Jump to ratings and reviews
Rate this book

Inas Firyal

Rate this book
Zaffrul mencintai Inas, entah sejak bila. Mungkin sejak dia mula mengenal erti cinta. Dan Inas, bukan dia tak tahu Zaffrul nencintai dirinya. Saja dia buat tak tahu. Bukan kerana dia tak cinta, takut kehilangan buat dia enggan serahkan hatinya. Dia takut sekiranya hubungan mereka tak jadi di kemudian hari, dia malah akan kehilangan cinta dan sahabat.

Pada akhirnya dia lebih rela memilih yang lain. Namun siapa sangka pilihannya jatuh pada orang yang salah. Lima tahun kemudian dia dikecewakan oleh orang yang disangka akan sehidup semati dengannya. Zaffrul yang sebelumnya menjauhi Inas kembali mendekati.

"Orang yang takut kehilangan biasanya akan berjuang, bukan menghindari." - Zaffrul

"Aku lebih rela kehilangan cinta, daripada kehilangan kau Zaff." - Inas "Kalau kau terus macam ni tak mustahil satu hari nanti kau akan hilang dua-dua, cinta dan aku." - Zaffrul

Inas hanya ada dua pilihan, menerima cinta Zaffrul atau merelakan lelaki itu bersanding dengan wanita pilihan keluarganya. Jelas, dua-dua tak sanggup dilakukan. Lantas, pilihan mana yang lebih baik, berjuang atau melepaskan? Hanya dia yang tahu jawapannya.

714 pages, ebook

7 people want to read

About the author

AK Raffhan

27 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (20%)
4 stars
7 (70%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,046 reviews199 followers
July 18, 2023
Sikap Inas agak annoying awal² cerita. Ntah apa dia nak tarik² tali. Ikut kepala dia je. If F jadi Zaff ku tinggal je perempuan gini. Tapi tu la demi friendship dan cinta Zaff pada Inas, Zaff sanggup bersabar dengan karenah Inas.

Bekas suami Inas adalah jantan tak guna dalam karya ini. Dua² dia nak.. dasar jantan yang gila nafsu. Dah cerai pun masih gila talak.

Kadang² F kasihan dengan Fathia skandal Bazli. Bazli memang jantan tak guna! Buat Fathia tak ubah seperti pelacur..eventhou terpaksa kahwin Bazli takda effort nak berubah. Malah lagi teruk. F hope sangat ending yang teruk untuk Bazli tapi kisah dia berakhir dengan perkahwinan yang ke3.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
August 12, 2022
Jujurnya, saya paling tak suka dgn sikap Inas pada permulaannya. Bagi saya, dia terlalu selfish. Dia hanya sibuk fikir perasaan dia yg kononnya terluka sbb Zaffrul menjauhkan diri selama 5 tahun walau Zaffrul itu sahabat sampai mati. Ehh tolonglah Inas, kau ni bodoh ke apa! Dah tentulah Zaffrul tu menjauh sbb kau tu isteri orang. Diulang ya. Isteri orang!!! Dah kau byk kali reject si Zaffrul, kau ingat Zaffrul tu boneka kau ke yang tak ada perasaan terluka?

Cannot brain sungguh di Inas ni. Disebabkan kecurangan Bazli, kau nak samakan Zaffrul tu sama perangai mcm Bazli. Dan saya menyampah bila Inas tu mcm tak tahu diuntung. Punyalah Zaffrul tu layan dia baik. Minta maaf segala tapi layanan kau kat dia mcm sampah! Serius wehhh mmg ku benci dgn watak si Inas ni. Inas ni lebih pada ego dan menidakkan segala perasaan yg ada utk Zaffrul. Sbb itu lah kalau dihempas pasu kat atas kepala dia tu nescaya kepala dia elok dan takkan terluka sama sekali! 😏

Bazli tu pulak bapak segala setan. Nafsu kemahin. Dgn Inas pun nak. Dengan Fathia pun nak. Euwww jijik. Dalam kepala dia asyik fikir nafsu dan seks. Dalam hati hanya ada Inas tetapi boleh pula mendua mentiga atau banyak men yg dia dah buat kat Inas. Pelik betul. Bazli yg tak tentu hala pun ada juga perempuan yang duk cinta mati eh. Nasib kau la Fathia. Nak sangat Bazli kan. Haaa amikkkkk!

Cerita ini mcm roller coaster. Setelah diberi tahap meluat yg bertalu2 pada watak Inas, tiba di bahagian pertengahan cerita barulah terlihat kebaikan yg ada pada diri Inas yg membuatkan Zaffrul dan Bazli sukar melupakan wanita sebaik Inas. Ironinya, setelah berlalu penderitaan Tuhan berikan Inas jodoh yg jauh lebih baik dari sebelum itu.

Dan Bazli pula tetap dgn perangai sewel dia tu. Serius. Dari mula lagi saya sebenarnya kasihan dgn nasib Fathia. Walau dia yg menjadi dalang keruntuhan rumahtangga Bazli dan Inas, namun dia tetap seperti wanita lain yg memerlukan perlindungan walau dia sendiri yg mencalar maruah diri. Apalah malang nasibnya bila dia serahkan seluruh cintanya kepada Bazli melebihi Tuhan. Dia dihina dan dianggap tak ubah seperti pelacur!

Ending yg sangat sweet antara Zaffrul dan juga Inas. Tetapi tidak pada Fathia dan Puan Latifa. 2 orang wanita yg telah hancur hatinya kerana perbuatan seorang suami dan juga anak. Entah mengapa saya mahu minta penulis utk bercerita kisah ttg Fathia pula😭

#Bole tak nak ckp yg Bazli tu celaka🙏
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 14, 2022
[eBOOK 63]

Inas Firyal by AK Raffhan.
.

Jujurnya aku cakap, aku berjaya habiskan ebook ni sebab ni ialah tulisan AK Raffhan. Penulis ni, aku memang suka la.
.

Kalau bukan sebab penulisnya, entah-entah, aku dah malas nak baca. Hahhaa..Sebabnya I was too annoyed with Inas Firyal. Aku rasa separuh buku ni, aku duk bengang ngan Inas je.
.

Inas Firyal dan Zaffrul berkawan rapat sejak kecil. Dan mereka berjiran. Satu kampung tahu kot, yang Zaffrul ni sukakan Inas. Dah berapa kali Zaffrul melamar Inas, dari zaman sekolah sampai dah beli cincin masuk meminang, semuanya ditolak dengan alasan Inas tak cintakan Zaffrul.
.

Dan Inas akhirnya kahwin dengan Bazli. Sejak itu, mereka tidak lagi rapat. Zaffrul hanya mengawasi Inas dari jauh.
.

Dan selepas 5 tahun, Inas bercerai dengan Bazli sebab Bazli yang bodoh tu curang. Hurm, perangai Bazli ni pun memang dasar tak faham bahasa.
.

So, selepas cerai, Inas dan Zaffrul kembali berkawan. Bila Zaffrul sekali lagi melamar, Inas duk ragu-ragu. Tak habis-habis duk cakap yang selama 5 tahun ni, Zaffrul tinggalkan dia, tidak menepati janji la.
.

Aku geram betul dengan Inas ni. Kau dah reject member tu, kau ingat member tu takde perasaan, boleh lagi nak kawan macam biasa?
.

Lepas tu, lepas tunang pun, Inas buat perangai lagi. Eh jenuh la nak tunggu dorang kahwin.
.

Sampailah dah kahwin. Lepas kahwin, momentum dah makin okay. Mungkin sebab Zaffrul memang maintain baik, Inas pun dah jadi manusia normal.
.

Lepas kahwin, ada je isu lain, tapi okay je. Happy ending.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 8, 2021
macam mana nak mula ya?

kita pergi pada watak bazli dululah. suami, atau lebih tepat dalam kisah ini, bekas suami inas ni, obses. obses pada inas dan obses pada nafsu. bagi dia, melayan nafsu yang tak betul tu sekadar kesilapan kecil. bukan kesalahan yang sangat-sangat besar pun.

zaffrul. sahabat baik inas sejak entah bila. yang zaffrul tahu, dia suka inas. dia sayang inas. dia nakkan inas. tapi inas memilih bazli. zaffrul juga punya obses. obses pada inas dan obses pada cinta. hingga dia tak mampu kata ya pada semua calon yang dibawa oleh ibunya untuk dijadikan isteri.

inas firyal. inas ni obses pada diri sendiri. kenapa? dia ego. sangat ego. walau salah terang-terang hala pada dia, tapi dia banyak hala pada orang lain. kalau tak, masa kan dia salahkan zaffrul yang lima tahun menghilang, sepanjang dia berkahwin dengan bazli. logiklah, kau tolak cinta orang tu, tapi kau tetap nak dia ada, konon sebab sahabat baik. mana hati, inas?

dah bercerai dengan bazli, sangat banyak dia cari hal dengan zaffrul. tapi zaffrul tetap baik melayan dia. tetap menjaga dia sebaiknya. tapi dia sedap-sedap fikir yang sebab ayah dia pesan pada zaffrul untuk tengok-tengokkan dia. jadi itu yang zaffrul buat. inas... inas... orang tu, sayang dia penuh dalam hati. tak payah suruh, dia tahu apa yang sepatut dibuat.

bertunang, berkahwin pun kena paksa. nampak tak perangai inas? rasa tak percaya tu dia pukul rata pada semua. geramnya...

bazli. datang semula. taulah orang kalau dah gila talak macam mana. bazli ni satu hal lagi. semua benda dia ambil mudah. kalau betul cintakan inas, kenapa sampai nak bermukah dengan perempuan lain? fathia dilayan sesuka hati. bila bercerai dengan inas, diinjak-injak saja fathia. dalam simpati, padankan muka juga dengan watak fathia ni.

puan penulis AK Raffhan ni macam biasalah. memang suka perah hati pembaca biar sampai kedut beribu. lemas dan senak sepanjang pembacaan. lepas perah, dikibas-kibasnya. haihh... bertambah sebu jadinya.

kemelut hidup memang beginilah. akan sentiasa ada dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh. puan penulis susun cantik cerita. bagaimana bermula kemelut kisah. bagaimana manusia hadapi sama ada berfikir atau tidak. hasil dari tindakan selepas berfikir atau tidak itulah yang tentukan hala hidup seterusnya.

memaafkan memang sangat payah. tambah bila luka sangat dalam torehannya. sorry seems to be the hardest word. tapi, maafkan sajalah. hidup tak selama mana. ego juga, kenapa perlu dijunjung? kelak kalau tersadung, kan tak tertampung rasa malu? tak terkepung rasa sendu?

bak kata zaffrul. jaga cinta dengan Allah, dan Allah akan jaga cinta sesama pasangan.
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
June 19, 2022
ʙᴏᴏᴋ 20/2022
ᴡᴏʀᴛʜ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ. ᴋᴇᴇᴘ ᴜᴘ ᴛʜᴇ ɢᴏᴏᴅ ᴡᴏʀᴋ ᴍs. ᴡʀɪᴛᴇʀ.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.