Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antara Dua Mimpi

Rate this book
Blurb Dahsyat

Kata Adelia, Azam Haqq itu adalah lelaki merbahaya. Menakutkan tetapi dalam waktu yang sama, sangat melindungi.

Kata Azam, Adelia itu adalah Ariana, wanita jelmaan yang muncul dalam hidupnya suatu ketika dulu dan merosakkan fungsi otaknya.

“Kenapa kau tinggalkan aku dulu?” – Azam.
“Saya Adelia Farhana, bukan Adelia Ariana.” – Adelia.

Cinta dan dendam buatkan Azam mahu terus hidup dalam kekeliruan. Adelia harus menjadi seperti apa yang dia mahu.

“Saya dah jadi isteri awak, Azam. Apa lagi yang awak mahu?” – Adelia
“Tell me what I have to do to deserve you.”- Azam.

Setelah apa yang berlaku, setelah apa yang Azam lakukan, layakkah dia meminta sesuatu yang tidak sepatutnya daripada Adelia?

Jika kita mahukan pelangi, kita perlu bersabar dengan hujan.
.
.

Blurb Karamel

Nama : Nory Ana
Pekerjaan : Document Controller cum secretary
Nama Bos : Mohd Arif Mohammad

Kerja aku tak susah mana sebenarnya. Tapi yang susahnya bila jadi setiausaha pada Encik+Tak+Berapa+Arif tu.

“Ayong nak tidurlah!” Aku marah dengan mata terpejam.
“Yang awak berayang-ayang dengan saya ni kenapa?” Orang sebelah sana pun dah sibuk marah aku balik.
“Err.. bos, apasal call saya pukul....err.” Aku buka lampu kat tepi katil dan tengok jam handphone.

“Pukul dua setengah pagi.”
“Macam mana awak eja aluminium foil kat TTS ni?”

Dia call aku malam-malam buta sebab nak cakap fasal aluminium foil yang salah eja? Dia ni spesies Homo Sapien ke tak ni?

“Bos, esok saya kerja. Saya tukar esok je benda tu. Ni time manusia normal macam saya tidur. Saya tak ada darah Dracula.” Aku jawab malas.

“Saya nak awak buat balik semua ni.” Dia menjerit pula.
“Ya, bos. Nanti saya buat yang lain.” Aku dah separuh lena.
“Lagi satu, saya tak nak awak berayang-ayang bila jawab telefon.”

Aku terus buka mata yang dah separuh tertutup. Aku ada panggil ayang ke tadi?

495 pages, Paperback

First published April 1, 2021

1 person is currently reading
13 people want to read

About the author

Hani Fazuha

47 books221 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (45%)
4 stars
13 (41%)
3 stars
4 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
November 16, 2022
Both cerita best giler!! Walaupun short story tapi aku puas!! Besttttt.
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
June 20, 2022
Karamel - Nasz

Point kisah ni sebenarnya salah faham. Ana sebagai setiausaha kepada Arif, bos Ana tak faham kenapa Arif suka cari pasal dengan dia seorang sahaja. Suka marah-marah dan dalam masa yang sama membuli.

Percutian di Pulau Pangkor telah menjadikan mereka semakin rapat dan dalam masa yang sama salah faham itu dapat diselesaikan. Ana ni kuat menjawab dan loyar buruk juga. Segala gosip dan hal2 tentang hidup banyak diluahkan pada Nana si kawan baik. Persahabatan mereka berdua ni memang penuh dengan senda gurau.

Ana dan Arif ni rupa-rupanya memang nak di pasangkan oleh orang tua. Iaitu ibu Ana dan kawan baiknya Auntie (tak ingat nama). Lalu Arif pun jalankan misi nak memikat si Ana yang kadang2 buat tak faham tu. Kalau dah suka kan...

Dahsyat - Hani Fazuha

Mmmm... Kenapa Dahsyat. Pada saya mungkin pada beberapa kejutan yang ada dalam kisah ni. Saya nak tahu siapa Ariana? Rupanya tak wujud pun Ariana tu. Ciss... macam kena tipu.

Tentang sikap Azam yang mula-mula macam benci sangat dekat Adelia. Lepas tu berubah 100% bila Adel jatuh sakit. Suatu ketika dulu, Azam pernah diselamatkan seseorang yang berada dalam kemalangan. Ternyata orang itu berada dekat dengannya. Azam takkan pernah tinggalkan Adel, tak kisah pun dengan apa yang jadi pada Adel. Salasilah keluarga Adel yang pada saya macam berselirat tu menambah perisa dalam kisah ini.

Profile Image for nrrafitah.
118 reviews4 followers
July 12, 2025
Both cerita best!!

Karamel - 4.5 ⭐️
Cerita ni lawak sikit, light reading, konflik pun macam ada takda ja. Kisah mengenai Ana dan bossnya Arif yang suka cari pasal tapi si Ana ni pun kuat melawan dan loyar buruk jugak 😂 Arif ni sebenarnya memang suka dekat Ana ni sejak dulu lagi pastu macam2 yang terjadi antara depa tapi part yg lawak boleh pulak Arif ingat Ana ni mak tiri dia? sebabtu dia suka cari pasal hahahahaha 😂 Dorang tak tahu sebenaqnya mak Ana dan mak menakan Arif memang plan nak kenenkan depa then end up dorang kahwin jugak haha. So apa yg karamel? Ana yang suka makan semua benda yang ada karamel tu jaa.

Dasyat - 4.5 ⭐
I suka cerita ni, plot twist dia superb walaupun nipis jek. Azam yang anggap Adel tu Ariana padahal Ariana tak pernah wujud pun, imaginasi dia saja sebab dia ada depression lepas accident. Rupa-rupanya Adel & Ariana mmg orang yang sama, yg pernah bantu dia time accident dulu. Part family dorang agak serabut but mudah difahami. I suka perangai Azam lepas kahwin, suweeeet dia kemain ehh 🦋💦 memang betul-betul nampak dia sayang ngat-ngat dekat Adelia. Satu lagi i suka perangai clingy Adel ni, part sikit-sikit "then, hug me" aaaaa nak jugekk!! eh? 🤣
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
June 19, 2021
Memang best. Tak sia² beli buku ni. Kedua² cerita ni santai, tak berat sangat dan suka dengan watak dalam kedua² cerita ni. Ni naskhah yang kalau korang nak rehatkan otak dengan drama, airmata, kisah orang psiko ke apa, memang sesuai baca cerita ni.

Karamel, kisah penuh dengan ayat² kelakar dan mencuit hati dengan telatah heroin.

Dahsyat, kisah ni memang dahsyat dengan twist nya, dahsyat dengan perangai hero dan heroin nya, dahsyat dengan taburan ayat² manis dan sweetnya.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 7, 2021
Dua2 cerita best👍. Memang rugi tak beli. Highly recommended! Dua2 otai. Sangat tidak mengecewakan.

Karamel - Nasz

Bahasa yang digunakan sangat smooth. Ceritanya santai tapi sangat mengujakan. Mengisahkan tentang Arif yg salah faham tentang diri Ana. Disangkakan Ana ada hubungan dgn 'seseorang' lantas membuatkan dirinya seperti berdendam. Ada shj yg tidak kena pada kerja2 Ana yg dipersoalkan. Sampai sanggup menganggu Ana pagi2 buta dgn menelefon Ana semata2 utk membetulkan ejaan. Ermm. Namun sikap Arif yg menyusahkan itu yg membuatkan hubungan Arif-Ana semakin rapat tanpa disedari. Suka dgn sikap Ana. Walau dibuli oleh Arif, dia tetap layankan dgn mulut yg tak henti2 menjawab tu🤣

Dahsyat - Hani Fazuha

Kalau namanya Hani Fazuha, mmg setiap karyanya tidak akan dilepaskan begitu shj. Tapi utk Dahsyat ini, watak hero kali ini berlainan sedikit. Wataknya tidak lg beku spt karya2 Hani yg terdahulu. Bila berhadapan dgn Adelia, sikap Azam akan bertukar keras. Persamaan antara karya Hani dan Nasz dlm A2M ini ialah dari segi salah faham dan akhirnya membawa kpd rasa tidak puas hati dan dendam. Cuma bezanya dari segi keadaan dan juga cara penyelesaian. Azam yg menyangka Adelia adalah Ariana akhirnya sedar akan kenyataan keduanya. Walau sekadar mini novel, rasanya saya sgt puas membaca Dahsyat. Padat dan tidak meleret menjadikan cerita ini best👍
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
December 28, 2022
[BOOK 244]

Antara Dua Mimpi.
.

Dalam buku ni, ada 2 cerita.
.

1. Karamel - Nasz
.

Ana ada bos baru, nama Arif. Arif ni baik dengan semua orang, kecuali Ana. Memang kalau bercakap ngan Ana je, dia akan sinis. Dan dia pernah bawak Ana jumpa mak dia. hahaha. Bukan jumpa nak kenalkan menantu, tapiii... Dahlah proses nak bawak jumpa tu, bukan main lagi menipu tayar pancit la, lepas tu, suruh hantar dia balik kampung la.
.

Rupanya ada salah faham. Permulaannya, disebabkan dalam cctv hotel, ada nampak muka Ana dan ayah Arif ni. hahhaa...itulah salah fahamnya. Bengong betul.
.

Kenapa karamel? Sebab tetiba hubungan 2 ketul manis macam karamel. tiberr
.

2. Dahsyat - Hani Fazuha
.

Sebelum tu, aku minta maaf sebab to be honest, sebelum tulis ni, aku lupa ni cerita tentang apa. hahaha..Maklumlah baca awal bulan lagi, tapi tulis ni dah hujung bulan. Faktor usia pun turut mempengaruhi.
.

So, gigih la aku baca blurb buku ni semula. Barulah ingat. haihh
.

Dulu, Azam pernah diselamatkan oleh seseorang. Dan menurut Azam, orang itu bernama Ariana. Dan sekarang, dia jumpa dengan seorang wanita yang sebijik macam Ariana, tapi namanya Adelia. So, jenuhlah Azam duk paksa Adelia mengaku yang dia ialah Ariana.
.

Jadi, siapakah sebenarnya Ariana?
.

Okaylah, kenapa dahsyat? Sebab plot twistnya tu la. Dah macam psiko dah si Azam tu.
.

Overall, kedua-duanya berkisarkan salah faham dan dendam la.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 1, 2021
Karamel - Nasz

Karamel tu manis kan? Semua tahu kan? Ceritanya pun sweet je.
Sweet hero-heroin pun cara yang matang and melalui their small gesture. Tak perlu babak intim pun.
Vibe JS tu still ada sebab part ni la and I love it. Then diperbaharui dgn vibes bahasa santai dari IKP.

Dahsyat - Hani Fazuha
I think, story ni boleh dianggap medium read. Hahaha ada ke?
Dia punya conflict tu nak kata ringan, tak ringan tapi nak kata berat, tak rasa berat juga.
And to me, conflict tu pun quite predictable cuma ada rasa sangsi 50-50. And susunan plot, jalan cerita tu padu as always la HF kan.

And both stories bawa tema dendam. Cuma perspektif berbeza.
34 reviews
January 8, 2023
Berbaloi beli. Setelah 5 bulan stop membaca sbb asyik terkena buku yang tak kena dengan jiwa dan selera. bila baca je, buku tak best. Berhenti. Ambil buku lain. Berhenti lagi. Sehinggalah baca buku ni. Yessss. I love. Cuba baca jimat jimat (ada tak isitlah mcm tu. Hihi). Sayang nak bg habis tp jenis tak sabar nak tau ending.. akhirnya habis jgk
Tak nak cerita pasal isi dlm buku ni. Nak tau, kena beli
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.