Bella, seorang gadis yang skema, sering digelar loser dan dipulaukan oleh kebanyakan pelajar di Universiti Clareford East. Namun, segalanya berubah apabila Laila, rakan sebilik baru Bella muncul. Mereka berdua mula menjadi teman rapat.
Seiring itu, berlaku satu demi satu kematian mengejutkan di fakulti mereka.
“Aku rasa fishy tentang kes ni.”
Detektif Linda mengesyaki bahawa kes kematian itu adalah kes pembunuhan dan dalangnya adalah pelajar daripada Universiti Clareford East sendiri.
“Semua pelajar diminta berhati-hati. Tidak dibenarkan berjalan bersendirian dan pastikan berteman jika ingin ke mana-mana.”
Bella merasakan ada yang tidak kena dengan Laila. Dia mula mencurigai teman sebiliknya sendiri apabila Laila mula berbohong kepadanya.
Hanya mampu tamatkan dalam masa 3 jam. Serius la. Ni novel ke 4 yang aku baca daripada penulis Zura Anwar. Serius. Aku sangat sukakan gaya bahasa dan jalan cerita penulis .
Celaru. Daripada tajuk, apa yang kita boleh rungkaikan? Bella, hidupnya tak seperti orang lain. Digelar nerdy oleh pelajar2 Universiti Clareford East. Malah dia pernah melalui episod duka dlm hidupnya. Dengan dirinya yg tak pandai bergaya dan bercermin mata, dia sering menjadi mangsa buli Tiya n the gang .
Semester 2 bermula dan Bella menginap di asrama luar. Dia berkongsi bilik dengan Laila yg juga pelajar UCE. Namun berbeza kos dengan Bella. Laila seorang yg sgt misteri. Dalam diam, Bella menyukai Adam yg juga merupakan teman lelaki Tiya .
Kerana satu insiden yang berlaku terhadap Bella disebabkan oleh Tiya n the gang. Bella sedih dan malu, lalu dia berkongsi cerita dgn Laila. Bermula la episod hitam dalam hidup Tiya n the gang pabila Tiya ditemui mati mengantung diri. Diikuti Isaac dan Sir Zaim.
Siapa pelaku sebenar? Siapa Laila? Adakah Laila terlibat dlm kes pembunuhan yg berlaku? Atas motif apa mangsa2 dibunuh? Siapa Sir Zaim? Kenapa dia turut terbunuh .
Pada awal bacaan, aku macam dpt expect jalan cerita. Tp bila ditengah aku mula goyah. Sampai la ke akhirnya aku dapat jawapan. Part akhir tu serius buat jantung aku berdegup kencang. Seperti aku sendiri berada di scene tersebut .
Tahniah penulis. Genre psiko-thriller memang sebati dengan penulisan cik penulis. Next novel pulak. Tak sabar. Eh. Padahal baruuu je keluar novel kan .
First i nampak orang review , i terus beli kat shopee . Waktu dah beli i memang excited , asyik laaaa tunggu depan post box bila la buku i nak sampai . hehe see , level excited i mmg over the top !
Finally 2 hari lepas i dapat buku ni .. that day jugak i terus baca . At first , i agak kecewa .. maybe sebab tak capai expectation i . Nevermind , i give it try again .. okay sampai je chapter 7 i terus dah rasa panas tu .
Storyline dia mudah faham , penulis menggunakan ayat yang sangat mudah dan straighforward . Thanks to Penulis . Jalan cerita i tak nak ulas banyak sebab nanti akan bagi spoiler hehe .
I bagi 4 bintang , sebagai tanda sokongan i pada penulis . I hope next buku , beliau buat cerita lebih thrill , more plot twist dan jalan cerita yang boleh buat adrenaline i bergerak kencang !
Keep it up Zura Anwar 👍🏽 thank you for the great book 👍🏽👍🏽
bismillah. secara jujur secara ringkas, aku nak ckp kat penulis, U R AWESOME!!! mmg thorbaik! 👍👍👍👍👍 keep it up sis! Luas kan genre2 seperti ini! Looking forward for ur next story! Wassalam.
Cantik penulisan dia. Walaupun kisah budak universiti agak cliche tapi sedap baca sebab bahasa dia straight to the point. Kisahnya lebih kepada misteri. Mula-mula agak Laila itu cuma watak Bella berhalusinasi. Tapi rupanya Bella ada dissociative identity disorder. Cumanya yang menimbulkan persoalan; bagaimana bau mint yang ditanam belakang kolej boleh sampai ke tingkat atas blok 'asrama'. Rasa macam tak logik sikit di situ. Hujung cerita pula mengelirukan sebab tiba-tiba ada watak baru iaitu Lucia. Lucia inilah yang membunuh ahli mean girls yang buli Bella. Tapi tu lah... aduhai siapa la pula Lucia ni; tiber je ada.
BUKU Vaksin (Corminaty) Dos 1: CELARU oleh Zura Anwar 2021
Novel psiko thriller. Kisah seorang perempuan bernama Bella. Seorang pelajar universiti, berada di tahun 2. Hari-harinya di menara gading tidak seindah impian. Sejak tahun pertama Bella dibuli oleh sekumpulan rakan sekuliahnya.
Bella menjadi murung dan tidak bersemangat untuk ke kuliah. Bukan sahaja dibuli rakan, malah seorang pensyarah juga melakukan perkara yang sama. Bella sendiri kehilangan sahabat baiknya di tahun pertama disebabkan kes buli ini.
Segalanya berubah selepas kehadiran rakan sebilik yang baharu iaitu Laila. Kehadiran Laila sedikit demi sedikit mengembalikan senyuman dan keceriaan Bella. Bella berubah menjadi seorang yang yakin dan berani.
Namun, perubahan Bella diiringi dengan tragedi pembunuhan terhadap rakan-rakan sekuliahnya dan pensyarah. Menjadi persoalan bagi Bella. Adakah dia punca pembunuhan? Adakah dia ada kaitan dengan pembunuhan?
Segalanya dirungkai dalam Celaru yang akan membuatkan pembaca bercelaru mengharungi haru biru.
Saya baca novel ini seperti menonton sebuah filem. Saya pernah menonton filem melayu dan hollywood yang mempunyai genre yang sama tapi tak ingat tajuknya.
Saya punya pengalaman membaca 2 karya penulis sebelum ini. Penulis punya identiti dalam penulisannya. Antara yang terpampang jelas ialah plot twist.
Untuk kali ketiga (dari karya penulis), jangkaan saya meleset. Di awalnya kita sangka biasa sahaja, bila berlaku plot twist membuatkan saya pembaca tidak senang duduk. Pengakhiran yang tidak dijangka. Oh ya, malahan di pertengahan juga tak dijangka.
Jalan cerita mudah faham dan tidak berbelit. Kata orang Inggeris Straightforward. Di awal cerita sudah dihidang dengan persoalan dan misteri.
Genre sebegini biasa di dalam filem perlu bantuan sound effect untuk memberi kesan suspen kepada penonton. Ternyata novel ini tidak perlu. Iyalah, buku mana boleh letak sound effect. Penulis berjaya memberi perasaan suspen itu kepada pembaca, terutamanya saya.
Bahkan saya mengalami jumpscare. Sewaktu saya sedang membaca babak suspen iaitu Bella terasa seperti diekori dan semakin hampir. Tiba-tiba telefon saya berdering. Mengejutkan saya dan tidak semena-mena menambah rencah untuk novel ini.
Maksud saya di sini, penulis sangat berjaya dalam membawa kesan suspen.
Pengajaran, pertama. Kesedaran kesihatan mental (Mental Awareness). Buli memberi kesan terhadap kesihatan mental. Budaya buli jangan dinormalisasikan. Terutamanya zaman sekarang kebanyakkan berlaku buli siber.
Kedua, jadilah orang yang memberi motivasi dan sokongan terhadap orang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan. Jika tidak mampu membantu sekalipun, jangan diremehkan masalah mereka dan jangan memandang rendah apa yang dialami mereka.
Hindari kata-kata yang menambahkan lagi tekanan mereka seperti
" Laa, itu je pun." " Kau ni lemah sangat." dan sebagainya.
Ini interptasi saya sebagai pembaca dan yang sampai kepada saya. Mungkin penulis ada maksud atau mesej lebih besar dari apa saya jangkakan. Apa pun tahniah untuk gaya penulisan, jalan cerita dan pengajarannya. Sekian.
I really put high expectation bila baca lepas tengok rating and review reader lain but for me storylinenya biasa biasa je.tak ada plot twist, kurang menyengat dan mudah diteka
Saya dah tamatkan bacaan awal bulan tapi baru harini tulis review.
Tentang Bella si mangsa pembuli di Universiti Clareford dan mula berkawan baik dengan teman sebiliknya, Laila.
Pertamanya, saya pernah tengok Telemovie GHAIRAH sebelum ni dan saya enjoy cerita macam tu. Tambah-tambah the woman yang pegang watak Ara ialah Sara Ali 💖 (belum sempat baca novelnya walaupun dah ada dalam rak bilik. Insya Allah akan baca and compare dengan telemovie)
Sejujurnya, saya tak sukakan slow burn thriller sebab saya lebih enjoy dengan thriller yang terus buru pemangsa sampai ada babak ngeri dan kejam. Antagonist menang, protagonist kalah.
Tapi saya rasa CELARU dikecualikan. Saya jadi suka dengan slow burn thriller. Jalan cerita yang chill (tak adalah saya selak muka surat belakang untuk ingat balik siapa yang mati, macam mana dia mati, kenapa dia mati) Penyebab saya jadi ketagih untuk baca cerita ni sebab Laila. Saya tertanya-tanya tentang Laila.
Buku ni sesuai untuk pembaca yang baru nak berjinak-jinak dengan thriller sebab tak ada babak bunuh-bunuh pun.
Saya dapat predict the climax tapi ending buat saya celaru sekejap 😆😅 I thought the climax will bring to ending chapter but the ending totally different. Antara sebab saya suka baca malay fiction thriller juga. Penamat tak klishe.
Konklusinya, CELARU akan jadi satu-satunya slow burn thriller yang saya suka.
CELARU mengisahkan tentang kehidupan remaja atau pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Clareford East. Di mana berlakunya kes pembunuhan terancang melibatkan pelajar dan pensyarah.
BELLA seorang pelajar 'nerd' menjadi mangsa buli Tiya dan konco-konconya, Shana, Abby, Sam dan Isaac. Ia berpunca daripada kes plagiat yang dilakukan Tiya bersama gengnya semester lalu, telah dibongkar oleh Bella sehingga gred mereka digagalkan.
Sejak kejadian itu, dia terus menjadi bahan cemuhan dan hinaan mereka.
Kehadiran Laila dan Adam(Ex Tiya) telah mengubah hidup Bella. Tekanan emosi dan kemurungan beransur hilang. Keyakinannya mula datang. Laila adalah teman sebilik yang baru masuk ke hostel Bella. Seorang yang sukar diramal sikapnya namun tetap selalu mendukung dan menjaga Bella.
Mereka mula akrab sehingga Universiti Clareford East digemparkan dengan satu kes pembunuhan. Mangsa ialah Tiya yang dipercayai membunuh diri. Tidak berhenti di situ, ia umpama virus. Kes pembunuhan berlaku terus-menerus.
Pelbagai spekulasi timbul dikalangan warga fakulti, ibu bapa dan Detektif Linda berkenaan peristiwa tersebut. Siapakah dalang disebalik semua kejadian? Apakah motif utama pembunuhan itu? Anda kena dapatkan novel ini.
Penulisan yang bagus. Plot twist yang mengujakan dan tidak dijangka. Penuh dengan debaran, misteri dan psikotik. Penulis bijak menyusun plot sehingga berjaya memanipulasi pembaca. Ada sesuatu yang lain pada karya beliau kali ini. Tidak membosankan dan proses pembacaan agak lancar dengan sekali hadap.
Tajuk utama sangatlah memainkan peranan penting dalam mengikut rentak bait cerita yang ditulis. Cuma perjalanan menelusuri kisah si Bella ni boleh dianggap seperti fast-to-slow-back-to-fast triller burner kind of story. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, dan sebagai pembaca tegar karya RAM saya letakkan Zura Anwar sebagai penulis ketiga kegemaran saya untuk genre thriller-misteri selepas Muhammad Fatrim. Cuma beberapa pengulangan perkataan kadang buat saya mudah merasa jengkel sedikit, kerana saya yakin Zura berpotensi besar guna penggambaran perasaan watak dengan pemilihan kata lain.
Apa pun, sangat seronok untuk dibaca dan yes, lama tak rasa gelisah bila baca buku genre ini. Sesuai untuk pemula yang ingin baca genre ini!
Disclaimer: Review ini ditulis dalam bahasa rojak.
Sebuah karya yang well-done bagi saya. I'm actually not keen of slow-burn thriller or any slow-burn stories, however Celaru successfully memecahkan rasa tak suka tu. Saya dah boleh jangkakan apa yang akan berlaku di bahagian klimaks; tentang siapa culprit yang sebenar, however penamat cerita ni memang betul-betul buat saya celaru sama 😅 Maybe I'm just dumb, but I can't seem to comprehend the connection between Lucia and the culprit, hence the reason I give this book a 4 stars rating. BUT, Celaru is still a well-written story, and I'm looking forward to read more of Kak Zura's works after this. Teruskan berkarya!
Pertama sekali, ini pertama kalinya aku baca karya Zura Anwar disebabkan terpengaruh dengan review bookstagram. Aku beli semua novel penulis awal bulan hari tu✌️
Aku pilih baca Celaru dulu sebab berkenan dengan tajuknya. Terus terang, aku sukakan idea dan storylinenya. Gaya bahasa yang sempoi dan mudah dihadam. Rasa macam sedang menonton movie omputih pun ada. Serius!
Tapi mungkin imaginasi aku ni agak tinggi, jadi aku dapat meneka plot twist novel ni dengan tepat😂 . . Syabas penulis. Beberapa bab akhir Celaru sangat mendebarkan. Lagi-lagi part Adam diserang tiba-tiba.
Pembaca pun ikut celaru bila baca novel ni (atau saya je?)
Jalan cerita yang menarik, elemen suspens yang membuatkan pembaca tak senang duduk. Macam biasa, selain novel Permainan Maut dan Sorok, Celaru juga buatkan saya tak percayakan sesiapa. Tiba2 rasa orang ni bersalah tapi rupanya bukan.
Tapi rasa nak jentik jari sendiri sebab selak last page and terpaksa break seminggu untuk cari mood semula untuk membaca.
Overall best and can't wait for Rumah Di Hidden Hill 🔥🔥
Another book from Zura Anwar. Sukaa banget sama buku-buku beliau karena Plot twistnya selalu Unexpected !!!
Celaru dalam bahasa Melayu berarti Kusut, atau fikiran yang terganggu. Sama seperti yang diceritakan dalam buku. Tentang Bella yang fikirannya kusut karena tertekan dengan berbagai masalah.
Bahasanya mudah dipahami, ceritanya tidak boring, cukup menegangkan dan ikutan penasaran, "Apakah dia pelakunyaaa???"
You think you know the whole story? Proud that you guess it correctly? Wait until you read the last few pages. Anyway, kudos to the author, i got the 'western psycho-thriller movies' vibe while reading it.
Notahanyauntukaku Ok buku best dibaca .jenis novel yg boleh baca tak berhenti.Aku dapat teka sepanjang penceritaan.cumanya ending dia aku rasa tak perlu.macam dia ada adakan untuk plot twist atau extend ending.
sy nd brp fhm ending dia. ya smpai skrg msi nd fhm & i need some1 to explain to me😭. btw ni crta lbih krg mcm movie “the assistant” yg ada hairul azreen & iedil dzuhrie!!