That's it. Boleh gitu? Sebagaimana simple their stories are, sebegitu simple juga review ku 😝 Hahahaha kidding. Let me add some more.
21/05 beli dan terus received within 15 minutes okeii. Pantas. Cargasss 22/05 start baca 25/05 habis baca 27/05 baru sempat update GR
Okay actually 23/05 tu dah boleh terus habis baca but sayang nak habiskan terus 😜 Then 24/05 tu pulak tiberrr busy sikit. So 25/05 sambung baca terus habis.
Haa panjang nauuu kronologi Sebenarnya nak cakap CERITA DALAM KOMPILASI NI SANGAT BEST. Sampai confuse nak cepat habis ke nak pendingkan nya lama-lama. Tu je hahahaha
Semua cerita dalam HOPE ni best okii. As I said earlier, simple and sweet 🍬 Why? Sebab ni cerpen kan so memang pendek, hence the story is simple. Tapi dalam simple dia tu sangat comel dan sweet okii
I love all the stories in this compilation. And I love the most cerpen Meow 🐱 Maybe bcs I love cats so dia cam enjoy giler ah baca this story. Haa gituuu Sampai rasa tak cukup pulak bila dah enjoy sgt tu
Haa tengok cover tu. Simple kan? Tapi tengok cover simple pun dah rasa nak beli dah. The cover itself macam dah sum up the contents.
And untuk seorang yg tak berapa suka ebook ni, ku rasa tak menyesal langsung spend my money to buy this sebab very worth it. I love everything about this ebook. The cover of the ebook, the cover of each story and all the stories.
Terima kasih #hopecomrades sebab teruskan #projekterkejut ni. Saya menantikan next write up dari your comrades okii. Keep writing xoxo 🌻
Comel. Manis. Mahalnya ia projek terkejut katanya haha. Aku suka dengan setiap isi cerita. Berbeza genre tapi temanya tetap membawa harapan pada kasih sayang. Ya, apalah makna kalau dunia ini tiada kasih sayang, hatta pada seekor kucing.
okey. 6 budak cantik punya cerita. jom jalan-jalan...
1) Meow / Lila Vee
between mawar & luq, rasanya comel lagi kent. hehe... kent tu kembar luq. luq kahwin dengan mawar. mawar dan kent sama-sama pencinta kucing. luq? dia tak boleh dekat dengan kucing.
sebab snowy, mawar jadi pendek akal. sebab apa? sebab dia nak luq jadi macam dia juga, pencinta kucing. mawar ni tahu tak, yang sepatutnya terima pasangan seadanya? suka-suka nak tukar luq jadi macam dia. luq pun kadang jadi rendah diri. kent sama macam mawar, sukakan kucing, tapi dia pula terpaksa jauhkan diri dari haiwan berbulu itu. walhal ada rahsia yang mawar tak tau. bila jadi sesuatu, tahu pun mawar takut. haa... mendapat... dan rahsia luq dengan kucing terbongkar.
. 2) Love You A Latte / Nirrosette Cintafinespun
laila. apa saja yang dilakukan adalah hanya kerana umi. berpakaian, belajar, bekerja... walhal dia sangat bertentangan dengan apa yang dilakukan. bila umi suruh dia berhenti bekerja di kedai bakeri dan bekerja di madrasah al-islah pun dia ikutkan walhal dia sangat suka bekerja di bakeri itu. itu jiwanya.
dia suka dengan ustaz syed hakim. tapi kemudian bila tahu yang ustaz itu ada pilihan hati sendiri, laila sangat kecewa. dia berhenti. dalam masa pertukaran itulah uminya meninggal dunia. bila lakukan sesuatu secara tak sedar bukan dengan ikhlas, hati laila mula berubah. tambah bila ketiadaan umi. doktor fahrain cuba membantu. ustaz syed hakim cuba membantu. nina cuba membantu. eisya cuba membantu.
tapi
mahukah laila bantu dirinya sendiri?
. 3) Melukis Sempurna / Fatiah Zohar
pandai firdash perangkap hana. kalau tidak, sampai ke sudah hana tak nak balik jumpa abi dan umi. dan juga, syarhan.
kisah hidup mereka dua beradik pun agak tragik. selepas ibu mereka meninggal dalam kes langgar lari, ayah mereke heret mereka tinggalkan kampung. tujuan pun semata kerana duit. dapat duit, firdash dan hana hidup sendiri.
bertemu dengan syarhan juga, buat hana mengimbau kisah lama. dan juga salah faham yang berlaku. bila tiada yang bertanya, bila masing-masing hanya dengan assumption, itulah yang terjadi... salah faham.
walhal yang disangka buruk itulah sebaik-baik yang ada.
. 4) Pilihan Afi / Nur Fizkkmi
susah jadi afi ni. jay, ben, ery, anas, aril, ijam. bersusun lelaki di hadapannya. ehh... jangan salah faham. bukannya dia biawak tembaga. tapi afi ni sebaik-baik manusia.
mereka semua rakan sekerja. mungkin ada beza dari segi jawatan tapi afi baik je dengan semua. yang propa, mak cik an. adoi, dia punya kepoh... seram! ben yang dah kahwin dengan ima tu pun boleh nak digosipkan dengan afi. ery yang baik tu pun nak dipadankan. dan paling havoc bila nama anas yang afi guna untuk selamatkan dirinya dari terus dikepohkan mak cik an jadi perangkap untuk dirinya semula. siapa sangka, anas tu wujud! berkompang mak cik an.
part panjat tingkap tu memang seriau. memang patutlah anas mengamuk. kenapa? haa... sebab kes panjat tingkap tu jugalah buat mulut afi kelu tapi hati berkata...
. 5) Menantu Syawal / Ayumi Syafiqah
menjadi menantu hajah sarimah amatlah menggusarkan zarin. jelas hajah sarimah tidak sukakannya. ada saja yang tak kena. siang ikan pun jadi masalah.
hati zarin memang terluka. tapi dia cekalkan juga demi syah. mujur juga dua orang kakak iparnya baik dengan dirinya, kalau tidak, haru juga.
hajah sarimah ada calon lain untuk syah tapi bila zarin menjadi pilihan, dia akur. cuma dia agak kecewa, sebab zarin orang bandar. seorang ibu, ada ketakutan sendiri bila anak lelaki yang diharapkan bertemu jodoh. besar kemungkinan, jodoh anak lelakinya itu akan pisahkan dia dengan anak kesayangan. itulah kenapa zarin tidak disukai.
tapi zarin bagus. dia tak mengalah. ada saja yang dibuat untuk ambil hati hajah sarimah. kagum.
. 6) Cinta Tetap Cinta / Moon Leeya Zafrina
aira suka hadi. tapi sikap hadi yang sentiasa acuh tak acuh dengannya buat aira terasa. tak macam hadi melayan baik kakak dan adiknya. dan bila hadi kata dia ada buah hati, terus perasaan aira merudum jatuh.
aira suka menjahit. walaupun dia dapat sambung belajar tapi dia pilih untuk terus membantu emaknya menjahit. here and there, tiba-tiba hadi nak berkahwin dengannya sebelum kembali ke luar negara untuk habiskan pengajian. huru hara dirinya. yang dia tahu, hadi ada pilihan hati, kenapa pula dia yang perlu berkahwin dengan hadi?
satu lagi, dia ada rasa rendah diri. hadi pandai. dia belajar setakat di bangku sekolah. tapi, hati manusia bukan boleh nak diteka, kan? dia memang langsung tak tahu apa yang ada dalam hati hadi...
. KESELURUHAN. ha... tahu tak perasaan bila duduk atas sofa empuk, dapat peluk bantal empuk, pejam mata, relaks... nyaman... tenang... ha... inilah perasaan yang ada sepanjang pembacaan. enam buah kisah yang sebenar punya banyak emosi turun naik, tapi setiap seorang penulis masing-masing punya cara tersendiri untuk menenangkan pembaca dengan olahan yang sangat berjiwa. pembaca didudukkan di barisan hadapan untuk perhati setiap babak cerita. mampu tenggelam ketika menghayati setiap satu kisah.
semua tentang kasih sayang. perasaan yang mampu pengaruh seluruh diri manusia. sama ada mampu berfikiran waras atau sebaliknya.
untuk sampai ke puncak bahagia tetap akan ada liku yang perlu ditempuh.
Enjoy dan santai betul rasanya baca ebook ni. Sweet tu sudah semestinya. Setiap kisah ada kekuatan masing-masing. Setiap cerita terselit pengajarannya. Dari soal jodoh, tentang hidup sampailah asam garam rumahtangga.
Meow Menantu Syawal Pilihan Afi
Ni antara tiga yang paling aku suka dari segi jalan cerita dan wataknya.
Hurmmm, kalau hero aku pilih nak suka semua. Kahkahkah
Kisah yang lain pun menarik juga. Jarang-jarang nak bagi markah penuh untuk ebook ni. Tapi yang ni exceptional sebab semua kisahnya aku suka, boleh masuk dengan jiwa kata orang. Kelemahan sikit-sikit itu biasalah. Plus point, berbaloi harga dengan ketebalannya.