Isla Nur Airis - Cinta pandang pertamanya kecundang. Pelamin yang sering menghiasi angan dan mimpinya lenyap bersama hilangnya Luqman Anaqi. Tanpa angin ribut, cinta mereka ternoktah.
Mengusung duka ditinggalkan Luq, mujur ada Muammar Gheza. Bos kacak yang seringkali terlebih dos dalam memberi perhatian itu membuatkan jiwa Isla terbuai tanpa sedar.
Namun melihat kemesraan Gheza dengan kekasih hatinya si model jelita Dhia Darwina, membangkitkan Isla dari mimpi indah. Sedar antara dia dan Gheza adalah mustahil, segala perasaan yang mula mekar itu cuba dikikis.
"Jangan tunjuk baik sangat boleh tak bos?" - Isla
"Kenapa? Awak takut jatuh cinta ke?" - Gheza.
Namun apa yang cuba dielakkan itu, terjadi juga. Kerana hati sudah terlanjur suka dan cinta, Isla tidak melepaskan kesempatan yang melintas depan mata meskipun batas waktu terhad.
"Kau gila ke Isla? Kau tahu tak semua ni akan makan diri kau balik?" - Jaja
"Sebab aku dah terlajak, Jaja. Aku tak dapat kawal. Aku nak bahagia." - Isla
Akankah bahagia yang didamba seorang Isla itu kekal menjadi miliknya?
luq kejam! itu perkataan yang sesuai untuk lelaki itu. bercinta dah lama dengan isla tapi suka buat hal yang menyakitkan hati. ada ke sebab isla tak bagi pegang tangan, dia boleh tinggalkan isla macam tu je?
gheza, bos isla yang baik hati. bercinta dengan darwina. tapi layanan pada isla memang mesra. itu yang kawan baik isla, jaja nampak.
here and there. hubungan isla dengan luq memang bermasalah. luq rapat dengan sepupunya, amira. tapi sebenar lebih pada diugut. bila banyak duit, macam tulah. nak menolong tapi nakkan balasan. luq sememangnya tersepit. tapi dia memang suka duit. kesihatan emaknya lagi.. hmm...
gheza dengan darwina juga punya masalah. dahlah darwina memang cukup anti dengan isla. bila gheza tamatkan hubungan mereka, dia serang isla walhal silap adalah dari dirinya buat gheza mual dengan perangai dia.
isla dan gheza berkahwin. happy? noo... ada lagi masalah besar yang melanda mereka...
kisah bermotifkan cemburu dan dendam juga percintaan yang bersegi-segi yang menarik dari puan Raisyas Azliey Novelis. mana nak sangka, kan... itu yang disanjung tapi itulah durjana.
dendam memang takkan bawa manusia ke mana-mana arah kebaikan pun. semua pada keburuan dan kehancuran.
menerima takdir hidup buat manusia tidak merasa kesal yang berpanjangan atau kemurungan yang melampau. adatlah kalau sedih bila ditimpa kecelakaan.
tapi
yang penting bangkit dari kedukaan dan kekecewaan.