Jump to ratings and reviews
Rate this book

Noktah Terjahit

Rate this book
Buku ini adalah kumpulan refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan.

Saya percaya setiap orang ada noktah masing-masing, tetapi tidak semua sanggup berhenti sejenak mengumpul kekuatan untuk menghubungkan noktah-noktah mereka. Saya pernah di situ, enggan menoleh dan mahu terus berlari mengejar ego sendiri. Tetapi langkah awal untuk menyambung episod-episod ini menuntut keberanian yang tinggi bagi menelan pahit kekurangan diri.

Ringkas sahaja. Kerana saya berharap Noktah Terjahit menjadi pembuka kepada pembaca untuk menghubungkan noktah masing-masing. Saya hanya mahu berkongsi dengan sederhana, dan mengabadikan kesementaraan yang sebentar cuma.

Ya, hidup yang sementara, seperti yang bonda saya ajarkan setelah tiada;

Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia.

-Nik Nur Madihah

149 pages, Paperback

First published January 1, 2017

15 people are currently reading
107 people want to read

About the author

Nik Nur Madihah

5 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (45%)
4 stars
55 (37%)
3 stars
18 (12%)
2 stars
5 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
November 5, 2017
Membaca naskah ini semasa hati sedang rusuh, fikiran bercelaru dengan masalah peribadi, dan tekanan akademik. Saya tutup nota kuliah dan saya fikir nak cari sesuatu untuk lapangkan dada. Maka saya gapai buku ini yang baru dibeli.

Tanpa sedar saya terus menikmati sehelai demi sehelai buku ini. Naskah ini bukan travelog, tapi lebih kepada perkongsian pandangan dan perasaan seorang perempuan, kepada perempuan.
Antara semua bahagian buku ini, saya seakan 'tenggelam' pada bahagian terakhir : Warkah Buat Perempuan.

Penulis bukan kakak saya, atau seseorang yang saya pernah bertemu secara bertentang mata. Tapi saya baca surat-surat ini seolah-olah saya menerima titipan warkah dari kakak kandung, yang jauh di mata, yang terpisah antara benua.

Hati saya seakan terpujuk apabila membaca satu perenggan tentang definisi cinta. Cintailah diri sendiri, wahai perempuan!

Dan, satu persoalan yang bermain-main dalam kepala saya setelah mengkhatamkan naskah ini, sebenarnya, menjadi perempuan itu, harusnya bagaimana? Apa ertinya?

Saya kira, setiap perempuan, punya nilai dan definisi sendiri, terhadap persoalan ini.
Ah, nampaknya saya perlu mengulang baca semula naskah ini lagi. Mungkin pada waktu emosi saya stabil dan fikiran saya lapang...
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
June 29, 2021
Buku yang sesuai dibaca untuk para gadis remaja,banyak isi-isi berguna yang disampaikan terutama dalam menjaga diri sebagai seorang wanita muslimah. Disamping itu surat-surat penulis kepada adindanya juga amat memberi kesan dan ada nasihat yang berguna buat para pembaca.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
June 30, 2020
Noktah Terjahit membawa saya menghayati dan menghargai setiap sisi hidup yang telah dan sedang dilalui. Yang semestinya dipenuhi dengan tawa ceria air mata duka perjuangan seorang insan dalam memaknakan diri sebagai khalifah di bumi dan hamba Rabbi.

Benarlah, tiada yang lebih berharga daripada melihat semula noktah-noktah yang kita tinggalkan, lalu dicantumkan semula menjadi sebuah karya yang indah.

Jangan memusuhi masa lalu, jangan pula ditakuti masa yang datang. Inilah satu mesej yang amat jelas saya garapkan sepanjang melewati karya ini.

Saya terkesan dengan lenggok bahasa penulis yang cukup indah, dan didatangkan pula dengan nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w untuk melengkapkan sebuah bingkisan yang amat bermanfaat.

Buku ini bukan sahaja memuatkan kumpulan refleksi diri, tetapi dititipkan juga pesan-pesan tulus persis seorang kakak yang sedang menasihati adik-adik perempuannya untuk menghargai nilai seorang perempuan yang ditinggikan darjatnya di sisi Islam.

Tenang dan membahagiakan.

Jujur, memiliki buku ini sedikit sebanyak membuat saya menghargai setiap manik-manik kehidupan.

Sangat dicadangkan untuk dimiliki.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
May 1, 2021
“Setiap episod hidup yang terasing ibarat noktah yang sendirian. Tidak ada makna dan akan sentiasa kekal misteri selagi ia tidak dihubungkan. Maka apabila episod-episod hidup dijalinkan umpama noktah yang terjahit, mampu menghasilkan sebuah karya nan indah dan penuh makna.”

“Sebagaimana bintang di dada malam yang gelita, apabila dipandang satu-satu, tiada guna melainkan sekadar mempesona sang pencinta. Mabuk dalam cinta yang tidak bertujuan.”

“Tetapi bintang yang dihubung-hubungkan akan menunjukkan jalan buat sang pengembara. Ke mana pun destinasinya, bintang yang berhubung akan jadi peta langit yang sarat pengisian dan pentafsiran.”
(p11~p12)

Sebuah karya penulisan penuh kematangan dan ditulis dengan lenggok bahasa yang puitis. Sesekali saya ulangi bacaan pada perenggan tertentu bagi betul-betul memaknai pengajaran yang ingin disampaikan.

Tahniah penulis, semoga terus menghasilkan karya-karya yang hebat!
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
November 24, 2021
Buku ini menghimpunkan pelbagai refleksi peribadi penulis tentang pengalaman yang dilalui oleh beliau dalam meniti alam kedewasaan.

Perkara yang mendapat perhatian saya ialah mengenai perempuan. Perempuan adalah makhluk ciptaan Allah yang wajib dihormati, dipelihara dengan baik dan disayangi. Perempuan juga perlu tahu adab dan maruah diri sendiri supaya tidak mudah dipijak oleh sesiapa pun terutama sekali lelaki yang hidupnya hanya mahu mengambil kesempatan.

“Perempuan perlu bijak mendefinisikan diri, tak perlu sibuk cari popularti. Perempuan perlu pandai jaga identiti, jangan sampai jadi komoditi. Perempuan harus berani memecut sendiri, jangan mudah dijual beli.”

“Perempuan perlu bijak menyusun hujah, berhikmah menyampaikan fikiran,biarlah bukan utk meraih undi tapi boleh memberi keilmuan utk nakhoda famili.”

Gaya bahasa yang digunakan di dalam buku ini sangat mudah difahami dan sepertinya saya sedang membaca karya Buya Hamka. Terdapat juga beberapa perkataan yang jarang diguna pakai oleh sesetengah penulis mahupun pembaca dalam penulisan mahupun pembicaraan harian.

Contoh-contoh perkataan yang baru sahaja saya tahu selepas membuat rujukan di laman sesawang PRPM Dewan Bahasa dan Pustaka;
✒️epistemologi- teori tentang pengetahuan terutama sekali tentang kesahihan.
✒️sektarian- pandangan politik
✒️hedonisme- pegangan/pandangan hidup yang hanya mementingkan keseronokan
✒️apologetik- bersifat menyedari sesuatu perbuatan yang telah terlanjur
✒️fatamorgana-sesuatu yang bersifat khayalan
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
April 6, 2020
Buku yang membuatkan saya gigih mencari makna tiap kali terlihat perkataan yang asing daripada kamus dalam kepala. Intinya lebih banyak yang tersirat daripada tersurat memerlukan saya banyak berhenti sejenak membuat tafsiran setiap kali habis perenggan. Selagi tak faham, bacaan diulang-ulang sampai saya puas hati dan dapat membuat rumusan kepada diri.

Terdapat enam noktah (bab). Saya paling gemar membaca noktah yang keenam : warkah untuk perempuan. Mungkin sebab saya ini perempuan. Banyak ibrah yang dapat saya renungkan.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit kata-kata penulis yang boleh pembaca dapati di halaman 79 :

"Bersedialah untuk disoal dan dipertanggungjawabkan ke atas setiap air mata yang tumpah disebabkan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap makhluk lain.

Takutilah hari pembalasan yang akan tiba."



Nah, berita gembira buat manusia lemah yang telah atau sedang menjadi mangsa kezaliman manusia yang lain.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
June 3, 2021
Terpukau dengan susunan kata-kata indah sang penulis, memberi motivasi dan teguran lembut buat kaum hawa khususnya.

"Menjadi perempuan merupakan satu anugerah....
Menjadi perempuan tidak bererti menjadi golongan yang lemah...
Perempuan perlu bijak mendefinisikan diri, tidak perlu sibuk mencari populariti. Perempuan perlu pandai memelihara identiti, jangan sampai menjadi komoditi. Perempuan harus berani memecut sendiri, jangan mudah dijual beli.."

Jika inginkan buah kata yang mampu memberi nasihat buat diri, milikilah nashkah ini. Rasai sendiri bagaimana pena sang penulis menghiris sampai kalbu hati.

Memberi nasihat bagi yang menginginkan.
Memberi buah fikiran bagi yang tengah keresahan.

Miliki, dan rasai sendiri!
Profile Image for Su Zainudi.
149 reviews
December 9, 2025
Refleksi diri penulis lewat kehidupan beliau dikumpulkan dan dijilidkan dalam naskhah ini.

Bacalah dengan matahati, ambil lah sebanyak mana untaian kata-kata positif buat menemani langkahan kehidupan
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
September 19, 2021
Saya membaca karya Nik Nur Madihah ini buat kali kedua. Kali pertama adalah edisi pertamanya, manakala yang ini adalah edisi kemaskini. Menariknya, saya masih kagum dan terpegun dengan setiap bait-bait kata lontaran dari Madihah. Seolah-olahnya saya seperti pertama kali membacanya.

Benarlah kata sesetengah bijak pandai - baca berulang-kali pasti akan ingat. Kalau sekadar dibaca sekali, sukar untuk memberi kesan pada hati.

Pembacaan kali ini lebih segar, boleh jadi sebab saya membaca kali pertama dalam 2 tahun yang lalu. Sekarang dek kerana dah melalui perlbagai fasa kehidupan, diduga, diuji dengan berbagai-bagai perkara, hasil tulisan Madihah amat menyentuh jiwa saya.

Madihah bijak memainkan emosi dan perasaan pembaca. Rasa terbuai, malah kadang-kadang pembacaan saya hentikan dalam beberapa saat (kadangkala berminit) untuk saya renung jauh, menyelami setiap baris kata, memikirkan kebenaran dan betapa ianya memberi kesan dalam hidup saya.

Pendapat saya, karya ini amatlah sesuai di baca oleh golongan perempuan. Kerana perempuan jiwanya sensitif, mudah tersentuh. Malah, Noktah 6 memang ditujukan untuk perempuan, kerana tajuknya sendiri Warkah Untuk Perempuan. Hati kita akan mudah terpujuk, mudah menerima dan bersetuju dengan kata-kata Madihah. Ianya merupakan nasihat, peringatan buat kita yang mudah lupa.

Saya harap suatu hari nanti Madihah akan menulis karya kejiwaan seperti ini. Terima kasih.
Profile Image for Luqman.
26 reviews2 followers
March 22, 2020
Rantaian enam noktah yang bersambungan dengan memerikan 23 catatan kehidupan dalam kerangka refleksi diri; penulis buku 'Noktah Terjahit' berupaya menyampaikan buah fikirnya dengan cermat.

Pemilihan patah kata ketika membentuk setiap ayat begitu teliti. Banyak susunan kata-katanya dapat dipetik menjadi kata semangat yang indah.

Saya sukar percaya, gadis kelahiran Kelantan yang semudanya itu mampu menggarap ayat penuh makna seperti bahasa orang lama.

Penulis gemar memilih berada di posisi orang dewasa ketika menyampaikan butir nasihat, misalnya menjadi insan berwatak keibuan, berwatak keguruan, berwatak kakanda dengan nada seorang da'ie.

Saya kira, anak muda yang pernah ditulis kisahnya dalam buku 'Permata Generasi Rabbani' ini berbakat besar.

Keupayaannya mengadaptasi pemikiran, pengalaman, pengamatan, dan bacaan luasnya secara kritikal dalam karya sulongnya ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.
Profile Image for anna.
70 reviews18 followers
November 16, 2017
applausable effort. but actually dnf-ed it. glad that there are others who enjoyed it :)
honestly, i had hopes for it. but eventually... nope, a let down. alaaa...
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
July 29, 2021
"Luka tercipta untuk meninggikan nilai manusia, supaya lebih menghargai jiwa-jiwa sekitar kita. Tuhan memang sentiasa mendengar rintih jiwa yang terluka tetapi kita tidak boleh berterusan melukakan diri sendiri dengan sengaja."

Begitulah nukilan penulis di dalam buku Noktah Terjahit. Disajikan dengan kalam-kalam nasihat yang mengasyikkan. Bahkan, dipelopori setiap aksara yang mengindahkan nasihat beliau.
.
Penggunaan ayat yang indah menarik perhatian. Dari sudut pemilihan kata yang mencantikkan ayat.
.
" Jiwa yang miskin daripada mengingati kebesaran Tuhan tidak bergantung kepada sempitnya rumah kediaman. Jiwa yang tunduk kepada aturan Tuhan tidak dibentuk oleh ketinggian sijil pendidikan. Jiwa yang kaya dengan keharmonian tidak terhad kepada timbunan harta simpanan."

Ia bukan sebuah karya yang terhenti kepada nasihat secara umum, jika ditelusuri dengan lebih besar. Pelbagai konteks daripada sudut refleksi diri yang boleh kita perolehi.
.
Pada pengamatan awal buku ini, mungkin ia berkisarkan nasihat dan refleksi secara umum. Di akhir sekali, terdapat beberapa warkah-warkah surat yang patut dibaca oleh para Muslimah khususnya kerana penulis sendiri mengkhususkan satu bab yang menyentuh berkenaan Perempuan.
.
Hidup kita seperti titik-titik kecil. Kita yang perlu mewujudkan titik-titik tersebut dan menyambungkan ia diantara satu sama lain bagi mencorakkan kehidupan kita. Kehidupan yang dilimpahi dengan rahmat dan petunjuk dari Yang Maha Esa.
.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
June 9, 2020
Tertarik pada prolognya lagi. Suka lenggok bahasanya sangatlah puitis. Tiap bait kata yg dianyam penuh hikmah, lembut saja kata-katanya. Dari buah fikiran, pegalaman, pembacaannya,pengamatan lalu digarap dlm sebuah buku. Antara buku yg tak akan jemu membaca kerna jatuh cinta dgn bahasanya. Sangat mendalam. Akan terasa bahasanya kdg klasik. Kadang terasa bisikan nasihat dan kata-kata dr sahabat sdri, rasa nada keibuan juga. Byk kata2 baru jarang jumpa.
**
Ringkas saja, mudah difahami,tak meleret, point yang menusuk jiwa, tiap catatan terselit Hadis dan petikan Al-Quran untuk menggambarkan idea beliau yg cuba disampaikan.
**
Dalam ni ada enam noktah, noktah aku gemari Noktah 2, Noktah 4 dan Noktah 6. Noktah 2/4 mungkin aku terbawa2 dgn emosi semasa yg ada. Dlm keresahan, stres, serabut aku ambil baca ini seolah dinasihati secara berdepan. Terpujuk😔 Noktah 6 untaian kata dlm warkah penulis ttg perempuan. Sgt2 tersentuh byk hal dpt direnungkan dr sudut kaca mata perempuan. Nasihat perempuan kpd perempuan👭
**
Ya, tak semua org berani dan sanggup menghubungkan lagi jika ianya sudah ternoktah. Bagi kita bila ianya ternoktah, buat apa lagi untuk menyambung apa-apa yg sudah. Tp orang yg hebat dan luar biasa, pasti mampu menghubungkan noktah itu. Dot kecil itu cuma tempat lepaskan lelah sblm sambung kembali plot- plot yg perlu diteruskan. Titik kebangkitan.
Profile Image for Izis.
52 reviews
August 10, 2020
Selesai je aku habis muka surat terakhir buku ini semacam satu perasaan semangat, ketenangan, muhasabah...

Buku ni terbahagi kepada 6 noktah dah setiap noktah terdapat beberapa catatan atau warkah. Penulisan yang teratur dan santai ditampilkan dalam buku ni walaupun penuh nasihat dan pedoman. Buku ini adalah refleksi peribadi penulis dan bukannya ditulis oleh penulis motivasi yg ditulis padat penuh ilmiah. Tetapi, bagiku, buku yg ditulis santai ni berjaya menarik minatku bahkan penulis juga menitipkan hadis atau sepotong ayat Al-Quran di setiap warkahnya.

Yang paling menarik ialah warkah terakhir iaitu warkah untuk perempuan. Warkah ini ditulis dalam bentuk surat yang disampaikan penuh nasihat oleh saudara perempuan kepada saudaranya. Warkah surat ini berjaya membuat aku berfikir "Untuk apa aku dijadikan sebagai seorang wanita" dan membuatku berasa beruntung dilahirkan sebagai wanita.

Buku yang mempunyai 133 halaman muka surat ni sesuai bagi ku untuk dibaca berulang2 kali kerana nasihat yang diberikan cukup terkesan bagiku.
Profile Image for Hafizah Ammar.
12 reviews1 follower
July 22, 2021
Indah bahasanya, tulisan yang bisa memeluk hati-hati yang lelah setelah menempuh sebuah perjalanan yang jauh.

Penulisan yang santai namun dalam masa yang sama dapat memberi peringatan, kekuatan serta semangat kepada sang pembaca.

Tiada yang dapat lari daripada lubang kejatuhan. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai asbab untuk tetap di takuk yang sama. Kita mungkin akan jatuh beratus kali, namun adakah kita bersendirian? Tidak.

Bersama kasih sayang-Nya, kita tidak akan dihadapkan dengan ujian di luar kemampuan. Bangunlah dengan yakin. Serahkan kepasrahan kepada Dia. Tiada yang sia-sia, kita adalah milik-Nya.

Setelah memperoleh kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan, sematkan dalam diri, tiada yang dapat mengangkat darjat seseorang melainkan Dia. Sentiasa beri peringatan pada diri agar perbetulkan niat. Kita tidak mahu perbuatan baik yang kita lakukan tersasar daripada landasan tujuan yang sebenar.

Hadiah yang bermakna daripada seorang sahabat. Tidak akan jemu untuk dibaca berulang kali, malah akan dapat menyegarkan kembali hati-hati yang mengah.
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
November 12, 2023
Buah tangan pertama penulis. Buku ini jauh lebih layak mendapat tempat dalam kategori buku healing anak muda zaman sekarang berbanding buku-buku picisan yang lain. Buku yang baik. Penulis berkongsi rasa berkenaan niat, tujuan kehidupan, ujian dan wanita. Dikepilkan kalamullah dan kalam Rasulullah ﷺ di setiap akhir tulisan untuk ditadabbur sebagai peringatan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa bahagian/catatan/warkah yang kurang enak dibaca. Permulaan dan pengakhirannya seolah-olah ada kelompongan; noktah-noktah yang tidak bersambung. Saya merasakan seolah-olah penulis bermonolog dengan suara hati sendiri, namun mengharapkan yang lain dapat memahami. Namun, ia masih sebuah buku yang baik.

Saya mengenali penulis lewat buku Permata Generasi Rabbani, berkenaan seorang pelajar yang menjadi bualan masyarakat Malaysia kerana keputusan SPM 20A-nya. Setelah lama menyepi, dengan buku sulungnya, agak tajam dan keras juga tulisannya, tidak sangka. Barangkali kehidupan yang kejam menjadikannya semakin matang dan garang. Wallahua'lam.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
July 18, 2025
Bunga-bunga bahasa terlalu banyak tetapi kurang cerita. Ceritanya pula terlalu vague seolah-olah penulis 'takut' nak bercerita dan terlalu 'menjaga'. Katanya penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis tetapi tidak diceritakan dengan detail apakah pengalaman itu. Itu yang saya nak tahu sebenarnya. Apa yang telah terjadi pada penulis yang merupakan murid cemerlang SPM yang pernah gegarkan negara ini. Isi kandungannya kurang sesuai untuk saya yang berusia 30-an kerana semuanya tentang common sense.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
April 2, 2022
"Sesungguhnya bukan kemiskinan harta yang patut dikhuatiri, tetapi kemiskinan jiwalah yang wajar digerunkan." ~~petikan, Noktah Terjahit

Sebuah buku yang mengumpulkan catatan penulis tentang kehidupan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.

Catatan yang memberikan refleksi kepada diri saya. Membaca catatan ini, walaupun ringkas tetap membuat saya berfikir tentang kehidupan dan pengalaman sendiri.

Noktah Terjahit, setiap pengalaman itu berharga dan berkait antara satu sama lain.
Profile Image for Khairunnisaq.
Author 1 book1 follower
June 23, 2023
Banyak kosa kata baru yang saya belajar daripada buku ini. Ada bahagian tertentu yang buat saya nak tahu apa episod yang penulis alami yang buat dia tulis ayat-ayat cantik macam ni. Ini adalah sejenis 'buku healing' bak kata orang muda sekarang. Tapi buku ni penuh dengan tulisan dan pengisian. Ada juga diselitkan ayat-ayat Quran dan hadis yang sesuai dengan topik dibicarakan. Secara kesuluruhan, it's a wonderful book.
117 reviews
July 3, 2021
Saya menyimpulkan kekuatan buku ini adalah penggunaan bahasa yang sangat puitis di samping menekankan beberapa tema dalam kehidupan menjadikan buku ini adalah buku untuk semua peringkat umur. Berkonsepkan Islamik, penulis telah menyentuh dan menghuraikan tema-tema ini dengan menyelitkan himpunan hadis, ayat Alquran, pandangan ilmuwan Islam dsb.
Profile Image for Hanis.
1 review2 followers
July 13, 2018
Bahan bacaan yang agak ringan dari segi susun atur kata dan penyampaian mesej dari penulis.

Amat mudah difahami hanya dengan sekali pembacaan.

Pembacaan yang ringan ni bagus juga sebenarnya. Sebab membuatkan kita melihat semula perkara-perkara kecil yang telah diabaikan oleh diri kita.
Profile Image for YanaRaziana Prudential.
3 reviews
January 18, 2021
Ada sesuatu di sebalik tersembunyinya kisah penuh yang menjadi tanda tanya apakah sebenarnya yang di lalui oleh penulis. Amat sesuai untuk setiap wanita membaca buku ini kerana di dalam ada sesuatu...
Profile Image for Ainuddin Saifude.
17 reviews
April 15, 2021
Mungkin luahan nurani penulis yang kita semua banyak persoalan tentang beliau. Laras bahasa yang digunakna juga indah dan membuatkan yang membaca terfikir-fikir. Bacaan yang sangat disyor terutama kepada wanita.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
July 19, 2021
Membaca Noktah Terjahit buat hati rasa disentuh. Diberi peringatan. Lama dah rasa tak ditegur.

Rasa bersemangat nak didik anak2 jadi insan soleh solehah. Rasa besarnya tanggungjawab ibu dalam mendidik anak.

I need more books like this. That can remind me to be a better mom.
Profile Image for Matahari Buku.
24 reviews
June 14, 2022
Terkala kau hilang arah dalam kehidupan ini, buku ini membawamu kembali ke pangkal jalan. Bacalah dan ketahuilah, jalan hidup ini memang kejam. Maka, marilah sama sama kita kuat sehingga bertemu di Negeri Abadi.
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
November 5, 2017
Buku yang ringan namun padat dengan peringatan. Sesuai dibaca oleh perempuan mahupun lelaki.
Profile Image for Fatihatul Insyirah.
11 reviews21 followers
May 8, 2019
Penyusunan kata yang indah mampu untuk mengetengahkan isu-isu yang seringkali dilepas pandang. Tak sedar betapa menusuknya nasihat penulis kerana telah disulami kata-kata yang lembut.
Profile Image for Ummu Hafizah.
14 reviews
Read
June 27, 2023
Apa ertinya aku di dunia? Hidup ini bak musafir sang hamba menuju cinta DIA. Menjadi hamba bergelar seorang perempuan tidak mudah, kerana membawa nilai tertinggi yang tak terungkap di lidah
Profile Image for Ryoma Ichizen.
3 reviews
November 27, 2020
Lenggok bahasa yang santun dan puitis, suatu ketenangan buat pembaca/saya.
Noktah ke-5,catatan ke-3 mengingat kembali hati minda saya yang juga suatu masa, keliru dan terpengaruh dengan acuan luar.
"Semua orang mahu bebas menjadi diri sendiri. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu, siapa diri mereka sendiri?"
Dr.Nezvat Terhan menyebut dalam menghuraikan Masnawi "Kita berhak memberikan kebebasan seluas-luasnya pada dunia kita sendiri. Namun dengan tetap menjaga norma dan peraturan yang ada. Marilah menjadi mahluk merdeka yang dapat mengawal dunianya sendiri."
Kata-kata perangsang,
"setiap episod hidup yang terasing ibarat noktah yang sendirian. Tidak ada makna dan akan sentiasa kekal misteri selagi ia tidak dihubungkan."~Nik Nur Madihah
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.