Buku MAKSIAT AKHIR ZAMAN.
Bilangan Halaman : 442 Halaman.
Mula Dibaca : Jumaat, 07 / 02 / 2025.
Tamat Dibaca : Khamis, 20 / 02 / 2025.
Pernahkan kita benar-benar peduli tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku di sekeliling kita? Atau kita anggap segalanya normal, asalkan kita dapat pergi dan balik kerja, dapat makan minum, maka kita tak ambil pusing hal-hal lain. Kita tak peduli masalah umat.
Cuba kita ambil dan baca buku Maksiat Akhir Zaman. Kita akan sedar betapa tenatnya dunia hari ini dengan bermacam jenis kerosakan yang mencengkam dari segala penjuru. Masalah sosial pula makin teruk dari hari ke hari. Malah kita baru sedar betapa banyaknya dosa yang kita selalu anggap ia normal!
Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini bukanlah berlaku setahun dua malah memang sudah dirancang musuh sejak ratusan tahun lampau. Sejak Nabi SAW membangunkan kerajaan Islam Madinah, berkali-kali musyrikin Mekah melancarkan perang yang bermatlamat membunuh Baginda SAW sekaligus meruntuhkan kerajaan yang dibina.
Begitu juga cabaran yang dihadapi para Khulafa' Al-Rasyidin yang berdepan dengan empayar Rom dan Parsi malah fitnah yang melanda umat Islam pada masa itu didalangi Yahudi. Begitulah selanjutnya cabaran yang dihadapi juga oleh kekhalifahan Islam selepasnya. Orang kafir tidak henti-henti menyerang. Sebutlah apa saja nama peperangan, dari sekian banyaknya siri Perang Salib hingga penjajahan Barat ke atas Nusantara termasuklah Tanah Melayu, semuanya demi menumbangkan kerajaan Islam.
Apabila mereka sedar orang Islam takkan mampu ditewaskan melalui serangan dan senjata fizikal, mereka mula meneroka langkah baru. Mereka mula 'mengasah' senjata baru, iaitu serangan ideologi dan pemikiran. Akibat dari 'senjata' baru inilah, Uthmaniyyah tumbang terus tanpa mampu bangkit semula. Berbeza dengan kekhalifahan sebelumnya sama ada besar mahu pun kecil. Sekali mereka tewas, sekejap saja mereka bangkit kembali.
Tumbang saja Uthmaniyyah, dunia Islam tidak sama lagi. Umat Islam tiada lagi payung yang menaungi mereka, maka selepas itu, sejarah merakamkan bukan sedikit darah umat Islam yang tersimbah, bukan sedikit yang dirogol dan disembelih tanpa belas kasihan. Yang menyedihkan, berapa ramai umat Islam dimurtadkan dan diubah identiti mereka. Lihat saja apa yang pernah melanda kerajaan Islam Filipina dan Afrika dulu.
Sistem Syura yang menjadi asas dalam melantik khalifah habis ditukar 100%. Jika sistem Syura adalah sekumpulan golongan profesional yang terdiri dari pelbagai bidang yang memahami maslahat masyarakat, jauh beza dengan sistem demokrasi yang dicipta oleh orang kafir atau dalam bahasa lain, dari rakyat kepada rakyat. Semua lapisan rakyat diberi hak memilih siapa bakal pemimpin mereka sedangkan dalam rakyat itu sendiri ada bermacam jenis gelagat.
Mat rempit pun rakyat.
Tokan dadah pun rakyat.
Ahli kongsi gelap pun rakyat.
Taik judi pun rakyat.
Kalau rakyat seperti ini diberi peluang memilih bakal pemimpin, maka manusia jenis apa yang akan mengisi kerusi-kerusi menteri dan ketua negara? Inilah salah satu punca banyaknya kerosakan yang makin membarah, kerana amanah kepimpinan digalas oleh mereka yang tidak layak.
Apabila sistem politik rosak, perlembagaan negara tidak lagi berasaskan Al-Quran dan Sunnah, ahli politik cuma kemaruk rebut kerusi, maka sangat mudah pertahanan negara ditembusi segala macam serangan akidah dan pemikiran yang bertali arus.
Saban hari, makin menjadi-jadi golongan pelangi menuntut pengiktirafan. Tidakkah mereka tahu, homoseksual, mengubah jantina dan berkelakuan berlainan jantina adalah dosa besar! Tidak pernah baca ke apa azab yang menimpa kaum Nabi Luth A.S? Ada juga pihak yang selamba mempromosi gejala seks bebas kononnya melalui tatacara penggunaan kondom yang betul.
Gejala murtad juga semakin membimbangkan. Begitu juga dengan agenda kristianisasi dan penyebaran kesesatan ajaran syiah secara halus. Ibu kepada segala kejahatan iaitu najis arak pula galak dipromosikan. Pesta-pesta arak tidak dihalang, penjualan arak pula secara terang-terangan.
Mengapa semua ini berlaku? Kerana tidak nampak apa usaha pihak kerajaan untuk membanteras gejala ini. Inilah natijah apabila sistem politik telah rosak. Pemikiran sosialis, komunis, kapitalis, liberal dan sewaktu dengannya diasaskan oleh siapa lagi kalau bukan Y*hudi? Kan mereka sudah lama berdendam dengan Islam.
Jangan fikir bahawa azab itu cuma gempa bumi, tsunami atau letupan gunung berapi. Azab itu boleh datang dalam bentuk apabila manusia tidak segan malah berbangga bergelumang dalam najis dosa. Apabila manusia meninggalkan agama, tinggal solat, tinggal amalan-amalan wajib, tunggu masa saja azab akan melanda.
Apa faktor yang membuatkan manusia lalai kepada kewajipan agama hingga tergamak menzalimi diri sendiri dengan dosa? Ada satu lagi jarum yah*di yang turut membawa ideologi sesat adalah hiburan. Nak tonton filem, tak salah. Nak tonton anime, tak salah. Nak main permainan video, tak salah. Tapi kena tengok apa isi hiburan-hiburan ini semua.
Kalau ada unsur merosakkan akidah, pendedahan aurat, adegan lucah, budaya hedonisme dan pergaulan bebas, maka hiburan itu akan jadi haram dan berdosa.
Anime sekarang pun makin berlambak sumbat watak-watak terlalu seksi dan falsafah pemikiran yang pelik. Apatah lagi filem Barat yang menjadi-jadi mempromosi budaya hidup songsang. Ideologi feminisme juga makin menular di kalangan wanita akhir zaman yang membawa kepada sikap isteri melawan suami dan wanita bangga menayang diri sebagai wanita berkerjaya.
Antara puncanya adalah tayangan drama dan filem yang kononnya mengangkat isu 'memperkasa wanita' tetapi sebenarnya menunggang isu dan menafsirkan dalil agama dengan tafsiran salah.
Apabila dah 'seronok' merosakkan mata dengan babak-babak softporn, maka mula nak cuba-cuba menonton maksiat yang lebih ekstrem dari itu. Kesan ketagihan pornografi sebenarnya lebih teruk dari dadah. Akibat porno, betapa banyak rantaian dosa yang dilakukan? Zina, rogol, sumbang mahram, pedofilia dan gugurkan kandungan. Nauzubillah.
Bukan susah nak jahanamkan umat Islam. Tak perlu membazir duit berjuta dengan menghantar peluru dan bom. Sebar saja filem lucah di internet. Mudah diakses, percuma pula tu.
Penulis turut menyentuh bab ikhtilat yang ramai orang salah faham. Penulis menerangkan apa itu ikhtilat dan bagaimana ikhtilat yang dibenarkan. Hentikanlah kebiasaan berhubung atau berkomunikasi dengan kenalan berlainan jantina bukan mahram tanpa keperluan. Lagi satu, tiada istilah couple islamik! Tak payahlah nak tunggang agama demi mempertahankan tindakan yang salah. Itu semua hanya nafsu semata.
Dosa itu bukan sekadar apa yang dilakukan secara zahir malah secara batin pun kita banyak buat dosa. Itulah penyakit hati atau sifat-sifat mazmumah. Takabbur, riya', ujub dan sum'ah, semuanya maksiat hati yang mampu membakar segala amal kita. Penulis mendidik kita bagaimana mengenal penyakit hati dan tips-tips membersihkan hati supaya segala amal kita nanti diterima Allah.
Kemuncak kepada segala maksiat ini adalah dengan munculnya dajjal laknatullah. Penulis memuatkan Hadis berkenaan Tamim Al-Dari R.A yang berlayar hingga bertemu dajjal, ciri-ciri dajjal, tips memelihara diri dari fitnah dajjal dan beberapa Hadis lain yang berkenaan.
Dalam buku ini, turut dimuatkan banyak ancaman terhadap pelaku dosa-dosa besar dan ganjaran pahala jika meninggalkan dosa tersebut berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Tips-tips meninggalkan maksiat dan cadangan kepada pemerintah untuk mencegah maksiat turut dikongsikan.
Pada bab akhir, penulis mendidik kita dengan tatacara taubat yang betul dan cara-cara lain untuk membersihkan diri dari dosa seperti perbanyakkan Istighfar dan amal-amal soleh.
Apabila kita beristighfar, kita memohon dua perkara kepada Allah. Yang pertama, kita mohon moga Allah tutup aib kita manakala yang kedua, kita moga Allah lindungi kita dari kesan dosa yang kita lakukan.
Buku yang lengkap dengan perbahasan tentang maksiat ini sangat wajar dimiliki dan dibaca oleh semua umat Islam, cuma suntingan halamannya kurang kemas. Baris-baris ayat terlalu rapat hingga mata terasa cepat penat. Lagi molek jika penulis tambahkan ruang dan perbanyakkan keratan akhbar serta ilustrasi bagi merehatkan mata seketika.
Dakwah dan istiqamah memperbaiki diri itu adalah perjuangan hingga mati. Moga buku-buku bermanfaat seperti ini dapat terus diterbitkan sebagai pengajaran buat kita yang selalu tergelincir dalam dosa dan maksiat. Moga Allah sentiasa pelihara kita dunia akhirat, Aamiin.
#mohdnoorbuku
#mohdnoor