Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menunggumu

Rate this book
“Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, mesti Rhea pun suka Adam.”

Rhea itu anak yatim. Anak kawan baik Mama Sarah. Rhea itu parasit yang menumpang di rumahnya. Sedari hari pertama matanya melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis itu. Niat Mama Sarah untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat memarakkan lagi perasaan tak sukanya.

“Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam.”

Adam boleh naik sawan kalau begini. Keputusannya memaksa Rhea membantah niat Mama Sarah mendatangkan bencana besar. Rhea berani menyebut mahu menjadi isterinya? Dalam banyaknya alasan untuk membantah niat Mama Sarah, Rhea memilih alasan mahu berkahwin dengannya? Dan Mama Sarah pun, terus setuju dengan permintaan Rhea? Apa dunia sudah mahu kiamat?

Adam memberontak. Adam sengaja menolak menjadi jurutera seperti ayah dan memilih menjadi pilot. Adam belajar di luar negara. Habis belajar, Adam bekerja pula di luar negara. Dia senang terbang bebas di langit sana. Bertahun-tahun dia menjauhkan diri. Malangnya, jarak masa bertahun-tahun itu tak berjaya membuat Mama Sarah lupa pada permintaan Rhea.

“Berapa lama lagi Adam nak berfoya-foya dekat luar tu? Mama dah beri Adam masa lapan belas tahun untuk buat persediaan. Dah sampai waktunya Adam berkahwin dengan Rhea.”

"I'm not sure I can. I don't think I can. Saya tak boleh berkahwin dengan Rhea. Saya akan berkahwin dengan wanita yang saya suka. Dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat."

Sudah berjuta kali dia menepis. Dia bercinta dengan Mai. Dia bertunang dengan Dayana, tetapi kenapa akhirnya Rhea juga yang menjadi isterinya? Kalau pun dia mengaku dia pernah suka pada Rhea, tetapi Rhea masih seorang perampas. Rhea itu penyebab dia kehilangan perhatian mama!

Memang dia berperangai seperti anak kecil. Memang jiwanya tak pernah dewasa sejak dia tahu kebenaran. Kebenaran yang melarangnya untuk bahagia. Atau sememangnya, dia dilahirkan bukan untuk mencipta bahagia?

“Kita berpisah, Adam. Kita tamatkan semua ni.”

540 pages, Paperback

Published April 1, 2021

10 people are currently reading
89 people want to read

About the author

Pena Kayu

42 books84 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (34%)
4 stars
15 (34%)
3 stars
11 (25%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
May 2, 2024
Sukaaaa

Tapi tak berapa suka dengan Rhea.. baru 15 tahun dah gatal nak kahwin 🤭😄 alaaa yelah orang tahu fiction but rasa cam awkward kot baru 15 tahun dah aim nak kahwin gan Adam

Perjalanan masih panjang lagi 😄

Tebal gak buku tapi itulah ralit pulak baca. F nak tahu apa jadi.. kenapa mama Sarah buay begitu? Macam² F fikir.. dah kenapa ekk.

Dah nak ending barulah F dapat tahu. Tak sangka ekk . Korang bacalah sendiri
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
May 17, 2021
540 mukasurat yang buat akak menahan rasa hati yang bukan sedikit. puan penulis Pena Kayu seperti biasa, dengan kekejaman beliau melakar sebuah kisah yang sangat sarat dengan emosi. tak perlu ramai pendukung watak. tapi watak-watak yang ada itulah yang mampu mencalarkan setiap rasa yang timbul.

mama jannah dan mama sarah. kedua wanita yang mainkan peranan ibu dengan cukup baik dan hampir sempurna. tapi hampir sempurna itulah yang membuat rhea dan adam hampir gila. rhea anak angkat mama jannah dan adam anak mama sarah. mereka mula tinggal sekali bila mama jannah meninggal dalam kemalangan.

walau macam mana keras dan kasar adam melayan rhea tapi itulah yang rhea suka hadap. silapnya bila dia konon mahu mengenakan adam yang tak mahu mama sarah mengambil rhea sebagai anak angkat. konon dia tak nak jadi anak angkat mama sarah sebaliknya dia mahu menjadi menantu mama sarah. budak yang baru masuk umur belasan, dah pandai nak menggatal, mana tak adam mengamuk?

dan hasil dari 'permintaan gila' rhea buat dia dan adam sentiasa 'panas'. kalah anjing dan kucing kalau bergaduh. tak faham jugalah kenapa mama sarah mati-mati hendak mereka berkahwin. hingga sanggup ketepikan mia, tak pedulikan dayana. mata tuanya hanya nampak, rhea jodoh adam.

tapi, hati. memang tak ada siapa tahu. kenapa adam begitu membenci rhea? rupanya dia tahu rahsia yang mama jannah dan mama sarah simpan.

bertahun dia memendam.
bertahun dia menyimpan.
bertahun dia menunggu.

tapikan, memang rasa nak sugun kepala dua-dua bila bergaduh. haishh... memang macam tu ya nak zahir apa yang terpendam dalam hati? tak boleh nak bincang elok-elok?

betullah. perkara lalu memang tak mampu diulang untuk diperbetulkan kesilapan dan kepincangan yang ada.

tapi

tetap boleh redha menerima dan memaafkan segalanya demi masa depan yang lebih baik.

kenapa tak nak cuba?
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
May 27, 2021
4.8

Sukaaa!!!

Kata penulis novel kali ini tak ada plot twist. Kecewa la sikit sebab memang harapkan plot twist dari kepala bergeliga puan penulis kita.

Butttt...

Tetap tak mengecewakan. Sangat berbaloi sebab novel ni setebal 500+. Sepanjang bacaan, memang tak boleh berhenti selak mukasurat. Again, memang besttt👍👍👍
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
September 3, 2023
ya Allah xpernah lg rasa baca buku tu toxic sgt. ugh. half of the story pasal nak kawin tak nak kawin. tapi best! mula2 je rasa cam nak muntah sbb toxic sgt. last2 bru cool down. heheh and tekaan aku tepat kali ni
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
August 17, 2023
Nah.. habis jugak akhirnya. Lelah dengan perangai masing-masing. Rhea dijaga oleh Mama Sarah setelah kematian Mama Jannah dan suaminya. Bermula dengan itu Adam, anak Mama Sarah langsung tak menyukai Rhea. Pantang berjumpa mesti bergaduh. Ye, kecil-kecil lagi Rhea ni dah menggatal nak jadi isteri Adam. Sebab tu lepas daripada kata-kata Rhea tu, Mama Sarah nekad nak jadikan Rhea menantunya. Asalkan bila bahagian Mama Sarah je, itu je lah yang disebutnya berulang-ulang. Sampai ke hujung usia, besar harapannya nak Adam dan Rhea berkahwin.

Nak menyesal dah tak guna. Hadap je la dengan perangai Mama Sarah. Dalam hidup Mama Sarah mesti ada Rhea. Adakalanya sikap Mama Sarah kebudakan. Selalu melebihkan Rhea. Ini juga salah satu sebab kenapa Adam tak suka pada Rhea. Terasa di anak tirikan. Banyak rentetan kejadian dalam hidup Adam. Bermula dengan keputusannya untuk jadi pilot, belajar dan bekerja di Australia, berkawan dengan Mai, kemudian bertunang dengan Dayana sehinggalah terpaksa berkahwin dengan Rhea. Semuanya ada sebab kenapa Adam sedemikian. Dendamnya sudah bertahun dipendam.

Memang menyampah la dengan Adam dari mula sampai akhir. Bergaduh dengan Rhea. Suka menyindir. Apa yang jadi pada Adam, dia akan salahkan Rhea. Tapi di akhirnya, Adam sebenarnya sayangkan Rhea. Dah tu kenapa suka cari pasal dengan Rhea. Adam ni pun sama je dengan Mama Sarah. Nak dapatkan sesuatu buat helah yang agak memalukan. Rupa-rupanya ye....

Rhea memang dah cinta mati dengan Adam. Move on la macam mana pun tetap Adam di hati. Kena mengutuk, mengata dan marah pun still Adam yang dia suka. Kan senang kalau Adam cerita apa yang berlaku. Rhea fikirkan apa salahnya sampai Adam membencinya sungguh2.

Terbaik lah penulis bagi hati saya ni sakit hati dan dalam masa yang sama rasa sedih. Oh ye, Air Asia tak ada buat trip ke Europe. Tapi si Adam ni sampai terbang ke London.
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
June 18, 2023
Minta maaf, tapi 3 per 4 dari buku ni, cerita pasal Adam tak nak kahwin dengan Rhea dan Mama Sarah dok paksa diaorang kahwin. Itu je. Lelah baca. Dah la si Rhea tu baru 12 tahun tapi dah gatal nak kahwin. Apakah?? Terpaksa skip² baca. 1 per 4 dari buku ni je baru cerita tu bergerak.
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
January 24, 2022
Novel kedua karya PK yang aku baca. Aku interesting dengan prolog dia. Siapa budak terbuang tu? Aku agak orang lain tapi orang lain rupanya.

Awal² lagi penulis dah bagitahu cerita ni tak ada twist plot, cerita simple sahaja. Pun begitu, aku enjoy dengan kisah Rhea dan Adam.

Aku rasa agak jengkel sikit dengan watak Mama Sarah yang memaksa Adam dan Rhea berkahwin, walaupun pengakhirannya penulis beritahu sebabnya. Aku still rasa annoy.

Kenapa aku annoying? Terlalu terdesak memaksa sampai mencalarkan maruah orang!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
March 8, 2023
*masih bacaan untuk bulan Februari*
.

[BOOK 22]

Menunggumu by Pena Kayu.
.

Buku PK jaranglah tidak memuaskan hati aku, but unfortunately, kali ni, buku ni bukanlah secawan kopi yang aku suka.
.

Sebabnya, aku penat dengan segala pertengkaran dorang ni. Dari awal sampailah ke akhirnya.
.

Rhea ialah anak angkat Mama Jannah. Dan bila Mama Jannah meninggal dunia, Mama Sarah mengambil Rhea sebagai anak angkat. Tapi tindakannya tidak dipersetujui oleh Adam, anak Mama Sarah.
.

Dan bila Mama Sarah nekad untuk mendaftarkan Rhea sebagai anaknya, sebagai tanda protes terhadap Adam, Rhea bagitahu yang dia tidak setuju kerana dia ingin menjadi menantu Mama Sarah.
.

OMG. Budak berusia 12 tahun dah berfikir macam tu. hahaha
.

So, pergaduhan mereka berlarutan bertahun lamanya. Tambah lagi, bila Adam kenalkan girlfriendnya, Mama Sarah tidak setuju. Asyik duk paksa Rhea dan Adam kahwin.
.

Okay, generally, kisah kali ni sangat menjengkelkan aku. Aku tak boleh terima budak 12 tahun boleh bercakap pasal kahwin menantu bagai. Lepas tu, aku sangat annoyed dengan karakter Rhea, Adam dan Mama Sarah. Memang menyebalkan aku la. hahaha
.

Ada je twist seperti kebiasaan PK.
.

Oh ya, satu lagi, aku lebih prefer kalau Mama Sarah sekadar ditulis sebagai mama. Sebab jenuh jugak nak baca banyak kali. Melainkan watak Mama Jannah dan Mama Sarah muncul serentak.
.

Otherwise, buku ni masih menarik untuk dibaca.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 13, 2021
Dah baca, best, tp x puas happy ending Adam & Rhea sikit sangat.. Dari muka depan sampai dah nak ending asyik bertikam lidah..
Profile Image for Yan.
115 reviews2 followers
September 24, 2023
Kalau you all tak suka baca buku di mana main characters nya asyik gaduh dari mula sampai habis, then, jangan grab buku nie…🫣

Rating: 🌟🌟🌟🌟

Seorang wanita, yang merupakan anak yatim piatu. Dari kecil dibesarkan oleh ibu angkatnya dengan penuh kasih sayang. Ibu angkat tersebut ada seorang anak lelaki. Dari mula, ibu angkat tersebut nak jodohkan anak lelakinya dengan wanita tersebut. Tapi, anak lelakinya tak mahu. Memang benci sungguh kat adik angkatnya tue. Hari2 mesti marah, hina adik angkatnya. Dari kecik sampailah besar. Tapi kan, kenapa anak lelaki tue benci sangat kat adik angkatnya? Adakah si ibu angkat ini akan berjaya untuk menyatukan mereka berdua?

ML - Adam
Pilot. Handsome. Tua 5 tahun dari FL. Dari awal, dia rebel kat mak nya. Sebab tak nak kahwin dengan FL. Sanggup study oversea, tak balik beraya bertahun2 sebab tak nak tengok muka FL. Benci sungguh la. Tapi, benci2 tue, ada jugak perasaan sayang. Betul lah orang tua kata, jangan benci sangat, nanti yang tue lah jodoh kita. Eh, camtue eh ayat dia? 😅🤔

“𝑺𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒏𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒂𝒌𝒖. 𝑨𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒏𝒊.” 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝒕𝒐 𝑹𝒉𝒆𝒂.

ML cakap kat FL while holding and kissing her hands. Kita part nie memang dah golek2 atas katil dah…😍

FL - Rhea
Kesian sangat dengan FL nie. Dia tak faham kenapa ML benci sangat kat dia. Tapi, bila FL cuba melarikan diri, jatuh cinta dengan orang lain, mulalah ML cuba nak tackle dia. Kita rasa nak ketuk2 jer ML tue. Nasib baik character FL nie jenis kuat. Tak mengalah dengan nasib. Jenis akan terus berusaha.

Ada watak orang jahat yang cuba nak bunuh FL. Dalam buku nie, ada banyak sangat rahsia. Orang nie ada rahsia, orang tue ada rahsia. Bila dah terbongkar, baru faham, kenapa orang jahat tue nak bunuh FL. Kenapa ML benci sangat kt FL.

Buku nie boleh dikatakan agak sempurna dari segi plot. Takder plot hole. Kalau yang kita perasan lah. Semua scenes ditulis dengan baik. Tapi, nak pesan siap2, dari awal sampai almost kat penghujung, memang ML & FL asyik gaduh dan bertekak mulut. So, kalau you all jenis tak suka macam tue, elakkan lah baca buku nie. Nanti naik darah tinggi you all.

For me, kita suka. Sebab kita suka that kind of tension. The angst. Macam sebenarnya dierorang tengah flirt, padahal tengah perang mulut tue…🤣 Tapi, as usual, penulisan Pena Kayu nie, akan membuatkan you all question setiap tindakan ML (especially). Sebabnya, banyak tindakan dia memang lah tak masuk akal and I would consider, tak bermoral jugak lah…😩

Typo error tak banyak. Penulisan pun, as usual, from this author memang sedap dan kena dengan selera kita.

Apa2 pun, good job untuk author for this book. Buku tebal, tapi plot tak dragging. Puas hati baca buku nie. Teruskan berkarya, author…👍🏻👍🏻👍🏻
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.