Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daftar Mimpi: Kumpulan Puisi

Rate this book
di laman rumahku
bergumam bisikan manis
madu, opium lebah
pepatung, hidup melayangkan warna
kupu-kupu dikumpul mataku

Berada di kota, segalanya seakan mimpi. Dilema muncul di setiap sudut: di pasar raya, di antara lorong hamis, di celah jalan yang sibuk, serta himpitan bangunan dan landasan.

Abdullah Hussaini memetakan pertentangan kehidupan orang desa di kota yang serba runsing ini dalam imej serta babakan yang segar. Dilayur dalam hangat warna dunia kampung yang menggiur, ia langsung mewaraskan deria penghuni kota yang cedera.

92 pages, Paperback

Published May 1, 2021

2 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Abdullah Hussaini

23 books80 followers
Abdullah Hussaini ialah seorang penulis dan penterjemah. Dia menulis novel, cerpen, sajak, esei, ulasan dan menterjemah.

Abdullah Hussaini is a published writer and translator. He writes novels, short stories, poems, essays, reviews, and translations.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (34%)
4 stars
14 (53%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
November 24, 2021
4.3 bintang.

Ini antara buku terbaik aku baca tahun 2021. Aku bukanlah penikmat puisi atau sajak. Puisi bukanlah kegemaran utamaku. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, aku ambil usaha untuk baca sekurang-kurangnya satu atau dua buah buku puisi/sajak setahun. Ada yang aku suka dan tak suka.
.
Ini antara buku puisi yang aku sangat suka. Aku tak reti nak cerita dari sudut teknikal, tapi penulis berjaya buat aku ambil masa untuk menikmati naskhah ini. Kalau tak sedap, kita baca sambil lalu aje, kan? Tapi ini tak...

Penulis menggunakan sebaiknya hal-hal sekeliling yang mungkin kelihatan kecil untuk jadi sumber ilhamnya. Ada kisah pekerja syif, pasar raya, petani, LRT, tentang malam dan mimpi. Dan sekarang aku nampak benda-benda kecil seperti bantal, tilam, parang & baja dengan pandangan berbeza. Semua ni dijadikan ilham menulis beliau. Setiap benda nampak lebih bermakna kini.

Kenapa aku suka naskhah ini? Sebab dapat rasa ia dikarang terus daripada hati. Kadang membaca beberapa puisi beliau, terasa seperti membaca suara hati sendiri. Dalam keadaan dunia yang penuh kemarahan, kekecewaan dan sedih, buku ini mengubat hati.

"kadangkala kau berasa
mimpi adalah dunia sebenarmu
dan kekecewaan adalah raungan panjang
yang dicengkam kesunyian." - Abdullah Hussaini.
Profile Image for Fee.
211 reviews1 follower
September 27, 2021
Puisi-puisi dibahagi kepada dua bahagian, tentang suasana desa dan kota. Penulis berjaya menggambarkan suasana kehidupan secara visual di kedua-dua suasana berbeza dengan amat baik sekali. Puisi kegemaran saya dalam koleksi ini: ‘Dua Yang Sementara,’ ‘Menyimpan Rahsia’ dan ‘Di Pasaraya.’
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 12, 2022
Aku beli naskhah ini sebab aku jatuh cinta pandang pertama dengan sajak ‘di pasaraya’ yang disiarkan oleh Tukang Puisi. Entahlah aku rasa subjek puisi itu sederhana saja. Tapi itulah, kadang-kadang hal yang sederhana itu buat kita jatuh suka.

Dan end up aku jadi suka kebanyakan puisi dalam naskhah ini. Aku tak reti nak gambarkan dengan kata-kata tapi yang boleh aku katakan puisinya terasa dekat dengan diri.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
September 30, 2021
Abdullah Hussaini antara penulis muda yang mempunyai potensi melalui puisi-puisinya yang sederhana dalam pemilihan kata, tetapi menjentik rasa melalui cerita yang disampaikan. Kumpulan puisi ini merakam perjalanan Abdullah Hussaini ketika berada di desa yang mencengkam, dan sesekali mendinginkan dan kemudian perjalanannya ke kota yang memberi persepsi dan penilaian baharu.

Ada beberapa puisi yang sangat dekat dengan emosi tentang indah nyaman kampung dalam perasaan yang aneh (mungkin dipengaruhi peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada dirinya - berdasarkan catatan di bahagian kata pengantar). Keperitan rasa membuahkan pemerhatian lebih tajam terhadap sekeliling - sunyi pagi, pekat malam, kokokan ayam, bau pandan, celah retak dinding, embun pagi... Untuk bahagian Siluet Desa, saya sukakan rentak penceritaan Abdullah Hussaini dalam merakam suasana desa tanpa estetika yang berlebihan. Itulah desa. Dan setiap puisi memberikan sesuatu kesimpulan peribadi - tapi ... tapi, di musim tengkujuh aku menoreh pohon bimbang....(antara yang terkesan pada saya sebagai anak penoreh getah).

Bahagian Miraj Kota pula memberi perspektif baharu kepada penulis yang mula mengembara ke kota. Segala hal di persekitaran masih membangkitkan persepsi dan perbandingan kepada suasana kampung dan sebahagiannya memberi persepsi peribadi tentang hal yang disentuh.

Perjalanan puisi 2017-2020 ini membangunkan perkataan dan permaknaan yang perlu dihadam oleh pembaca. Ada beberapa puisi yang boleh digilap lagi dan sebahagian besarnya sudah kukuh dengan baik.

Profile Image for Alif Zamri.
2 reviews
June 13, 2022
Tentulah Abdullah Hussaini mempunyai kelebihan. Puisi beliau menjadi "daftar" kepada kehidupannya sendiri.

Naskhah ini terbahagi kepada dua. Secara berat sebelah. Tentulah saya hanya akan menyentuh tentang bahagian pertama - desa.

Malam menjadi kata kunci yang penting kepada penceritaan beliau. Tetapi apa yang lebih ditunggu oleh saya adalah besok paginya.

kau pagi
keajaiban waktu
gemerutup tulang waktu

Unsur alam menyerlahkan liku-liku desa yang mahu ditonjolkan beliau. Saya sebagai orang kampung dari permatang jelapang padi. Semestinya nuansa desa, alat tukang dan alam semulajadi tidak boleh lari daripada diri. Disinilah beliau memerah santan keringat kampung halamannya.

Dari bahagian ini, puisi yang menjadi pilihan saya seperti; Sejuk Sangat, Sesudah Bermimpi, Kelapa Di Halaman, Menanti Perubahan, Tengkujuh Berakhir dan Senja Berakhir.

Saya mengikuti Abdullah di media sosial dan setia pada cerita taninya. Malam beliau mengingatkan saya kepada Basho di pondoknya. Alam menyusup ke dalam malam sebagai bantal. Lalu pulang kepada pagi sebagai bumi yang luas.

hanya aku menyandar
sambil menulis
mengharap bumi berputar
lebih perlahan
Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
September 25, 2021
Kumpulan puisi yang boleh saya katakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu untuk suasana desa yang mendamaikan dan satu lagi untuk suasana kota yang menyibukkan. Saya dapat membayangkan suasana kampung melalui buku puisi ni. Nyaman dan damai.
Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
October 9, 2021
Apa masih ada pembaca puisi tulisan anak anak Malaysia?

Jawapannya pastilah ADA.

Serancak penerbitan buku buku fiksyen, terjemahan akademik dan lain lain, negara kecil ini beruntung memiliki anak anak muda yang terpanggil meneruskan seni bermain kata melalui sajak.

Abdullah Hussaini anak muda kelahiran Pahang aktif menulis sejak novel pertamanya terbit pada tahun 2016. Cenderung melakar kata tentang gelojak rasa dalam esei dan sajak. Pernah memenangi dua tiga sayembara penting di tahun dua ribuan. Tungkus lumus di desa dan kini aktif di Kuala Lumpur memberikan lowongan mudah untuk beliau berperspektif.

Apa yang mahu direviu akan sebuah sajak?

Sering disebutkan pada anak anak pelakar kata bahawa dalam puisi medannya bebas. Tiada salah, tiada benar kecuali kosa kata yang sesekali ditegur oleh guru bahasa sahaja. Ceritanya milik pelakar, alasan boleh diberi, kata kata tetap milik peribadi. Di hujungnya, sajak bebas kekal bernaung antara SEDAP atau LEMAU sahaja. Koleksi DAFTAR MIMPI ternyata SEDAP untuk ditelusuri.
Kumpulan Daftar Mimpi dibahagikan pada 2 pandangan si anak desa tentang lingkungan kampung dan kota, jelasnya jiwa dan penilaian beliau akan 2 lokasi ini terlihat jelas.

Siluet Desa:

Kelapa adalah keju kami
tanpanya
masakan kami
tidak berwajah

Miraj Kota:

pagi yang dihimpit waktu
aku tak sempat mengutip habis
setiap keindahanmu

Kita terus berdoa agar anak anak muda pemuisi kenal akan landasan pilihan, tidak melulu jatuh kecewa mahu tenar dalam sekelip waktu. Sajak hadir dari pengaruh pemerhatian, galau perasaan, simpang siur pemerintahan, bius semasa dan sesekali ceria berkisah akan perasaan cinta lapuk. Interpretasi pembaca mampu jadi pelbagai, ada ketikanya menyimpang jauh dari hasrat si pelakar kata.

Naskah comel 77 mukasurat ini bersaiz tepat untuk berada dalam tas tangan. Dibaca fikir dan tersenyum saat menanti pengangkutan, menunggu teman atau istirehat di taman.

Daftar Mimpi akan menjadi koleksi berharga, itu saya sangat pasti.

Nota: Daftar Mimpi dijual secara set dengan dua lagi kumpulan puisi yang akan direviu minggu hadapan.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
Read
January 19, 2024
Daftar Mimpi merupakan kumpulan puisi Abdullah Hussaini. Ini buku pertama beliau aku baca. Puisi ecerannya mungkin pernah baca, tidak ingat. (Jarang sudah baca puisi eceran. Baca majalah. Ah, tumpukan yang di depan mata)

Ada juga halaman aku lipat, tanda aku suka puisinya. 'tutup mata' dan 'gerabak penuh'... Antara yang aku suka. Ya. Kita punya kesukaan berbeza. Ada suka puisi ini, ada suka puisi itu. Subjektif.

Yang aku suka bila baca puisi, dapat kata-kata menarik. Dapat rangkap-rangkap puisi yang suka baca, tak reti tulis...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
May 30, 2023
Bacaan yang menarik.. Puisinya unik dan menyentuh perasaan..
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.