Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Shadow Series #3

Code Name Wolf

Rate this book
2021. BLACK OPERATION
Objektif: Menjatuhkan Black Diamond Group, sebuah syarikat konglomerat yang sebenarnya dalang di sebalik pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Misi: Menyelamatkan mangsa-mangsa di bawah Black Diamond Club
Sasaran: Madam Lee

"Apa kau buat di sini?"

Semuanya bermula dengan persoalan itu. Wolf bertemu kembali dengan wanita yang selama ini menguasai hidup dan hatinya.

"I'm here for Madam Lee. Hanya itu."

Wolf mengerti. Wanita di hadapannya bukan lagi wanita yang suatu masa dahulu dia kenal. Di antara mereka kini hanya tinggal urusan Black Operation. Dia sebagai Wolf. Wanita itu sebagai Pheonix.

Namun...

Berdepan dengan seorang Pheonix, bukanlah semudah yang dia jangka. Kerasnya wanita itu terlalu mencabar dirinya. Apatah lagi, di antara mereka sebenarnya terjalin satu perhubungan yang tidak semudah itu putus.

"Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila."

Tidak cukup dengan itu, kemunculan Madam Lee di hadapan mereka menghuru-harakan lagi keadaan. Pheonix jadi semakin tidak terkawal. Wolf semakin terdesak. Di antara menyelamatkan isterinya, atau membiarkan Pheonix terus-terusan terperangkap dalam matlamat gilanya. Kerana, sesungguhnya, dia juga mahu membunuh mereka.

"You're mine. Mereka dah sentuh apa yang jadi hak milik aku. Jadi, mereka akan jilat akibatnya."
"Aku tak perlukan kau untuk balas apa-apa bagi pihak aku. Biar aku yang buat sendiri."

Permainan kini bermula. Di antara sang serigala yang mahu menjadi pelindung, dan seorang Pheonix yang bangkit dari abu kemusnahan. Namun yang nyata, mereka berdua ialah pasangan pemusnah. Mereka... akan emnguburkan Black Diamond Group.

712 pages, Paperback

First published April 1, 2021

15 people are currently reading
333 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books464 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
124 (73%)
4 stars
39 (23%)
3 stars
4 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
March 25, 2023
Ambik masa lama juga nak ada mood baca CNW sebabnya tak boleh move on dengan cerita CNC. Cobra is still my love at first sight gitu and forever will be dalam series code name ni. 😆


Sebenarnya CNC dan CNS dah pernah baca tapi malas nak update review. Sekarangkan dah lupa nak tulis apa. 😔


Macam biasalah, kalau dah buku yang ke-3, mestilah game villian dah level up. Black operation kali ni fokus kepada isu pemerdagangan manusia. Isu yang berat kali ni sebab berkait rapat dengan negera jiran iaitu Thailand dan betapa bahaya aktiviti ni kerana boleh memberi kesan terhadap negara kalau tak dibendung.


Dapat banyak info pasal isu pemerdangan manusia ni. Daripada tak tahu, terus tahu banyak benda macam proses tapisan, pengkelasan dan ‘binatang-binatang’ yang terlibat dalam aktiviti ni.


Of course, kali ni more fighting scene sebab both FL dan ML punya speciality dalam hand to hand combat.


Kemunculan semula Phoenix, buatkan Wolf jadi tak tentu arah. Dia yang serious sebenarnya clingy gila dengan Phoenix. I can not take this, sir 😭✋🏻. Their character development menarik. I mean, they are matured enough to handle problems and give relevant solutions haa gitu. Bukan typical romance yang sugary tahap potong kaki tu.


I like both Cobra and Shark reaction bila dapat tahu hubungan Wolf dengan Phoenix. Diorang punya reaction hahahaha memang priceless sangat. Both are shakinggggg. 😂


Target kali ni Madam Lee. I like her character actually. She is really like a villian but not too evil. Dia punya stories tentang dark past dan current life situation buatkan aku rasa ‘girl, she deserves betterlah’. Terus rasa kesian beb. 🥲


Last but not least, aku suka epilog cerita ni. Like, I didn’t expect that but I love it. Ok tu je. Edit review ni banyak kali sebab baru perasan typo bersepah. 😌
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
January 29, 2023
My own rate for this book: 5⭐

Antara CNC, CNS, dan buku ni, buku ni paling banyak action scene. Memang gempak la action scene dia bagi aku. 🤌🤌

Buku ni awal-awal lagi dah ada plot twist 😆 Aku tak expect gitu, memang aku mcm eh eh eh. Tapi sebab benda tulah, cerita ni buat aku tertanya-tanya apa la yang dah terjadi dekat ML dan FL. Aku memang terhibur habis setiap kali part ML tak boleh control emosi, yalah daripada CNC dan CNS, Wolf ni punyalah takda emosi, tenangg ribut jiwaa je selalunya dia ni 🤣 Bila dalam ni, macam2 reaksi yang dia tunjuk buat aku rasa 'tulah dulu cakap dekat Cobra dengan Shark mcm tu, skrg bila diri sendiri 🤭' kan dah kena. Phoenix pula ya ampun dia punya degil tu kadang2 tak boleh bawa bincang. Sesuai sgt la dengan Wolf 😅 Satu yg aku boleh nampak, mcm mana kalau kita tak dpt lupa bnda yg lama, bnda tu sampai bila pun akan mengganggu kita, dan affect hubungan kita dgn org sekeliling kita. Towards the end, ada lagi satu plot twist. Yang tu sedihhhhhh 🤧

Overall, cerita ni memang best. Ok nak sambung saving lucy terus 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Glow.
79 reviews
July 28, 2024
4.85 star

Aku rasa dalam banyak-banyak karya Sara Aisha, ni antara novel action yang bagi aku paling 'the best' lah. Action dalam ni paling aku suka if nak compare dengan novel penulis yang lain.

Dalam ni, banyak babak action. Pace laju dan plot bergerak dengan cukup kemas. Tak ada part meleret. Just nice. Chemistry Wolf dan Phoenix memang aku suka. Awal-awal lagi dah rasa. And of course, aku suka hero macam Wolf. Kadang-kadang aku jealous dengan Phoenix sebab dia dapat Wolf 😭☹️

Isu dalam novel ni memang kesukaan aku. Topik pemerdagangan manusia memang antara topik paling aku suka dalam banyak-banyak topik sebenarnya. Entahlah. Aku tertarik sebab topik ni melibatkan realiti gelap kehidupan dan aku sangat kesian dengan mangsa yang terlibat. Bila ingat topik ni, terus aku rasa bersyukur dengan hidup aku. I know life sometimes can be triple hard but kat luar sana, ada beribu (maybe berjuta) orang lain yang nak pilih untuk berada dalam 'kehidupan' yang kita selalu rungutkan ni.

Then, 1 watak ehem tu memang buat aku menangis. Tak sangka twist CNW menyedihkan. Hmm. Cuma tulah, aku kurenggg dengan watak "mastermind" tu. Rasa macam watak tu kena kembangkan lagi kejahatan dia tu untuk bagi lebih feel. Sebab aku rasa tak cukup. Maybe kemunculan mastermind tu kena lebih banyakkan sikit.

Dan penyelesaian bila nak hujung tu pun. Kalau bagi lebih 'tension' fuhh confirm lagi rasa membuak-buak nak terkam watak jahat tu hehehe. Sebab bagi aku macam kejap je dah settle yang hujung tu. Tapi ni bagi aku lah.

Overall, aku puas hati dengan novel CNW ni. Aku harap Sara Aisha akan terus menghasilkan novel action dan etc yang of course ada ilmu dan membawa pengetahuan luas buat kami as para pembaca. Apapun highly recommended.

You guys, please baca novel ni k?
Profile Image for astread.
77 reviews6 followers
February 9, 2023
Ingatkan abang sulung ni terpaling tenang hahaha rupanya ribut jiwa jugak bila jumpa wife sendiri. Suka tengok side wolf yang ni ingatkan wolf ni keras beku je. Beli 2021 tapi baru boleh baca 2023 sebab ada attachment issue dengan Cobra. Memang cinta pandang pertama betul. Tetap tak boleh move on walaupun dah baca buku ketiga ni and jumpa abang wolf yang lagi hot sebenarnya hahaha.

Wanita itu laksana bulan purnama yang mampu mengawal sang serigala. Yes, she’s phoenix.

Sayang dengan Malee. My strong Malee.

P/s: Cik SA, tolong buat sorang watak yang single & available. Letih la nak gaduh dengan perempuan lain.
Profile Image for Fiqa Najwa.
63 reviews
May 29, 2024
Buku ni memang sesuai dengan ayat "Every villian has its own backstory". Disebabkan dah lama tak tulis review, busy, daku tak tau nak tulis apa. Apa² pon korang kena baca sebab action and romance well balance! Later tak sabar nak habiskan series ni with saving lucy pulak.
Profile Image for Siqahiqa.
580 reviews109 followers
August 17, 2021
The Shadow kembali sekali lagi bersama operasi yang diberi nama Black Operation. Kini diketuai oleh abang sulung yang sentiasa berfikiran rational iaitu Wolf. Objektif operasi ini adalah untuk menjatuhkan satu syarikat yang terlibat dengan pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara. Sasaran utama adalah Madam Lee dan The Shadow turut dibantu oleh Phoenix, seorang wanita yang boleh meruntuhkan kawalan emosi Wolf.

CNC dan CNS membawa cerita ejen bercinta dengan subjek dan aku sungguh berharap agar CNW tidak melalui perkara sama dan penulis berjaya memberi kelainan pada hubungan Wolf dan Phoenix. Sepasang suami isteri yang berpisah empat tahun lepas hanya selepas 24 jam dinikahkan. Aku suka kalau hubungan suami isteri. Ada semacam satu perasaan lain tau ❤️

Permulaan cerita lagi sudah wujud magnet yang menarik aku untuk terus membaca buku ini. Hidangan sudah cukup enak, rasa nak habiskan "makan dan hadam" dengan pantas! Pengenalan kepada setiap watak, plot dan jalan cerita disusun dengan sangat teratur. Satu demi satu persoalan timbul bersama babak baru dan seterusnya diterangkan dengan sempurna oleh penulis.

Sungguh aku bermain dengan emosi sepanjang membaca buku ini. Bagaikan tersiat-siat hati ketika mengetahui kisah tragis Phoenix. Silih berganti emosi dalam setiap plot. Ada juga perasaan berbelah bagi sama ada mahu simpati atau marah pada Madam Lee. Tapi di akhir cerita, aku memilih untuk bersimpati padanya. Berat hati membaca kisah mereka, berat lagi bahu memikul 🥺

Aku benar menyukai Wolf dari CNC lagi. Lelaki rasional dan tidak menunjukkan sebarang emosi. Namun, dalam CNW, kemain beremosi lagi si Wolf. Apabila berhadapan dengan isteri, lelaki mana yang tidak beremosi kan? Cobra pula sudah aku nobatkan sebagai penyeri dalam The Shadow Series. Aku suka adegan dia menyambung kata dengan Shark untuk kenakan Wolf. Comel!! 🥰

Aku kagum dengan Wolf. Walaupun ada sedikit kegagalan sebagai seorang suami kerana telah taksub dengan misi sehingga tidak sedar dia mengabaikan perasaan isteri. Dari sudut lain, dia lelaki yang benar bijak mengawal emosi, sentiasa berfikiran rasional dan bertindak dalam kawalan. Sikap yang perlu ada buat kita semua.

Ada beberapa bahagian dalam buku ini yang berdasarkan fakta sebenar. Kalau baca buku Sara Aisha, sila baca trivia tau. Ada juga satu bahagian yang aku rasakan terlalu panjang. Bab berlawan bersama orang penting itu tiba. Tak boleh sebut nama, satgi spoiler 😂 Dan barulah tahu nama sebenar Wolf. Alahai, sedapnya nama 🥰 Cik SA suka tau bagi nama sedap untuk watak fiksyen beliau.

Highly recommended this book for those who loves to read action-thriller. Epilog buku ini sudah memberi petunjuk akan kemunculan novel aksi-thriller seterusnya daripada Cik SA. Yesss! 🥰

Rating: 4.8/5

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 20, 2021

"Hakikatnya... Kita bukan orang yang berpegang pada emosi. Emosi bagi kita, cuma akan menjatuhkan. Akan membuatkan kita lemah, tersungkur dan tak boleh bangkit semula."

Aku meletakkan expectation yang agak tinggi untuk Code Name Wolf. Mungkin sebab aku pernah baca CNC & CNS, dan rata-rata review yang aku baca meninggalkan review yang sangat positif. So, apa yang aku boleh cakap, setelah baca bersama-sama dengan qil, Code Name Wolf ini betul-betul, memenuhi expectation dan citarasa aku.

Permulaan cerita yang mampu buatkan aku untuk terus kekalkan pembacaan, perjalanan cerita yang cepat, semakin lama, semakin menarik untuk diterokai. Gabungan watak dan perwatakan seimbang dan saling melengkapi antara Wolf, Phoenix, Cobra & Shark. Perincian cerita yang sangat tersusun dan dialog-dialog yang jelas memberi rasa, seolah-olah aku berada dalam kasut Wolf & Phoenix.

Ternyata kali ini, ada dua perkara yang betul-betul membuatkan aku terkesan.

Pertama, hubungan antara Phoenix & Wolf. Aku agak terkejut sebenarnya dengan kemunculan Pheonix di awal cerita tetapi sebenarnya kemunculan itulah yang menjadi kekuatan kepada keseluruhan cerita. Mengujakan apabila phoenix bersedia bertemu dengan Wolf semata-mata untuk menjayakan misi Black Operation, tetapi Wolf sebaliknya. Phoenix yang cuba kembali untuk menuntut keadilan bagi seorang yang banyak berjasa tanpa dia sedar dan juga mengembalikan hak kepada seorang yang telah ditinggalkan lama.

Wolf yang sentiasa bersedia, fikiran selalu kehadapan dan keputusannya selalu nekad. Tetap juga seorang yang beku dan dingin sehingga bertemu semula dengan Pheonix. "Phoenix... she's really something. Berjaya buat Wolf yang aku kenal jadi macam ni." Siapa je lah tak suka dengan Wolf kan?

Kedua, perincian dan penyampaian penulis dalam mengetengahkan isu pemerdagangan manusia sebagai isu utama dalam black operation, dari satu peristiwa ke satu peristiwa besar yang penuh kejutan, dari satu tempat ke tempat lain, aksi-aksi yang dibawakan, emosi yang diselitkan, sempurna! Highly recommended! Tahniah Sara Aisha! Teruskan menulis cerita sebegini!
Profile Image for SA.
293 reviews29 followers
February 4, 2023
This. Is. A. MASTERPIECE. That's all that I can say.

Solid 5 stars! ⭐⭐⭐⭐⭐



No, who am I kidding? I HAVE A LOT TO SAY - bear with me. Have you ever had the experience of constantly thinking about a book while going about your everyday routines? This book did that to me.

Code Name Wolf - The final instalment of The Shadow series. Following this series, it should come as no surprise to everyone that Wolf is a cold, icy guy - and often times referred as the 'emotionless guy' by his brothers, Cobra and Shark. (sssss... he's cold but he's hot HAWT. Don't come at me, I am being very biased right now. I should probably mention this, I have a thing with this kind of character, haha.)

In CNC and CNS, Wolf's role was to put them back on their feet, with the harsh reality when they got sidetracked. As a rational man, his main focus was always on the missions, and in CNW, he has his own called:

⚫ BLACK OPERATION ⚫

And what's more thrilling is, he has to work with someone he knows. That someone is Phoenix. Who is she to him? And why was he so jaded towards her? Ahem. Drum roll please!



It really piqued my interest. And, no, I did not read the blurb because I refuse to spoil myself.

All I can say is, it shocked me to my core after she was revealed. Boyyyy, I did not see that coming! When they finally met, the cold personality of Wolf slowly seemed to go haywire. He became everything but that.

“You have no idea, betapa aku sedang mengawal diri aku sekarang.”Wolf

“Aku belum minta maaf, kan? Sebab empat tahun lalu.”Phoenix

I then understand why he acted the way he did. Despite the emotionless façade, he was hurting inside. I'm not gonna comment further on that since I'm not the type to spoil a story but hear me out, HE IS STILL THE MOST RELIABLE MAN EVER. He's a man of small gestures, I just melt into a puddle everytime he does that. Can I have someone like him too, please? ㅠ.ㅠ

Okay, back to the story. Then, someone from Phoenix's past came in. As for Madam Lee... She deserved better. I feel like hugging both of the ladies because they went through a lot. These two are the epitome of how strong a woman can become when being strong is their only option.

The plot has flashbacks every now and then, but it did not affect the flow at all. The action scenes are just... *chef's kiss. Everything was described perfectly, and I appreciate how Sara Aisha put emphasize on the details—as if there's a movie running in my head. That is not easy to achieve, great job! The last hundred pages made me restless, I kid you not. Very minor English grammatical errors, but it did not deter my interest in continuing.

This book made me go through all sorts of emotions. I gasped, I felt butterflies, I bawled. But the part Wolf's name was revealed? Ugh, my heart cannot take it.



I think I have found my ultimate favorite pairing from The Shadow series. Don't get me wrong, I super love Athena x Cobra, but Phoenix x Wolf is on another level. Ugh!



Although I'm curious what happened to Lucy, I'll need some time to recover from my Wolf phase. Will I ever be able to do that? Most likely not. And I'm not even going to complain.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
August 30, 2021
Maka lengkap la the shadow series kalini. Cobra, Shark & Wolf. Tapi jujurnya aku cakap , CNW ni serius buat aku goosebump saat membacanya. Aku tak tau kenapa. Tapi aura CNW ni sgt berlainan drpd Cobra dan Shark. Mungkin sebab Wolf merupakan abg long
.

Wolf-Phoenix-Black Operation. 'Subjek' terpenting dalam CNW. Wolf sering digelar Si Beku disebabkan perangainya yg sgt dingin. Tp dia memainkan watak abang2 dlm The Shadow. Sentiasa memberi nasihat2 kpd Cobra dan Shark. Tapi sebenarnya, dia juga manusia biasa yg ada ketikanya rapuh dan telah menyimpan rahsia hidupnya. Dan antara rahsianya adalah Phoenix
.

Phoenix, kehadirannya di markas the shadow membawa tanda tanya. Ditambah pabila Puan Ana Maria, ketua The Shadow menyatakan bahawa mereka ada misi baru. Jadi apa perkaitan antara Phoenix dan misi the shadow? Tapi, kehadiran Phoenix menggoyahkan tembok beku Wolf. Siapa Phoenix pd Wolf?
.

Black Diamond Group, sebuah syarikat konglomerat yg merupakan dalang disebalik kegiatan pemerdagangan manusia di Asia Tenggara. Misi utama The Shadow adalah utk menyelamatkan mangsa2 yg terlibat dlm Black Diamond Group yg pd dasarnya dibawah naungan Madam Lee. Kegiatan utama Black Diamond adalah pelacuran dan sindiket pemerdagangan organ. Black Diamond Group bukanla syarikat yg biasa2, mereka mempunyai identiti mereka sendiri. Namun disebalik Madam Lee, masih mempunyai ketua lain yg merupakan seorang yg berpengaruh
.

Aku suka susunan cerita dalam CNW. Lebih teratur dr mula sampai ke penamat. Bahkan mula2 cerita dah menarik minat aku utk teruskan pembacaan. Untuk mencaritahu siapa Phoenix pd Wolf. Kenapa Wolf bersikap sarkastik terhadap Phoenix? Kenapa Phoenix menjadi salah seorang yg penting dlm Black Operation? Apa sebenarnya kaitan Phoenix dgn Black Diamond Group? Benda tu berlegar2 dlm fikiran aku dan membuatkan aku ingin menggali jawapan
.

Dan aku sangat2 sukakan nama penuh Wolf. In love giler
.

Aku sangat2 rekomenkan korang utk baca CNW ini, ada kelainan yg kak sara bawa dlm ini berbanding CNC,CNS. Tahniah kak sara utk the shadow series. Tp penamat dlm CNW ni membawa satu tanda bahawa akan ada cerita lagi selepas ini
.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
November 21, 2021
PERFECT! Berdebar² sepanjang pembacaan terutama part nak ke ending masa Phoenix kena tangkap dengan King. 😭😭😭 Lesson learned is bertenang dlm apa jua keadaan dan jangan ikut emosi.
CAN'T WAIT FOR CODE NAME LUCY! 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Profile Image for Aisyah Aziz.
48 reviews1 follower
September 12, 2022
Code Name Series kali ni saya bagi 10000/100 stars 🌟🌟🌟🌟🌟.

Ada sweet, sour, bitter. Complete!
Ada happy, sad, angry, shock, heartbreak. Complete! You won't expect that!
Ada value of friendship, leadership, family, obedience, honesty. Perfect!

Berdebar-debar sepanjang pembacaan, sungguh. Terpaling 'love' dengan hubungan Wolf & Phoenix this time. Ni bukan ayat pickup line macam Cobra dah, ni sweet dan care with each other yang boleh sentuh jiwa halus pembaca!

Love! Love! Love!
20 reviews
February 20, 2022
I cuba nk suka buku ni ( n the other 2 books too) tp mcm susah. The idea is there, but I'm not able to feel the excitement.
Especially the action scenes. The way how they are described, lebih kurang sama aja dengan buku2 author yg sebelum ni (the ones with similar genre). I do enjoy this type of genre, those with lots of action and thrill in it. And in fact i like Salju Kyoto, still am, but this series unfortunately, I can't say the same. Maybe it's just me.
Profile Image for Izzati Aisyah.
260 reviews41 followers
September 17, 2021
Dia memang penting untuk kau, kan? - Cobra

Sometimes in separation, everyone suffers. Those who leave, and those abandoned. - Shark

Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila. - Wolf

Aku boleh jaga diri aku sendiri. - Pheonix

Aku muncul depan kau berkali-kali. Tapi setiap kali itu, kau tak pernah cam aku. - Madam Lee

She is our only hope, she is the key in this operation. - Puan Ana Maria

Aku nak kau bahagia. Bagi pihak kau. Dan bagi pihak aku juga. - Malee

Aku juga sayangkan kau. - Darika

Good girl. - Qaiser

......

Ku rasa naskah CNW ni memang penuh emosi. Aku bekukan hati aku untuk menangis sebab ku kasi peluang untuk Wolf meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Kalau korang baca CNC dan CNS, akan tahu betapa misteri dan bekunya seorang Wolf bila bercakap fasal perempuan tapi dalam CNW ni, memang robek betul hati dia. Bila seorang isteri yang hilang selama 4 tahun muncul semula untuk satu misi.

Wolf juga punya hati dan perasaan. Sakit, marah, rasa tak dihargai oleh orang tersayang. Tapi semua yang berlaku bukan kehendak mereka. Phoenix ada alasan kenapa dia buat begitu. Nak salahkan Pheonix pun tak boleh sebab bak kata Shark, ada sesetengah perpisahan itu bukan 1 pihak je menderita. Boleh jadi kedua-dua pihak. Sama ada yang meninggalkan ataupun yang ditinggalkan.

Bila satu rahsia terbongkar, ku lagi kesian dekat Pheonix. Tak disangka orang yang dianggap dah mati rupanya masih bernyawa. Kembali menuntut semula 'hutang' yang dibawa pergi Pheonix setelah sekian lama. (kononnya) tapi sebenarnya ada satu alasan dia buat begitu tanpa Pheonix tahu. Penyesalan begitu mencengkam jiwa Pheonix sampai dia rasa bersalah untuk terus hidup.

Nasib ada seorang suami. Ejen Wolf. Yang selalu melindungi dan yang sentiasa menenangkan hati. Walaupun marah dengan kehilangan seorang isteri, tapi bila dah tahu kisah yang berlaku sepanjang 4 tahun kehilangan Pheonix tu, dia pula meletakkan rasa bersalah sebab tak ada di sisi Pheonix. Memang sesuai betul dua ejen ni jadi pasangan sehati sejiwa.

Jalan cerita CNW ni tak straight forward. Ada scene flashback tapi kita boleh faham dengan baik kronologinya dan buatkan kita nak tahu apa yang jadi seterusnya sampai habis. CNW ni juga ada satu nilai istimewa yang nak diketengahkan iaitu kuatnya ikatan persahabatan antara Darika dan Malee, sampaikan ada seorang harus terkorban. 😢Kisah Malee sangat tragis bagi aku.

Antara CNC dan CNS, pengakhiran CNW lagi manis. Yelah, memang patut pun sebab Wolf dan Pheonix berpisah lama dan bukan kehendak mereka untuk jadi begitu. Haruslah ada penutup yang sangat-sangat membahagiakan. Tapi ada juga terselit tanda tanya untuk sambungan The Shadow Series yang seterusnya. Saya rasa kali ni Cik SA nak ketengahkan kisah ejen wanita plak. Sebab dah ada 3 ejen lelaki yang sudah beraksi; Cobra, Shark dan Wolf. Siapa? Tunggu jelah sambungannya nanti.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
August 19, 2022
4.7/5 ⭐

i dont think i could ever move on from Wolf, and Phoenix 😤 they both just so perfect for each other tau 😭 apa tu orang cakap, couple made from heaven? gituhhh

misi: selamatkan mangsa perdagangan manusia.

its crazy how ada manusia yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup menjual manusia. and stupid! cause dorang pun human too???

there are scene where i rasa nak muntah, cause... too graphic doh! fuh. memang berdebaq ya last 100 pages tu. fighting scene pun uih *chef kiss*

ok nak fangirl kat Wolf ni siap sedia!

Wolf, dari CNC sampai ke bukunya sendiri, masyaallah, memang terpaling beku, tidak berperasaan dan HOOOOOT! *internal screaming!!!* bila pertama kali nampak Phoenix selepas disangkanya hilang, Wolf terkejut, jadinya, dia layan isterinya itu sangatlah dingin. bila dah diberi bawah misi yang sama, mereka ni, THE BEST DUO!!! ingatkan si Wolf ni terpaling dingin, lah, isterinya lagi dingin! red sikit Wolf ni sebab baran, tapi dia pandai kawal la (tak tak, saya buta. saya cuma nampak husband materialnya si Wolf ni. dan nama Wolf sangat handsome ya 🫶🏼🫶🏼)

Phoenix, man, i have the biggest crush on her! mereka suami isteri memang serupa! tapi kenapa Phoenix jadi begitu? kenapa dia menghilang dari radar? hehehe sila baca! saya rasa nak peluk erat erat Phoenix ni lepas tahu apa jadi 🥹 she deserved to be hugged, and loved (tapi awak rela tak nak bermadu dengan saya? heheheheh) bukan mudah dia buat keputusan untuk muncul kembali depan Wolf, tapi kenapa dia buat begitu?

there are a few parts where buat i rasa mual, nak muntah dan geli! lagi lagi bila fikirkan perkara ini terjadi di dunia nyata, disebabkan manusia manusia bertopengkan syaitan. mereka ingat, hanya kerana berharta, merekalah terpaling atas.

ps: sila baca ikut turutan ya code name series ni, in CNS ada spoiler CNC dan CNW ada spoiler CNS dan CNC.
Profile Image for addreads.
254 reviews24 followers
September 16, 2022
"𝐀𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐲𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥. 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚, 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐠 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐠𝐢𝐥𝐚."

suami?! terkejut? Ad lagi terkejut campur terkujat. Terungkai identity perempuan yg ada dalam epilogue CNS, Wife, iyeee betul tu wife abang Wolf yg selama 4 tahun Wolf cari. Why lama sangat? Baca dulu hihiihi🤭

𝘽𝙡𝙖𝙘𝙠 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣⚫️

Wolf or nama dia ????? hihihii handsome betul nama ermm😮‍💨 okay objective dia kena jatuhkan Black Diamond Group, syarikat yg membuat pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara😳 mission dia kena selamatkan mangsa - mangsa under Black Diamond Group and his target is Madam Lee😠

Tapi ada plot twist tau about Madam Lee😮‍💨 did not expected it at all😳yg sebenarnya Madam Lee tu ..... hmmm sedih sumpah. Ad nangis tau malam tadi beria pulak tuu eii HAHAHAHAH (padahal ni action tau eii meleleh pulak😌)

Okay, Wolf dari Cobra, ke Shark character dia memang paling menarik minat Ad tau, sebab dia serious sangat yg memang terpaling serious susah nak senyum susah nak ajak gurau gelak. Senang cerita scene dia dalam Cobra Shark memang takde nak gelak2 macam Cobra & Shark tau😂 memang buat Ad lagi nak korek tau. Btw Ad suka sangat this words..

Btw tak expect untuk dalam buku ni🤭 eiiii opposite betul Wolf ni sudahlah sy nak murung😌 Can see how perangai Wolf bila dengan Pheonix eii protective, kuat jealous, nakal ked eh sikit eh? ermm baca lah HAHAHAH, and sangat sangat sayang wife dia🦋

Sejujurnya CNW ni paling bagi effect kat Ad, effect how? effect meremang, sedih, takut, takut, and TAKUT😬 masa baca Ad macam uishh tak sangka ada manusia yg sanggup buat macam tu memang tak berperikemanusiaan langsung😤 Sumpah nak carut banyak banyak (dah tercurse pon😌) Tapi ending CNW Ad puas sangat! SANGAT PUAS🥰

But the epilogue ending JADI TAK SABAR NAK BACA SAVING LUCY PULAK🙈Overall best sangat. Faham kenapa orang cakap baca CNW ni macam tengok movie, sebab YES memang macam tengok movie🎞 Real gila😵 please baca tau baca baca baca😝
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
February 2, 2022
Suka wolf lagi dari shark. Hehe.
Profile Image for Manissah.
49 reviews2 followers
September 20, 2022
Best sangat! Tapi dah habis baca tu terkejut jugak baca trivia 😨 Saya rasa CNW tak sesuai untuk yang faint-hearted. Next, Saving Lucy pulak! 🫡
Profile Image for Nara E.
10 reviews1 follower
July 8, 2021
Kali ini, kisah Wolf.
Dia yang paling serius, dingin. Tak punya emosi bak kata Cobra dan Shark. Baginya emosi hanyalah satu kelemahan. Namun, dia berubah setelah wanita itu muncul semula dalam hidupnya.

𝕬 𝖕𝖍𝖔𝖊𝖓𝖎𝖝 𝖔𝖇𝖙𝖆𝖎𝖓𝖘 𝖓𝖊𝖜 𝖑𝖎𝖋𝖊 𝖇𝖞 𝖆𝖗𝖎𝖘𝖎𝖓𝖌 𝖋𝖗𝖔𝖒 𝖙𝖍𝖊 𝖆𝖘𝖍𝖊𝖘 𝖔𝖋 𝖎𝖙𝖘 𝖕𝖗𝖊𝖉𝖊𝖈𝖊𝖘𝖘𝖔𝖗.
Wanita itu, Phoenix. Kemunculannya setelah empat tahun mewujudkan pelbagai persoalan dalam diri Wolf. Dalam Black Operation kali ini, mereka perlu bekerjasama mendapatkan Madam Lee bagi menjatuhkan Black Diamond Group, dalang di sebalik pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

Masa yang ada semakin singkat. Misi mereka dalam bahaya apabila kehadiran mereka diketahui musuh. Kebenaran masa lalu telah terbongkar. Wolf tekad untuk balas semula apa yang telah mereka lakukan terhadap Phoenix.
'𝕐𝕠𝕦'𝕣𝕖 𝕞𝕚𝕟𝕖. 𝕄𝕖𝕣𝕖𝕜𝕒 𝕕𝕒𝕙 𝕤𝕖𝕟𝕥𝕦𝕙 𝕒𝕡𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕛𝕒𝕕𝕚 𝕞𝕚𝕝𝕚𝕜 𝕒𝕜𝕦. 𝕁𝕒𝕕𝕚, 𝕞𝕖𝕣𝕖𝕜𝕒 𝕒𝕜𝕒𝕟 𝕛𝕚𝕝𝕒𝕥 𝕒𝕜𝕚𝕓𝕒𝕥𝕟𝕪𝕒.'

This storyline is superb, sesuai dengan isu yang diketengahkan, human trafficking. Asyik baca sampai tak perasan dah nak habis. Suka baca part Wolf and Phoenix berlawan. Plot twist Kak Sara tak pernah mengecewakan saya. Lagi-lagi part ini. Sungguh, geram yang amat😭.
'𝕬𝖐𝖚 𝖎𝖆𝖑𝖆𝖍... 𝕻𝖊𝖓𝖌𝖊𝖗𝖚𝖘𝖎 𝕭𝖑𝖆𝖈𝖐 𝕯𝖎𝖆𝖒𝖔𝖓𝖉 𝕲𝖗𝖔𝖚𝖕'

P/s: Saya nak Wolf satu boleh tak🥺. Dahlah nama pun handsome😭.
Profile Image for L.N.
48 reviews1 follower
March 21, 2022
Finally alhamdulilah I finish reading the shadow series.
-
Kalau nak betul betul surprise kan jangan baca sinopsis dia. Siapa sangka Wolf yang garang and serious dah pun berpunya.

Pada permulaannya, Saya memang look forward to Phoenix dan Wolf first meeting. Tapi sayang-Nya sebelum mereka dapat rasakan hidup sebagai pasangan Phonix sudah pun meninggalkannya.
I really like Wolf character sebab dia penyabar, and dia tak memaksa diri untuk marah dengan Phoenix. The author tunjukkan how difficult it was to work with someone in the organization that involve alot of hitting and risking life.
And it so sweet of Wolf dan Phoenix to be really forgiving towards each other.
Bila dapat tahu tentang hidup Phoenix sebelum mengenali Wolf, you will understand why Phoenix tergila-gila kan to finish the BLACK OPERATION.

With the hint of Mr & MRs Smith kind of plot, and more action. Love and hate relationship. I’m going to miss Cobra, Shark and Wolf after this.

Again Sara Aisha, Love your book sister! But i can tell is not the end for the Shadow series, so I’ll be waiting for your amazing work. Again Well done author!
Profile Image for Hajar Edwina.
10 reviews4 followers
July 15, 2021
I WAS LITERALLY SCREAMINGGGGGGGGGG

Daripada nak kahwin dengan surgeon, terfikir untuk kahwin dengan ejen rahsia, uols!!!

Tapi, Phoenix adalah pair yang baik untuk Wolf, ya..

And, unfortunately (maybe), I felt her and Phoenix's pain... Saya menangis, weihh masa Phoenix jumpa balik kawan dia, kes pemerdagangan orang.. That was the parts yang berjaya tangkap leleh, ya guys.. I could feel various emotions- Happy, guilt, sad, stupid, hopeless... And also, a cry for help.

Apa yang saya paling suka adalah rujukan Cik SA dalam nak menulis buku ni. Hence, dia rasa padat, sedikit berat but at the same time, santai dan ringan. Hmmm Macam mana tu?

Kenalah baca juga :D

p/s Terukan protect buku ini daripada diadaptasi!!!! NO ONE CAN BE MY WOLF TERMASUKLAH BIO-NIKKU.. T_T
54 reviews
November 17, 2021
10 ⭐
Wow wow wow. Qaiser aka wolf is married 🙊🙊. What a surprise. The most serious and garang person among the 3 best agents from the Shadow. Such a loving & protective husband.🙃

There are similarities in all the books whereby they failed in the 1st ambush and of course succeed in the 2nd. This book is literally about human trafficking. Reading this book is just like riding a roller coaster. Stress, geram, sedih pun ada. Can't imagine the target is your own best childhood friend.

So in love with this trio. Super thrilling and brilliant plot twist. Hope to see a combination of 6 of them in one mission - Cobra, Athena, Shark, Indira, Wolf & Phoenix.

💙CNC, CNS & CNW💙
Profile Image for lily.
6 reviews
July 10, 2025
𝑪𝒐𝒅𝒆 𝑵𝒂𝒎𝒆 𝑾𝒐𝒍𝒇 𝒃𝒚 𝑺𝒂𝒓𝒂 𝑨𝒊𝒔𝒉𝒂🐺

"𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘢𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢, 𝘬𝘢𝘯? 𝘉𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮. 𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨."🩶

now, mission untuk abang sulung, the black operation. jatuhkan black diamond group, sebuah organisasi yang menjalankan sindiket pemerdagangan manusia bukan sahaja di negara asalnya, thailand malah 'barang-barang tersebut' dieskport ke negara sekitarnya seperti malaysia⛓️ manusia sihat yang dibedah bagi mendapatkan organ, yang kurang berupaya menjadi peminta sedekah malah perempuan dijadikan tempat melampiaskan nafsu semata. mereka tidak peduli, asalkan wang ringgit menjadi hak mereka💰

ejen wolf, ditugaskan menjadi ketua untuk operasi kali ini asbab kefasihannya berbahasa thai. mendapatkan madam lee, wanita yang mengetuai black diamond group dan kunci kejayaan operasi kali ini🗝️ namun, wolf yang dikenali sebagai yang paling serius dalam kalangan ejen mula terganggu emosinya dengan kehadiran ejen pheonix dari thailand, yang datang dengan special request untuk membantu misi the shadows berjaya. wanita yang mempu menyebabkan kewarasannya hilang dengan kemunculan tidak dijangka itu😮‍💨

ejen pheonix, isteri kepada ejen wolf yang telah menghilangkan diri dari suami sendiri. namun, bukanlah itu niat asalnya. masa lalunya yang dinodai oleh kejahatan kumpulan itu telah membawa dia untuk kembali mendapatkan keadilan untuk mangsa-mangsa yang terlibat. namun, satu hari yang dirancang telah berubah menjadi empat tahun lamanya🫂 kisah silamnya sebagai anak biasa di sebuah kawasan luar bandar yang berubah menjadi ejen perisikan bawah armour telah membentuk dia menjadi seorang wanita yang kebal luarannya🤝🏻

wooahhh!! this book is just perfect. kak sara letak the plot twists everywhere, belum sempat nak bertenang, dah terkejut semula. what I love the most is how every character in this story is more than just a name their own history and a reason behind every choice they made, whether they’re the hero or the villain☹️ sumpah sedih ye. genre buku ni sebenarnya sad-thriller kan kak sara. kenapa bila lily fall in love dengan madam lee, akak boleh hilangkan dia dari buku ni. tak baik tau akak🥹

i literally finished the whole book in a day sebab selagi tak tahu sambungan, tak boleh nak relaks ye🫨 selain tu, saya suka jugak sebab dalam ni halal romance because wolf and pheonix already married, so cute sangat mereka berdua hihi. macam mana wolf yang selalu nasihat shark and cobra, jangan sangkutkan emosi dengan target mereka tapi dia pulak yang terkena🤏🏻

about ayah pheonix, bila lily baca tentang dia, lily percaya satu perkara. sebenarnya bila ada orang tidak lagi hargai kita, akan ada lebih ramai yang akan datang memeluk dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya🫶🏻 seranai mana pun orang jahat di dunia, percayalah yang baik hatinya itu masih wujud. cuma hanya kita yang perlu bersabar sampai tuhan mempertemukan kita dengan yang tepat suatu masa nanti🤍

now lets talk about malee. at first, saya sebenarnya sangat benci dengan karakter dia, sebab macam mana dia sebagai seorang perempuan sanggup lakukan semua perbuatan terkutuk tu. but, bila semua perkara terlerai. saya rasa kesian dengan dia sebab dia hanyalah mangsa keadaan yang tidak rela😞 how dia help darika senyap-senyap tu dah menunjukkan kasih sayang dia bahawa dia care sangat dengan kawan dia walaupun dah berpisah kama. malee dan darika tak deserve semua kesengsaraan tu, they only a kid at that time bro. kenapa manusia sekarang terlalu kejam💔

i love this book so much and i have so much to say about it because wolf-pheonix-madam lee literally heals my inner self with their words and actions towards each other. just go grab this book, you guys will not regret it. i promise🫰🏻

apapun, code name wolf is more than just a book. ia banyak mengajar kita bahawa keluarga yang sebenar bukanlah tentang hubungan darah yang ada, namun tentang siapa yang menyayangi kita dengan sepenuh hatinya bukan sahaja melalui kata-kata namun tindakan yang dipersembahkan hingga hujung nyawa menjadi saksinya❤️‍🩹

5🌟 read for 2025! fly high kak sara💞
Profile Image for A Tiny Little Me.
22 reviews
September 14, 2021
😭😭😭😭😭
I baru ja habis baca cnw harini cepat2 datang sini nak luahkan perasaan. Ambil masa 3 hari utk habiskan buku ni mmg my average time.

Mcm mn ya nak mula. Antara cnc, cns i rasa cnw paling main emosi i. Wolf selalu ckp jgn ikut emosi jgn layan emosi tapi dia buat i beremosii tau tak😭wolf dia sgt sayangkan isteri dia phoenix. They really love each other. Very much. Selalu bergaduh dgn phoenix. Marah phoenix. Sbb dia terlalu peduli pasal phoenix. Phoenix? Mmg tklaa dia diam ja baru kena buku bertemu ruas🤣 betulka peribahasa i ni

Shark and cobra this 2 guys mmg takkan lepaskan peluang mengusik wolf dgn phoenix. Suka sgt diorang kalau dpt peluang.

Cnw berjayaaa buat i menitis2 air mata berhelai2 tisu lap hingus lap air mata tktau dh bercampur habis. Tk tipu serious.

Dia start part phoenix jumpa balik dgn malee. Kawan kecil dia. Sama2 mangsa pemerdagangan. Malee selamatkan phoenix.suruh phoenix lari tinggalkan dia tapi lepas tu dia tk berjaya lepas diseksa dgn kejamnya. Selalu lindungi phoenix dlm diam. Ahhh serious i tk sangka sgt. Cerita pasal dia buat i rasa nak menangis. Smpai hujung nyawa pon dia still nak selamatkan phoenix. Even dh 4 thn diorang terpisah and so much had happened.

Phoenix pula bukan tknk selamatkan dia. Dia ingat malee dh mati that why dia nk balas dendam dekat black group? Tk ingat nama pulak baru lepas habis baca ja pon. Sbb misi nk jatuhkan black group? dia jumpa semulaa dgn suami dia wolf.

waktu phoenix kena tangkap dgn king time ni i mcm rasa sekali kesakitan phoenix. Bertisu2 air mata punya harap wolf cepat sampai. Sapa2 ja tolong la sampai selamatkan phoenix. King kejamnyaa dia- still tk boleh go dgn part dia tumbuk phoenic kat tmpt dia hiris tu. Sakitnya. 😭😭 Fhm tk perasaan i masa baca. Phoenix dh luka teruk pastu- dia perempuan si king tk guna tu jantannnn yg keadaan dia time tu jauh lebih elok daripada phoenix. Geramnyaa eyy

Itu ja done luah perasaan.

Btw wolf sweet sgt dgn phoenix.

I dpt rasakan ada sambungan series tapi tktau laa but you know what i mean. Sapa2 yg dh hbis baca-
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,301 reviews68 followers
September 30, 2023
[BOOK 138]

The Shadow Series 3: Code Name Wolf by Sara Aisha.
.

"Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila. Now, tell me. Kau nak aku jadi yang mana?"
.

Best!
.

Disebabkan aku tak beli lagi Saving Lucy, so, ni kira buku terakhir The Shadow Series untuk aku la.
.

To be honest, aku sukakan buku aksi. Dan tak dapat dinafikan, genre sebegini memang makanan penulis la. Cumanya, versi SA ni, aksi nya agak dramatik dan kadang-kadang agak meleret. Apa-apa pun, aku tetap suka.
.

Cumanya, yang paling aku suka dalam CNW ni ialah chemistry antara Wolf dan Phoenix. Aku suka karakter Wolf yang dingin dan tegas. Tapi pada masa yang sama, dia boleh menangis kerana rasa bersalah tidak mampu melindungi Phoenix.
.

Dan aku suka Phoenix sebab dia je boleh baca karakter Wolf. Wolf ni ibarat open book untuk Phoenix. Dia tahu bila perlu menenangkan Wolf.
.

"Thank you."
"For what?"
"For surviving."
"And I'm sorry."
"For what?"
"For not being there."
"It's not your fault, Wolf. It's not."
.

So, aku suka chemistry Wolf dan Phoenix. Suka jugak brotherhood antara Wolf, Shark dan Cobra.
.

Dan tentang segala misi dan taktik strategi tu, aku memang tabik la pada SA. Tu buktinya yang penulis rajin membaca. Aku suka.
.

Dan disebabkan ni isu tentang pemerdagangan manusia, sedih sangat mengenangkan nasib manusia yang tidak berdosa. Dan jugak kepada Malee.
.

Kesimpulannya, HIGHLY RECOMMENDED!
.

p/s: tunggu ada sale la, baru beli Saving Lucy. hahaha.
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
November 3, 2022
Dr CNC mmg dah x sabar nak baca tentang Wolf.

Walaupun ada ayat2 yg berkali2 digunakan sejak dr CNC & CNS.. CNW pun masih guna ayat “i take that as a compliment’ lebih kurang gitu la.. membuatkan situasi CNC CNS & CNW mcm menentang musuh yg sama.
Namun ia tetap tidak mengurangkan bintang utk siri ini. Sbb sepanjang fasa wolf nak berbaik2 dgn finix, aku dlm x sedar membaca sambil tersengeh2 mcm kerang busuk. Siut je! Wolf punya sweet dingin tu buatkan aku rasa mcm nak hantuk kepala aku ke dinding. 😂

Siri kali ni lebih byk aksi sbb finix sendiri juga seorang fighter.

Tp why SA? Why watak2 pompuan dlm ke3 siries ni menjengkelkan? Athena, Indira & Pheonix, Tiga2 kepala batu. Akit lak ati kitew…

Tak mengharap byk perbezaan dlm SL. Harap2 Lucy lebih chill la hendaknya…

Next.. Lucy! I’m coming..
75 reviews16 followers
October 20, 2025
Lepas setel je Shark, terus aku grab buku ni sebab aku tak sabar nak baca Abang long kita 🤭

Tapi...
Cerita ni aku ambil masa lebih seminggu dan ada waktu aku penat nak baca
Isu yang diketengahkan sangat berat untuk aku yang hidup dalam dunia khayalan
Sangat mengejutkan dengan realiti dunia yang kejam
Fakta yang diceritakan sangat la menakutkan untuk aku yang lahir dan membesar di Malaysia

Baca buku ni membuatkan aku buka mata yang dunia ni memang dah tenat

Terlalu banyak emosi yang penulis sampaikan berbanding aksi-aksi berlawan membuatkan pembacaan aku agak slow


Carta best untuk Code Name + Lucy bagi aku:
1. Phantom The Protector
2. Saving Lucy
3. Code name Cobra
4. Code name Shark
5. Code name Wolf

Tapi kalau mengikut kegempakan jalan cerita:
1. Phantom The Protector
2. Code name Wolf
3. Code name Cobra
4. Code name Shark
5. Saving Lucy
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
July 29, 2023
Ini buku ke 3 dari siri The Shadow Series.
Bila baca review orang baru faham kenapa buku ini best.

Secara jujurnya, Wolf ini lebih bagus dari 2 buku terdahulu.
Nampak gaya penulisan semakin kemas dan padat.

Kita boleh rasa sakitnya Phoenix bila kena seksa.
Kita boleh rasa bertapa sedihnya Wolf bila dia rasa gagal untuk melindungi isteri dia.

Dan,
Korang kena baca ada part dua ketul si Shark & Cobra punya reaksi bila dpt tahu hubungan Abg Long diaorg ni dengan ejen Phoenix.

Yg buat aku lagi tertarik ialah dibahagian Trivia buku ini. Cerita macam ni yg kita mahu, ada researchnya. Ada faktanya yang di fiksyen kan.

Congrats penulis.
Hopefully akan ada lagi buku sebegini.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
June 15, 2021
Thrilling! Wolf and Phoenix! What a combination!
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
July 20, 2021
Best la . Cam tgk movie. Kudos Sara 😎
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.