewa. Sangat. Setiap kali ada scene Naqim dalam ni, setiap kali tu saya menangis. Saya dapat rasa kasih sayang Naqim yang sangat luar biasa impaknya.
Naqim, awak sangat berharga. Terima kasih menjadi pendamping dan kekuatan bagi seorang Naihara.

Janji itu sangat berat. Terima kasih semua watak yang berjanji, walau ada yang tidak tertunai, ia suatu perjuangan yang tidak bernoktah. Yang memberikan parut luar biasa dalam melindungi insan tersayang.

Baihaqi. Apabila segala rahsia terbongkar, dia hilang pedoman. Kasih yang dicurahkan kembali sirna, janji yang dimeterai kembali rungkai semua. Lagi, saya tak dapat benci dekat Baihaqi walaupun dia sangat red flag dan kejam pada Naihara 🥺🥺🥺 bonus pada seorang Baihaqi sebab nama dia memang igauan saya dari dulu hehe🏃🏻

Naihara. Walaupun dia lemah pada dasar, dia sangat kuat dalam mengharungi ujian yang mendatang. Menanggung segala beban dan keseksaan. Bahu yang semakin memberat, kepala yang terus jatuh sehingga mencecah dada. Maaf yang jadi peneman, air mata yang murah, sentiasa mengalir jatuh.

Pertemuannya dengan si hero memberi keyakinan yang selama ini hilang. Menjadi kekuatan dalam kedhaifan. Namun, kekuatan itu semakin melemahkan dan memberi luka. Lalu, mengajar dia dalam mengharungi ranjau kehidupan dengan kepercayaan hanya pada dirinya.

Pergilah segala derita. Noktahkan dirimu saat aku memeluk kebahagiaan. Walau sebentar, namun ia keindahan yang amatku syukuri.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
April 27, 2021
4.5 ⭐

Seperti biasa karya RM tak pernah mengecewakan. Cerita kali ini banyak bermain dengan emosi & perasaan. Banyak luahan hati yang perlu pemahaman yang mendalam untuk dimengerti. Naihara yang polos & Haq yang ego.

Sungguh sebagai manusia biasa jika ditanya tentang watak hero kali ini, memang saya sangat tak suka. Terlalu ikutkan perasaan. Bahasa sangat menyakitkan hati. Ya Allah! Macamana Naihara ni boleh tahan dengan manusia yang berperangai seperti ini?

Tapi.... benarlah kata orang, betapa kita makin membenci seseorang, ketika itu Allah turut menghadirkan rasa yang sukar dimengerti. Rasa hati yang sentiasa menjadi rahsia-Nya. Untuk apa ia hadir dalam dalam rasa sesak yang menyenangkan, sedangkan telah berkali-kali terobek? Ah! Sungguh cinta itu pelik. Tak dinafikan hingga ada yang buta dalam menilai cinta.

Sesekali menitik juga air mata ini tatkala luahan-luahan yang terbit daripada kepolosan & ketulusan Naihara. Sedihnya hidup seorang Naihara ni. Apakah derita seorang Naihara akan ternoktah? Atau mungkin bahagia buat Naihara akan dinoktahkan? Kena baca sampai habis.

Tahniah penulis Rehan Makhtar. Naskah yang tak rugi untuk dimiliki.
Profile Image for Anis Che.
19 reviews2 followers
April 23, 2021
Fuhhhhhhh. Sayang betul rasa nak habiskan bacaan kali ni, sebab tak tahu bila lagi RM akan keluarkan novel. Siapa yang baca karya2 RM pasti tahu hasil tangan dan jalan ceritanya bagaimana. Sentiasa bikin hati terasa sedih dan tanpa sedar air mata mula terbit.


Terima kasih RM atas karya ini. Terima kasih kerana masih menghasilkan karya yang baru.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
May 27, 2021
Tengah takde mood nak baca novel la ni…
Jalan cerita best. Bahasa cantik.
Karakter Haq mcm dah pernah buat dlm buku lain drpd RM.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
December 2, 2021
5 hours of reading. Kering air mata ni.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
July 30, 2022
𝑵𝒐𝒌𝒕𝒂𝒉 🌹
𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒚𝒖𝒕 𝒏𝒂𝒅𝒊 𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊, 𝒓𝒂𝒏𝒋𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒔𝒖𝒏𝒚𝒊.
5🌟

Ikatan tali halus membelit antara mereka. Ada rahsia disimpan rapi, ada janji yang termeterai, ada permainan yang bakal menyakiti setiap hati, ada dendam kian marak membakar diri. Sesuatu itu merantai sehingga tersilap langkah akhirnya memusnahkan segalanya.

Polos. Senyuman sentiasa mekar bergayutan di ulas bibir. Kaki terus menongkah arus badai yang menghempap jasad biarpun hancur berderai sekalipun. Gelaran yang disandang menghantui, sumpahan duka merantai diri, hukuman dan caci maki diberi, hubungan darah mengalir dalam tubuh dikasihi. Kerana dia, gadis begitu tabah harungi fasa-fasa kesukaran yang menimpa hidupnya. Punyai abang yang istimewa dan sejujurnya, rasa kasih ini tumpah tanpa sengaja. Benarkah, air yang dicincang tak akan pernah putus.
𝑵𝒂𝒊𝒉𝒂𝒓𝒂

"𝑨𝒏𝒅𝒂𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒉𝒂𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒄𝒂𝒃𝒖𝒕 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊... 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒅𝒖𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊..."

Gila. Jejaka ini berani mati gaya dia. Tegas dan kejam, cukup desas-desus mengatakan sebegitu. Dan dia, membenarkan dengan setiap tindak-tanduknya. Niat hanya satu, ada hutang yang harus dilangsaikan. Bertemu wanita itu, mengubah hati dingin menjadi lebur. Yang keras mulai lembut dan amarah marak juga mampu terpadam. Namun dalam angkuh mendabik dada, dia tidak sedar ada hati kian robek, ada janji telah punah dan ada jiwa mati kerananya.
𝑩𝒂𝒊𝒉𝒂𝒒𝒊

"𝑨𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂, 𝑵𝒂𝒊𝒉𝒂𝒓𝒂. 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒎𝒂𝒕𝒊!"

Desakan sekeliling membuatkan lara itu berlarutan. Dia sanggup korbankan, biarkan derita berlarutan mengemudi kehidupan. Demi insan yang disayangi dan dicintai. Tidak kisah jikalau ini harga yang harus dibayar olehnya. Tanpa disangka, yang dianggap penyelamat juga menjunamkan dia hingga ke dasar lautan.

Mungkin, aku agak berdramatik tapi... Masya-Allah, mengapa segila ini sekali plot dia, ya ukhti? Dalam lipatan rahsia, ada lagi yang masih tersembunyi. Dalam kebenaran yang nyata, ada yang lebih pahit dari hempedu juga. Kenapa terlalu ramai manusia tidak berhati perut demi menyelusuri kisah pedih ini?

Kuatnya Naihara, kalau aku kat tempat dia mungkin selamat rebah. Bertapa tergamaknya engkau lukakan gadis sedia hancur ini duhai Baihaqi? Apa yang ada dalam otakmu? Kekacauan masyarakat yang memberi tohmahan juga buatkan aku sendiri mengigil tahan bibir sendiri dari mengeluarkan bicara yang tidak sepatutnya. Jujur, sikap pemaaf Naihara harus dipuji dan bagaimana dia bangkit semula setelah apa yang dilalui buatkan aku terharu sungguh padanya. I'm proud of her.

Apa yang boleh aku katakan, perfect. Kendatipun hampir semput nafas kerana sama-sama sesak dada bersama Naihara. Turut merasa jadi gila seperti Haq yang kadangkala ingin sahaja aku melakukan tamparan kesedaran. Biar dia sedar sikit, guna otak yang dikurniakan Dia. Untuk Naqim, aku terlalu sayangkan dia sepertimana Naihara dan Naqim saling melindungi antara satu sama lain. Buat Aniq dan Jay, aku terhibur dengan keletah mereka. Terutamanya Aniq yang kuat mengusik dan menyindir. Harapnya ada kisah dia pula ya. Apapun, kisah mereka tekah ternoktah namun aku masih terpinga-pinga tidak percaya.

Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
August 1, 2024
2.5 that half is for the layout. Blogijau punya layout and font with the size sangat lurvee, mudah nak baca dan spacing pun ngam.

I'm so sorry, I always enjoyed Rehan Makhtar books but not this one, literally not this one. At this point I think whoever nak baca buku Rehan need to ready mentally. It can be 80% of sad, anger, disappoint, disgust, empathic pain, distress and dissatisfaction. Romance? Yeah yeah, a painful romance where you will be torture first then only be loved. Dalam banyak-banyak buku Rehan, I don't know why heroin Noktah ni yang paling lemah. I rasa nak tembus dalam buku tu semata nak tampor-tampor si Naihara ni.

Truthfully, I can feel the pain of hers, sering dipersalahkan atas perkara yang kita tak buat. Dibuang oleh satu-satunya keluarga. But instead of keep my head down, I would come back better when I decided to start a new life since kena buang. Her mom literally dah buang dia for a decade, and she is still the same Naihara. Gurl, it's been 10 years, even people can change in a week. Naihara yang decide untuk tak ubah diri and choose untuk hidup dalam diri yang lemah dan tak berdaya. Yang seolah mengharapkan orang memberi belas kepada dia (i do feel empathy to people but if 10 years you tak berubah, it's another story), asyik minta maaf , asyik tunduk, i yang rasa lemas untuk dia. she don't even defend herself, if ada orang defend for her pun dia diam je tak try nak backup untuk diri sendiri. ayy geram makin review makin geram hahahahahaha

Haq ni pulak tak kena betul dengan orang describe dia ni kejam dan bertamadun la. Dalam 700+ ni kekejaman dia dua kali je, satu dekat peragut and satu lagi dekat isteri sendiri. Yang tak make sense, Haq ni ada pakar IT yang pakar to the point sampai kena tangkap sebab terlalu pakar ceroboh hak orang. But it took 10 years to get the answer of the death of Haq sister. Plus, it took months to get the details of Naihara and Naqim. Haq, awak kan kaya, you can hire banyak pakar IT, kenapa tahu kebenaran bila awak dah lempiaskan kemarahan awak kat orang lain. Kemain lambat pulak tu Haq ni nak take action of anything.

Badli aduu yang ni agak menyampah juga, meluat. tak padan dengan umur nak dekat 3 series. semua hak Haq dia nak. Afidah, sejujurnya i rasa tak puas hati ye dengan ending Afidah ni. She killed people yet her ending is like nothing. Takde penyesalan, takde kemaafan. Like in the past of 10 years everything happened for nothing. She supposed to have a better ending that she deserves. Also, Naqim deserves to have a better life too. Abang Budi ni pun too soft ye untuk orang yang dah bunuh his wife. You have all the evidence yet you decide to let that person choose untuk serah diri or not. Dudeeeeeeee, dia bunuh not one but two, and still remain silence for years. Yet you expect dia akan serah diri?

But do people really enjoy this type of love pain? Selalunya dengar benci jadi cinta. tapi ni cinta + benci bercampur. Oh anddddd Rehan ni type dia lelaki mata kuyu ye, semua buku dia hero semua mata kuyu and rambut panjang hahahaha
Profile Image for addreads.
282 reviews25 followers
October 12, 2022
😭😭🤬🤬🤬

This book sumpah deserve solid 5! the pain! the angst! masyaAllah kadang-kadang Ad tertanya how Kak Rehan boleh ada idea begini🫠 gugur rambut sy bila baca ni😩pain after pain, ramai nangis baca ni, but Ad nangis hujung je sebab MARAH Ad menguasai dari SEDIH🤬sepanjang baca Ad benci gila ML omg! 'but he hots'😌 lahhh ada selit pujian

Naihara- gadis yg SANGAT kuat, Nai ada abang kembar Naqim, yg sangat istimewa. Nai & Qim dari kecil lagi selalu didera dengan mak dia Pn Afidah. Tapi Nai lebih terseksa dari segi mental, physical & emosi. Sebab status 'anak luar nikah' jadi punya kekejaman seorang mak kepada anaknya😖 Jahat? tak tapi kejam! Nai akan korbankan badan dia kena pukul kalau tak mak dia akan pukul Qim😓kecil-kecil dah digelar yatim piatu walaupon mak still hidup🥺

"𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐚𝐣𝐞 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢."

ayat yg Nai selalu pesan dekat diri sendiri untuk selalu kuat hadap semua masalah. Tapi bukan setakat kena seksa dengan mak je, rupanya ML kita pun main peranan penting untuk pedihkan lagi luka yg sedia ada😤

Baihaq- lelaki yg matlamatnya 1, balas dendam dekat someone untuk kisah 10 tahun lepas. Tak sangka while nak balas dendam tu Haq jumpa Nai & jatuh cinta. Takkan begitu je betul tak😌 ni buku RM kot ofc kena ada lagi pain dia.

"𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐜𝐮𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐮!" - Haq

After tu Haq balas dendam dekat Nai atas kesalahan orang lain yg Haq salah sangka. Haruslah akan ada penyesalan kan HAHAHA Ad suka menyesal-nyesal ni memang fav sebab puas😏 Nai serik dengan apa yg jadi dalam life dia sampai satu tahap dia rasa nak sujud dekat semua orang supaya anggap dia dan Qim tak wujud so that dia boleh hidup aman😞

"𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐜𝐚𝐛𝐮𝐭 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.. 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐝𝐮𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐢." - Nai

Eii benciiinyaaa sumpahh geram. Apa benda yg Haq marahkan? kena baca baru korang faham the storyline😓

"𝐝𝐮𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐠 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢."

Read on your own risk❗️
Profile Image for Az3an.
171 reviews4 followers
August 26, 2025
Kenapa la cerita ni menyakiti dan tersakiti sangat? Tajuk dia patut letak SAKIT bukan NOKTAH.

“Dan aku akan ikut sama untuk pastikan kau terus menderita…” - HAQ : Ehhh! ko dah kenapa? Psyco sangat..suka sangat nak Naihara tu menderita tersiksa tersakiti..dendam tak leh nak move on macam ni la jadinya. Lepas tu dah capai matlamat ko pula yang sedih menangis bagai. Ehhh..mengundang makian betul mamat ni!

“Mungkin bahagia itu akan datang setelah saya mati…” – NAIHARA : Serius aku harap dia mati dalam cerita ni. Tak pernah2 eh aku minta watak heroin mati dalam mana2 cerita tapi yang ni memang puas hati kalau dia mati. Semoga berbahagia la kat alam abadi. Lemah sangat wataknya. Geram pula aku.

Aku suka Aniq dan Jay je. Selamba dan menghiburkan je dua beradik ni.

Part akhir dengan Afidah tu macam..Lahhh tiberr kena culik - ada bom - ada scene lawan2. Eh? Kenapa tiba2 sangat makcik tu? Elok sangat la riwayat dia habis macam tu. Kesalahan dia kemain besar tapi Datuk Budi boleh pula ambil pendekatan macam tu?

Korang kalau nak cerita2 sweet, ini bukan buku yang sesuai.


Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
April 24, 2025
"Tidak kuminta lahir ke dunia
Tidak kuduga cacat begini
Bukan kuminta kasih dan manja
Bukan kurayu bantu simpati"

- Namun ku punya hati oleh Saleem

Apa yg Naihara kata dan lalui dalam ni buat teringat lagu ni tiba-tiba. Rasa lagu ni sesuai dengan apa yg jadi kat dia dan Naqim. Pedihnya hati bila org yg disayangi, yg diharapkan menyayangi mengatakan sesuatu yg begitu kejam.

Penat lah baca ni, dh nak penghujung tu smpai dah takda rasa apa dah. Baca ja asalkan habis. Tapi sebelum tu mcm-mcm rasa ada. Paling byk sakit hati semestinya. Sakit dada baca ya. Ada smpai satu masa tu rasa boom dekat dada bila Haq keluarkan patah-patah perkataan yg menyakitkan tu. Dah mcm shinra tensei. Lah tibe
Profile Image for Ainsolehah.
14 reviews
October 12, 2025
Ya allah, penat ya nak habiskan novel nie 😌 hahaha
tak pernah saya membaca selama nie tauu! Saya suka karya RM, tapi kali ni novel noktah ni kurang sikit untuk saya. Saya tak pasti kenapa 😌

Saya sangat tak suka dengan sikap "minta maaf" nai ya! Sangat ii lemah. Saya tahu, dia paling tersakiti tapi untuk mengalah bukan disebabkan dia. Sangat nonsense ya! Geram tau 😩 dengan perangai haq lagi. Tak tahu nak gambarkan seorang HAQ ni 😡

Nasib baik ada penyenjuk hati si Aniq & Ray! Saya banyak gelak disebabkan dorang berdua hahaha
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.