What do you think?
Rate this book


338 pages, Paperback
First published May 1, 2021

Lalu, Ana bertanya lagi, "Kalau Tuan Yang Suci beri taring kepada kita, siapa yang beri taring kepada Tuan Yang Suci?"
Manusia Suci mengkuarantin diri mereka di Aras Atas dan bertungkus lumus menyelamatkan manusia-manusia yang sakit sejak ratusan tahun lalu. Sekarang, mereka bersusah-susah pula menjaga kebajikan semua. Itulah kelebihan spesies manusia berbanding spesies lain. Manusia punyai sifat kemanusiaan, empati, dan belas ihsan.
"Aku yang kehilangan tangan dan mata kerana keluar memburu. Manusia Suci pula hanya menggoyang kaki memerintahkan supaya kadar kongsi dinaikkan. Ini sudah melampau," kata Vuk.