Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-4 membincangkan:
Mengenai hukum memakan harta anak yatim Mengenai kewajipan menjaga harta anak yatim Mengenai kebenaran mengambil harta anak yatim dalam keaadaan tertentu Mengenai pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid Mengenai hukum wanita yang melakukan perbuatan keji Mengenai lelaki yang ingin mengambil kembali mas kahwin yang telah diberikan (selepas bercerai). Mengenai 12 golongan yang haram dikahwini
Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk Nota pilihan daripada penonton Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
Ok dalam juz 4 ada banyak pekara menarik yang disampaikan.
Apa yang aku boleh simpulkan ia lebih kepada nak jadi hamba2-Nya bersegera untuk menjadi orang berTakwa. Ada contoh2 org yang bertakwa dan ciri2 mereka turut di'describe'kan.
Permulaan pun dah menekankan perihal Infaq yang membawa kepada seorang hamba yang bertakwa bukan sahaja menjaga hubungan hablulminnallah tapi hablulminanas juga ditekankan.
Antara yang menarik bagi diri aku adalah pesanan bila bercakap hindari 'kalau' atau 'jika'.It is BIG NO!!. Perihal perang Uhud banyak dalam surah ali-Imran. Penekanan bab bersegera melakukan kebaikan, doa2 orang bertakwa, ujian bagi orang bertakwa dan reward kepada mereka -' surprise' Allah kepada mereka dan tentang musafir tapi aku lupa tanda kat mana..banyak sangat part dah tagging..lepas ni kena bubuh nama..senang cari.
Cara aku buat masa sekarang segala apa yang aku faham aku catit buat summary dekat kulit belakang buku..nanti senang nak refer.
Best baca tafsir untuk ayat2 yang dibaca sebab bukan setakat penerangan, diakhir penerangan ayat ada bab mesej utama ayat cuba sampaikan. Dia macam bagi summary supaya kita senang faham dan tangkap apa yang dishare..🙂
Juzuk 4 (surah aali imran) banyak berkongsi analisis dari Perang Uhud. Tindakan beberapa pejuang Islam yang mengingkari perintah Rasulullah ketika itu seharusnya menjadi satu refleksi diri - sejauh mana kita (saya) mengikuti Nabi saw dan mengejar dunia berbanding akhirat. Sikap munafik yang dinyatakan juga seharusnya menjadi cerminan diri. Kita mungkin bukan munafik tapi adakah kita mempunyai ciri-ciri munafik?
Seterusnya surah annisa' dibuka dengan penegasan untuk menjaga hubungan dgn Allah dan sesama manusia. Hak anak yatim dan wanita diangkat melalui ayat-ayat yang dijelaskan pada bahagian awal surah (berkait mahar, harta, perkahwinan). Surah yang saaangat penting untuk difahami dan ditegakkan dalam kehidupan.