Buku ini ialah terjemahan kitab al-Ḥaththu ʿalā al-Tijārah yang tulis oleh seorang ulama berwibawa dan disegani keilmuannya pada zamannya, iaitu Imam al-Khallāl (234-31H / 849-923M). Karya ini memaparkan 128 riwayat berkenaan keutamaan bekerja, akhlak dalam bekerja, sifat wara' dalam pekerjaan, islah harta, seruan untuk berdikari dan makna tawakkal yang sebenar.
Kitab ini ialah karya pengenalan dan penting bagi memaparkan semula pendirian ulama terdahulu terhadap kemestian setiap insan untuk berusaha dan bekerja mencari rezeki dan membetulkan semula kefahaman tawakkal dan zuhd yang seringkali disalahfahami oleh sesetengah golongan. Dalam masa yang sama, ia juga menggalakkan aspek akhlak dan adab yang terkandung dalam setiap pekerjaan mestilah sebati dalam usaha mencari rezeki, dan tidak boleh dipisahkan dengan bermudah-mudahan hanya kerana ia telah melepasi piawaian fiqh sahaja, tanpa mengambil kira dan mengutamakan pengamalaksanaan di peringkat adil dan ihsan. Inilah yang dimaksudkan dengan amal soleh.
Meskipun ringkas, karya ini amat berguna untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada setiap individu masyarakat pekerja dan peniaga hari ini.
“Katidakbergantungan adalah sebahagian daripada kesejahteraan”
Buku ini ialah buku terjemahan al-Hathu ala al-Tijarah oleh Imam al Khalal. Mungkin nama penulis asal buku ini seorang ulama Mazhab Hambali yang menjambatani pemikiran Imam Ahmad kepada umat manusia setelahnya.
Buku ini memgumpulkan 128 riwayat berkenaan keutamaan bekerja, akhlak dalam bekerja, sifat wara’ dalam pekerjaan, sifat tawakkal yang sebenar-benarnya dan banyak lagi.
Buku ini jika kita jenis yang tidak biasa membaca kupasan hadith atau riwayat, mungkin akan rasa buku ini sangat ‘dry’. Tetapi himpunan ini menarik untuk saya. Ia sangat memberikan motivasi untuk bekerja dalam ertikata yang sebenar.
Saya berpandangan; umat Islam perlu banyak mentelaah kembali karya begini. Kerana kita makin jauh dari apa yang sebenar-benarnya patut kita perbuat.
Terjemahan sebuah kitab yang dikarang dan disusun oleh Imam al-Khallāl, perihal pandangan Imam Ahmad bin Hanbal رَحْمَةُ الله عليه berkenaan bekerja dan bertawakal. Buku ini diolah dengan cara moden dan diletakkan nota kaki untuk membantu kefahaman pembaca yang terdiri daripada orang awam.
Buku ini memuatkan kalam-kalam salafus soleh berkenaan bekerja, bertukang dan berniaga sebagai tuntutan syariat sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah golongan yang kononnya bertawakal dengan meninggalkan pekerjaan. Perbuatan -terlebih bertawakal- semacam ini diamalkan oleh para sufi (yang menyeleweng) sezaman dengan al-Khallāl.
Sedikit petikan daripada buku yang elok dijadikan panduan bersama: "Kefahaman zuhud dan tawakkal yang benar ialah menyeimbangkan antara mencari dunia dan Akhirat, iaitu sementara tubuh badan melaksanakan urusan mencari harta kecukupan kehidupan, hati pula meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah ﷻ semata-mata dan meyakini segala pemberian dan rezeki adalah ketentuan daripada Allah ﷻ jua."
كتاب نافع، أورد فيه - رحمه ﷲ - ١٢٨ حديثًا وأثرًا مسندةً فيها الحث على المتاجرة والاحتراف والعمل، ويزيد على ذلك فصل في الإنكار على المتواكلين الذين لا يعملون ويمدون أيديهم إلى الناس، ويليه فصل في من صدق في توكله، ولم يطمع بأخذ شيء من الناس.
كتاب من النوادر التراثية في العمل والكسب المشروع، مفندًا مزاعم بعض من أذعنوا لـ “التوكل” وتركوا أسباب السعي تحت ستار الزهد، وأنه في حقيقته "تواكل مذموم" يخالف سنن الأنبياء والصالحين، وجمع فيه من أقوال السلف وأفعالهم المسندة بالأسانيد وإقامة الحجج الشرعية على من رَكَنَ إلى البطالة والورع والوهم المغلوط في ترك العمل والكسب.
وهو من المصنفات النافعة التي تُبرز جانبًا مهمًا من الفكر الاقتصادي والاجتماعي في الإسلام.
Riwayat-riwayat daripada Hadith dan juga Athar para Salafussoleh berkenaan kefarduan dan kepentingan bekerja yakni mencari nafkah terutamanya kepada diri sendiri, ahli keluarga dan membantu golongan yang tidak berkemampuan. Al-Imam Abu Bakar Al-Khallal mengumpulkan melalui riwayat gurunya Imam Marrudhi, yang merupakan anak murid kepada Imam Ahmad Ibn Hanbal. Terdapat juga riwayat yang saya sendiri tidak sangka akan jumpa yakni daripada Imam Bukhari sendiri yang bertaraf sahih.
Terdapat juga bab yang menyanggah golongan sufi palsu yakni tidak bekerja dengan alasan rezqi daripada Allah (hanya perlu tawakkal semata). Saya kagum kerana riwayat tersebut ada juga disebutkan oleh Rasulullah sendiri. Jelas di sini, kita boleh lihat bahawa agama Islam sangat menekankan kepentingan bekerja dan menyara diri supaya umatnya tidak meminta-minta kepada orang lain.
Bekerjalah dan percaya pada rezqi Allah. Bekerja ialah bentuk tawakkal yang sempurna kerana para Anbiya, Rasul, Sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta Salafussoleh seperti Sufyan Ath-Thawri, Imam Ahmad Ibn Hanbal juga bekerja. Siapakah lagi contoh terbaik kalau bukan mereka? Maka mereka yang tidak bekerja dengan alasan rezqi daripada Allah, tawakkal hanya kepada Allah dan menyangka orang yang bekerja ialah rosak dan jauh daripada Allah serta mengharap tanpa usaha kudratnya, maka golongan ini ialah golongan tertipu.
Seruan untuk Bekerja ialah sebuah karya terjemahan yang bukan sekadar membicarakan tentang keutamaan bekerja dan mencari rezeki. Menariknya, turut diselitkan nasihat tentang orang-orang yang hadir dalam kehidupan seseorang yang keluar mencari rezeki. Ada banyak perkara yang buat kita berhenti sekejap dan fikir semula tentang cara kita melihat pekerjaan, usaha dan kehidupan.
Ada banyak riwayat dan hadis yang pertama kali aku dengar dalam buku ni. Pada awalnya nampak macam agak heavy, tapi bila difikirkan semula, begitulah cara para ilmuwan terdahulu menuntut dan menyampaikan ilmu—dengan bersandarkan riwayat dan sumber yang jelas.
Bukan sekadar “kerja untuk hidup”, tapi ada nilai, adab dan tanggungjawab yang datang bersama usaha mencari rezeki.
Aku suka bila buku yang nampak berat begini sebenarnya membuka ruang untuk kita belajar sesuatu yang mungkin selama ni kita tak pernah fikirkan. Tapi buku ni nipis je tapi pengisian 👏👏👏🫡.
Buku ni simple gila,dia ringkasan untuk satu kitab tu, dan ia ambil perkara panting saja. Boleh dikatakan ia ringkasan untuk setiap bab dari kitab asal. Kalau nak yang jelas,baik beli sendiri buku asalnya tu. Yang ini macam nota kaki, dan ringkasan. Dan semuanya agak menarik untuk setiap bab dalam buku ni, terutama bab orang yang tahu nak bertawakal tapi Pemalas tak nak kerja, sedangkan allah sendiri ada kata dalam al quran, allah tak akan tolong hambanya kalau hambanya tak berbuat sesuatu atau usaha dulu. Senang cerita tawakal ni penting dan kerja tu penting, kalau terlalu bergantung dengan bertawakal saja, susah macam tu. Jadi kesimpulannya kerjalah, dan dalam masa yang sama bertawakal dan sentiasa bersyukur. Sebab kerja ni pun kira rezeki, dan ada hadis nabi pun ada cakap yang nabi tak suka orang yang terlalu nak bertawakal, tapi tak ada harta atau duit untuk hidup kat dunia ini. Memang menarik buku ni, rasa semangat nak teruskan hidup ini.
Very poorly structured and boring. It just a translation of quotes. But this is a good book if you want to find out the importance of working in islam. The answers are straightforward and clear. This book is only good as a quick reference
Sebuah buku terjemahan daripada penulisan asal Imam al-Khallal iaitu al-Haththu `Ala al-Tijarah (seruan untuk bekerja). Disajikan dengan terjemahan yang baik dan mudah difahami. Buku ini merupakan pandangan Imam Hambali terhadap kepentingan pekerjaan demi menyara hidup. karya ini ditulis bagi menolak pegangan sesetengah pihak yang mendefinisikan istilah Tawakal itu secara salah. Bagi pihak tersebut, hanya dengan tawakal (tanpa usaha) Allah akan hadirkan rezeki kepada mereka dan secara tidak langsung mereka akan mula menyusahkan orang lain dengan sifat meminta-minta. Kefahaman zuhud dan tawakal yang sebenar ialah "menyeimbangkan antara mencari dunia dan akhirat."
Buku ini juga ada menunjukkan makruh hukumnya jika seseorang itu bermusafir untuk menunaikan Haji dalam keadaan bekalan tidak mencukupi dan tidak melihat dirinya mampu bertahan.
Buku yang seronok untuk diteladani akan kepentingan bekerja.
Kalau mahu mencari sebab mengapa perlu bekerja atau apa pentingnya bekerja sendiri, berniaga dan usaha mendapatkan rezeki yang halal, buku ini ada jawapannya. Kalau berusaha mencari keuntungan, kita pun diberikan panduan agar tidak menindas. Kalau kita risaukan pekerjaan itu menyebabkan kita rasa sedikit lari dari urusan akhirat, ada contoh dan kisah ringkas yang boleh kita jadikan panduan. Suatu yang perlu kita ingat (dan kadang-kala lupa) bahawa mencari rezeki juga satu usaha ibadat, bukan semata-mata duduk di tikar sembahyang!
Karya ini boleh disepadankan dengan Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri karya Pendeta Za’ba. Asas utama buku ini menyeru agar umat Islam agar belerja lebih kuat, gigih dan kendiri serta bukan berminta minta. Iman Al Khalil merupakan nak murid kepada Iman Ahmad bin Hambal maka setiap ulasan itu berkaitan dengan pandangan Hambali. Bagi penulis, kesemua para iman, sahabat dan nabi semua belerja sendiri untuk mencukupkan kehidupan dan apabila kita mendapat laba banyak maka ramai mendapat faedah. Selain itu, membaiki tanggapan sufi palsu yang bertawakkal tanpa membawa apa apa bekalan mencukupi tanpa mengharap apa apa bantuan daripada orang ramai terutama apabila mengerjalan haji. Seterusnya, setiap manusia mestilah bertawakkal kepada Allah tetapi mereka harus kembali kepada diri sendiri dengan berusaha dan bekerja. “Bukankah dikira kamu mencintai dunia apabila kamu mencari daripada dunia apa yang dapat membaiki keadaan kamu”
Seruan Untuk Bekerja - sebuah buku terjemahan karya al-Haththu ‘ala al-Tijarah oleh Imam al-Khallal. Dalam buku ni, ada 128 riwayat seperti keutamaan bekerja, akhlak dan sifat wara’ dalam bekerja.
Juga membincangkan topik berdikari, harta dan tawakkal. Lepas baca, pasti dapat faham pendirian ulama dalam kemestian pencarian rezeki dan harta dalam Islam.
Bagi yang fikir Islam tu agama zuhud / kuno dimana pencarian harta dan kerja tu tak penting, buku ni akan bantu betulkan fahaman. Ingatlah, “ketidakbergantungan adalah sebahagian kesejahteraan”.
Juga menekan bab akhlak, adab dan zuhud dalam bekerja. Sangat bagus untuk setiap pekerja dan peniaga.
Buku kedua daripada Inisiatif Belanjawan ✅ Buku ni ialah buku terjemahan daripada kitab Abu Bakar al-Khallal, anak murid Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam ni ada kompilasi hadis tentang keutamaan untuk bekerja, sifat tawakkal yang sebenar dan tegahan daripada meminta-minta. Beberapa nama rasul yang bekerja juga disenaraikan—bukti Islam tak suruh pun umatnya beribadah khusus 24/7.
Zaman al-Khallal ada ramai ahli sufi yang “bertawakkal” semata-mata dan menyebarkan fahaman tersebut, al-Khallal panggil mereka sebagai ahli sufi yang palsu. Yang penting buku ni ada bibliografi daripada penterjemah itu sendiri.
كتاب جيد من حيث المنقول، وإن كان به منقول رأيته غير ضارب في الموضوع بقوة كأنه بدهي، ولكن تعليقات الشيخ أبو غده روّح الله روحه كانت نفيسة وكذلك المنقول عن النبي صلي الله عليه وسلم، ويوجد حديث فيه تبيين وفوائد جمة لطريقة النبي في تبسيط الطريق لمن يشتكي الفقر ومساعدته بالعلم وليس المال إلا للفقر المدقع. كما هناك فوائد أخري في تبيين شيء من حياة الإمام أحمد ورأيه في العواطلية البطالين.
Buku seumpama ini jadi mesin masa bagi saya: Melihat ulama dan masyarakat zaman dahulu berbincang seputar mencari rezeki, lalu pendirian mereka diambil dan dibawa ke zaman ini dijadikan penyegar semangat untuk terus bekerja.
Berisi hadis-hadis tentang pentingnya bekerja untuk seorang Muslim. Seseorang yg bekerja tentu lebih utama karna gak bergantung, minta-minta dan menyusahkan orang lain. Meski begitu, gak perlu berlebihan, sekadar mencukupi kebutuhan dan tanggungan seseorang. Jangan sampai bekerja membuat kita lalai dari beribadah kepada Allah. Jangan berlebihan dalam berbelanja. Lastly, tawakkal bukan bergantung pada Allah semata, tapi butuh ikhtiar pula. Jangan justru berserah diri kepada Allah tetapi dalam dirinya justru berharap diberi pakaian dan makanan oleh orang lain.