Karl Marx dan Friedrich Engels tidak pernah memberikan ulasan seperti apa gambaran masyarakat sosialis, dan komunis, di dalam karya-karya mereka. Tampaknya, mereka menyerahkan gambaran itu kepada sejarah perjuangan kelas di masa depan, dan itu pun diamini oleh John Molyneux.
Namun, konsekuensi dari perjuangan kelas adalah terdorongnya berbagai revolusi yang menempatkan kelas buruh di barisan terdepan, dan itu memberikan sketsa atau gambaran seperti apa masyarakat sosialis sebagai batu lompatan menuju masyarakat komuni di masa depan, dan gambaran itu dijelaskan secara ringkas dan lengkap oleh John Molyneux di dalam buku kecil berukuran 12X18 ini.
Rumusan aku tentang buku kecil dengan 98 mukasurat ini ialah adalah sebuah manual ringkas untuk para pengkaji tentang apa itu yang dikatakan sebagai “Masyarakat Komunis”. Sangat sesuai menjadi bacaan rujuk silang bagi yang membaca Komunis Manifesto dan apa2x yang berkaitan dengan Marx. Ini kerana John Molyneux adalah seorang Marxist Revolusioner yang memang tegar memegang ideologi Marxism. Banyak lagi yang boleh dipelajari dari buku ringkas ini dan antaranya tentang Pembebasan Wanita (bagaimana sistem sosialis komunis ini telah kita guna pakai dalam kehidupan harian kita), Rasisme dan Transformasi Pekerjaan.