buku ni sesuai untuk yang telah patah hati, tapi nak 'heal' semula. yang tak patah hati pun boleh baca, sebab dalam ni ada banyak perkataan Indonesia yang saya baru tahu saat membaca buku ini.
buku ini merupakan 'anak sulung' saya bagi kategori buku berbahasa Indonesia. haaa, lepasni saya nak beli banyak lagi in syaa Allah.
semua ayat dalam buku ni sangat tersusun, best sangat kalau baca. walaupun ada situasi yang saya tak boleh 'relate' / situasi yang ditulis oleh penulis tersebut (ada kot mungkin berberapa situasi), tapi saya sebak bila baca. saya sangat rekemen untuk anda beli karya ini. tak rugi baca.
ini yang paling seronok, dalam buku ni terdapat banyak corak dan lukisan yang 'aesthetic', sampai saya nak ambil gambar semua lukisan dalam buku ni. 😂 tulisan yang digunakan pun 'aesthetic' juga. seolah-olah kita membaca surat gaya orang zaman dahulu !!!
baiklah, setakat ini sahaja reviu saya. maaflah, kali ni pendek je sebab tak tahu nak ulas apa lagi pasal buku ni. in syaa Allah lain kali, saya cuba tulis panjang lagi macam biasa. 👍
saya beli buku ini daripada @nukilan.biruni (Shopee) dan anda boleh juga cari dekat @myindobook (Shopee) kalau nak cari pelbagai buku berbahasa Indonesia.