Dunia sememangnya tempat di mana kita semua akan diuji oleh Allah. Selagimana seseorang itu berpijak di atas bumi-Nya, pastilah dia tidak akan bebas dari yang namanya ujian dan pancaroba.
Meski terkadang rasa tidak tertahan sakit ditampar ujian, tidak tertanggung berat beban yang ditimpakan, percayalah bahawa semua itu hanya sangkaan semata-mata.
Allah berjanji bahawa Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Sungguh, Dia tidak akan sesekali memungkiri janji. Semua janji-Nya itu adalah benar dan pasti.
Membaca buku ini diibaratkan mendengar seorang sahabat berkata-kata menasihati dengan percakapan yang lemah lembut mengenai ujian dan kehidupan. Rasa terpanggil untuk memahami setiap butir bicara yang dilontarkan.
Buku ini mengandungi 238 halaman yang padat dengan ayat-ayat nasihat penuh pengajaran. Penulis turut menyelitkan ayat Al-Quran untuk menyokong nasihat yang diberikan. Markah penuh untuk ini 👍🏻
Suka dengan perumpamaan penulis mengenai senja, mengenai duri yang jika hanya satu tidak merasa apa-apa. Tapi jika bilangannya sudah terlalu banyak, pasti akan membuatkan dada kita sesak juga. Samalah diibaratkan dengan perasaan sedih. Jangan pernah mengabaikan segala perasaan yang kita rasai.
Aku suka membaca isi mengenai kehidupan, cuma apabila penulis masukkan topik tentang cinta, buatkan pembacaan agak mendatar bagiku. Namun begitu, aku suka akan satu ayat penulis berbunyi, "sediakan ruang di dalam hati, untuk menerima hal-hal yang tidak sesuai dengan ekspektasi." Sungguh tepat nasihat yang diberi 👍🏻
Secara keseluruhan, Tenang, Kamu Mampu merupakan salah satu buku yang aku rasakan begitu sesuai buat semua golongan cuma lebih ditujukan buat mereka yang mahu berdamai dengan ujian, takdir, dan kehidupan. Bertepatan dengan tajuk buku ini untuk mendidik hati agar tenang kerana anda mampu menghadapi segalanya.
Bacaan Malay pertama tahun 2022 yang memberi kepuasan buat diriku ✨
Bermula halaman pertama hingga halaman terakhir, hati saya cukup tersentuh dengan susunan aksara penulis. Patah demi patah menjadikan hati yang sedang lara boleh sembuh jadinya. Penulis berjaya meyakinkan pembaca untuk sentiasa mengingat walau apa juga dugaan dalam hidup ini, sentiasa meletakkan Tuhan Yang Satu dalam jiwa. Kerana hanya Tuhan yang mampu memberikan sembuh.
Dan untuk itu, tahniah buat Hana Dahlia atas kelahiran naskhah ini. Semoga diberikan ilmu dan kesihatan yang baik untuk menghasilkan karya yang baharu.
Buku nipis namun sarat dengan peringatan dan pedoman. Saya sangat kagum membaca buku ini dan sesuai disampingkan dengan buku Failosophy tulisan Elizabeth Day tetapi dalam perspektif Islami.
Penulis banyak memberi peringatan ringkas, ringan yang selalunya dipandang ringan namun ia sesuatu yang mampu memberi impak dalam diri sekiranya kita menukar cara melihatnya. Sebagai contoh, mengenai urusan takdir yang selalunya kita rasakan ia adalah sesuatu yang berat atau buruk kerana tidak mengikut kehendak kita. Rupanya ia adalah sebahagian dari ujian melihat bagaimana kita bertindak dalam penerimaan takdir tersebut serta bagaiman kepercayaan dan kebergantungan kita dengan Allah.
Yang menariknya, penulis selitkan juga ayat Al Quran yang sememangnya adalah panduan Muslim. Secara tidak langsung, pembaca dapat buka semula Al Quran dan melihat ayat serta maknanya dan mengaitkan dengan kehidupan.
Ya Allah, saya sukalah buku ini dan mengharapkan banyak lagi buku simple tapi berisi begini dalam pasaran 🥰 buku ini sangatlah saya rekomen untuk di baca dan sesuai untuk peringkat umur dari remaja hinggalah dewasa.
Not trying to be overhyped about this book, tapi serius this book tak layak untuk dapat bintang kurang dari 5/5!! Hehe
Ayat-ayat pujukan yang penuh hikmah, dari mukasurat pertama hingga akhir buat hati rasaaa tenang dan terpujuk. Sama seperti tajuknya… tenang, kamu mampu.
Ayat-ayat yang ditulis oleh penulis langsung tidak berbelit-belit dan straight to the point. Tapi, masih mampu buat hati ini terjentik!
Terima kasih Tuhan sebab gerakkan hati untuk baca buku ini di saat dalaman semakin rapuh kerana dunia. Semoga penulis mendapat pahalaaa yang berterusan kerana menulis buku ini.
Buku kecil yang comel tapi penuh dengan pujukan dan belaian buat hati. Buku ini saya terima sebagai hadiah dari seorang sahabat.
Penulisan yang sangat simple seperti sedang dinasihati oleh seorang sahabat yang sangat penyayang and full of wisdom. Cuma agak banyak lenggok bahasa Indonesia dalam penyampaian penulis ini.
Buku yang baik untuk yang mencari sedikit ketenangan dan jawapan-jawapan direct kepada kenapa aku diuji. 😬😬
Aksara yang terbit ikhlas daripada hati lalu singgah menghulurkan tangan membina rumah di hati pembaca. Bukan sahaja memberikan harapan dan pelukan hangat, juga tolakan mesra supaya menjadi lebih baik dan segera menuju Dia.
Sungguh apa yang terjadi di sepanjang perjalanan, tidak seharusnya membuatkan perjuangan kita terhenti. Hidup di dunia terlalu singkat jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia bukanlah tempat tinggal, tetapi tempat yang akan kita tinggalkan.
Renung kembali.. Ke mana hala tuju hidup kita? Apa destinasi kita yang sebenar? Sedarkah kita bahawa dunia hanya sebuah persinggahan?
Semoga saat kita sedar bahawa dunia hanya sebuah persinggahan, kita memilih untuk terus hidup dalam ketaatan dan memberi tumpuan yang lebih pada apa yang menjadi tujuan. Semoga bila kita sedar akhirat yang seharusnya menjadi keutamaan, kita bertekad tidak membiarkan hidup menjadi sia-sia dan menyibukkan diri mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana.
“Maka, tenanglah. Katakan pada diri, “aku mampu lalui semua ini”.
Tajuk: Tenang, Kamu Mampu. Harga: RM 35 Bintang: 4.8/5 🌟
"takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari" - Abdullah bin Mas'ud R.A
"Teguhkan pergantungan pada Allah. Harapan itu ada. Yakin pada Dia"
sebanyak mana pun hal yg membuatkan hati kita lelah, jangan pernah menjauh dari Allah
Harapan itu sentiasa ada, selagimana kita percaya pada dia
Menangis bukan simbol lemah Ia adalah cara hati meringankan beban
teruskan saja berjuang Tak semua harus ada jawapannya sekarang
Bersederhanalah
Jangan menginginkan mati hanya kerana hidup terasa begitu berat untuk dijalani. Mati bukan penyelesaian atau penamat kesakitan. Ia bukan pengakhiran, tetapi permulaan bagi sebuah kehidupan yang abadi.
Ia bukan tempat tinggal, tetapi tempat yang akan kita tinggalkan. Maka jalanilah hidup ini sebagai seorang perantau - yang tidak mencintai dunia saat memiliki bahagia, dan tidak memilih berputus asa bila ujian datang menimpa.
Hakikatnya kunci kepada bahagia adalah dengan mensyukuri segala kurniaan-Nya.
Pertolongan Allah itu sentiada dekat
Kita harus sedar bahawa terkadang jarak bukan bermaksud untuk memisahkan. Wujudnya adalah bagi menjaga kesejahteraan, mengekalkan keindahan, juga membantu kita untuk tidak berlebihan dalam berperasaan.
Pernah tak rasa, kita tahu Allah takkan uji kita kalau kita tidak mampu. Tapi jauh dalam sudut hati kita, tetap rasa tidak mampu, sedih dan gelisah. Ahh lebih baik mengalah sebab kita sudah terlalu lelah dalam menjadi gagah?
Buku Tenang Kamu Mampu Ini boleh menenangkan hati serba sedikit tentang bagaimana kita menerima yang bernama ujian dan dugaan hidup.
Sungguhpun begitu, tidaklah ia menerangkan begitu panjang lebar tentang mehnah mahupun tribulasi dari sudut Islam.
Lebih kepada ibarat kata-kata lembut dan penuh pujukan seorang sahabat karib yang menasihatkan kita dengan kata-kata yang membelai jiwa yang penuh luka, tidak ia sembuh sekelip mata mahupun dapat selesaikan masalah yang melanda begitu sahaja, tapi tenang, ye tenang dan tenteram sehinggakan beratnya dugaan terasa ringan dan tidak lagi terbeban. Kerana kita tidak berseorangan, kita masih punya Tuhan. "Ingat kita masih punya Tuhan", pesan lembut seorang kawan.
Sebelum melabuhkan tirai sebuah resensi yang di ukir dari hati, di sini saya tampilkan sebuah kata dari buku ini:
"Saat kenyataan tidak sejalan dengan harapan, percayalah bahawa apa yang diatur Tuhan itu jauh lebih baik dari kita punya rancangan." m/s 69
P.s alhamdulillah ala kulli hal, terima kasih @sakeenaedustore atas buku ini
Buku yang begitu menenangkan, sesuai dengan nama tajuknya. Bait-bait kata yang indah dan lembut seolah-olah dipujuk dan dinasihati oleh seorang sahabat. Jika saya berpeluang untuk hadiahkan sebuah buku untuk sahabat-sahabat saya, berkemungkinan inilah bukunya.
"Jgn menginginkan mati hanya kerana hidup terasa begitu berat utk dijalani. Mati bukan penyelesaian atau penamat kesakitan. Ia bukan pengakhiran, tetapi permulaan bg sebuah kehidupan yg abadi" (hlmn 65)
"Sedarlah bahawa masa lalu bukan lagi tempat kita. Maka jgn pernah ragu utk melepaskan dan menutup cerita lama" (hlmn 205)
🔅Satu buku yg sangat indah & tepat dibaca pd masanya. Terasa seolah sdg mendengar nasihat drpd sahabat karib tentang kehidupan & pengharapan. Byk tulisan yg mengena pd diri ini. Tahniah buat penulis atas kelahiran karya ini. Teruskan menulis karya-karya sebegini lagi ☺
Bahasa yang sangat puitis digunakan untuk menyampaikan isi kandungan buku ini. Rasa tenang semasa membacanya. Alhamdulillah. Ada juga diselitkan ayat2 Al Quran bagi menyokong hujah. Jgn kita cepat putus asa atas ujian yang berlaku. Allah telah menyusun jalan hidup kita, jangan pernah bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 ada cerita tersendiri dan setiap ujian itu pasti terselit hikmah.
Suka la buku nie. 5⭐Macam tajuk dia, memang sarat dengan pujukan dari seorang sahabat yang akrab.
Penulis banyak nukilkan nasihat beserta hadis, sirah dan potongan ayat alQuran. Dari awal sampai akhir tiada yang tersasar dari tema asal. Tersusun dan kemas isi kandungan.
Paling suka ialah, penulis sangat bijak menyusun ayat terutama rima akhir. Jadi sedap, lembut bila baca dan puitis sangat.
Bab akhir pula ada beberapa puisi yang best-best. Menarik !
"Belajar melihat dunia dengan mata hati, bukan dengan emosi." Buku ni feeling dia like seorang sahabat yang duduk berdepan dengan kita lalu memberi pesan dengan kasih sayangnya. Soft je bahasa teguran tetapi firm dalam tidak membiarkan perasaan hanyut yg membinasakan diri. Buku ni adalah satu naskhah peringatan yang sangat baik iqa kira ❤️ Terima kasih, penulis.
Bagi aku buku ini umpama membaca surat dari seorang sahabat. Bait-bait setiap sentiasa mencengkam jiwa. Aku suka bila setiap bab ada menyentuh hal-hal dewasa yang sertakan dengan surah atau hadis.
Mungkin sedikit berat bagi aku sebab ambil masa juga nak habiskan buku ni. Apapun, penulis menulis betul-betul dari hati sampai kita pembaca dapat rasa apa yang ditulisnya.
Buku ni sangat sangat tenang . Sangat best la sebb semua yang dipertuliskn dlm buku ni mmbuat saya rasa tenang . Semua nya menusuk kalbu . Buku ni selalu sold out tapi alhamdulillah dpt jugak beli . Kalau saya sedih mesti saya akan buka baca🥺 Love sagt dengan penulisan beliau GOODJOBB 😍
Terima kasih penulis kerana menulis buku ini . ⭐⭐⭐⭐⭐
Buku yang sangat sesuai untuk yang mahu memulakan langkah & perjalanan menuju healing ! Kata-kata di dalamnya amat mudah difahami dan dijiwai. Ibarat ia terlahir dan berbicara dari suara hati sendiri.. Terima kasih saudari Hana Dahlia, buku anda banyak memberi manfaat pada jiwa dan kalbu yang sedang berusaha untuk sembuh ini..💕
Membaca buku ini pada waktu yang sangat tepat. Ketika saya rasakan ujian Tuhan terlalu berat untuk saya. Setiap bait di dalam buku ini memujuk saya, rasanya seperti ada sahabat yang sangat memahami isi hati saya. Terima kasih Hana Dahlia.
Saat diri sendiri sedang mengharungi peristiwa yang meruntun hati dan perasaan, buku ini umpama seorang rakan yang datang memimpin membawa ke arah terowong harapan, bahawa dunia ini akan mampu kita harungi…
for those yang rasa down or rasa kosong, bacalah this book, serious i tell you, rasa terpujuk gila, rasa macam dekat dengan author, rasa macam tengah borak dengan author. very reccomended . sangat healing ya buku ni. like you able to think back what you do, which part need to repair.
Buku poket yang kamu boleh bawak kemana-mana untuk mengingatkan kita ! Pujukan yang begitu indah, mudah diikuti, dan difahami. Seolah2 ada yang membimbing , dan menegur kekhilafan yang kita lakukan . Tahniah penulis.
baca this book when you rasa you nak marah..trust me suddenly all that anger wil disappeared and you akan rasa tenang je (read it anytime you want tapi you akan lebih terkesan when you rasa you nak marah)
Buku yang sangat baik untuk jiwa yang kosong & rasa sunyi. Ayat-ayat penulis & doa yang ringkas betul-betul masuk dalam hati. Bagus untuk pelajar/mahasiswa. 🏳️