Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dean

Rate this book
Dalam hidup Dina hanya ada Dean, mak dan umi. Dia telah dididik berdikari sedari kecil apatah lagi tak pernah dianggap oleh keluarga sendiri. Mujur ada Dean yang sentiasa menjadi peneman dirinya.

Dean yang hot.
Dina yang seksi.

Satu insiden tak diduga membuatkan mereka terjerumus dalam satu lembah dosa besar. Hanyut dengan nafsu lantas hubungan mereka berubah melebihi batas persahabatan. Terlalu ghairah sehingga tegar melukakan hati sang ibu.

Kehadiran Qaseh sebagai kekasih Dean menyedarkan Dina atas khilafnya. Rupanya dia tidak lebih sekadar teman tapi ‘mesra’. Dina memilih untuk berundur.

Dean nanar kehilangan Dina. Dina adalah pelengkap hidupnya. Saat hati mula berbisik cinta, hubungan ‘mesra’ mereka terbongkar. Perkahwinan adalah jalannya!

Baru mahu mengecap bahagia dengan hubungan yang halal, Qaseh kembali muncul dalam hidup mereka. Dean perlu bertanggungjawab terhadap Qaseh! Hati Dina kembali terluka.

Adakah ini kifarah dosa mereka, atau ini takdir cinta mereka? Akankah mereka mengecapi bahagia atau akan sentiasa ada Qaseh di antara mereka?

456 pages, Paperback

Published May 1, 2021

6 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Cik Bawang

32 books169 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (27%)
4 stars
34 (47%)
3 stars
16 (22%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 23, 2024
baca sebab nak jual balik cepat. honestly, ive seen IKEA instructions that made more sense than this plot. reading this was like scrolling through tiktok at 3am—random, chaotic, and i have no clue what i just experienced. lowkey wish i could DNF life while finishing this🫠
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
May 18, 2021
4.5

Masa mula² baca, saya cakap "DEAN lagi best dari HERO UNTUK HEROIN".

1. Saya suka chemistry Dean dan Dina, pergerakan cerita yg smooth, laju tapi tak terburu². Penulis bijak handle konflik yg agak heavy tapi tak melelahkan.

2. Saya suka penulis 'jelaskan' betapa seksa Dina dan Dean alami masa terbongkarnya dosa yg diorang dah buat. I can feel all that.

TAPI....

3. Bila Dina tinggalkan Dean, mood saya jatuh merundum. 4 tahun Dina tinggalkan Dean, saya susah nak terima. Saya kecewa☹️

Tahuu! Dean ada salah. Dina pun pergi sebab kecewa + masih mentah + tak matang. Tapi kalau sampai 4 tahun hilang (which is Dina pregnant - mak milah mati - Faris lahir), Dean dan umi pun tak tahu, saya terus menyampah dengan Dina. Menyampah sikit je🤭

Dina menyesal dan rasa bersalah. Dia pun tahu dia berdosa, nusyuz tapi kenapa dalam masa 4 tahun tu dia tak cuba balik?

Kesian Dean (tak tahu kewujudan anak sendiri), kesian dekat umi Dean (selalu tunggu Dina, tak tahu kawan baiknya dah tak ada, dan tak tahu dia dah bercucu). Kesian juga dekat Faris.

Ofkos saya geram masa Dean buat keputusan nak 'tolong' Qaseh tapi saya lagi kecewa dengan Dina. Saya agak mungkin penulis sengaja ambil masa 4 tahun sebab dalam tempoh tersebut Dina dan Dean sama² muhasabah diri dan berubah lebih matang.

Disebabkan hal tu, saya tolak 1 bintang. Mood saya spoiled😂 Maaf Cik Bawang🙏🏻 Tapi, awak tetap favourite writer saya. Saya tunggu next novel anda😍

Apa²pun saya terima pilihan cerita anda. Sebab saya nak baca cerita dari kepala penulis (ada uniknya). Bukan cerita yang ditulis ikut kemahuan pembaca yg terjejas kreativiti✌🏻 Tahniah untuk cerita yang sangat sweet. Jujur saya tersengih² sepanjang bacaan🌷
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
December 13, 2023
Ini sebenarnya my first read from Cik Bawang. To be honest, I love her writing. Tidak terlalu baku, tidak terlalu sempoi. Sedap je I baca sampai beberapa jam boleh habis walaupun mashallah banyak page 👀 Ini I baca ebook, itu sebab laju.

✨ Conflicted family
✨ Childhoods to lovers
✨ Friends with benefits

TW: abuse, rape, miscarriage, death, minor sexual content.

Hidup Dina & Dean mmg hanyut. Jenis bebas bergaul dan mereka anak orang senang. Parents Dina pula jenis tak anggap Dina ni seperti anak sendiri. Konflik keluarga dalam ni ibarat subplot sahaja. Selebihnya, perjalanan dua karakter ni untuk kembali ke pangkal jalan setelah pelbagai ujian menimpa mereka. Serious shit like a roller coaster.

Dean pula ada sisi playboy. Manis mulut. I sometimes tak suka decision yg dia buat. Bodoh namanya. Ye, sejenis mamat yg bodoh. Kena katuk baru okay kot. Walaupun bodoh sikit, dia ada rasa bertanggungjawab. Tapi level caring dia, fuh I bet org akan cair weh 🤣 Dan I suka dia always pertahankan Dina.

Kepada yg tidak suka 'double meaning', ye ada minor sexual jokes antara perhubungan suami isteri. Bukan jenis jokes yg bukan-bukan lah.

Apa yang I suka kisah Dina & Dean bila ada dark and good side of the character. Orang akan kata 'depan mata nmpk baik, tapi belakang kita wah buat mcm-mcm eh'. So masa itulah ada manusia akan judge. Buku ni umpama jgn menilai hidup seseorang itu. Kita bukan juri, siapa kita nak judge orang. Lagi better mendoakan hal-hal yg buruk tidak berbalik kepada kita dan doa yg terbaik for orang tersebut.

Yang tak strong bila karakter tu tiba-tiba berubah lepas kena ujian. Tujuan ke arah perubahan itu tidak ketara sgt. Itu apa yg I simpul daripada cerita ni.

Moreover, I love the happy ending! And I tak sabar nak continue series yg lain 🥹🙌🏼
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
September 29, 2023
Ermm lahai.. Jatuh cinta teruk dekat novel Dean ni. Lately ni mmg saya suka sgt baca karya dari Cik Bawang. Rata2 karya Cik Bawang sejenis yg bersemut. Tapi tak ada la sampai muntah hijau bersemutnya tu. Cuma utk Dean, bagi saya ceritanya agak sedikit terbuka pada permulaan cerita. So mungkin ada sesetengah pembaca akan rasa tak senang dgn keterbukaan yg disampaikan penulis. Cuma utk saya, ianya ok. Kena dgn jln cerita.

Sekali lagi penulis menghidangkan watak seorang hero yg sangat setia walau permulaannya sgtlah playboy. Sana sini mulutnya manis. Mengayat tak ingat. Tapi bila Dean berhadapan dgn Dina, gf depan mata pon boleh lupa kan. Penangan betul Dina tu dlm hidup Dean. Mereka bersahabat baik sejak kecil. Pergaulan mereka mmg terlebih intim walau kononnya hanya bersahabat. Sayang Dean dekat Dina tu bukan main2. Kalau boleh 24jam dia nk melekat je dekat Deena.

Walau declare sbg sahabat baik, hubungan mereka tak lari dari perasaan cemburu sehinggalah Deena mula menjauh dan Dean sedaya upaya memujuk. Peristiwa mereka 'ditangkap' oleh Mak Milah dan umi Dean menjadi titik tolak dlm hubungan yg baru. Ketika inilah plot cerita naik dan turun seiring dgn konflik yg diutarakan.

Sebelum2 ini, karya penulis lebih bersifat santai. Tetapi utk Dean, saya rasa sgt teruja dgn konflik yg diutarakan. Konfliknya tidaklah heavy tetapi saya boleh rasa feel seorang Deena yg kecewa dgn Dean dan juga kesedihan yg dirasai bila diri tidak diterima oleh darah daging sendiri. Ermmm

Apapun, tahniah utk Cik Bawang atas novel ini. Tak sabar utk menantikan karya anda slps ini. Hope akan ada kepelbagaian kelainan walau hero tu sejenis yg setia❤️
Profile Image for Mslvoe.
2,095 reviews203 followers
February 14, 2025
Ehh Dean ni.. dia la penyebab semua ni terjadi. Geram F! Boleh lak bercinta dengan orang lain walaupun dah bersama dengan Dina. Ibarat diaorang nie friends with benefits.

Bila Dina takda meroyan cari Dina.. karya ni memang buat F geram je gan Dean
Profile Image for N.S.Y.
103 reviews3 followers
November 30, 2024
Menarik.. cuma masih bnyk yg boleh d baiki.. bnyk yg tak jelas.. tapi jalan cerita masih menarik untk d baca..

Kesetiaan Dean memang tak boleh d suarakan lagi.. memang setia kaw² dengan wife dia even kena tinggal bertahun..

Not so rekomen.. tp jika anda penimat cik bawang boleh la.. to me a bit bored.. too mendatar even x tahu ape yg cuba d smpaikan..

Kenal bertahun tp x faham² lagi.. xder komunikasi tahu² lari je. Adeh.. penat jiwa..

2.5 sebab viral dekat tiktok sampai terpngaruh p beli skli.. 🤣
54 reviews
February 17, 2023
5🌟1st book from this writer..just love this story. Sgt2 best. Friendship between Dina & Dean dari baby smpi la ke adulthood. They are neighbours, belajar pun sama2. Dina kind of abandoned by parents sendiri. Macam anak tiri dibuatnya. Bila baca, alahai, kejamnya parents dia. Mak milah, pn Tahirah n Dean the only family yg Dina ada ups n down.
Tajuk pun psl Dean kan, playboy malaya. fall in love sgt dgn si Dean ni. The way dia caring n jaga Dina in every single matters. Without knowing they fell in love with each other. But, 2 kali Dean buat Dina sedih. Both sbb si Qaseh. Geram je dgn 2 ketul manusia ni. Bila Dina tinggalkan Dean, i was like, padan muka, buat lg perangai tak semenggah 🤭🤭.
Overall, thumbs up. Family, Friendships, Love. ..💙D&D💙
Profile Image for Bay.
266 reviews4 followers
July 23, 2023
minus one star sebab alahai dean tu betul tak matang. the only person yg aku suka dlm ni is dina. such a strongggg girl
Profile Image for Diniy Qistina.
167 reviews5 followers
July 27, 2024
Dina dan Dean sudah berkawan sejak mereka kecil lagi. Almaklumlah jiran. Membesar pun sama-sama. Dina dibesarkan oleh Mak Milah, pembantu rumahnya. Sejak kecil lagi Dina dipinggir oleh kedua ibu bapanya. Walhal dialah satu-satunya anak yang mereka ada. Dina pun turut rapat dengan umi, ibu kepada Dean.

Hubungan yang sepatutnya sebatas kawan akhirnya telah hanyut dek hanyut dengan nafsu masing-masing. Bila dah kantoi barulah masing-masing menyesal. Merayu memohon keampunan dari keluarga masing-masing.

Tidak sampai setahun Dina dan Dean mengecapi kebahagian, tiba-tiba hadir pula Qaseh di antara hubungan mereka. Dean pula lebih memilih untuk membantu Qaseh namun dalam masa yang sama dia amat cintakan Dina. Time ni memang rasa nak hempuk je Dean. Kata cinta tapi buat orang kecewa dan terluka. Baik tak bertempat. 😑

Towards ending tu rasa macam laju pulak. Lepas je Dina tahu dia mengandung tetiba bab seterusnya, 'Empat tahun kemudian...'. Dia cam eh? Lajunya skip. 😂😂

Selepas layan kisah Dean-Dina ni pasni nak layan kisah anak diorang pula, Hana. 😌
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
January 6, 2024
I still tak maafkan Dean, which goes to show Dina ni seorang isteri yg sgt baik. Ego I terlalu tinggi utk org mcm Dean. Yang disrespect Dina over and over again. Mulut je lebih cakap syg, but next thing you know.. Dina yang sakit. Benci gila sebab buat Dina macam tu.

Drpd 1st page, mmg dah jatuh syg kat Dina.

1st disrespect: bila Dean insinuate Dina tak ada harga diri bila cakap dia tak buat benda tu dgn Qaseh sbb dia respect.. podah
2nd disrespect: bila dia tunnel vision the only way utk tolong ex tu is by marrying her. What is with men nak buat baik dgn org bukan isteri?
3rd disrespect: bila dia abai Faris seminggu.. some men are natural fathers, some eager to learn and some just never learn

Dah hilang baru tergedik menyesal, menangis bagai.

Sorry2, point is, story ni light je sebenarnya.. jalan cerita dia is something you boleh guess, which is sgt calming utk org with anxiety sbb ia tak lari dari expectation. Just annoyed part Dean tak guna akal yang dikurniakan..
Profile Image for Perrahin Nur.
45 reviews
January 3, 2025
Eiiii geram!!
Cik bawang sila bertanggungjwb.. saya emo smpai tak lalu mkn tau.tido bantal basah la nanges punya pasal.semua sbb Dean!!

Sebbaik ending nice and wlupon cliche tpi saya suka je!! Overall suka sgt semua character dlm nii 😍😍 Dean & Dina yg yellow flag but turning to green flag after all their hardships. But saya rasa agak tergantung part Dean pegi laut after merajuk dgn Dina...i mean I need closure and explanation knpa dia buat despite He's having a traumatic events kat laut dulu.is he trying to drown himself or what..

Watak smpingn Aiman & Faidhi yg super best paling suka friendship diorg dgn baby girl kesayagn semua..cute je!! Takde ke ebook utk watak diorg...saya masih perlukn cerita Dean hehehe tq Cik Bawang menghiburkn hari2 saya
Profile Image for Cutie_pie28.
412 reviews10 followers
February 24, 2025
Actually ni cerita nie cepatt jee bole abis kan.. tp di sbb kn badan tk sihat.. mmg berhari tk baca buku..

Dean yg rapat dri kecik ngn Dina.. jiran sebelah rumah pulak tu..

Dina ni mmg tk suke dek parents die, sbb die dilahir kn di saat parents die tk penah terpiki pun pasal ank.. yee laa kawin sbb aturan keluarga.. bila da besar lgi laa die tk kesah kn si Dina nie..

Lepas dorg kawin, si Dean ni mmg mntk kene sunat lgi skali.. bole pulakk die nk tlg Qaseh dgn kawin ngn Qaseh.. mmg lari laaa si Dina nie.. hidup sendirian selama 4thun..

Bile jumpe balik die pun baru thu yg die ade ank.. lepas tu mmg jejak kasih laa.. Last nnt parents Dina berbaik ngn Dina..
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
December 28, 2023
Suka chemistry between Dina and Dean. The toleration between them. I know both of them can't handle each other but at least they could thing the best for them sebab dua-dua dah besar. Cuma tak boleh betul bila Dean in denial. Like nak denial apa dah sah kau sendiri cakap takleh hidup tanpa Dina. HABISTU! Lagi sakit hati bila nak korban untuk Qaseh like, you love Dina why you hurt her. haih memang tak faham betul. Tapi lurve bila Dina tak ego or nak lari lagi when they met again plus good thing Dean learn from his mistakes.
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
September 17, 2024
I beli dengan harga 68 ingat kan ianya tebal, tapi rupa rupanya novel ni 33 ringgit je, i terasa kena scam and I beli kat AHA.

Dean & Dina sebenarnya saling menyukai antara satu sama lain, namun mereka tak menyedarinya sehingga salah seorang menjauhkan diri, menyebabkan pihak satu lagi penasaran dan gelisah
Profile Image for Adarna Mike.
7 reviews
June 12, 2025
Tidak ada manusia sempurna dalam dunia ni. Yang ada manusia yang berusaha untuk menjadi lebih baik. Begitulah juga dengan Dean dan Dina dalam cerita ni. Suka dengan jalan cerita macam ni, mudah difahami, menarik dan konflik yang tidak berat. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan.
27 reviews2 followers
December 20, 2023
Mmg bleh gila klu jadi dina..
Mak bapak xsayang..
Dean plak buat dia mcm perempuan simpanan je..
Bajet baik plak nk tlg ex-gf dia..haihh
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.