Un scarabée. Qui jette ses reflets émeraude sous le soleil quand l'inspecteur le sort intact du conduit auditif de la petite fille. La petite fille dont le cadavre desséché vient d'être retrouvé dans la broussaille d'un jardin peu entretenu au milieu des immeubles. Trois ans que la police la recherchait. Un suspect est vite appréhendé, Da-in, un adolescent, livreur de journaux qui élève des milliers d'insectes dans le taudis où il vivote avec un copain, lui aussi enfant des rues, abandonné. Da-in serait un récidiviste, il aurait tué sa mère et sa sœur et aurait déjà utilisé les corps pour y élever ses petits compagnons nécrophages. Alors, ce scarabée, est-ce la signature macabre d'un gamin psychopathe ? Si tous semblent le penser, une personne ne peut y croire : la mère de la petite fille assassinée. Qui va suivre le chemin des insectes vers la vérité.
Un thriller étouffant. Un roman noir qui jette un regard sans concession sur la maltraitance des enfants, livrés à eux-mêmes dans une société qui ne sait plus en prendre soin.
Sebab dah banyak tonton filem2 thriller dari Korea, pembacaan novel ini menjadi amat menyeronokkan sebab dalam kepala otak aku boleh terbayang-bayang wajah2 karakternya dan suasana latar belakangnya. Entah macam mana, bila baca dialog, imaginasi aku akan membayangkan pula bahasa korea "gibberish" sedang diucapkan haha.
Misteri dalam novel ini memang best. Kisah kematian yang berkait dengan serangga, satu idea yang asli dan segar. Tak pernah lagi ada filem2 misteri thriller korea yang berkaitan serangga. Jadi, klise2 thriller korea dalam novel ini dapat ditutup dengan penglibatan serangga yang menjadi tema utama novel ni.
Yang tak bestnya, terlalu banyak watak je. Kau kena selak balik sebab tiba2 POV dia ni datang, lepas tu POV mamat ni pulak. Aku pun confuse dengan nama2 Korea yang lebih kurang sama. Seong Hun? Seong Ji?
Kesimpulannya, siapa yang minat novel misteri thriller, akan suka novel ni. Buat kau tak senang duduk sambil memikirkan siapakah pembunuh yang sebenar?
p/s: sebab karakter Hyun Ji tu dikatakan cantik, aku terbayangkan wajah Kim Ji-Eun dari Strangers From Hell je. Bakal difilemkan/disirikan katanya, tak sabar nak tahu pelakon2 yang terpilih.
Ini pertama kali saya membaca buku Korea. Sudah tentu ini buku terjemahan dan genre penyiasatan/misteri pula bukan yang saya selalu pilih.
Jadi, sedikit sebanyak saya mengharapkan sesuatu yang bagus daripada buku ini.
Saya tahu filem dari Korea Selatan agak maju berbanding filem tanah air. Pilihannya lebih pelbagai, dan setiap filem dibuat dengan teliti. Fakta atau tidak, penyampaian mereka selalunya meyakinkan. Kecuali DraKor, saya menyerah awal-awal. Jadi panas hati tengok cara mereka ni bercinta!
Buku The Insect ni mengangkat tema penyiasatan, hal kematian anak seorang Hyun Ji dan hubung kait dengan orang-orang yang terlibat dalam perkara ini. Membaca setiap perenggan membuatkan saya terbayang watak-watak yang saya pernah lihat di kaca tv, bagaimana mereka bercakap, marah, menangis dan mengeluh.
Jinja?
Kah kah kah!
Untuk keseluruhan jalan cerita, saya boleh terima seadanya. Tak begitu mendatar, tak begitu mengujakan kecuali 50 muka surat terakhir.
Cuma satu saja yang saya suka sarankan, buatlah kerja terjemahan dengan penuh tanggungjawab. Karya yang baik tapi diterjemah ikut sesedap rasa, menyebabkan kualiti buku jatuh. Penggunaan bahasa pasar orang Melayu dalam dialog, langsung tak sesuai untuk buku yang mempunya tema serius begini. "Diorang", "kitorang", "kat situ je" dan banyak lagi, menjadikan mood membaca terganggu.
Status FB pun orang dah mula belajar gunakan bahasa penuh, kenapa sebuah buku terjemahan antarabangsa seperti diambil mudah tarafnya? Takkanlah mahu gunakan alasan "mendekati golongan remaja", seperti merendahkan tahap intelek golongan ni pula bunyinya. Tak tahu apa alasan penterjemah, editor dan penerbit. Apa pun tujuannya, untuk saya, mungkin saya seorang, banyak perlu diperbaiki lagi. Kalau ada rezeki cetakan kedua, perbetulkanlah.
Satu cerita yang menarik namun agak memenatkan.. Penyiasatan yang dijalankan, kaitan dengan seranggan dan kewujudan seorang lelaki yang dipanggil abang Jo..
Sukar untuk aku mengingati nama-nama Korea dalam ni, terkeliru kadang. Dapat pengetahuan baru tentang kaitan serangga dan mayat. Bila dapat tahu siapa pembunuh sebenar, memang rasa geram je. Kurang gemar dengan cara terjemahan, nampak sedikit kaku - bila masuk babak suspen akhir, terjemahan buat babak itu jadi sedikit bercelaru.
Hyun Ji menunggu hingga 3 tahun mayat anaknya, Yerin 13 tahun, ditemui dengan kesan rogol. Hanya seekor kumbang yang menjadi petunjuk. Tidak lama selepas itu seorang budak lelaki bernama Da In ditangkap kerana kecenderungannya dengan jenis serangga yang sama.
Selepas itu, berlakunya satu lagi kes bunuh, pendakwaan terhadap Da In membolehkan dia diikat jamin atas faktor bukti yang lemah. Hyun Ji membuat perkara yang tidak masuk akal dengan menjamin Da In. Dia merasakan yang Da In satu-satunya yang boleh membantu mencari pembunuh anaknya yang sebenar.
Aku beri 4.8 ⭐. Walau pun banyak review yang kurang meminati buku ni tapi why not aku pecahkan tradisi tu kan? 😅😅. Banyak input yang boleh didapati. Dari Entomologi Forensik, kemurungan, sifat empati ke police procedural. Kdrama vibes sangat terserlah. Buku ini pemberian @potongankaincottonrafidya . Terima kasih membuatkan hari saya gembira ❤
📚
#donereading #TheInsect by #MinhyeZang #patriotspublishing #igreads #goodreads #bookstagram #embaca #malaysiamembaca
Baca novel ini terasa seperti menonton drama korea tentang penyiasatan dan misteri. Memang dari awal tidak dapat meneka sebab kematian yang berlaku kepada mangsa. Jalan cerita yang sangat unik mengaitkan jenayah dengan serangga yang jarang2 dibuat orang. Penulis jugak telah membuatkan kajian yang mendalam tentang serangga dan forensik, sedikit sebanyak menambah perisa pada jalan cerita.
Babak-babak pembunuhan dalam novel ini agak kejam dan mengerikan. Selain tu, ada juga peristiwa yang berlaku berkaitan dengan penderaan kanak-kanak, penderaan seksual dan jenayah2 lain. Rasa ngilu bila baca benda2 macam tu.
Apapun sangat enjoy baca novel ni. Terjemahan pon baik,ayat mudah faham dan bahasa agak santai dalam dialog, tak rasa janggal. Design kulit buku pon cun 💯
Hyun Ji, seorang ibu yang mempunyai anak bernama Yerin yang berumur 10 tahun. Kehilangan Yerin selama 3 tahun menimbulkan tanda tanya sebelum dijumpai. Yerin dijumpai sebagai sekujur mayat yang kaku dalam keadaan menyayat hati selama kehilangannya 3 tahun tersebut.
Novel yang bertemakan 𝘊𝘳𝘪𝘮𝘦 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳. Seharusnya pada kulit buku novel ini diletakkan satu tanda amaran 𝘛𝘳𝘪𝘨𝘨𝘦𝘳𝘦𝘥 𝘸𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨 bagi mengelakkan pembaca yang sensitif terutamanya dalam babak yang mengandungi seksual, pembunuhan dan sebagainya.
Secara asasnya, novel ini menarik dari segi jalan penceritaannya. Garapan setiap watak yang mempunyai perwatakan yang mencantikkan jalan penceritaan.
Cumanya, campur aduk diantara babak-babak dalam satu bab menyebabkan pembaca berasa penat. Hal ini kerana, pembaca perlu mengimbau kembali babak-babak yang disentuh di dalam lingkungan bab 1-20 untuk mencantum seperti kepingan puzzle bagi babak-babak tersebut.
Sementelahan pula, setiap watak yang diwujudkan di dalam novel ini terlalu banyak dan perlu mencantum kisah-kisah peribadi setiap satu watak yang telah dicampuradukkan kesemuanya di dalam satu bab bagi menjadi satu kepingan puzzle bagi setiap babak.
Secara keseluruhannya, terjemahan yang agak lopong dari sudut penggunaan kosa kata. Namun, ia tidak mencacatkan pembacaan secara keseluruhannya tetapi ada beberapa babak perlu ditekuni dengan lebih bagi mendapat jalan cerita yang sebenar.
Secara tuntasnya, novel yang mengetengahkan serangga sebagai tema utama jarang dibawa oleh novelis-novelis kontemporari. Pembawaan isu-isu permasalahan keluarga, komuniti yang porak-peranda dari sudut peradaban dan masalah sosial yang menjadikan keseluruhan isu ini membuatkan novel ini menarik.
WoW ce bouquin !!! Les descriptions sont vraiment magnifiques, l’enquête est super bien exécutée et détaillée! Les personnages sont vraiment attachants ! Une très belle découverte pour ma part d’une auteure coréenne! J’ai adoré ce livre un vrai page-Turner ! Je le recommande vivement
Pasukan polis yang tidak cekap, satu-satunya polis yang peduli dan orang awam yang terpaksa lakukan siasatan sendiri. Antara perkara tipikal kisah thriller Korea yang turut ada dalam buku ini. Yang membezakannya adalah aspek serangga dalam penyiasatan. Apapun, kalau tak kisah akan perkara-perkara yang dinyatakan sebelum itu mungkin akan rasa selesa dan tertarik untuk baca buku ini. Lagipun kisahnya tiada kejutan atau sebarang putar plot sangat. Dari awal dah boleh agak apa jadi dan siapa pesalahnya. Cuma nak kena layan jalan cerita yang membawa ke pendedahan je. Bagaimanapun, kadang-kala pertukaran babak dan sisipan imbas kembali agak tak berapa kemas juga. Mungkin sebab terlalu banyak watak yang cuba nak diketengahkan. Tapi masih boleh difahami dan tidak begitu mengelirukan.
Dari segi terjemahannya pula, memang agak kaku. Seolah-olah penterjemah tiada kebebasan nak bentuk ayat yang lari dari struktur asal dan tidak mahu ambil risiko dengan sekadar menggunakan kosakata asas. Tapi yang itu tak ada masalah sangat. Yang tak gemar apabila ada beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris yang sebenarnya boleh je diterjemah. Kalau istilah saintifik, faham je kenapa kena dikekalkan. Tapi yang perkataan biasa pun kadang-kala dibiarkan saja. Selain itu, ada bahagian yang terjemahannya tidak selaras dan tetap juga. Contohnya terjemahan sports car yang pada mulanya diterjemah sebagai kereta sukan dan kemudiannya menjadi kereta sport. Kata ganti nama yang tidak tetap antara awak dan abang dalam dialog pun ada juga. Juga ada kesalahan dalam penggunaan arwah bagi si mati. Mungkin terlepas pandang sewaktu proses mengedit sebab seterusnya perkataan mendiang digunakan.
Rasanya buku ini boleh dikatakan sebagai sebuah buku crime thriller yang agak ringan. Sesuai dibaca sekiranya tak begitu harapkan jalan cerita yang penuh dengan kejutan demi kejutan dan putar plot di akhir cerita.
Overall the book was good and i like how i unpredictable the plot is and how everything finally put in one place.
Reading this is really like watching kdrama with kind of low pace starting and the non stop mysterious feeling blended with some investigation mood in the middle and the very kdrama ending vibe 😂
Mengisahkan tentang seorang ibu muda, Hyun Ji telah kehilangan anak perempuannya Yerin yang dianggap sebagai kes biasa oleh pihak polis. Saat berputus asa dengan isu kehilangan, punca serta jenayah-jenayah yang berkait dengan kehilangan anaknya - muncul seorang polis yang jujur dan teliti dalam penyiasatan kes tersebut sehingga membongkar kegiatan jenayah lain yang tidak disangka-sangka.
Ya…sesuai dengan judulnya - serangga-serangga juga mempunyai peranan yang diketengahkan di dalam naskah ini.
NOTA : Terjemahan novel ini tidak terlalu meleret-leret dan disampaikan dalam penggunaan ayat yang mudah. Pengakhiran cerita juga dapat disimpulkan di tengah-tengah pembacaan.
Nama watak-watak yang digunakan hampir sama dan adakalanya membingungkan sehingga terpaksa menyelak bab-bab sebelumnya untuk memastikan watak tersebut. Ia tidaklah menjadi isu besar memandangkan penterjemah hanya menuruti nama-nama watak pada novel asal.
Jika anda juga merupakan seorang peminat K-Drama seperti saya - novel ini dapat dinikmati sepenuhnya menggunakan imaginasi latar tempat serta pelakon-pelakon yang bersesuaian untuk setiap watak yang diketengahkan. CUBALAH! ^_~
Saya tak boleh habiskan buku ini. Ayat naratif yang banyak menyukarkan untuk membayangkan dalam kepala. Ada banyak ayat naratif yang berpotensi untuk ditukarkan kepada ayat dialog. Memandangkan adanya lambakan ayat-ayat naratif, mudah menjadi bosan.
Tidak menepati teknik penulisan Show Don't Tell. Tidak menepati teknik penulisan daripada contoh "cerita terbaik sepanjang zaman manusia"
Mohon untuk Mahakarya berhati-hati menghasilkan buku-buku seperti ini. Mahakarya mempunyai potensi memasarkan karya-karya yang dahulunya dianggap tiada pasaran. Itu kelebihan yang Mahakarya ada. Mohon sekali lagi.
"Di dunia ini, terlampau ramai manusia yang berseronok atas keperitan orang lain."
The Insect, sebuah novel bergenre seriau/misteri, mengisahkan sebuah penyiasatan yang diketuai Detektif Seo Jun dalam mencari pelaku sebuah kes pembunuhan seorang anak gadis bernama Yerin. Namun petunjuk utama bagi kes ini hanyalah kumbang pada mayat yang sedang mereput itu. Walaupun suspek utama berjaya dijejaki, Detektif Seo Jun kebuntuan untuk membuktikannya bersalah hatta dia punyai rekod jenayah yang sama pada masa lampau Tetapi itu tidak menggugah tekadnya untuk mencari jawapan.
Novel ini bermula dengan baik di mana penulis terus membawa pembaca ke misteri kematian Yerin. Cara bagaimana penulis menyusun plotnya dengan baik ditambah pula dengan maklumat-maklumat berkaitan forensik dan serangga berjaya menjadikan misteri kematian Yerin dirasakan lebih kompleks. Ini kerana setiap petunjuk baru memberitahu bahawa kes ini bukan kes biasa malah lebih menjijikkan. Walaupun begitu, apabila menuju ke penghujung novel segala kerumitan yang dihadapi Detektif Seo Jun dirasakan terungkai dengan begitu mudah dan penamat yang dirasakan sedikit anti klimatik. Tetapi di pertengahan novel penulis bijak menimbulkan keraguan dengan menyelitkan kisah silam suspek yang boleh membuatkan pembaca memahami pucuk pangkal kekejaman ini berlaku. Penulis secara amnya berjaya menyampaikan mesej dengan baik dan jelas yang menyentuh berkaitan keganasan domestik melibatkan mental dan fizikal, terutamanya terhadap kanak-kanak. Bagaimana sesebuah institusi kekeluargaan yang rapuh boleh menjadi punca kepada masalah sosial yang memberi kesan buruk terhadap masyarakat. Antara perihal lain yang disentuh ialah kesan trauma dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap individu dan ketulusan individu dalam menjalankan tanggungjawab.
Secara keseuruhannya, novel ini mempunyai premis yang menarik dan membawa tema yang berat sekitar permasalahan sosial terhadap kanak-kanak yang makin membarah tetapi pelaksanaannya sedikit kurang memuaskan. Dari segi terjemahannya pula bagus walaupun ada sedikit kejanggalan pada laras bahasanya tetapi tidak menganggu momentum pembacaan. Semoga penerbit dan penterjemah terus merayakan industri terjemahan Malaysia dengan membawa masuk karya-karya berkualiti lagi pada masa akan datang.
Yerin, anak kepada Hyun Ji ditemui mati selepas tiga tahun melarikan diri daripada rumah. Kumbang hijau yang dijumpai di mayat mangsa dan rekod jenayah menjadikan Da In, anak yatim piatu sebagai suspek utama. Akibat kekurangan bukti, Hyun Ji ambil keputusan untuk bawa Da In tinggal bersamanya untuk cari kebenaran kematian anaknya.
TW!!! Sexual dan drug abuse, child grooming, domestic violence, underage prostitution, gore
Kecewa sebab Hyun Ji dan Da In cuma tinggal bersama bila dah 3/4 buku. Sebelum tu, banyak fokus pada latar belakang kes dan watak je. Rasa macam kena 'scammed' dengan sinopsis.
Buku ni POV orang ketiga dan ada banyak: Hyun Ji, Da In, detektif, budak-budak --jadi walaupun boleh tahu motif dan kisah semua, dia jadi tak puas sebab tak terlalu 'deep into each characters'. Rasa macam 'touch and go'. Tak puas baca walaupun semua watak tu menarik dan kompleks.
Penceritaan yang sama 'vibe' dengan K-drama jenayah. Siapa dah biasa layan memang akan boleh terbayang dalam kepala; cinematography dan lighting yang suram, lakonan yang moody dan serius.
Banyak isu dan norma masyarakat Korea yang selalu jumpa dalam drama pun ada: -Polis yang korup -Masyarakat yang hipokrit -Ibu bapa yang dera anak secara fizikal dan emosi
Buku ni angkat isu 'runaway family' yang ada dalam Juvenille Justice. Boleh kata isu ni fokus utama dan lain-lain tu pecahan supaya pembaca nampak gambaran penuh. Kita boleh nampak yang 'runaway family' ni bukan semudah nak salahkan budak dan ibubapa sahaja, polis, masyarakat, sistem dan polisi semua menyumbang.
-Tempo cerita perlahan, jenis buku 'character>>>plot'. -Lebih 'pscyhological>thriller'. -Penutup rasa 'rushed' dan tak kemas, masih ada persoalan tak terjawab.
Tajuk The Insect sebab Da In ni obses dengan serangga. Siapa minat forensik entomologi sukalah.
Terjemahan yang baik dan tak baku tapi sebab POV orang ketiga dan ramai, ada bahagian yang keliru ni tengah POV watak mana satu.
Kalau perkemaskan lagi watak-watak punya penceritaan dan penamat tu, mungkin boleh bagi 4 bintang dan ke atas.
This novel centers around a 13-year-old girl's, which her missing case was dismissed by the police as a runaway case. But it turns out to be so much more, when she was found death mysteriously in an apartment complex’s after been missing for 3 years. As the detective starts to unravel the clues, he discovers an emerald beetle that may hold the key to the girl's death.
As a fan of thrilling crime kdramas, I was really excited to pick up this book - and let me tell you, it did not disappoint! The author has crafted a really unique story line that connects crimes with insects in a way that I've never seen before. The author ties in insects to the plot in a super cool way, and you can tell author did a research because it's so detailed. I was actually mind-blown by how the characters used insect as evidence to solve the crimes - like, who knew insects could be so helpful?
Now, I'll be honest - there are a lot of characters and plotlines to keep track of, but trust me, it's worth it. Even if a character doesn't seem important at first, as you go deeper, you'll start to see how all of these pieces fit together in unexpected ways.
One downside though, have you ever picked up a book with a great plot and interesting characters, only to find that the translation was so bad that it made it hard to enjoy? Unfortunately, that's exactly what happened with this book. The translation of this book is disappointing and lacks the nuance and emotion that the original text likely had. The language is awkward and stilted, as though it was translated using a translatin tool. It's a shame that the translation doesn't live up to the potential of the original story.
OK setel. Aku sebenarnya tak berapa minat sangat dengan Korea ni. Banyak kali jugak fikir nak beli ke tak buku ni. Akhirnya beli jugak, memang semata-mata sebab produksi Mahakarya je. Mahakarya ni boleh kata production house yang baru jugak la, belum sampai 5 tahun lagi kalau tak silap aku. Tapi oleh sebab dia ni anak Patriots Publishing, so aku yakin barang² keluaran Mahakarya ni memang ada kaliti. Dan setakat ni belum ada lagi novel keluaran Mahakarya yang mengecewakan aku.
Termasuklah The Insect ni.
Satu lagi daya penarik adalah tentang penyasatan. Aku dari kecik lagi memang minat novel² & komik² pasal penyiasatan ni. Jadi bolehlah hadam novel ni.
Itu pun lama jugaklah peram. Berbulan lepas beli ni baru nak baca. 5 hari jugaklah nak habiskan.
Okeh, setelah beberapa kali taip dan padam, aku putuskan bahawa aku tak reti nak tulis review hahaha... Cuma nak bagitahu yang aku sukakan plot dan cara penulis ni mempersembahkan cerita. Agak mendebarkan jugak la. Tak senang duduk kalau tak sambung baca.
Ayat² yang disusun penterjemah pun ok jugak. Tak rasa pun kita tengah baca terjemahan. Cuma tahu yang novel ni asal Korea bila jumpa nama² watak & tempat dalam bahasa asal.
Kelemahan aku adalah pada nama² Korea ni lah. Kadang terkeliru dia ni siapa, dia ni siapa. Bunyi dekat² sama je pada aku. Kadang tu tengok nama masih tak tau lelaki ke perempuan sebab aku tak familiar dengan Korea. Ada satu part, Jo pun aku keliru. Siapa sebenarnya Jo? Kenapa Jo panggil budak tu Jo?
Nasib baik jalan cerita mendebarkan, so dapat aku habiskan. Faham la jugak secara keseluruhan.
" Di dunia ni, terlampau ramai manusia yang berseronok atas keperitan orang lain."
"Di dunia ni , lebih susah untuk membuktikan kebenaran daripada penipuan."
THE INSECT, bercerita mengenai Hyun Ji-seorang ibu tunggal yang kehilangan anaknya sejak 3 tahun lalu & Da In yang mempunyai obsesi terhadap serangga.
So far, Bagi aku novel ni best sebab ada K-Drama vibes cuma, disebabkan terlalu banyak watak buat aku rasa keliru watak mana satu yang perlu diberi perhatian. Bukan tu ja , penulis terlalu 'deep into each character' buat permulaan novel ni agak perlahan. Suku dari novel ni baru dapat faham alur cerita lepas semua watak diperkenalkan 😣 penat tau nak kenal watak² ni 😅.
The best thing pasal novel ni , penulis mengangkat isu semasa yang berlaku di Korea Selatan iaitu masyarakat yang hipokrit dan pentingkan diri , penderaan kanak² & isteri , sistem penyiasatan polis yang lembap/korup & buli.
Dari segi terjemahan , bagus cuma masih perlu diperbaiki. Bagi aku , quite satisfying sebab penulis berjaya buat aku faham perasaan watak² dia & berjaya buat aku rasa nak gila dengan si pelaku. Congrats 👏 @thepatriots.store
Jalan cerita menarik dan banyak imbas kembali ("flashback") yang membuatkan pembaca tertanya-tanya jalan cerita dan hubungan antara watak. Gaya penceritaan boleh dikatakan mirip dengan drama Korea - penceritaan watak tertentu dalam satu-satu bab sebelum płot cerita bertembung dan diteruskan. Permulaan cerita agak perlahan dan mendatar tapi lama-kelamaan cerita bertambah menarik untuk diteruskan.
Gaya bahasa mudah difahami walaupun sesetengah lenggok ayat terjemahan agak kaku - ayat agak mudah dan kurang puitis. Terjemahan untuk dialong pun boleh ditambah baik. Penggunaan perkataan informal antara pegawai polis macam kurang sedap didengar. Namun, pujian patut diberikan atas usaha terjemahan dan penggunaan peribahasa Melayu di dalam karya ini. Patut ada penambah baikan di pihak editor untuk edisi kemas kini atau terjemahan karya lain pada masa akan datang.
Novel ini patut diklasifikasi "untuk pembaca matang sahaja" disebabkan ada penceritaan tentang adegan seksual (walaupun tidak terperinci).
Sebuah pembacaan seakan menonton filem. Damn, aku suka gila.
Not gonna lie, there is awkwardness here and there in the translation but for how engaging and enjoyable the plot is, they make up for the lacks that surfaced. Kudos hard to the translator because for the most part, I think she captures the essence of story very well.
The raw emotions, the attitude of each characters and the voices they have, they are all very distinct. To some who may have difficulty at remembering character's name, luckily I'm very much familiar in korean entertainment world that I don't find it anything troublesome. The way new characters emerge through out the plot, be it significant or not, I find that aspect of the writing to be very close to filmography. The author was writing what she's imagining in her head, the scenes unfolding like in movies.
I hope there will be someday when the story is adapted to motion picture. One of my fav read of the year so far.
Okay, aku tertarik nak baca buku ni sebab crime thriller. .
Kisah yang mana seorang ibu kehilangan anaknya, tetiba dikejutkan dengan penemuan mayat anaknya selepas 3 tahun hilang. .
Dan polis yang menyiasat, menjumpai kumbang/serangga pada badan mangsa. .
Dan Da In ialah suspek utama dalam kes ini sebab dia minat serangga. (Ada sebabnya kenapa dia minat serangga. Baginya, serangga ialah reincarnation untuk ibu dan adiknya yang sudah mati) .
Jadi, ibu tersebut (Hyun Ji) cuba mendekati Da In kerana dia yakin Da In merupakan klu untuk kematian anaknya. .
Bagi aku, cerita ni menarik sebab serangga dijadikan sebagai 'pembunuh'. Tapi betul ke serangga yang membunuh? .
Tapi, sedikit turned off sebab translation ni pening sikit. hahha. Gitulah kalau karya terjemahan. .
Dan watak dan nama-nama Korea ni pun buat aku confused. Aku ni, kalau layan drama Korea pun, boleh confused dengan nama watak. .
Apa-apa pun, kalau sukakan crime investigation gini, boleh la baca.
Jalan cerita yang menarik. Namun antara perkara yang membuatkan saya tidak dapat memberikan 5 bintang adalah kerana terlalu banyak watak yang diceritakan hingga membuatkan saya keliru dan penat membaca, terdapat beberapa dialog yang juga agak mengelirukan saya kerana tidak jelas siapa yang menuturkannya.
Timbul juga persoalan tentang siapa sebenarnya yang bersama Seo Jun ketika dia dikurung sewaktu kecil? Walaupun ia tidak lah begitu penting, tapi since dah di mention saya jadi tertanya-tanya la juga hahha. Dan pengakhiran cerita ni juga agak keliru, jadi Chung Hwan tu mati ke? Da in sahaja yang hidup? Saya tidak pasti samada saya keliru kerana memang pengakhirannya mengelirukan atau terjemahannya yang mengelirukan saya, huhhu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penceritaan dia menarik dan dapt belajar banyak pasal serangga dengan cara yang santai. Watak Seo Jun agak kaku, tapi yang lain nampak kemas dan cantik. Boleh bayangkan setiap babak dalam buku ni di minda macam tengah tonton drama Korea. Minus point dia ada beberapa ayat yang kedengaran agak janggal tapi tak menganggu pembacaan. Kudos! Banyakkan lagi terjemah karya dari Korea, ya. Fighting!