Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trilogram #1

Sonogram

Rate this book
Untuk mencari orang yang hilang, Idris kena kumpul ektoplasma yang ditinggalkan orang itu sehingga sebesar limau purut.
Dan untuk mendapatkan benda yang tak boleh dilihat mata kasar manusia tu, dia telah mencipta sepasang kaca mata istimewa. Yang mempunyai fungsi seperti mesin sonogram, tapi untuk melihat benda ghaib.

Pencariannya bagaimanapun tidaklah mudah. Lagi-lagi bila dia terpaksa berhadapan dengan gangguan lain seperti hantu yang mengganas, PenKed, SCAM, eksperimen silam yang mungkin berulang kembali, drama percintaan remaja, dan konflik dalamannya sendiri.

320 pages, Paperback

First published May 21, 2021

27 people are currently reading
232 people want to read

About the author

Syafiq Aizat

20 books340 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
105 (41%)
4 stars
98 (38%)
3 stars
35 (13%)
2 stars
10 (3%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for hanah ★.
73 reviews22 followers
February 26, 2023
okay, here we go. warning. review ini hanyalah review semata-mata. siapa nak baca, bacalah dengan minda yang tenang dan hati yang terbuka.

Sonogram merupakan fiksyen gabungan genre supernatural and science fiction. Permulaan cerita bermula dimana Idris, ingin mencari Bondanya yang dah hilang selama setahun. Dia yakin yang Bondanya ada di alam lain.

First of all, permulaan cerita ni memang sangat menarik. Idris nak cari Bonda yang dah lama hilang. Tapi itu sahaja part menarik yang ada dalam buku ni. Plot mula jadi saaaaangat bosan selepas tu, terutamanya pada pertengahan buku.

Penulisan terlalu draggy, dan cara perkenalan karakter pun terabur ya amat. Tiba-tiba je muncul karakter baru, and tiba-tiba sahaja karakter baru tu hilang. Nanti tiba-tiba dia muncul balik. Sama juga macam kawan-kawan main karakter. Muncul bila perlu je, lepastu hilang.

Transition antara scene pun sama. Everytime ada action scene je, Idris akan pengsan which is understandable. Tapi mesti next chapter dia dah dekat bilik, atas katil. Satu, dua kali cukup. Tapi tak, setiap kali. everytime. Senang cerita bila muncul part gaduh or lawan je, next chapter mesti Idris dah dekat rumah. And timeline jumps. Saya faham author nak buat scene throwback, tapi tolong la beritahu dulu. Tulis tarikh or whatever. I macam caught off guard macam tu.

Lastly, ini benda yang im unsure of sangat sebab I really doubted myself time baca. This is a malay book, written by a malay which is surely a muslim right? Tapi kenapa ada macam ada elemen lgbt disitu ya? Anyssa ada crush dekat Nurul, which both of them perempuan kan? *spoiler* And ada juga scene lelaki cium lelaki. Please, tahu dunia semakin ‘woke’ and liberal, tapi jangan libatkan benda yang agama larang.

The explicit scenes. I know fixi memang ada benda explicit, but not straight up lucah. Setting cerita ni is budak sekolah, so keep it that way. Tukar la jadi jokes ke apa but not real thing. Im not against sex education, tapi ni dah macam straight up sex je bila dah sampai hujung-hujung tu.

So to final up my review, konsep dah menarik tapi penulisan tu saya tak suka. Hence, 1 star. I actually dah beli the second book but tak sure nak sambung ke tak if I dah memang tak suka this book. So again, sorry semua. This is not a hate review towards the author ke apa but just a plain review pasal buku ni.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
August 10, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗰𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗳𝗶𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻, 𝗺𝘆𝘀𝘁𝗲𝗿𝘆
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗽𝗵𝘆𝘀𝗶𝗰𝘀, 𝗽𝗿𝗶𝘃𝗶𝗹𝗲𝗴𝗲𝗱 𝗸𝗶𝗱𝘀
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗽𝗲𝗱*𝗽𝗵𝗶𝗹𝗲 , 𝗺𝗶𝗻𝗼𝗿 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝟭𝟴+

︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘
Adam Idris mempunyai latar belakang keluarga yang unik. Ibunya mempunyai pekerjaan yang berkait dengan merentas dari satu dimensi ke dimensi yang lain sehingga lah satu hari, ibunya tidak pulang dan hilang selama setahun.

Naga Tasik Chini memberitahu bahawa dia boleh menolong Adam mencari ibunya yang hilang dengan syarat Adam perlu mengumpul ektoplasma ataupun ‘essence’ ibunya sebesar limau purut terlebih dahulu. Oleh itu Adam telah mencipta cermin mata sonogram untuk melihat benda ghaib dalam pencarian ektoplasma tersebut tetapi dihalang oleh pelbagai pihak seperti SCAM dan PengKed.

︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀︒✿ཾ∘
Personally, bagi kita buku ni lebih kepada plot. Pacing plot dia laju buat kita tak bosan and macam biasa lah author memang pandai susun ayat penceritaan yang style kalut kalut tu so kita jadi saspens, tak senang duduk ——
“𝙿𝚊𝚔𝚊𝚒 𝚜𝚙𝚎𝚔, 𝚊𝚍𝚊 𝚑𝚊𝚗𝚝𝚞 𝚔𝚊𝚝 𝚜𝚊𝚗𝚊. 𝙱𝚞𝚔𝚊𝚔 𝚜𝚙𝚎𝚔 𝚔𝚎𝚓𝚊𝚙 𝚕𝚊𝚑, 𝚝𝚑𝚎𝚗 𝚙𝚊𝚔𝚊𝚒 𝚋𝚊𝚕𝚒𝚔 𝚎𝚑 𝚑𝚊𝚗𝚝𝚞 𝚍𝚊𝚑 𝚔𝚊𝚝 𝚍𝚎𝚙𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚝𝚊 😮‍💨☝🏻”


However, for the first time kita rasa kurangnya friendship value dalam karya author ni. SOPAK hanya sebagai rukun friendship and tak banyak scenes berkawan tu buat kita rasa friendship dalam ni more to tell than show, faham ke 🥲

Main character Adam Idris ni sangatlah tak lari dari Faiq dalam Ajaib ya. Chaebol, stylish suka pakai knitwear, muda and bijak. Kita jujur suka dengan Adam ni sebab dia pandai bawa diri. But somehow, kita rasa minor characters macam annoying? Like diorang muncul just for the purpose of who they are je so takbanyak character development kat situ except for Domenik maybe.

Ada beberapa cameo dari Ajaib universe ya, bila sampai je part tu kita macam ——
“𝚊𝚊𝚊𝚊 𝚛𝚒𝚗𝚍𝚞𝚗𝚢𝚊 𝙰𝚓𝚊𝚒𝚋 𝚜𝚚𝚞𝚊𝚍! 𝚃𝚊𝚔 𝚜𝚎’𝚠𝚒𝚕𝚍’ 𝙶𝚛𝚊𝚖 𝚜𝚚𝚞𝚊𝚍 𝚗𝚒 𝚊𝚑𝚊𝚑𝚊𝚑𝚊𝚑”

Minus points untuk LGBT & steamy scenes part TT. Jujur cakap, kita tak expect buku ni akan lebih ‘open’ compared to previous series. Walaupun karakter tersebut bertaubat di akhir cerita tapi still benda ni takboleh dipandang enteng kerana kebanyakan anak muda yang baca buku ni, takut lama kelamaan LGBT dipandang normal dalam masyarakat 🙅🏻‍♀️


︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘
Pembaca lama Yo Sapit boleh la try. Untuk pembaca yang baru nak mula karya Yo Sapit better dont huhu, gi try Ajaib series dulu sana

_______________
“𝘚𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨, 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘵𝘪𝘮𝘣𝘶𝘭. 𝘋𝘰𝘮𝘦𝘯𝘪𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘯𝘵𝘶𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘪𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘬𝘤𝘪𝘬 𝘥𝘪𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮. 𝘛𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯. 𝘔𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 24 𝘫𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘩𝘢𝘳𝘪. 𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘶𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘪 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘨𝘪𝘭𝘪𝘳𝘢𝘯? 𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢
𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢.”

3.8 🌟
_______________
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
August 1, 2021
Reviu buku Sonogram, by Syafiq Aizat, publisher : fixi

Setelah siri Ajaib yang best gila tu dah ditamatkan dengan buku Anomali. Syafiq Aizat kembali dengan buku baru bertajuk Sonogram. Dan ini mungkin siri baru sebab di akhir cerita, ada ditulis bersambung. Jadi aku harap siri baru ji akan segempak siri ajaib sebab expectation pembaca macam aku dah makin tinggi dari siri sebelum ni.

So ok buku ni berkisar tentang hidup seorang budak lelaki bernama Adam Idris, which is menarik minat aku sebab nama ni adalah gabungan nama dua rasul yang pertama dan kedua. Menarik idea guna nama ni jadi watak utama. So Idris ni dia nak cari bonda dia yang hilang ke dimensi lain sejak setahun yang lepas. Dia perlu cari ekstoplasma bondanya untuk dia cari jejak ke mana bondanya telah pergi selama setahun ni. Idris ni anak orang kaya yang berumur 16 tahun, dan ada sisi bijak yang mana dengan kekayaan yang dia ada, diq boleh beli bermacam bahan dan dia dapat reka banyak alatan untuk membantu misi dia cari bondanya.

So perjalanan tu pun bermula dengan Idris meneroka lokasi-lokasi terakhir yang di jejak oleh bondanya sebelum dikatakan hilang. Banyak jugak ekstoplasma bondanya yang Idris dapat jejak tapi tak mudah, sepanjang proses tu ada terselit teen romance yang di katakan biasa di kalangan anak muda, ada kumpulan ahli sihir yang cuba mengapa apa kan Idris, ada penemuan tentang organisasi yang menjalankan satu eksperimen yang cuba dirahsiakan dari umum.

Macam biasa buku karya penulis ni selalu berlatarkan suasana budak sekolah, remaja, dengan kuasa luar biasa atau kecerdasan otak yang mengagumkan. Ada few things yang ditulis tu kita rasa agak jauh dari kebiasaan tapi still ok, sebab masih tak pergi terlalu jauh. Masih berpada untuk environment budak berumur belasan tahun. Ada mimpi yang aneh aneh tapi kita akan dapat clue di akhir cerita. Ada benda yang tergantung macam tu je dan mungkin that small thing is an Easter eggs for next coming book kot. So benda tu aku akan cuba ingat untuk aku kaitkan bila membaca siri buku selapas ini.

Ok so far best, dan 5 🌟 untuk karya ini. Melebihi kepuasan yang aku dapat selepas aku baca siri akhir ajaib, iaitu Anomali.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
July 17, 2021
Karya yo sapit ni jarang lah tak menghampakan. Rasa macam balik ke zaman buku Ajaib. Berkisar pasal budak 16 tahun bernama Idris yang genius + privilege kaya nak mati yang mencari mak dia yang hilang setahun yang lalu bersama kawan2 dia yang sama privileged jugak obviously. Cerita dalam buku ni semuanya berlaku dalam tempoh untuk sebulan dua je. Laju ye.

Ada banyak jugak persoalan dalam kepala masa baca buku ni, tapi semua dijawab dengan baik oleh sapit. Dan kudos jugak sebab berani pakai genre bab2 yang orang Malaysia ni anggap taboooo. Babak aksi bertarung semua tidak menghampakan, sangat buat aku teruja macam baca buku siri Bumi TereLiye. Ah ye, Idris ni buat aku teringat kat Ali dalam buku TereLiye tu, kaya+genius+tinggal dekat rumah besar dengan maid tanpa parents.

Buku ni ada sambungan dia, dan aku tak sabar. Tahniah Syafiq Aizat.
1 review
September 8, 2021
Jalan cerita best dan penulisan author ni juga tak pernah mengecewakan. Tetapi, saya tak sokong penulis menulis watak yang bisexual. Saya rasa cerita ini tidak memerlukan elemen2 macam tu untuk menjadikan watak2 atau ceritanya menarik. Saya tak mahu perkara2 LGBT ni dinormalisasikan dalam masyarakat.Risau remaja2 yang baca ni akan rasa perkara tu tak salah lalu ber'eksperimen' dengannya. Apapun, good job for another amazing story.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
98 reviews9 followers
September 9, 2022
**update (10/9/22): selesai reread untuk kali kedua sblum baca Hologram & aku still dpt rasakan vibe yg sama dgn baca kali pertama tahun lps. Fuhhh.. best & still teruja nak tahu whats next walau dah baca sebelum ni.

1st ulasan (2021)
Malas nk ulas panjang-panjang. Just want to say, congrats Syafiq for this new baby 👏 sgt puas hati & tak sabar nak tunggu next sambungan Sonogram ni. Then, baru aq tpikir, patutla ada beberapa persoalan yg sengaja dibiarkan tergantung sepi. Mungkin akan terjawab dlm the next book 🤔.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rezuan Ramli.
7 reviews2 followers
August 5, 2021
Just like a typical young adult fantasy novel..
It took me a week to finish it. Quite boring in the middle of the book & kinda gave up halfway. Too much 'merapu' & irrelevant storylines.
Lil bit dissapointed with writing skill or maybe this is just not my type of genre.
My overall rating is 1.7/5 ⭐. Sorry 'sis' 😆
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
March 17, 2022
secara jujurnya,aku dah bosan dan naik jelak dengan pnulisan sapit.aku expect tinggi pada naskhah ni,tapi aku kecewa.antara sebab :

1-premis penceritaan dan perwatakan sama dan klise je dengan novel2 dulu.ape smua watak hero novel sapit ni smua savage ke?perlu semua savage ke?

2-latar belakang yang sama.mesti ada yg trauma sebab kene pedo.mesti ade gay mesti ade lesbi.bosan.xde bnde baru.xde bnde unik.

3-tak berpijak pada alam nyata.budak 16 tahun tapi gaya macam budak uni.sebab tu aku kata,premis penceritaan dan perwatakan sama je mcm novel2 dulu.kalau ajaib dulu budak 15 tahun,tapi gaya dah macam budak2 uni.padahal ikut realiti dan adat tmpatan..budak2 kita x mtang lagi la braderr..kalau setting cerita dekat negara barat aq leh terima lagi..
naga pun cakap stail savage ckp stail budak bandar...bagi aq x kene,ye tahu naga hidup lama tahu smua bnde..tp kalau naga pun ckp stail budak2 rempit acah savage mcm x cantik la..x suruh buat gaya dewan bahasa pustaka,tapi logik ke org hidup lama tp gaya cakap mcm budak2 remaja?nope for me


4-lucah yang pekat dan rasa macam kalau xde pun xpe..setahu aku novel fixi ni explicit tapi xtau pulak lucah tu satu kewajipan kalau nak diterbitkan.lol.

-kesimpulan,kurang enjoy baca buku ni.the only thing yang best ialah cover buku yang lawa.aku pemint universe ajaib dan sapit.tapi aku rasa kalau dia boleh keluar dari kepompong 'penceritaan' yang sama je tiap2 novel msti best.sies.btw,goodjob sapit dan smoga bejaya di masa hadapan.disclaimer aq bukan haters sebab aq folo twitter sapit eh
10 reviews
June 17, 2021
I don't think words can explain how excited I am for Syafiq Aizat's new book. I preordered this book, hoping that I will like it and after reading it, I love it so much. It tells about a high school boy, Idris who tried to find traces of ectoplasm left by his mother who went missing. Throughout the whole story, the searching mission caused Idris to found out about a secret project which will interfere with the law of nature. If you have read Syafiq Aizat's old work which was built from the Ajaib universe, you will notice some easter egg in the story.

At first, it was quite confusing with the Tasik Chini dragon and why is he there in the first place but I managed to get the hang of it. In the conclusion of the story, It is nonstop fun and mystery just like any other Syafiq Aizat's books.

The main character, Idris is just another copy of Faiq from Ajaib universe but spoiled. Love him for that attitude.

As always, I'm excited for his next book. Five stars muah

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
August 3, 2021


Genre : action-fantasy

Mengisahkan Adam yang mengumpul jejak mencari ibunya yang hilang

Pencarian itu menemukan adam dengan projek rahsia yang mampu memberi impak besar kepada komuniti

Dari mula hingga akhir dipenuhi persoalan🧐🧐🧐

Author ada tinggal beberapa "easter egg" daripada siri yang sebelum ni 🤫
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
October 11, 2024
I feel like the author menaip sambil gelak-gelak. He’s having fun writing this book
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
December 6, 2022
Gaya penulisan dan olahan yang sangat brilliant. Walaupun macam ada similiar dengan movie orang putih tapi dalam tulisan yang ada humor memang mengangkat buku ke another level. Cuma spoil kenapa ada benda-benda lucah?
55 reviews
October 30, 2021
Aku betul2 suka dengan buku ni sebab x logik langsung...da namanya pun fiksyen...penulis yang hebat...syabas anak muda
Profile Image for Elly.
33 reviews
May 6, 2022
bermula dengan Adam Idris yang berada di Tasik Chini untuk mencari bondanya ; Saodah dan berakhir dengan berjumpa bondanya, dimana jalan penceritaannya agak menyakitkan hati.

so kalau ada permulaan dengan pengakhiran there must be inti right ? so seperti sipnopsis buku ni Idris kena kumpul ektoplasma bondanya sehingga sebesar limau purut, dalam pencarian ektoplasma tersebut memang agak complicated tapi mudah dijawab jika baca dengan teliti. Diselitkan dengan teen-romance bertambah rempah yang sedia ada dalam buku ni.

Sangat berbaloi untuk membaca dan ada satu watak dari dunia ajaib yang berkerja dengan keluarga Idris.
Profile Image for Hannan.
41 reviews
December 29, 2021
Naga Tasik Chini watak cameo ja whyyy Syafiq whyyyy😩

I wish to know more about them like their history maybe.. Dan kalau Naga Tasik Chini cakap dalam Bahasa Melayu klasik rasa macam lebih ancient watak naga dalam cerita ni(sebab nama naga dah klasik dah). Tapi sebab dia cakap bahasa orang2 muda sekarang, tetiba rasa cam Mushu pulak😆 anyway, this is Syafiq’s story, suka hati dia lah nak buat naga tu cakap bahasa apa pun😏

Cuma harap sangat akan ada penceritaan yang lebih mendalam pasai Naga Tasik Chini untuk sambungan buku ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews
August 24, 2025
Hmm… apa sebenarnya dia nak tulis ni?

That was what I had in my mind waktu saya baca buku yang saya beli di PBAKL tahun ni. Disclaimers: Saya ada 7 buah buku Syafiq Aizat yang saya dah pernah baca dan menangis. Sayangnya, buku ini tidak memberikan impak yang sama seperti buku - buku sebelum ini.

Salah satu cara penulisan Syafiq Aizat yang saya kenal ialah beliau suka tulis sci-fi (science stuffs) dan bromance or apa apa pembaca matang boleh terima cuma saya sebagai pembaca matang, saya rasa macam ??? sepanjang saya baca buku ini. Saya tak faham kenapa jalan ceritanya agak terkeluar dari landasan, apatah lagi bila dia nak bercerita tentang perkara ini dan tiba tiba saya rasa perkara itu pula yang terjadi. Saya tak faham.

Walaupun saya kagum dengan hasil pemikiran beliau untuk keluarkan idea yang somehow berkait juga dengan idea - idea sebelum ini, saya cadangkan beliau boleh melihat dari perspektif yang berbeza kerana ini amat mengingatkan berpendapat beliau masih terkesan dan terbawa - bawa impak dari siri buku Ajaib beliau yang sebelum ini kerana jalan ceritanya yang lebih kurang sama. Watak utama yang memang nampak bijak, kaya (so takda isu masalah ni terlalu mahal untuk selesaikan) and unsur - unsur gay pasti ada. Boring. Boleh make it more human and more flaws. The main character is just too perfect to be true. Plot bonda dia pun tak masuk akal sangat; “Apa ini miska?” Hati kecilku bertanya. Somehow you nak kaitkan but somehow tak jadi so dia jump to C to A back to D again.

The idea is there but you forced it too much, should’ve handled it better by holding it gently and let it flow slowly.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
December 6, 2023
SONOGRAM, a Malay novel authored by Syafiq Aizat. This sci-fi book is the first part of the Sonogram trilogy--or Trilogram.

The book follows Adam Idris, an intelligent 16-years-old boy in search for his mother who has been missing for 1 years. He meets Naga Tasik Chini in hope to help track his mother's whereabouts. The dragon informs that he can trace his mother's location, but he must collect his mother's essence as big as 'limau purut' thus, embarking his first mission. As the story progresses itself, unravels his hidden background, unknown experiment conducted in the past, and even spicy teen romance.

This book contains taboo elements that I find to be shocking, especially coming from a Malay author. Personally, I have no problem with it however, some characters don't really act like their age. Most underage characters engage in sexual activities and I find that to be uncomfortable. Moreover, some of the characters' dialogues and the story narration can come across as 'cringy'. Despite my personal dislike, this novel manages to retain a decent story yet confusing plot. Always jumping from one place to place, it can be difficult to keep up with the plot.

Sonogram is the first book written by Syafiq Aizat that I read and he exceeds many of my expectations thus, I look forward to his work both old and recent.
6 reviews1 follower
June 24, 2023
Okey. Novel ni pasal seorang budak sekolah bernama Adam Idris yang nak cari bonda dia yang hilang. Untuk cari orang yang hilang, dia kena kumpul ektoplasma mak dia sebesar daun limau purut. Dan bermulalah Idris dalam misi mencari jejak mak dia.

Bagi aku, novel ni macam banyak sangat cakap mat saleh sampai aku ingat latar tempat novel ni dekat luar negara. Nasib baik ada Tasik Chini, jadi tahulah kat negara mana. Kalau dialog dalam bahasa inggeris penuh okey lagi, tapi rupanya campur2. Tapi nak buat macam mana. Novel ni tentang zaman sekarang. Sekarang kan orang mmg suka campur bahasa, jadi mungkin tu sebabnya. Apa pun, ayat yang digunakan masih senang difahami.

Novel ni agak berat sebenarnya. Tapi yeah. Ini cerita tentang zaman sekarang. Kat luar sana pun, isu isu 'berat' tu memang berlaku, kan? Tapi kalau boleh, aku harap scene ii macam ni dikurangkan. Kalau nak buat pun, kena separuh je. Maksud aku, macam dalam drama pukul 7. Contohnya.. Maksud aku, contohnya.

Kalau part 'berat' tu kan.. Boleh buat macam ni: A mendekatkan bla bla bla ke bla bla bla... Lalu mereka mula hanyut bla bla bla bla.. (contoh) jadi tak adalah detail sangat pasal part2 macam tu kan hahahaha. (gelak hambar)

Kalau kita ambil yang baik2 sahaja, maka takkan ada masalah.

⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for lysareading.
311 reviews42 followers
April 29, 2022
[Rate 3.5]
Sebagai pembaca yg first time baca karya dari Syafiq Aizat, ini ulasan kita:

Konsep yg menarik apabila elemen horror fizik disatukan dlm cerita ni. Kita ingatkan baca cerita hantu tapi sangkaan meleset. Unsur misteri tetap ada sbb masih tertanya kemana pergi ibu Adam dan kenapa dia menghilang terus tanpa jejak. Syok juga sebenarnya bila baca psl ekstoplasma tu. Kdg kita bayang konsepnya mcm Men In Black tapi ini versi Syafiq Aizat sendiri lah.

Perkembangan karakter Adam dlm ni tiada improvement sgt. I prefer Domenik lagi XD Dia mcm budak sedih je tapi apa yg jadi dkt Domenik tu agak tragik and trauma lah. Plot wise, ada certain jalan cerita yg boleh di details and panjang kan lagi sbb agak pendek dan boleh buat mood 'curiosity' kita terbantut :')

Ada diselitkan juga elemen LGBT dlm cerita ni. Sbnrnya tak faham sgt motif why ada karakter yg mcm ni but it's okay I just enjoy it. Yg kemunculan naga tu pun agak klasik sebenarnya tapi bila conversation terjadi, nampak kearah kemodenan pula haha

Overall, plot 70%, character 30%. Disebabkan, konsepnya agak lain, kita kasi 3.5 bintang. Excited nak try lagi karya from penulis yg sama <3


Profile Image for Hafizul Shahar.
41 reviews
March 4, 2023
Syafiq Aizat punya gaya penceritaan memang best. I like the sense of humour yang bersahaja. cuma cerita dia tiba tiba dah jumpa naga tasik Chini tu macam escalate cepat sangat at the beginning. otak aku masih cari latar masa cerita ni sebenarnya. terus kena hadam semua teknologi yang digunakan.
background family yang kaya raya ni aku tak berapa gemar. semua pun kira boleh. asal ada duit. kadang tu agak menjengkelkan. tak tau lah aku memang tak boleh terima atau Syafiq Aizat ni berjaya menghidupkan watak sampai aku teremosi masa baca 🤭
aku terganggu dengan nama watak yang canggih manggih. Diserri, Anne, Anyss, lepas tu dia panggil Idris tu "sis". dia nak date dengan Nurul. aku jem kejap nak faham siapa lelaki, siapa perempuan dalam cerita ni.
ada conversation yang sangat fizik berlaku antara Idris dangan cikgu dia...aku kagum betul. cuma sikit je kena betulkan...part law of thermodynamics tu. sebenarnya principle of conversation of energy. batu tepat describe tenaga tidak boleh dicipta dan tak boleh dimusnahkan. boleh ditukar bentuk.
okay...kena baca hologram pulak
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
October 8, 2021
Belek belakang novel ada perkataan bersambung, lepas Pondok-Pondok mula rasa... Ah, kena tunggu sambungan lagi ke? 🤧

Tapi still teruskan bacaan sebab dah buka. Dan kisah Idris ni memang tamat dengan baiknya. Kiranya tak perlu tunggu next novel... Huhuhu. Maybe next, pengembaraan baru Idris pulak.

Kisah ni berdasarkan POV 1 Adam Idris. So segala-galanya berlaku dari sudut pandang Idris yang berumur 16 tahun. Yang mana dia juga merupakan golongan kayangan, terlampau kayangan.

Idris sedang mencari orang hilang dan ada pelbagai situasi yang dia perlu berdepan semata-mata nak dapatkan cyan. Banyak perkara diterangkan secara saintifik untuk tunjukkan sesuatu itu bukan sekadar mistik.

Situasi dibawa dalam rentak barat. Even suasana sekolah, kawasan sekeliling atau rumah Idris sekali pun semuanya menjerit barat. Aku ada terfikir mungkin Idris bukan di Malaysia tapi hint diberikan masih di Malaysia.

Aku sentiasa bias. Jadi... Best 👍
Profile Image for Zulfaqar Suhaimi.
14 reviews
January 30, 2024
Aku bagitahu apa yang aku suka dulu ya pasal buku ni. Pertama sebab dia ada makhluk mitos, konsep dia pun best sebab dia ada gajet-gajet dia yang menarik. Aku suka aksi fantasi punya genre macam ni. Cumanya, ada beberapa hal yang aku rasakan macam tak kena & pelik bagi aku. Pertama, dialog sangat-sangat aku geram & tak suka swdikit sebab terlalu banyak penggunaan 'OK' & 'also'. Boleh dikira lazy writing tak yang ni? Then, aku lihat ada sesetengah karakter yang tiba-tiba muncul tanpa ada pengenalan sebelumnya. Ketiga, Aku merasakan protagonis seperti agak kurang ajar & 'narcissistic'. Yes betul penulis mungkin nak cipta karakter seperti itu tetapi sangat berlainan dengan budaya timur dan latar belakang kita yang penuh adab & sopan santun. Juga aku tak pastin tentang tangkal yang dipakai pada payungnya yang tiada 'explanation' & aku tak dapat bayangkan apa sebenarnya efek tangkal tersebut. Jadi, aku tak pasti sama ada nak beli vuku sambungannya, Hologram & Tomogram tu.
Profile Image for smlq.
24 reviews
January 6, 2022
apa yang aku suka :
1. cara penulisan yang baik dan sangat mudah faham — buat aku boleh imagine the situation easily
2. brilliant plot — dari awal sampai akhir cerita semua teratur and memang best storyline dia. kebanyakan sapit pny main character budak sekolah belasan tahun jadi bila cerita dekat sekolah, aku auto imagine sekolah aku (reminisensi gitu)
3. takde cliffhanger walaupun last sekali tulis bersambung…

apa yang aku rasa tak seronok bila
1. spicy🌶 buku ni yang aku rasa a bit excessive. even sometimes benda ni rasa fun and kelakar tapi aku macam tak selesa bila baca- should not normalize pls. even aku tahu buku fixi lain banyak je tapi aku suka penulis ni and nak recommend kat rmai org tapi kalau ada benda tak baik aku rasa bersalah nanti kang huahua

okay terima kasih baca scribble saya

Profile Image for syah.
11 reviews1 follower
December 18, 2025
I dont know macam mana nak describes buku ni.

1. If you ick dengan lgbt stuff, pls dont read this. I pun totally out dengan lgbt stuff dalam buku ni. One of the reasons i slump reading this book (annoying plot)
the mc pun ada sebut pasal agama dan tuhan but…meh

2. Amazing ending for me. Love bila almost semua rahsia terbongkar in the last few chapters. And finally i boleh hadam cerita ni nak apa sebenarnya.

3. Agak hate bila semua watak muncul tiba tiba. Lagi lagi waktu scene tengah lawan kat hospital tu… sumpah kenapa tetiba banyak betul watak muncul ni..

4. Not sure how buku ni boleh hype.

5. Oh ye, too many perkataan “hipotesis” maybe guna perkataan lain? or maybe just ulang sekali dua.

But still. the idea for this book is beyond our imagination.
Profile Image for Miss A.
9 reviews
August 22, 2022
Bagi aku jalan cerita dia memang best la sebab lain sikit dan ada elemen fantasi, supernatural dan adventure. Disebalik perjalanan MC nak mencari ibu dia yang hilang ke mana, ada jugalah selit tema persahabatan dan juga sedikit humor yang aku terhibur jugalah. Aku pada masa yang sama berharap sangatlah yang cerita ni ada subplot romance...Tapi tak banyak pun. Cerita dia lebih kepada fokus dia nak cari ibu dia. Ada jugalah watak-watak dalam buku ni yang memberi impak kepada kehidupan MC. So far okaylah, tapi aku tak berapa setuju sangat kalau ada elemen lgbt terselit dalam cerita ni. Dia macam spoil sikit la. Tapi apapun cerita dia best. So tak rugilah kalau beli dan baca.
Profile Image for Raihanah Ariff.
14 reviews
October 19, 2022
“Saya harap dia jumpa ibu dia. Sebab seorang ibu tu penyuluh jalan untuk hidup anaknya. Bila gelap dan mengelirukan, hidup jadi sangat-sangat mencabar kalau tak ada yang tunjukkan jalan.”

“Ah cinta orang muda. Dia tak sedar ke hidup ini masih panjang. Ini bukan umur yang sesuai untuk buat keputusan yang bodoh, yang melibatkan ‘selama-lamanya’. Manusia berubah. Cinta dan benci akan pudar, dan wajah yang kita puja akan berganti-ganti.”

“Malam ini agak bahang. Udara di tengah-tengah ibu kota, tercemar dengan asap kereta, larut bersama kepadatan dosa manusia. Sampai bila agaknya kita boleh bertahan dengan kesemua kemusnahan ini?”
8 reviews
February 20, 2024
In my opinion I really love this type of books, it's kinda controversy bcz it contains LGBTQ and stuff but idc really bcz it just spice things up a lil and show reality of how humans can be. I also think it's kinda interesting how they show characters one by one ( I actually thought i was reading the second volume) but yk like most people said it is kinda draggy but it's not so bad. I don't know how to explain this well, but I think the story line can be a little better..but no hate I love this author a lot and this trilogy is one of my fav. Ty
Profile Image for Isya.
25 reviews
June 26, 2025
OK sbb dia syafiq aizat cerita dia bagi aku akan sentiasa menimbulkan dalam kepala otak aku "Macam mana dia boleh dapat idea idea macam ni?" Aku ingat dia akan jumpa bonda dia dalam buku next rupanya lain. Macam biasa syafiq aizat book best je cuma ada la unsur yang macam adult sikit(banyak jugak sebenarnya) tapi bagus sikit kot Idris ni sbb bagi awareness pada Pedofilia di luar sana tu jangan sentuh budak bawah umur ni. Sad juga about what happen to domenik. Ending dia bagus and tak tergantung so kalau baca hologram tu x de la tertanya sangat.
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
March 2, 2022
Sangat berbeza gaya penulisan Sapit untuk SONOGRAM ni berbanding novel dia yang lain. Sci-Fi dalam buku ni juga lebih berat berbanding 6 novel masterpiece nya. 100 ms terakhir baru aku dapat catch up dengan pacenya dan aku mula enjoy baca. It's a great book but it's not for me 100%.

P/s: Adakah akan ada satu universe baru lagi ataupun buku ni sambungan universe Ajaib? Akan tunggu buku yang seterusnya.
24 reviews
September 29, 2023
reading order salah, supposedly i read the aksara awan ajaib first

anyway, it's a sci-fi genre so a bit heavy for me nak baca but i read it for the plots, so far 👍. plus, ada banyak action so imagination kena ada. andd ada certain part punchline memang kena so takdela saya stress sangat baca nak hadam bahasa sains. i wouldn't say ada plot twist ke apa tapi the plots cam kalau stop tengah jalan, you wouldn't know apa jadi next.

honest rating : 4.6
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.