Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tangis

Rate this book
Novel tangis ni bukan berpaksikan cinta semata. Saya tak nafikan ada sedikit bibit cinta. Namun bukan itu yang nak saya ketengahkan.

Saya nak anda tahu hakikat bahawa dekat luar sana ada ramai yang hidup dalam SUSAH dan SENGSARA. Dan bagaimana mereka mengharungi hidup mereka tanpa kasih-sayang dan juga keluarga.

Apa yang boleh bantu mereka, selain keajaiban? Dan novel ini akan menceritakan segalanya, bahawa ada ajaibnya dunia yang kita tinggal ini.

SINOPSIS

Melihat TANGIS adik perempuannya belum reda, Daris melangkah keluar dan meredah keluar hujan lebat malam itu. Kaki kecilnya berjalan tanpa henti hingga tiba di sebuah destinasi yang mengubah hidup Daris dan adik-beradiknya sebanyak 360 darjah.

Syakirah pula yang berhati dingin berubah menjadi manusia lembut tatkala bertemu dengan satu insan suci tanpa dosa hingga mendatangkan TANGIS dalam hatinya.

Dalam TANGIS, tidak semestinya mendatangkan hiba. Ia menghadirkan bahagia meskipun ada pengorbanan untuk takdir menjadi sempurna.

Arif Haziq

396 pages, Paperback

First published June 15, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Arif Haziq

3 books9 followers
Seorang penulis yang hanya berkarya bila tiba masanya sahaja. Hanya melakar cerita sekadar untuk meluah perasaan semasa. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Anda semua sangat berharga buat saya 😊

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (26%)
4 stars
5 (21%)
3 stars
11 (47%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
July 13, 2021
Pertama sekali, tahniah Haziq atas novel pertama ini!

⚠️TW: Minor sexual harassment

🌻Membaca buku ni ibarat menonton movie di kaca TV, penulis bijak menggambarkan apa yang terjadi untuk senang kita visualkan.

Sepanjang plot pasti akan ada banyak soalan yang muncul kerana penulis melahirkan apa yang dia ‘nampak’ dan sembunyikan apa yang perlu. Meski agak messy awalnya tapi sekiranya kita meneruskan pembacaan pasti pemahaman itu makin cerah.

Penulis siap pesan jangan skip tau! Haha, karya ini sememangnya satu karya yang memerlukan pembacaan yang teliti. Boleh nampak tenaga yang dicurahkan untuk penyusunan plot ini, its AMAZING!

🌻Tema masyarakat sosial yang diangkat dalam buku ini adalah sesuatu yang jarang aku jumpa dalam karya. Keluarga yang teruk, daif, serba kekurangan membuka ruang untuk aku memahami kehidupan dari satu sudut yang aku tidak pernah hadap selama ini. Agak sedih bila mengetahui nasib anak-anak dalam cerita ini dan turut terkesan dengan watak Syakirah yang berjiwa besar dan pandai menyantuni anak-anak.

🌻Beberapa twist yang menjadi rencah dalam buku ini juga tidak kurang hebatnya.Still in shock membaca satu twist ni, aku tak sangka gila. Hampir rabak jantung bila tahu, belum move on lagi. Penguasaan plot tu memang buat sis wowed.

🌻Bagi aku cerita ini masih tersimpan banyak rahsia, tidak lunas setakat membaca buku ini. Sememangnya satu karya pertama yang hebat sebab amazing sebentar bagaimana Haziq pull this out. A part of it penuh teladan kasih sayang antara keluarga, and some part of its a bit dark and twisted ~ more to dystopian thingy, berbalik kepada cover nya yang menjadi tema.

🌻 Ada beberapa tempat yang aku rasa penulis boleh improve contoh pengalihan imbas semula dan jadikan dia lebih smooth and cut the scene dan tinggalkan apa yang perlu sahaja. So far, ini adalah karya yang NOT SO BAD for a debut novel. Kagum amat!

🌻Rekomen kepada yang suka bacaan umum, saifai dan pembaca yang simply nak baca dengan teliti.

Thank you Haziq sudi memberikan buku ini sebagai penukaran reviu jujur. Buku boleh didapatkan melalui penulis @surelyitshaziq

Teruskan menulis!
Profile Image for Nadia.
110 reviews54 followers
August 2, 2021
Ekoran nafsu dan cinta terlarang si ibu bapa ketika muda, Daris dan dua adiknya tersepit dalam kemelesetan hidup tanpa perhatian orang dewasa sejak kecil. Tangis, sebuah novel bertemakan keakraban antara adik-beradik, membawa pembaca menelusuri nasib 3 anak kecil malang ini, juga membongkar konflik perhubungan rumah tangga yang caca merba antara 2 buah keluarga. Tampak normal pada mulanya namun pembaca bakal dikejutkan dengan elemen fantasi di pertengahan naratif.

Syakirah, remaja berhati mulia yang simpati akan nasib malang adik beradik itu cuba membantu segala yang terdaya namun kecelekaan menimpanya tanpa diduga. Dari situ, pelbagai rahsia perkahwinan dan kelahiran tersingkap perlahan-perlahan. Putar belit plot yang diketengahkan boleh dikatakan menarik walaupun ada beberapa yang boleh dijangka. Perungkaian misteri di dalam novel ini saya rasakan agak pantas yang mana plot misteri itu diletakkan berdekatan dengan penyelesaiannya. Jadi tidak perlu menunggu lama untuk merungkai sesebuah rahsia, juga secara peribadi saya rasakan sedikit mendatar ketika menuju pengakhiran cerita, mungkin kerana di pertengahan saya lihat seperti jalan cerita sudah tamat, tetapi diselitkan lagi imbasan kembali beberapa babak.

Beberapa perkara yang boleh diperbaiki adalah dari segi olahan ayat. Boleh dikemaskan lagi tatabahasanya dan memilih perkataan yang sesuai agar tepat dalam menggambarkan sesuatu situasi. Struktur ayat juga perlu diperbaiki supaya lebih sedap dibaca. Dialog bagi saya tiada masalah untuk dirojakkan, teknik imbas kembali juga baik.

Idea yang menarik sebagai buku pertama nukilan penulis. Sebagai penggemar buku tempatan, aspek bahasa sememangnya menjadi keutamaan saya, mungkin pembaca lain tiada masalah. Semoga ada penambahbaikan pada masa akan datang. Apapon saya rasakan novel ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan juga remaja. Tahniah penulis untuk novel Tangis, semoga maju jaya untuk sekuelnya. Terima kasih atas peluang yang diberi untuk mengulas novel ini.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews63 followers
February 28, 2022
Heads up untuk readers lain, dalam buku ni ada ilustrasi and info world building kat page belakang belakang tauuu just in case kalau korang takpaham hehehe

Plotwise — idea yang menarikkk pasal time travel and nak ubah sejarah, kita suka cara penggunaan jam tu sebenarnya and watak pun takbanyak just dalam family tu jugak
Penulisan — sebenarnya ada certain part yang bagi kita agak pening, kita confuse nak bezakan timeline bila and siapa yang tengah bercakap sebab dialog watak watak ni lebih kurang sama

Kita taksabar nak tunggu backstory Amirah!

3.5 ☆ from me and not bad as first book! Good job Haziq 👍🏻
Profile Image for Sizarifalina.
277 reviews
August 2, 2021
3.08.21 00:45 - Jap. Jap. Tiba-2 tak reti nak tulis review. Hang over jap. Esok la kot 😅

6.08.21 21:36 - ok jom review. Lama jugak la kan nak review buku Haziq ni. Sorry Haziq 🤭

Tahniah Haziq kerana berjaya buat Siz menangis beberapa kali ( dan juga tahniah sebab berjaya menghasilkan satu novel yang agak lain dari lain)

Kejutan demi kejutan ok. Dari mukasurat pertama sehingga akhir.

Jalan cerita sangat menarik. Plot yang agak kemas. Ada beberapa perkataan yang boleh diubah tapi tak ubah pon ok.

Nak review banyak risau spoiler. 🤭

Ending yang mungkin mengelirukan sesetengah pembaca but Siz boleh faham selepas baca balik 2 kali .Ops!

Tak sabar nak baca sambungan novel ini (Eh ada sambungan kan?)

So untuk tidak reveal any spoilers, korang memang kena baca buku ni and sedia kan tissue bila dah sampai 1/4 bahagian terakhir buku ni ya!

Sekali lagi- Tahniah Haziq!
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
August 6, 2021
#ARbookreview | ᴛᴀɴɢɪs ᴛᴜʟɪsᴀɴ ᴀʀɪғ ʜᴀᴢɪǫ

⚠️TW⚠️: Buli, gangguan seksual, penderaan kanak-kanak

Sinopsis:
Mengisahkan tiga beradik diperlihara bapa yang tinggal di sebuah rumah usang. Namun, bapa mereka tidak terlalu mengendahkan keperluan asas menyebabkan Daris terpaksa keluar untuk mencari sesuap makanan buat adik-adiknya dan bertemu seseorang yang berikan Daris sebuah jam tangan.

Ulasan:
𖦹 Novel ini mengangkat tema kekeluargaan, persaudaraan, elemen fantasi dan juga bermain dengan konsep masa selari. Mempunyai unsur positif dan Islami yang ditekankan. Unjuran bersosial dan empati juga turut diadun dalam kisah ini.

𖦹 Banyak persoalan yang tidak terjawab walaupun setelah selesai membaca. Plot twist yang dibawa berjaya mengejutkan aku. Cuma ingin tekankan disini adalah sebagai seorang Islam, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh penulis kerana ianya terlalu aneh dan semestinya melanggar agama.

𖦹 Aku amat terganggu dengan gaya point-of-view (POV) yang dibawa penulis kerana POV tersebut tidak menggambarkan seperti mana yang sepatutnya. Terlalu banyak watak dan semua watak itu ada POV tersendiri. Menurut aku, POV sesuai hanya tidak lebih dari 3 karakter utama. Karakter lain boleh dimasukkan dalam POV watak tersebut. Adalah lebih baik sekiranya penulis menggunakan gaya bab. Ini lebih sesuai menurut jalan cerita yang ada.

𖦹 Satu perkara yang aku rasa tidak patut berlaku apabila penulis menghilangkan karakter penting dalam novel iaitu Daris. Karakter tersebut adalah karakter utama tapi bagaikan memudar dari pandangan dan lenyap. Bagi aku, Daris memerlukan pengakhiran yang solid setelah melalui pelbagai kesusahan demi adik-adiknya.

𖦹 Secara keseluruhan, Tangis adalah sebuah karya yang berpotensi tampil ke hadapan tetapi dalam masa yang sama perlu penambahbaikan. Bacaan santai dan sesuai buat remaja dan dewasa. Terima kasih Haziq kerana memgirimkan buku ini untuk dibaca dan diulas. Penulis adalah pemberani. Semoga terus sukses!
Profile Image for Fur Abid.
229 reviews8 followers
August 5, 2021
Kisah mengenai perjalanan seorang yang hidup dalam kesusahan, di mana kebergantungan beliau terhadap Allah SWT. Pertembungan watak utama Rifqie, Daris, Daniel, Haura dan Shakirah.

Idea keseluruhan cerita yang menarik. Tetapi yang mengurangkan sedikit dari sudut perkembangan plot yang agak kurang serta memerihalkan sesuatu keadaan itu berlebihan dan meleret-leret jalan penceritaan.

Tidak dinafikan, penghuraian konsep penceritaan daripada penulis agak jelas. Akan tetapi, dari sudut tatabahasa, penulis perlu perbaiki lebih lagi.

Pengajaran daripada jalan penceritaan terlalu banyak jika dibaca dari awal sehingga ke pengakhiran.

Walaubagaimanapun, teruskan menulis kerana secara keseluruhannya, ia merupakan debut awal novel penulis. Teruskan penulisan yang lebih memberangsangkan dan berkualiti pada masa hadapan.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews44 followers
September 11, 2021
3.5 star

Pertama sekali, terima kasih buat penulis sebab hadiahkan akak naskhah ini
.

Tangis? Kenapa tajuk ia sedemikia . Apa kisah yg terselindung disebalik tangis ini?
.

Kisah menyayat hati, dimana ujian buat kanak2 yang baru berusia 10 tahun. Daris, dia perlu menjadi abang yg bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, Daniel dan Haura. Tinggal di sebuah rumah yg tidak siap. Tingkap yg hanya ditutupi kain. Tiada pintu rumah. Atas bocor. Ada ibu, tidak menganggap mereka sebagai anak. Hidup untuk dirinya sendiri. Ada bapa, tp sering memarahi mereka. Jadi tanggungjawab diletak atas bahu Daris yg baru setahun jagung
.

Dalam naskhah ini, turut terselit sci-fi dimana penulis cuba mendedahkan tentang 'Teleportation'. Berkaitan dengan sebuah jam yang mampu membawa manusia ke tempat yg mereka ingin tuju dalam sekelip mata
.

Ini naskhah pertama penulis, adalah terdapat beberapa kekurangannya. Masih boleh diperbaiki. Yang penting boleh terima teguran dan jadikan ia sebagai kayu ukur utk menjadi seorang penulis yg lebih baik di masa depan
.

Bagi aku, penulis agak lemah dalam merangka plot. Dimana agak berterabur. Jika ia lebih tersusun, sangat bagus. Aku agak sukar untuk meneliti perkaitan sesebuah plot ini dgn plot yg lain. Ku harap penulis perbaiki lg dr segi susunan plot cerita agar lebih teratur. Lagi 1, aku kadang2 lost bila membaca sesetengah scene. Perlu ditelitikan serta dipadatkan lagi agar tidak lompong
.

Tapi aku nak bg kredit dekat penulis sebab dia berani. Berani dlm mengetengahkan genre melo+ sci fic yg mana jarang2 penulis cuba buat. Semoga penulis terus berusaha lebih dan sentiasa belajar dlm menulis sesebuah cerita agar satu hari nanti, pembaca sukar mencari kelemahanya. Thumbs up
.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 7, 2021


Di rumah usang yang terpencil, yang pada pandangan orang ramai rumah itu seperti tidak berpenghuni. Penuh dengan sampah sarap dan tak terurus tetapi rupanya tinggal sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa dan tiga orang anak kecil, Daris, Daniel dan Haura. Kehidupan mereka tidaklah sebahagia yang disangka. Penuh kesengsaraan akibat menjadi mangsa penderaan bapanya. Tetapi jam yang mempunya kuasa ajaib itu telah menjadi punca kepada perubahan keluarga mereka terutamanya hidup anak-anak kecil itu. Satu persatu rahsia yang telah lama tersimpan terbongkar.

Penulis membawakan tema kekeluargaan dan kemasyarakatan. Begitu banyak konflik yang disertakan di dalam buku ini. Pada pandangan aku waktu mula membaca, buku ini mungkin hanya menceritakan tentang kehidupan anak-anak kecil yang menjadi mangsa dera bapanya dan seterusnya di ambil anak angkat oleh satu keluarga yang baik dan kaya tetapi rupanya tidak! Penulis memasukkan elemen fantasi melalui jam ajaib yang diberikan oleh Syafiq dan Adam yang datang dari dunia kedua! Keluarga yang menemukan anak-anak kecil itu rupanya mempunyai kaitan dengan anak-anak itu sendiri!!!

Jalan cerita menarik dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Cumanya perlu dibaiki dari segi olahan ayat dan penggunaan bahasa. Aku sarankan juga kepada penulis untuk tidak mengasingkan cerita yang akhir itu dengan lampiran. Biarlah lampiran itu berada di belakang sekali.

Kesimpulannya, karya sulung penulis ini bagi aku cukup baik. Untuk menghasilkan sebuah buku yang konflik yang pelbagai ini tidak mudah. Teruskan menulis!
Profile Image for Qamarina Effendy.
7 reviews
August 19, 2021

"Nicely wrap up story, simple yet so detail"

Tangis mengisahkan tentang 3 beradik Daris, Daniel dan Haura yang tinggal di rumah terbiar yang hidup serba daif bersama bapa mereka yang kasar dan ibunya yang tidak mahu menjenguk sedikit pun mereka tiga beradik, hidup mereka mulai perlahan berubah apabila Daris terjumpakan jam tangan yang aneh. Adakah hidup mereka bakal berubah atau akan kekal sama ditinggal dalam serba serbi kekurangan?

1- perkara pertama yang saya suka mengenai jalan cerita novel ini adalah penulis menyediakan setiap plot daripada perspektif beberapa karakter, makna kata buku ini tidaklah berkisarkan daripada sudut pandang watak utama sahaja namun kita boleh menelusuri cerita-cerita di sebalik watak-watak yang lain.

2- walaupun banyak persoalan yang muncul di minda, namun penulis seolah-olah tahu persoalan yang bakal datang dan menjawab dengan plot-plot cerita yang baik dan di luar jangkaan. Geram saya dengan Amirah yang tidak pernah pedulikan mereka dan tidak ada sekelumit pun rasa sayang dan kasih. Memang mengucap panjang bila membaca kisah Amirah ni 😅

📌 bagi Latar tempat; menulis menggambarkan dengan baik tentang rumah tinggal di sebalik semak samun yang didiami oleh Daris, Daniel dan Haura. Scene mereka hanya terkurung di bilik sahaja.. this is real kan..? Bukan hanya dalam cerita 🥺Penulis juga ada menyebut tentang Kinokuniya, KLCC yang saya rasa mudah bagi kita nak gambarkan sebab rata-rata mengenal dengan baik tempat-tempat tersebut.

📌 konsep yang dibawakan dalam novel sains fiksyen ini adalah parallel universe atau dunia selari (wujud dua dunia dalam satu masa yang sama) konsep ini mulai terzahir pada pertengahan cerita nak ke akhir-akhir. Semestinya saya menerima satu kejutan yang baru sebab tak pernah terfikir cerita ini akan pergi sejauh ini (ala-ala avengers: endgame gitu). Pun begitu, tepukan untuk penulis kerana berjaya membuatkan saya tak keliru dan mudah hadam dan adunan konsep ini dalam Tangis tampak molek sahaja.

Akhir sekali, saya belajar yang nilai kekeluargaan yang baik bakal memberi tempias yang baik untuk orang sekeliling juga. Mereka yang penuh dadanya dengan kasih sayang tak lokek berkongsi kasih sayang juga.
3 reviews
August 28, 2021
Ya Allah tak pernah lagi baca novel macam ni !
Serius ! Sedih & best yakmat sebab penulis pandai olah jalan cerita dari biasa jadi luar biasa !
Serius ! Aku pun terkejut masa baca !
Profile Image for Twinnie Read.
6 reviews3 followers
August 5, 2021
Pada permulaan kisah buku tangis oleh Arif Haziq, pembaca dibawa kepada kisah sebuah keluarga yang hidup serba daif dan kekurangan di dalam buku ini. Sejujurnya, aku sukakan tema buku sebegini. Aku suka mendalami kisah sukar yang dihadapi oleh orang lain.

Selalunya kisah hidup keluarga yang sukar sebegini sering dipaparkan di televisyen. Aku sering kali menonton kisah sebegini bersama keluarga di rumah untuk mengambil pengajaran akan kesusahan hidup orang lain, iaitu sering memandang ke bawah dan bukan sentiasa melihat orang yang lebih senang daripada kita sahaja. 🥺

Mungkin bagi orang biasa seperti kita, makanan yang tersedia di atas meja adalah perkara biasa. Setiap hari kita dapat menjamah makanan. Tetapi tidak untuk keluarga Daris di dalam buku ini. Daris, haura, Daniel sangat kelaparan. Tetapi ayah mereka tidak pernah peduli. Apabila Haura merengek, habuan pukulan yang Haura akan dapatkan. Sangat sedih 😭

Menurut pemahaman aku sepanjang menelusuri karya ini. Setiap watak yang ditampilkan dalam buku ini. Pasti mempunyai kisah luka yang tersendiri. Bukan sahaja bercerita mengenai kedaifan keluarga Daris. Watak Syakirah yang ditampilkan di dalam buku ini juga mempunyai kisah duka yang tersendiri. Memang buku yang melankolik, sesuai dengan tajuk buku ini, tangis.

Buku ini juga turut diselitkan elemen fantasi. Sangat menarik bagi aku. Cuma aku sedikit keliru dengan nama watak. Seiring dengan pembacaan, aku dapat mengingati nama watak dengan baik.

⚠️ TW : Buli, minor sexual harrasment, penderaan.

Tahniah haziq atas karya sulung! Wina menantikan buku kedua daripada haziq. Terima kasih memberikan buku ini kepada wina sebagai pertukaran ulasan yang jujur.

#winabookreview #malaysiamembaca #arifhaziq
Profile Image for Nadhirah Ghani.
Author 5 books20 followers
August 8, 2021
Rating 5/5⭐️. Novel Tangis benar-benar mendatangkan tangis di dalam hati saya. Seperti yang dikatakan penulis, “Dalam TANGIS, tidak semestinya mendatangkan hiba. Ia menghadirkan bahagia meskipun ada pengorbanan untuk takdir menjadi sempurna.”
-
Novel ini begitu mendatangkan kesan yang mendalam. Permulaannya sahaja sudah meruntunkan hati. Daris si abang yang begitu bertanggungjawab menjaga adik-adiknya yang masih kecil walaupun dirinya sendiri tidak berusia begitu remaja.
-
Hinggalah suatu hari dia terjumpa satu jam yang aneh, yang boleh membawanya ke mana-mana sahaja. Jam itulah juga yang mempertemukannya dengan Syakirah di Kinokuniya, KLCC ketika hendak membuat pembayaran buku yang mahu dibelinya untuk adik-adik.
-
Syakirah terus jatuh kasih kepada si Daris yang kecil. Dia mahu melindungi budak lelaki itu. Dibelanjanya makan dan membelikan Daris pakaian juga. Namun semua itu hanya berlaku sekejap sahaja apabila tiba-tiba suatu insiden terjadi ke atas Syakirah yang membuatkan mereka terputus hubungan.
-
Dalam diam, rupa-rupanya ada mata-mata yang memerhati dan turut melindungi mereka juga dari jauh. Siapakah pemilik mata-mata itu? Dan apakah pengakhiran bagi nasib kesemua mereka? Semuanya akan terjawab di dalam novel Tangis ini.
-
Novel ini juga boleh didapati di Google Playbook walaupun hardcopy nya sudah kehabisan stok.
Profile Image for Ikhareads.
11 reviews
August 2, 2021
Konflik ini bermula apabila Daris menemui seutas jam tangan yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh membawa Daris kemana sahaja. Dan, yang paling Ikha teruja adalah Daris memilih untuk pergi ke Kinokuniya dan di sinilah Daris bertemu dengan seorang gadis yang bernama Syakirah. Selepas pertemuan ini pelbagai perkara aneh dan satu per satu persoalan timbul, buatkan Ikha teruja nak baca mukasurat seterusnya sehingga “Arghhh, ini ke puncanya!!” Terkejut dan geram. Nak tahu, bacalah buku ini 😜🤗

Selalu Ikha cerita watak yang Ikha suka,kan ? Kali ini Ikha nak cerita watak yang paling Ikha benci iaitu Amirah. Dan, ini nasihat Ikha untuk diri sendiri serta kawan² perempuan atau lelaki jika belum bersedia untuk berkahwin jangan gatal² nak kahwin atau bermain cinta!! Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab.

Untuk penambaikkan di masa hadapan, penulis boleh perbaiki gaya bahasa dan jalan cerita yang lebih tersusun. Ikha tahu agak sukar untuk membawa kisah yang ada unsur sains fiksyen dan imbas ke belakang. Apapun tahniah @surelyitshaziq untuk karya pertama ini. Ikha teruja sebab ini adalah swaterbit. Tahniah!!

-Ikhareads-
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
August 31, 2023
[BOOK 122]

Tangis by Arif Haziq.
.

Buku ni ialah free gift sewaktu aku membeli novel lain. Terima kasih diucapkan kepada si pemberi.
.

Buku ni merupakan debut penulis.
.

Bertemakan sci-fi.
.

Sebagaimana kata penulis, kena baca buku ni mengikut turutan, takleh skip. Nanti tak faham.
.

Ceritanya tentang Daris dan adik-adiknya yang hidup susah. Tinggal dengan ayah, tapi tak pernah dapat makanan proper. Pernah makan nasi kosong je.
.

Dan pada satu hari, Daris menjumpai jam ajaib. Dengannya, dia boleh teleport ke tempat lain. Dan di mall, Daris jumpa Syakirah yang berhati lembut dan banyak membantu Daris.
.

Buku ni pun ada beberapa plot twist yang tidak terjangka.
.

Aku puji idea penulis yang berani bereksperimentasi. Cumanya, gaya penulisan boleh diperbaiki lagi untuk lebih smooth. Tambahan lagi untuk novel scifi sebegini.
1 review
September 22, 2021
Tangis is such a poignant, quick and easy read centred at family drama with a dash of fantasy and a teeny-tiny speck of scifi. I’m getting warm and fuzzy feeling toward the characters’ relationship which never fails to tear me up at the end. You have to read it till the end of course to find out. Having read quite a few of Haziq’s works, he has an uncharacteristically uncalled for wit in his writing that I can’t help but to enjoy 🌞
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews