Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapal Terakhir #2

Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II

Rate this book
Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor – kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.

345 pages, Paperback

First published May 26, 2021

34 people are currently reading
666 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,326 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
599 (50%)
4 stars
425 (36%)
3 stars
138 (11%)
2 stars
11 (<1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 180 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
600 reviews107 followers
July 24, 2021
Aku membaca Episod II sejurus selepas Episod I. Sebagai permulaan, aku reviu buku ini berdasarkan tajuk Episod II saja. Tidak perlu aku baca semua karya penulis untuk menjadikan aku ada hak untuk memberi ulasan buku beliau 🤷‍♀️ Kepada yang tidak meraikan perbezaan pendapat dan selera orang lain, sila jangan baca ulasan ini 😌

❑ Episod II dimulakan dengan aktiviti dokking yang meletakkan Aria sebagai wakil Sektor Biru. Barulah aku faham maksud dokking dan kepentingannya untuk Bokor. Jenuh fikir masa baca Episod I 😅

❑ Susunan cerita masih aku rasakan agak perlahan cuma plot cerita dan idea penulis semakin menarik. Aku suka dengan aktiviti dokking kerana ia membuatkan aku menyukai Aria. Plot paling menarik semestinya apabila Aria diberi peluang naik ke Aras Atas dan menerokanya bersama Vanessa. Perlu juga dinyatakan yang aku sangat berpuas hati dengan pembalasan pada Maru dan Koba! Tidak dilupa juga dengan pembelajaran konsep graviti dan ketumpatan. Serius aku dah tak ingat 🙈

❑ Seperti yang aku katakan dalam ulasan Episod I, aku mengharapkan Aria sebagai watak yang aktif dan masih tidak aku ketemu dalam episod II ini. Aria hanya menyerlah ketika aktiviti dokking, aktif apabila berada di luar kapal, namun kembali pasif apabila berada di dalam kapal.

❑ Aku suka pada mesej kehidupan dalam buku ini tetapi ianya perlu seiring dengan perjalanan cerita dan perkembangan watak yang menarik. Awal dan akhir buku ini menarik namun pertengahan agak mendatar bagiku.

❑ Sesiapa saja yang membaca buku ini pasti dapat rasakan bahawa ceritanya bagaikan ada kaitan dengan isu golongan kayangan dan marhaen. Aku menutup buku ini dengan perasaan tidak berpuas hati pada rahsia Manusia Suci di Aras Atas! Satu penindasan dan pengkhianatan yang sangat kejam selama 200 tahun! Geramnya! Aku jadi marah bagi pihak Aria dan manusia di aras lain.

❑ Maka dengan ini aku tidak sabar untuk membaca episod akhir siri ini. Aku mahu menyaksikan kebangkitan Aria mewakili mereka yang ditindas dan juga plot penuh aksi. Sudah cukup dengan pengenalan dan keterangan ✨

Rating: 3.5/5

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books260 followers
June 27, 2021
Jemput tonton review buku secara detail di sini! >>>
REVIEW: KAPAL TERAKHIR DI DUNIA 2 by Teme Abdullah

SINOPSIS
Cerita bermula selepas apa yang berlaku di penghujung buku pertama. Kita dibawa melihat aktiviti dokking. Ada sesuatu yang berlaku di darat sehingga memberi trauma kepada Aria. Di atas Bokor juga, Aria dihimpit dari segala sudut. Datang juga watak Vanessa memberi tawaran kepada Aria. Pada akhirnya, apa pilihan Aria? Ha, bacalah ye.

PLOT
Buku ini lebih banyak perkara yang berlaku jika dibandingkan dengan buku pertama. Seronoklah kita baca. Saya lebih suka plot semasa proses dokking kerana di situ, Aria lebih banyak membuat keputusannya sendiri. Saya suka melihat buku kedua ini lebih jelas directionnya. Buku ini juga banyak elemen suspen jika dibandingkan dengan KTDD 1.

Ruang lebih terbuka untuk kita lebih mengenali Aria. Apa monolog dalamannya. Apa yang dia fikir. Ini yang saya nanti-nanti. Tapi itulah. Makin mengenali Aria, makin saya...

MESEJ
Saya suka mesej 'bagaimana orang kaya kekal kaya dan bagaimana orang miskin kekal miskin'. Ini realiti. Macam cerita Snowpiercer jugaklah. Cuma pengolahannya sahaja. Apabila mesej disampaikan melalui lensa watak utama yang 'lalang' dia macam, menimbulkan kegeraman di hati saya. Ini pendapat peribadi sahaja ya?

WATAK
Jujur, saya amat teruja mengenali Aria ketika aktiviti dokking. Cuma apabila naik atas kapal sahaja... Saya rasa Aria tidak belajar apa-apa. Pengorbanan dan kesengsaraan orang lain bagai sia-sia. Akhirnya, Aria tetap sekejap memihak kepada Aras Lantai. Sekejap fikir dan 'redha' dengan tindakan Aras Atas.

Aria tidak memegang simbol harapan. Selalunya watak utama ini memegang simbol harapan. Apatah lagi bila genre distopia. Tak semestinya kena mengikut trope melawan sistem pun. Jadikanlah Aria seorang yang berpendirian. Tidaklah akhirnya perkembangan watak dia 'back to square one'.

Saya harap selepas ini saya akan baca watak utama yang aktif. Saya pasti Teme boleh menulisnya ;)

OVERALL
Percubaan yang baik. Saya suka baca gaya penulisannya. Saya juga sangat suka mesej yang disampaikan. Cuma olahan sahaja kalau mahu, baikilah. ;) Buku KTD ni sangat sesuai untuk peminat Teme dan yang baru sahaja nak baca buku fiksyen.

Saya yakin Teme boleh buat lebih baik lagi dalam penulisan fiksyen. InsyaAllah.
Teruskan menulis, ya?


Cari saya:
YOUTUBE | INSTAGRAM | WEBSITE
Profile Image for Qayiem Razali.
894 reviews85 followers
August 12, 2021
(32/2021)

Buku: Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2
Penulis: Teme Abdullah

Kesinambungan kisah Aria. Kali ini penulis mewujudkan watak Vanessa sebagai rakan paling rapat Aria. Melalui watak Vanessa, Aria kenal tentang kehidupan manusia di Aras Atas. Namun, sebelum Aria berjaya menjejakkan kaki di Aras Atas, banyak dugaan yang terpaksa dia lalui. Terpaksa menjadi pembunuh, difitnah Maru dan dibenci adik kandung sendiri. Namun, Aria tetap kuat.

Walau bagaimanapun saat Aria berada di Aras Atas, ada rasa sangsi yang muncul di dalam dirinya. Rahsia demi rahsia yang ditunjukkan oleh Vanessa membuatkan dia jadi pening sendiri. Apakah sebenarnya manusia di Aras Lantai telah ditipu? Apakah tujuan utama semua benda ini perlu dirahsiakan?

Kesimpulannya, untuk Episod 2 ini saya rasakan sentuhan magis penulis agak kurang menyengat berbanding novel STP. Entahlah, serasa saya seperti ada yang kurang. Persoalan daripada Episod 1 yang tidak terjawab juga membuatkan saya sedikit hilang punca. Walau bagaimanapun, bahasa yang mudah difahami membuatkan sedikit sebanyak memberi mood kepada pembacaan.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
June 14, 2021
Tiga sektor menjadi "hamba" kepada penghuni aras atas. Penghuni aras atas pula menggunakan sumber dengan sewenang-wenangnya.

Baca bab2 akhir buat aku sedikit emosi macam watak Aria apabila mengetahui rahsia-rahsia aras atas.

Kurang suka juga dengan sikap Vanessa yang bersahaja apabila menceritakan rahsia-rahsia kepada Aria. Pada dia, kesusahan manusia lain untuk kesenangan golongan kayangan ini tiada apa-apa makna. Pandangan aku, memelihara kesucian Bokor itu sekadar alasan untuk kepentingan tertentu.

Pengakhiran yang tergantung buatkan aku sedikit kecewa. Aku nak tahu kenapa dan persoalan kenapa ni susah nak agak apa jawapan. Kena tunggu buku episod seterusnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books859 followers
May 30, 2021
4 stars. Cant wait for the sequels of this series. My full review for Episode 1 + 2 is on the 1st book's page. Will update here soon.
Profile Image for Rainy Rose.
301 reviews31 followers
June 13, 2021
Okay masuk buku kedua ni, aku dah faham maksud dokking. Banyak lagi aku masih tertanya-tanya, daripada episod 1 yang tidak dijelaskan dalam episod kedua ni. Tapi tak dinafikan, aku sangat suka episod kedua ni sebab banyak kebenaran yang akhirnya terbongkar kepada Aria. Pada pendapat aku lah, aku rasa manusia aras atas mempergunakan manusia aras lantai untuk mendapatkan keselesaan bagi diri mereka sendiri sedangkan manusia di aras lantai di propagandakan dengan cerita-cerita tidak benar berkenaan dengan dunia (udara tidak selamat, virus, mugor, dsb). Aku terkejut sangat dengan apa yang Aria tahu apabila dia tiba di aras atas (masa ni aku cakap dalam hati, Aria pleaseee, jangan naif sangat pleasee, open your eyes haha).

Good job Teme on this new book series. Minta sambung siri Kapal Terakhir Di Dunia ini sebab aku nak tahu pengakhiran yang benar-benar pengakhirannya. Come onn, this couldn't be the end of this series, isn't it?
Profile Image for Atirah Ghazali.
76 reviews2 followers
June 19, 2021
Aria sertai misi dokking iaitu mendapatkan bekalan air bersih di luar Bokor. Dalam misi ini Aria telah berkenalan dengan wakil dari Sektor Hijau, Kuning dan seorang askar wanita, Vanessa. Walaupun misi ni berjaya namun ianya meninggalkan kesan trauma pada Aria yang telah kehilangan sahabat barunya.

Sekembalinya dari misi dokking, berlaku suatu insiden di mana Maru cuba memerangkap dan memfitnah Aria namun Aria diselamatkan oleh askar atas arahan Vanessa yang sebenarnya adalah Wakil Kedua. Sejak itu darjat Aria diangkat dan dia terpilih untuk naik ke Aras Atas. Awalnya Aria menolak kerana memikirkan adiknya namun setelah dipujuk oleh Vanessa dan dijanjikan rawatan khas buat adiknya sebagai pertukaran maka Aria bersetuju. Setelah naik ke Aras Atas, kejutan demi kejutan menimpa Aria sehingga dia bingung. Disinilah tersimpan rahsia terbesar Bokor.

p/s: Penamat eps II adalah permulaan konflik Aria. Harap-harap ada la sambungan nnt 🥺
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
June 4, 2021
????? Maknanya ada sambungan lagi?
Buku ni pacenya mendatar sebab banyak world building. Bila takde benda besar yang berlaku, pembacaan aku jdi slow dan kadang-kadang tu mengantuk. Ada banyak persoalan yang belum dijawab jadi harapnya buku sambungan akan ada jawapannyalah.
Pelik bila ada satu bahagia Aria tiba-tiba pandai nak wiring helmet Vanessa sedangkan dia seorang pemburu laut sepanjang hidupnya.
Tu lah harapnya sambungannya cepatlah sikit terbit. Banyak benda nak tahu ni hahah
Anyhow, penulisan Teme aku rasa makin baguslah kalau nak dibandingkan buku-buku dia sebelum ni. Good job!

(Idea buku ni hampir sama dengan buku Wool, Hugh Howey 🤔)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
January 17, 2023
Amaran - jika anda telah baca Kapal Terakhir Di Dunia episod 1, pastikan anda sudah sedia dengan Episod 2 dan 3 juga. Anda akan rasa stress jika pembacaan berakhir dalam episod satu atau episod 2. Saya mesti lepaskan baca episod 3. Stress nya dengan golongan manusia gemuks melampau dek bahagia yang suci ni.

Ceritanya sama mencabar sabar macam episod 1 namun siapa meningkat banyak kali Ganda.
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
August 16, 2021
Okay pertama kalinya aku ucapkan tahniah buat Teme Abdullah dan penerbit Iman Publication kerana menerbitkan karya ini. Siri pertama buku tulisan TA yang aku baca sekaligus dalam masa tiga hari adalah sebuah pencapaian 😅 (untuk aku la..)

⚠️TW: penganiayaan manusia, haiwan, buli dan pergaduhan

Sinopsis:
Aria merupakan seorang pemburu pelatih dari Sektor Biru yang tinggal dalam kapal Bokor. Kapal ini mempunyai tiga aras iaitu Aras Lantai, Tengah dan Atas. Manusia yang tinggal di Aras Lantai mempunyai tiga sektor iaitu Hijau, Kuning dan Biru. Semua manusia yang tinggal di Aras Lantai menghidapi penyakit misteri yang sukar disembuhkan termasuklah Aria dan adiknya Ana. Namun, Aria kini mendapat perhatian salah seorang wakil tertinggi Aras Atas iaitu Vanessa dan memilih Aria untuk naik ke Aras Atas untuk menjadi sebahagian daripada Manusia Suci…

Ulasan:
Aku rangkumkan saja dua buku dalam satu ulasan kali ini. Kisah kedua siri ini ceritanya agak mendatar namun tidak dinafikan idea dan plot menarik. Aku suka dengan tema distopian yang dibawakan TA. Ia menarik perhatian aku dan ada kalanya aku rasa bersyukur kerana memikirkan tidak sanggup untuk berada dalam dunia survival begitu.

Ada babak-babak yang menyayat hati dan meruntun jiwa. Bagi aku TA berjaya mengolah situasi hingga membuatkan aku seolah-olah berada dalam dunia kapal Bokor. Cuma terlalu banyak penjelasan dalam sesuatu babak buat aku sedikit rimas.

Ada juga beberapa bahagian yang agak menggangu pembacaan terutama dimana terdapat babak yang sepatutnya mengaburi pembaca, namun telah disingkap tujuan disebalik babak itu kepada pembaca. Jujurnya aku hampir hanyut dan mula percaya akan keadaan karakter tersebut tapi bila penulis meletakkan satu ayat yang menjelaskan kenapa karakter tersebut melakukan perkara itu, aku terus turn off. Dan ya, ayat tu tak sepatutnya berada di situ kalau penulis nak explain “kenapa” itu di satu ruang khas yang lain (baca: episod).

Aku ni agak sensitif dengan unsur penganiayaan haiwan. Jadi babak tersebut memang sangat menganggu aku. Aku sampai kena berhenti sekejap dan bertenang. Makan gula-gula, tonton k-drama kemudian baru sambung balik. Triggered ya! Sebab baca dan tonton lain 😩 imaginasi yang kita gambarkan boleh teringat-ingat…

Seterusnya, aku merasakan penulis agak bias dengan penjelasan sektor yang ada dalam siri ini. Aku ternanti-nanti penjelasan sektor seperti mana Sektor Biru dinyatakan. Aku tahu yang kisah ini memang penulis fokus kepada Aria dari Sektor Biru tapi aku berharap kalau penulis ada masukkan penjelasan Sektor Hijau dan Kuning. Aku nak tahu macam mana lembu dan kambing dipelihara atas kapal 😫 Aku rasa macam imaginasi aku tak cukup lengkap untuk buku ni, macam puzzle tak bercantum gitu 😶 dan of course aku mengharapkan ada penjelasan di episod akhir.

Keseluruhan, bagi aku okay la untuk kedua siri ini. Aku betul-betul mengharapkan ada jawapan dan pengakhiran di sebalik semua persoalan di siri terakhir…🙂
———
Ratings: 3.5/5 ⭐️
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
June 16, 2021
3.5 🌟
Berbanding episod I yang jalan ceritanya mendatar.. episod II lebih banyak plot yang mengujakan. Ekspedisi Dokking, Tragedi dokking, Aria naik ke aras Atas, dan pembongkaran rahsia terbesar Bokor.

Malangnya ending episod II ini tergantung, saya dapat rasakan mungkin akan ada episod III untuk siri ini.

Dystopia baru aku faham. Adjektif yang selalu digunakan dalam review buku ini.

Aku bayangkan Aras Atas sebagai manusia kapitalis dan Aras Lantai sebagai mangsa kepada Kapitalis.

Kalau aku di tempat Aria, banyak juga perkara yang aku tidak berpuas hati dan geram sepanjang Vanessa bawa Aria meronda Aras Atas.

Aras Lantai perlu berjimat cermat segala sumber yang ada tapi Aras Atas guna sewenang-wenangnya. Sebagai Aria, aku masih marah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Anthophile &#x1fab4;.
380 reviews7 followers
August 12, 2023
Boleh dikatakan 70% bahagian pertama buku ni best, serba sedikit ilmu sains yg di bahas pun ada dan karakter Aria paling terserlah, suka jumpa male lead yg baik tapi tak gentar, bukan bodoh duduk je diam biar org pijak. Ada beberapa plot yg sy rasa ok puas hati dgn tindakan dlm tu but admittedly ada yg sy rasa mcm plot tu agak equitable dan tak make sense, tapi sikit je lah. Hubungan berbunga2 tu pun dh ada sikit2 hehe ☺️♥️

Tapi malangnya 30% terakhir bosan sgt, sy rasa nak best dah tapi terlalu berpanjangan sgt scene berkenaan hidup di Bokor dan tentang Bokor tu sendiri. I thought the journey and some battle or any plan dh bermula dalam episode II ni tapi tak ada pun, ending je mcm buat sy "huh 😦?" sampai sy rasa mcm "dah2 lah tu pasal Bokor, what you have to do with it, plan lah" haha. Tengah fikir ni nak teruskan episode III ke tak. I expected more actually
Profile Image for Sha Mohamed.
2,530 reviews1 follower
January 8, 2023
Aria terpilih untuk dokking dan terpaksa melalui satu lagi peristiwa kejam.. Ada pihak cuba melakukan pemberontakkan.. Namun takdir menyebelahi Aria.. Aria selamat dan berjaya menyelamatkan, kerana itu Aria diangkat ke Aras Atas..
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
August 16, 2021
Aduh... Vuk kekal misteri. Niha... masih juga misteri. Tapi kan... sakit pulak hati aku haih apekah ini 😩

Propaganda yang dalangnya dari dalam? Dimanakah rahmat Roh Bokor? Atau ada pihak yang ingin mengawal cara manusia-manusia di dalam Bokor berfikir?

Perkenalan Aria dengan Vanessa dan Aras Atas. Kebenaran yang pahit. Tapi itulah realiti yang perlu Aria telan. Hati-hati dengan sangkaan. Semuanya demi Ana dan sumpah setia kepada Bokor.

"Aku akan patuh pada undang-undang Aras Atas, dan undang-undang Bokor."

"Aku akan taat setia kepada Tuan Yang Suci sebagai perantara manusia dengan Bokor."

"Jika aku melanggar sumpah, Bokor akan binasakan aku. Hidup aku tidak akan tenteram, aku akan dipenalti dengan penghapusan serta-merta kerana mengkhianati ketamadunan manusia seperti pengkhianat-pengkhianat lain."


So itulah sebab adanya peraturan larangan bercakap-cakap pasal hal sektor dan aras lain. Ada perkara yang mesti dirahsiakan. Sebab apa? Demi roh Bokor supaya tak menenggelamkan seisi nyawa di dalam Bokor? What the..... 😠

'PAUS ANUGERAH BOKOR UNTUK DIKONGSI'

Memang patut Vuk berkeras, marah dan pentingkan Sektor Biru. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Rahsia demi rahsia.

Ishhh nak marah ni. Menaip ni pun kening berkerut-kerut menahan amarah 💃🏻

Jadi..... nampak macam ada sambungan KTDD Episod 3 ni. Masih banyak persoalan dan alasan yang Vanessa tak jelaskan dengan menyeluruh.

P/s: Harap-harap awal tahun depan keluar sekual seterusnya pulak heheh 😎😬
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
489 reviews42 followers
December 24, 2022
Naskah yang kedua ni lebih intense lebih menyeronokkan. Sampai tak boleh nak letaklah buku ni sebelum tamat pembacaan.

Watak Aria dikembangkan dengan cukup baik dalam naskah kedua ni. Watak naif dan lurus adalah kriteria utama Aria.

Vanessa Waris Kedua yang diselamatkan Aria semasa proses dokking. Kini dia menawarkan sesuatu buat Aria. Sebuah kesempatan keemasan buat Aria.

Teme pandai meletakkan watak antagonis yang mampu memancing emosi. Geram je tengok perangai si Koba dengan Maru tu. Ada je peel dia yang boleh buat sakit hati.

Walaupun kurang aksi pertarungan atau pertempuran namun rasa intense tu masih boleb dirasakan di dalam naskah ini.

Pace penceritaan lebih laju dari yang pertama. Dan menuju ke penghujung cerita eehh kenapa macam ni pulak. Sakit pulak hati rasanya. Memang nak kena terus sambung yang ketiga nampak gayanya ni.
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
February 27, 2025
Okay buku kedua dah start sangat menarik..

Reaction Aria is like me when read about Aras Atas. Korbankan nyawa manusia untuk kesenangan orang atasan? memang 😊
3 reviews
September 28, 2025
To be honest, dulu teragak2 nk beli n baca buku Siri KTDD ni, sbb ramai yg review buku ni lembab and datar sbb explanation panjang

Tapi, bagi pendapat aku, explanation panjang ni la yang sebenarnye membuatkan aku faham keadaan dlm bokor tu.

Aku suka sgt isu2 yg author bangkitkan: dystopian, indoctrination, gender inequality, eugenics, meritocracy

Sesetengah pembaca ada yang berpendapat KTDD 1 agak datar sbb settings dia setempat yang fokuskan dkt satu tempat shaja which is sektor biru dgn konflik2 watak di situ. Tapi bagi aku, disebabkan author fokus 100% dkt sektor biru and explain dgn detail keadaan dkt situ lah yang membuatkan aku dapat rasa and timbulnye perasaan empathy terhadap penduduk sector biru. Bkn stakat empathy, rase nk tolong orang2 tu (which is we can n they do exist. Irl they're the unfortunate people that live among us)

Dan kita akan rasa sometimes geram sikit dkt main character ni sbb terlalu naif and patuh dgn peraturan tu (even though the peraturan cam tk masuk akal, cthnye tk leh langsung kritik "manusia suci") , tapi tula reality, org yang dh didoktrin dr kecil untuk patuh sahaja tanpa persoalkan mmg ini lah outcomenye, lpstu bile satu community perangai macamtu, muncullah cult yy semuanye telah dibrainwash utk patuh membabi buta. Tapi aku bangga aria berubah sedikit demi sedikit masa KTDD2 jd lebih berani. Mungkin tak nampak gempak sgt cara dia bangkit, tapi itula reality, takdenye yg terus 100% berubah jadi lagi better, lagi pandai tapi dgn pengalaman and pengetahuan drpda perspective baru yang tlg ubah cara aria berfikir.

Issue gender inequality yang aku maksudkan, adalah bile mamananye ade peraturan bahawa perempuan penduduk sektor biru mustahil utk menjadi pemburu, walhal ini lah satu2nye cara untuk naik aras tengah dpt kan rawatan.

Bile perempuan mustahil jadi pemburu, means dorg takkan dapat anugerah pingat taring,
bile dorg tak dpt pingat taring, perempuan takkan naik ke aras tengah
Bile tk dpt naik aras tengah, memang smpai bile2 pun penyakit tu takkan sembuh.
Maksudnye perempuan sector biru ni memang tak de langsung opportunity untuk naik aras melainkan ada ahli keluarga /berkahwin dgn lelaki yg ade pingat taring.
Aku suka cara author masukkan isu ni secara subtle. Author tak tulis dengan direct yang gender inequality berlaku, tapi author describe the situation. Kiranye dgn cara tersirat (which is gooooddd)

Sistem pengumpulan taring ni pun secara tak langsung tunjuk kan yg sistem meritocracy ni tak adil dan boleh dikatakan janji palsu jugak. Vuk dh bukti kan, sehandal and sekuat mane pun dia berburu, tk dpt pun taring tu and tk dpt naik aras pun. Aria sendiri buktikan system ni tak adil, dia sendiri naik sbb luck, lucky yg vanessa notice dia, so dlm situation ni, system taring tak berguna pun la, naik sbb kuasa pihak atasan (ye ye, dia slmtkan nyawa Vanessa tu, tapi bygkan if askar yg dia slmtka tu bukan vanessa? Or dr awal vanessa tak notice mata perang aria? Tak jadi gak aria naik. So boleh dikatakan, aria bertuah la. And irl mmg camtu pun, kdg2 usaha sahaja tak cukup, kene ade luck gak)

Issue eugenics pulak, mmg jelas terpampang pun (klau tak, takdenye abaikan penduduk "berpenyakit") , berlakunya pembunuhan terhadap mana2 mak yang melahir kan 3 kali berturut2 anak cacat, instead membantu menyelesaikan core problem penyakit tu, pdhal sumber cukup je. Aras atas hanya fokuskan untuk membiakkan manusia drpda keturunan "manusia suci" ni. Secara surface mmg tak nmpk sgt, tapi boleh nmpk dgn scene discrimination terhadap aras lantai. And aku suka jugak "race" tak wujud dlm buku ni (and mmg patut pun) sbb nk tunjuk kan yg musuh kite sebenarnye "aras atas". It's "lantai vs atas" not "race a vs race b". Nice oneee. Atau boleh jugak anggap kewujudan 3 "sector" ni merupakan perumpamaan "races" in real life, di mana pihak politik suka melaga2kan dan menyebarkan discrimination utk kite terus bermusuh.

Dlm KTTDD2
Some details mcm menu makanan, boya, museum, air dalam tandas, elektrik, library dll, bagi aku scene2 simple yg "tkde plot" ni la sebenarnye, show to us betapa besarnye jurang antara "atas" and "lantai". Aku suka Teme bykkan scene2 "kecil" macamni, sebelum reveal the greatest rahsia akhir muka surat. Teme berjaya ragebait aku, now I'm outrage dkt penduduk aras atas (they pmo since dr KTDD 1 lg, but now more!!) (same goes to org aras atas irl pun)

Tak sabar nk baca episode 3, esok nak beli buku tu hahaha. Btw aku menahan diri untuk tidak membaca artikel KTDD dkt ig highlight Teme sbb tak nk terbaca spoiler hehe.
Profile Image for TSam.
190 reviews13 followers
May 15, 2023
*4.5

Episod II kali ni mempunyai rentak yang lebih pantas, memandangkan ia lebih fokuskan plot berbanding Episod I. Walaupun buku kedua ni banyak menjawab persoalan yang ada sebelum ini, banyak juga persoalan baru yang timbul.

Cerita bermula dengan Aria menjalani ekspedisi 'dokking'. Dari situ, banyak perkara yang berlaku, dari tragedi di daratan, rahsia pemberontakan terhadap Manusia Suci, tipu helah Maru serta rahsia yang selama ini disimpan rapat Manusia Suci akhirnya terbongkar.

Aria mempunyai lebih banyak pembangunan watak di sini. Dari berdiam dia semakin berani bersuara, dan pembaca dapat melihat bagaimana dia bergelut dengan kepercayaannya terhadap cara hidup Bokor. Bagaimana dia cuba untuk mengekalkan 'imannya' dan bagaimana ia berulang kali goyah.

Watak Vaneesa menjadi kontra kepada watak Aria, menunjukkan sikap manusia Aras Atas terhadap manusia di Aras Lantai. Perkara itu dah dapat dilihat sedikit ketika peristiwa dokking tapi pada saat Aria bersama Vaneesa di Aras Atas, dapat dilihat dengan jelas sekali betapa jahilnya manusia Aras Atas terhadap kesusahan manusia di aras lain. Pada saat ini juga dapat lah melihat mengapa sesetengah undang-undang dilaksanakan dan bagaimana Vaneesa dibesarkan dengan 'propaganda' Manusia Suci.

Melihat bagaimana manusia Aras Lantai (dilihat melalui pandangan Aria) dengan telus memberi kepercayaan mereka terhadap Manusia Suci untuk berjuang nasib manusia lain di Bokor, hanya untuk mereka sewenang-wenangnya menikmati sumber yang ada di atas Bokor tanpa memikirkan keseksaan yang terpaksa manusia lain di atas kapal itu tangguh, membuatkan aku beremosi seperti Aria.

Tema kediktatoran, propaganda dan kelasisme telah dijalin dalam plot dengan halus namun sangat berkesan.

Cantik skali aturan cerita Teme kali ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
June 7, 2022
This book start to be interesting, at the end actually. Beberapa bab yang terawal aku kena slow down sikit sebab aku kurang gemar dengan beberapa ayat yang kerap menggunakan perkataan 'tidak' sedangkan ia boleh diapit dan digantikan dengan satu ayat yang lebih jelas tanpa perlu penggunaan perkataan yang banyak. Tapi seperti biasa, itu adalah pilihan penulis.

Beberapa bab kemudian aku sedar, the writing getting better, sejajar dengan tingkat kefahaman Aria. Masa di Aras Lantai, dia digambarkan seperti seorang yang kurang berilmu, cetek pemikiran dan juga kotor kerana keadaan telah memaksa dia hidup dalam keadaan demikian. Apabila sudah berada di Aras Atas barulah penulisan semakin ada rentak dan aku sedar aku sudah mulai fokus dengan plot berbanding penulisan. Satu langkah bijak, tapi berisiko buat buku ini.

Selain beberapa babak yang mencetuskan rasa ingin tahu, aku kagum dengan bagaimana dunia di dalam buku ini dicipta, cuma aku harap ia tidak datang sekaligus seperti yang terjadi di KTDD1. Good things takes times, bagi peluang karakter lain menjalankan karakternya, tidak perlu pikulkan semua di bahu Aria. Bagi aku personally, aku rasa penulisan boleh dikemaskan lagi, contohnya pilih hanya perspektif satu watak dalam satu masa, supaya manusia di dahagakan dengan rasa ingin tahu and the benefit of doubt towards other character.

All in all, syabas atas penulisan dunia KTDD ini Teme.

Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books108 followers
June 27, 2021
Marah! Geram!

Kepada siapa mahu dilontarkan? Kepada Penulis atau kepada watak-watak yang ditarikan dalam buku ini?

Tidak tahu mahu menggambarkan bagaimana dengan perasaan yang bergejolak di dalam hati.

Saya sedar ia hanya fiksyen. Malah ia hanya dalam fantasi penulis. Mana ada manusia tinggal dalam kapal begini. Lantas, kenapa terasa mahu memarahi seseorang?

Seseorang atau sekumpulan orang.
Mereka siapa? Saya, kami, kita?

Penulis berkisah lagi tentang Aria dalam Episod Kedua. Beliau terpilih menyertai operasi dokking bagi mendapatkan air bersih untuk Bokor.

Operasi ini mendedahkannya kepada banyak maklumat baharu, mengenalkannya dengan manusia-manusia lain, dari Sektor lain dan Aras lain, termasuk Vanessa.

Kisah bersama Vanessa kemudiannya membawa Aria kepada kehidupan baharu dan mendedahkannya kepada satu demi satu rahsia Bokor yang disimpan dan disorokkan daripada mereka di Aras Lantai.
Profile Image for Hamdan.
16 reviews4 followers
August 30, 2021
Satu yg aku suka ialah penggunaan bahasa yg cukup-cukup. Tak terlalu sofistikated, tak terlalu berbunga-bunga. Otak aku jenis lambat pergi kalau bahasa aras terlalu tinggi.

Ada sentuhan sosial ttg isu kasta dan pembentukan lapisan masyarakat, org sekarang kata 'social construct' kot.
Ada yg cuba diberitahukan oleh penulis ttg isu semasa yg dilihat dgn matanya sendiri.
Profile Image for meenie.
354 reviews3 followers
June 4, 2025
hmmm apa ni ….. boleh bagi warning dulu tak before buat orang terkejut 😭😭😭😭😭 tak sukalah cerita macam ni dengan rasa nak baling je buku ni huwaa

- sambungan to first episode. i think this is not standalone. so memang kena baca first dulu, kalau tak korang akan macam eh? hah? sape ni? aik? ha gitu.
- terdiam aku lepas habis baca…

5 ⭐️ 😔🤌🏻 wajib !
Profile Image for Nurul Ain.
19 reviews
June 16, 2021
Pembacaan terpaksa dihentikan selama seminggu apabila Aria naik ke aras lantai kerana perasaan kecewa.

Teramat kerana terlalu banyak perbezaan gaya hidup antara manusia Aras Lantai & Aras Atas.

Macam mana Aria boleh cuba menghadam semuanya ini sedangkan terlalu banyak perbezaan?

Rasa kecewa & marah dengan manusia Aras Atas. Manusia Aras Lantai bertungkus-lumus bekerja & berjimat cermat demi kelangsungan hidup. Tapi, sebaliknya manusia Aras Lantai ada masa untuk berseronok dan suka membazir.

Manusia Aras Lantai diekploitasi demi kepentingan duniawi manusia Aras Atas. Manusia Aras Lantai tidak diberi keperluan makanan, perubatan & sanitasi yang mencukupi. Zalimnya kehidupan manusia di Aras Lantai.

Dan perasaan kecewa dirasai apabila Vanessa memberitahu bumi sudah pulih 200 tahun yang lalu.

Persoalannya dimanakah lokasi aktiviti dokking? Semasa aktiviti dokking digambarkan bumi masih tercemar.

Siapa Mugor? 200 tahun Bumi sudah pulih maka, Mugor juga sudah pulih?

Sampai bilakah Manusia Aras Atas akan menipu Manusia Aras Lantai? Sampai bilakah Manusia Aras Lantai akan tahu sebuah kenyataan bahawa Bumi sudah pulih 200 tahun yang dulu?

Kenapa Bokor masih wujud sedangkan Bumi sudah pulih 200 tahun yang lalu?

Kenapa Manusia Aras Aras tidak tinggal di daratan memandangkan bumi sudah pulih 200 tahun yang lalu

Kenapa Manusia Aras Atas masih tinggal di Bokor?

Apa tujuan aktiviti dokking walaupun bumi sudah pulih?

Saya tahu Teme seolah menyindir hieraki masyarakat. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin hidup melarat.

It's so frustrating to know the truth
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aza Holmes.
69 reviews5 followers
June 1, 2021
Finally tamat baca buku ni.

Tema penulisan kali ini adalah dystopian world, di mana Bumi dikatakan telah rosak akibat hentaman tahi bintang dan tamadun manusia meneruskan hidup di dalam sebuah kapal yang dipanggil Bokor. Mempunyai 3 aras berbeza iaitu Aras Lantai, Aras Tengah dan Aras Atas. Aras Lantai pula terbahagi kepada 3 sektor, iaitu Biru, Hijau dan Kuning dan setiap sektor itu mempunyai tugasannya yang tersendiri bagi kemaslahatan semua manusia di dalam Bokor.

And this is where everything started. Bermula dari pemburu pelatih kemudian dilantik menjadi dokker dan kemudiannya dinaikkan ke Aras Atas atas jasanya. Tetapi semua yang dibayangkan oleh Aria selama ini sangat berbeza.

Okay tak boleh tulis lebih-lebih nanti jadi spoiler. But this is a good dystopian themed book written in Malay. Can't wait for its next sequel!
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
June 6, 2021
Page terakhir buku ini buat aku rasa terfikir.

Hampir 200 tahun yang lalu dunia telah sembuh tapi dirahsiakan oleh Aras Atas. Kata-kata Vanessa bahawa manusia dari aras lain selamanya tidak perlu tahu akan hal ini demi kebaikan Bokor buat aku terkedu seperti Aria. Kesian manusia di Aras Lantai.

Sepertinya ada maksud tersirat KTDD yang ingin disampaikan oleh Teme. Fikir-fikirkan 🤔😊

Ada rasa macam tak puas hati saja dengan 'ending' buku KTDD 2 ini 😌 ✌️
Profile Image for yam.
116 reviews3 followers
June 5, 2021
review time! [Do note that this review will be written fully in Malay language 👇]

𝕂𝕒𝕡𝕒𝕝 𝕋𝕖𝕣𝕒𝕜𝕙𝕚𝕣 𝔻𝕚 𝔻𝕦𝕟𝕚𝕒: 𝔼𝕡𝕚𝕤𝕠𝕕 𝕀 & 𝕀𝕀 𝕓𝕪 𝕋𝕖𝕞𝕖 𝔸𝕓𝕕𝕦𝕝𝕝𝕒𝕙

‘𝘈𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱’
-Episod I

‘𝘛𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘴𝘪𝘢𝘯, 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘭𝘶𝘴𝘪’
-Episod II

penilaian peribadi: 5🌟/5.

saya mengambil masa dua hari untuk menghabiskan kedua-dua buku terbaru keluaran Teme Abdullah kali ini. pada mulanya, saya merancang untuk memulakan pembacaan buku ini setelah Peperiksaan Akhir saya pada bulan Julai nanti, namun saya tidak mampu bertahan setelah tiga minggu berturut-turut tidak membaca apa-apa dan hanya belajar semata. akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membaca buku ini lebih awal dari jangkaan saya 😂

seperti biasa, Teme tidak pernah mengecewakan! kali ini, Teme membawa tema dystopian di mana watak-wataknya perlu belajar erti survival.

namun, pengakhirannya dalam Episod II seolah tergantung—pun begitu, saya yakin buku ini masih ada sambungan ceritanya! terlalu banyak teori dan persoalan yang saya cuba simpulkan serta tidak henti-henti bermain di fikiran saya, tapi apalah gunanya jika semuanya bertentangan dengan jawapan yang terkandung dalam Episod III, ye dok? 👀

sepanjang membaca, saya amat yakin ada mesej yang Teme cuba sampaikan melalui penceritaan kali ini. dan apa yang saya boleh fahami, memuaskan hati saya. saya yakin pembaca lain juga dapat menangkap mesej yang cuba disampaikan beliau setelah membacanya sehingga ke Episod II.

kesimpulannya, bacalah kedua-dua buku ini dan kaitkan dengan kehidupan harian kita sekarang. nescaya ada perkaitan tulis yang akan dijumpai, hehe.
Profile Image for Erin95.
154 reviews5 followers
June 23, 2023
Episode 2 lebih fokus pada Aria & Vanessa sahaja dan rahsia² tentang manusia di aras atas. Cerita sangatlah monotonous atau bosan sampai Rahsia Bokor tersingkap sedikit demi sedikit. Ana terus membenci Aria. Pastu tak tau apa cerita pasal Ana.

Aria ditawarkan oleh Vanessa (waris kedua) untuk naik ke aras atas dan terus menjadi manusia aras atas. Kalau Aria setuju, adiknya Ana akan dapat bekalan ubat sehingga sembuh dari pengkar tulang dan sakit kulit dan Vanessa janji Ana akan pulih dan boleh sertai jadi askar di dalam Bokor, which cita² Ana la tu.

Bila Aria naik aras atas. Satu² rahsia tersingkap. Sebenarnya manusia aras atas "mewah", ada lampu chandelier, ada kolam air panas, ada pantai and sebenarnya dunia dah sembuh 200 tahun yang lalu? Tapi kenapa rahsiakan dari manusia aras lantai?

Soalan Aria
"Kalian ada masa untuk berseronok selain menjalankan tugas?"

Betapa naifnya lah Aria sebagai manusia dari aras lantai. Tak salahkan dia, kalau semua manusia aras lantai tengok betapa mewahnya manusia aras atas ni, mesti mereka pun terkejut dan kagum. Mereka di aras lantai makanannya dicatu, bersejuk², kena jimatkan tenaga, even nak cakap or bergerak banyak pun tak boleh tapi manusia aras atas, berseronok? Nak gambarkan mewahnya manusia aras atas? Macam princess duduk dalam istana. Bayangkan..

Dapat nampak sikit² apa yang penulis cuba sampaikan tentang kasta manusia aras atas dan manusia aras lantai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
August 20, 2021
Tajuk: Kapal Terakhir di Dunia Ep II
Penulis: Teme Abdullah
.
Hampir separuh daripada plot episod II ini berkisar tentang misi dokking di luar Bokor yang disertai Aria selaku wakil sektornya. Bermula dari sini, konflik mula mengambil tempat bila mana pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku sehingga nyawa menjadi korban.
.
Aria, demi kehidupan yang lebih baik buat si adik bersetuju menerima tawaran menjadi penduduk di Aras Atas. Tempoh percubaan di Aras Atas mendedahkan Aria kepada banyak kejutan yang sukar dicerna mindanya. Banyak rahsia yang tersimpan rapi dan satu persatu dibentangkan di depan matanya.
.
Kecenderungan pembaca dalam menilai sesebuah karya fiksyen tentunya berbeza. Bagi aku sendiri, yang menjadi keutamaan dalam penilaian aku ialah pembinaan plot dan elemen-elemen yang ada di dalamnya.
.
Untuk KTDD II ini plotnya lebih menarik jika dibanding dengan episod I. Terdapat babak-babak yang intense. Walau bagaimanapun, ‘pace’nya masih tidak begitu laju dan maaf, aku tidak nampak hala tuju penceritaannya pada awal pembacaan kerana banyak berfokus pada bahagian dokking dan kehidupan Aria di Aras Atas. Sehinggalah pada halaman-halaman akhir barulah muncul plot twist yang mengejutkan. Membuat aku penasaran ingin tahu apakah lagi rahsia yang disembunyikan daripada pengetahuan penduduk Bokor.
.
Dari sudut karakter, aku lebih suka karakter Aria dalam episod kali ini. Nampak sedikit berkembang. Namun begitu, karakter Aria ini bagi aku masih tidak begitu konsisten dan kuat. Seolahnya Aria tidak memiliki satu karakter yang boleh membuat pembaca mengaguminya. Ini pandangan peribadi aku ya.
.
Banyak mesej dan kritikan yang penulis ingin sampaikan dalam karya ini. Biarpun tidak ditulis secara terang-terangan tetapi sudah cukup untuk pembaca memahami dan mengaitkannya dengan situasi semasa. Juga info dan ilmu berkaitan sains dan fizik yang diselitkan, tahniah aku ucapkan untuk usaha ini.
.
Sebenarnya, banyak juga persoalan berlegar dalam minda aku yang masih belum terjawab dalam episod I dan II. Semoga semuanya nanti bertemu jawapan dalam episod III.
.
Rate: 3.8⭐️
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
June 6, 2021
Rating untuk buku ini: 3.5/5
Tetapi untuk kedua-dua buku saya beri: 4/5
-
Nampaknya akan ada sambungan untuk siri ini memandangkan pengakhiran dia tergantung. Cuma buat Encik Teme, sekiranya anda melihat review ini, saya menanti sambungan Empayar. hehe. Saya harap, jurang untuk penerbitan sambungan untuk KTDD ini tak terlalu besar.
-
Adakah kalian ingat akan Maru? Sesungguhnya, saya teramatlah geram dengan dia. haha. Untuk buku ini, kita diberi pendedahan dengan tingkat Aras Atas yang diidamkan oleh penghuni Aras Lantai sejurusnya mendedahkan kepada kita rahsia terbesar Bokor yang disimpan sekian lama oleh manusia suci. Akan ada juga watak baru, dari sektor hijau dan kuning. Persoalannya, kenapa sektor kuning berubah karakter? Pada awalnya, dia seorang yang dingin, kemudian mejadi mesra? Adakah sebab Vanessa? Saya jadi teruja apabila kita diperkenalkan dengan watak selain daripada sektor biru, cuma kewujudan mereka sebentar sahaja. Saya berharap untuk buku yang seterusnya akan ada watak-watak baru yang akan membantu Aria.

Seperti buku pertama, saya tak terasa lagi konflik dia, ok, ada konflik dalam kedua-dua buku ini, cuma saya sangkakan akan mula memperkenalkan konflik besar. Mungkin pada sambungan yang seterusnya?

Secara keseluruhannya, saya ok je. Premis dan world building yang menarik. Cuma saya tak beberapa nak feel lagi dengan watak-watak yang ada dalam ni.
Displaying 1 - 30 of 180 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.