Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-5 membincangkan:
Mengenai pengharaman kahwin mut’ah. Mengenai dasar akad jual beli dalam Islam. Mengenai hak anak yatim dan berbuat baik kepada tetangga. Mengenai syariat tayammum. Mengenai perintah dan etika berperang/berjihad dalam Islam. Mengenai haramnya darah sesama Muslim. Mengenai solat qasar dalam musafir dan perang. Mengenai nusyuz suami isteri dan perintah berlaku adil kepada para isteri. Mengenai perintah menjadi penegak keadilan. Mengenai larangan syirik. Mengenai pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid. Mengenai larangan riyak ketika berinfak. Mengenai sikap orang munafik. Mengenai larangan sebar berita tanpa sumber yang sahih.
Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk. Nota pilihan daripada penonton. Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih. Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami. Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca.