Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
SINOPSIS NOVEL - GURU AINI

Guru Aini mengisahkan kegigihan seorang guru matematik, Guru Desi dalam mencari murid genius di kawasan pedalaman. Baginya, murid genius matematik hanyalah lahir secara semula jadi. Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang murid bernama Aini. Seorang anak yang sentiasa gagal
dalam matematik dan langsung tidak berminat akan subjek kira-kira.

Namun, semuanya berubah ketika bapa Aini jatuh sakit, dan kos pembiayaan merawat bapanya adalah mahal kerana terpaksa menghantarnya ke hospital di pekan. Sejak hari itu, Aini menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Untuk mengambil jurusan perubatan haruslah pandai matematik. Berbekalkan semangat yang dia ada, Aini gigih belajar Matematik daripada Guru Desi meskipun sering dimarah oleh guru tersebut. Sehinggalah suatu tahap, Aini berjaya memahami konsep kalkulus dan mengaitkannya dengan kehidupan, barulah prestasi Aini dalam Matematik semakin meningkat. Ini membuatkan Guru Desi
sedar, rupanya wujud murid seperti Aini bukanlah bodoh seperti yang disangka. Tetapi sebenarnya mempunyai sindrom math anxiety, iaitu ketakutan terhadap matematik.

Ini sebuah kisah seorang Guru Desi yang berani mempertahankan idealismenya menjadi guru matematik di sekolah pelosok dan kegigihan seorang murid yang mahu belajar sehingga faham.

“Pendidikan memerlukan pengorbanan, Bu. Pengorbanan itu nilai tetap, konstan, tak boleh berubah”

295 pages, Paperback

First published February 1, 2020

160 people are currently reading
1397 people want to read

About the author

Andrea Hirata

22 books2,434 followers
Under a bright sunny sky, the three-day Byron Bay Writers’ Festival welcomed Andrea Hirata who charmed audiences with his modesty and gracious behavior during two sessions.

Andrea also attended a special event where he and Tim Baker, an Australian surfing writer, spoke to a gathering of several hundred school children. During one session, Andrea was on a panel with Pulitzer Prize winning journalist from Washington, DC, Katharine Boo, which he said was a great honor.

The August event for the school children was very meaningful to Andrea, the barefooted boy from Belitung, as he made mental comparisons with the educational opportunities of these children, compared to what he experienced.

And now his own life story is about to become even more amazing, as his book Laskar Pelangi (The Rainbow Troops) is being published around the world in no less than twenty-four countries and in 12 languages. It has caught the eye of some of the world’s top publishing houses, such as Penguin, Random House, Farrar, Straus and Giroux, (New York, US) and many others. Translations are already on sale in Brazil, Taiwan, South Korea and Malaysia.

All this has come about because of the feeling of appreciation that the young Andrea felt for his teacher, Muslimah. He promised her that he’d write a book for her someday. This was because for him and his school friends, a book was the most valuable thing they could think of.

Andrea told a story that illustrated this fact. When royalties flowed in for him he decided to give his community a library. He spent a lot of money on books. He left the village headman in charge of administering the library. However, when he came back several months later, all the books were gone. People loved the books, but they had no concept of how a lending library functioned.

“Some of them could not even read, but they just loved to have a book, an object of great value and importance, in their homes. We will restock the library with books and this time it will be run by our own administration,” he laughed.

Andrea told this story as we sat in the coffee shop adjoining a Gold Coast City Library, one of 12 scattered around the city. One of the librarians, Jenneth Duque, showed him around the library, including the new state-of-the-art book sorting machine, for processing returns located in the staff area. As he saw the books being returned through pigeonholes by the borrowers and the computerized conveyor belt sorting them into the correct bin for reshelving, the sight made him laugh and prompted the telling of that story.

Andrea wrote the book for his teacher while in the employ of Telkom, but the completed manuscript was taken from his room, which was located in a Bandung student accommodation community. Whoever took the manuscript knew enough to send it to a publisher and that’s how Andrea, an unhappy postal service worker who had studied economics in Europe and the UK, became the accidental author of the biggest selling novel in Indonesia’s history.

He has since written seven more books.

Fast forward to 2011 and Andrea was in Iowa, the US, where he did a reading of his short story, The Dry Season. He was approached by an independent literary agent, Kathleen Anderson. They talked, but for six months there was no news until an email arrived telling him that one of the best publishers in the US, Farrar, Straus and Giroux, had accepted his book.

Then every week, more publishers said “yes” and now he has 24 contracts from the world’s leading publishers.

Andrea worked with Angie Kilbane of the US on the English translations of Laskar Pelangi and its sequel Sang Pemimpi (The Dreamer). Translators from several other countries have visited his home village in Belitung to do research.

“For a long time I wondered what was the key to the enormous success of my book,” Andrea said.

“I think there’s no single right answer. Perhaps people are fed up with writing focused on urban issues or esca

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,136 (63%)
4 stars
511 (28%)
3 stars
98 (5%)
2 stars
22 (1%)
1 star
13 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 423 reviews
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
July 2, 2021
This review will be mostly in English because it's 1 am and I'm sobbing too hard to write properly. Will write in Malay later.

"Apakah kau ingin hidup penuh kesenagan... ataupun hidup penuh erti?"


There is something about this line and this whole book that just seized my heart and squeezed, hard. Some books you go into with no expectations and they hit you with a blow so immense you're not prepared for it. Some characters worm into your heart and whisper "You're just a little bit too much like me". I know my Tiktok reference is ruining the vibe of this review but give me a chance.

Buku in dimulakan dengan kisah Guru Desi, seorang guru muda yang degil mempertahankan cita-citanya untuk menjadi guru matematik walaupun dihalang oleh ibunya. Guru Desi ditempatkan di sekolah pedalaman dengan semangat berkobar-kobar untuk mengajar matematik dan mengubah nasib anak-anak kampung. Namun, tahun berganti tahun dan penyesalan lepas penyesalan, Guru Desi menjadi keras dan sensitif kerana tiada satu pun anak murid yang diajarnya kekal dengan matematik. Cerita ini kemudiannya disilangkan dengan Aini, seorang murid yang sering mendapat markah 0 dan 1 untuk subjek matematik. Ayahnya jatuh sakit dan dia berazam untuk menjadi doktor. Namun dia perlu pandai matematik untuk menjadi doktor. Dia berpindah ke kelas Guru Desi dan bermulalah cerita Aini dan gurunya.

The book feels very light and heavy at the same time. The humour in the book made me laugh like an idiot in my room and made the characters seem less serious in the best way. It's like a feather that weighs a ton when it hits you. It's not sad but it just makes you hope and then think about yourself.

I know I did. I'm a medical student and lately I had been struggling with... complacency. In failing. I was just so done being worked up over things I would fail so I stopped caring. The pandemic and online learning did not help. Reading about Aini's fervour and purpose just put me to shame. It made me question, "What about me? What's my purpose? What's my sacrifice?"

Aini's purity and dreaminess, especially when she painted "Aini Cita-Cita Doktor" on her bicycle and books, was the kind of girl I used to be. I miss her, so much. Maybe that's why I'm crying.

Mathematics is a metaphor in this story. A metaphor for hardships and obstacles that is needed to overcome by loving it and mastering it, even if you don't need it in the future.

I appreciate the line of inspiration in the book, how Aini is inspired by Guru Desi and Guru Desi credited her fervour to her own teacher, Guru Marlis. I had always have soft spot for relationships between a teacher and a student. Makes me want to go back to school and rewrite my relationships with my own teachers.

This book also reminded me to embrace being eccentric again.

It's just- This book was everything. Probably my best read of 2021 so far, there I said it. How silly of me to think I'd just read fifty pages before bed. Now I feel like I need to read my Anatomy textbook and finish my novel.

I hope this feeling sticks, in sya Allah, Aminn.

Fatin Cita-Cita Doktor.



Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews428 followers
June 26, 2021
Panjang hembus nafas setelah selesai novel pertama saya daripada Andrea Hirata ini.

5 Bintang untuk karya yang telah membuat saya tertawa dan menangis dan telah mengajar apa itu erti "Kesabaran, Kecekalan dan Keikhlasan" dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.

Ringkasan Buku
Guru Aini mengisahkan kisah seorang guru yang serba-serbi hebat dan sangat bersemangat, Bu Desi yang sangat suka akan Matematik dan penuh dengan impian dan cita-cita untuk melatih seoarang murid yang hebat di sebuah kampung terpencil.

Masuk pula seorang Aini yang bukan sahaja benci pada Matematik, malahan Matematik juga membenci dirinya.Kisah antara seorang guru yang penuh dengan prinsipnya sendiri, tegas dan tiada ruang untuk membuat kesilapan dan Aini yang kekal berusaha untuk menyukai Matematik untuk menjadi seorang doktor pakar.

Cerita yang sarat dengan idealisme, cita-cita dan unsur sindiran terhadap kemiskinan dan sistem pelajaran ini bukan sahaja menyentuh hati malahan, telah membuat saya menitiskan air mata ketika membacanya.

Reviu dan Pendapat Saya
Terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya jatuh hati dengan buku ini.

Gaya Penulisan
Gaya penulisan Andrea yang penuh bersahaja membuatkan buku ini sangat senang untuk dibaca. Unsur nasihat berbentuk sindiran, bait-bait kata yang indah, dan juga selitan jenaka telah memberikan karakter dan impak kepada pembaca. Saya sendiri sangat tersentuh dengan beberapa bait ayat yang ditulis oleh Andrea.

Dalam desau sepi angin pagi,
Dalam gerimis hujan dini hari
Dalam gerak-gerik halus benda-benda
Dalam harapan-harapan yang tak terkata
Tersimpan rahsia
Mengapa kita ini ada


Penulisannya padat, bersahaja tetapi penuh dengan nilai-nilai murni .

Karakter
Watak-watak utama di novel ini iaitu Bu Desi dan Aini adalah antara faktor yang menghidupkan cerita ini. Dinamik antara Bu Desi dan Aini bukan sahaja serasi malah telah menyentuh hati pembaca.
Saya sangat suka akan watak Aini yang sangat Cekal dan Bersemangat. Istilah PUTUS ASA tiada di dalam kamus hidup Aini. Beratus cemuhan dan makian dari Bu Desi tidak pernah meruntun semangatnya untuk kekal belajar. Saya sendiri bersemangat apabila membaca kesusahan Aini mempelajari ilmu Matematik.

Bu Desi juga seorang watak yang sangat saya suka walaupun agak gerun dengannya. Sikap Bu Desi yang berprinsip membuatkan dia dapat mencapai objektifnya apabila dia ditugaskan untuk mengajar Matematik di sebuah kampung terpencil. Bu Desi juga seseorang yang akan mencari jalan sebaiknya untuk seseorang murid yang ingin belajar.

Andrea memperkenalkan kepada dua watak yang esentrik dan sangat tidak kisah akan pandangan orang sekeliling pada mereka. Watak mereka telah membuat pembaca semakin tertarik untuk mendalami jiwa mereka ketika membaca.

Guru Aini merupakan buku pertama saya oleh Andrea Hirata tetapi bukanlah yang terakhir. Nilai murni dan mesej yang ingin disampaikan oleh Andrea seiiring dengan gaya penulisannya yang bersahaja dan penuh makna telah membuatkan buku ini akan kuingati sampai bila-bila.

Dalam perjalanan yang panjang menuju keikhlasan, kita akan menemukan harapan.
Dalam perjalanan yang berliku-liku menuju pengorbananm kita akan menemukan keberanian
Namun menuju kejuruan pada diri sendiri, akhirnya kita akan pulang."


Terima kasih kepada Jejak Tarbiah atas pemberian buku yang penuh makna ini.
Profile Image for Nining Sriningsih.
361 reviews38 followers
February 18, 2020
"apa pun yg tak dapat membunuhmu, akan membuatmu semakin kuat". Hal 28

cerita di novel ini, jadi ingat pas waktu sekolah..
q juga setengah mati benci sama Matematika..
:D

wow..
perjuangan Aini u/ belajar Matematika sama Guru Desi itu penuh air mata..
salut sich sama perjuangan Aini dan Guru Desi yg sabar'y luar biasa ngadepin Aini..

tapiiii..
karena novel ini prekuel, jd udah tahu yaa ending cerita'y..
tapi tetap bagus kok novel ini buat dibaca..
:D
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
June 19, 2021
Guru Aini adalah prekuel novel Orang-Orang Biasa dan kini tampil dengan versi Malaysia oleh @jejaktarbiah . Aku sudah membaca versi asal, namun aku masih mahu membaca terjemahannya kerana bagiku, buku ini tidak rugi untuk diulang baca. Tambahan pula, JT melampirkan beberapa ilustrasi dan kulit buku yang lebih menarik. 

"Tanpa idealisme, aku akan lebih lelah. Tanpa idealisme, orang akan hidup dengan menipu diri sendiri, dan tak ada yang lebih lelah daripada hidup menipu diri sendiri".

Idealisme Bu Desi berkaitan dengan "sumpah sepatu" di mana dia akan terus memakai kasut sukan pemberian ayahnya sampai murid genius matematik ditemui di Ketumbi. Desi paling ingin menjadi guru Matematik dan inspirasinya datang daripada guru matematiknya, Bu Marlis. Desi sedar hidupnya bukan mudah untuk menjadi guru matematik namun dia sangat bersemangat untuk melakukannya. Walaupun ada ketikanya, semangat Desi datang dan pergi bagaikan angin lalu. 

Aini tekad untuk menguasai Matematik daripada Bu Desi selepas ayahnya jatuh sakit dan hanya boleh diubati dengan perubatan moden. Dia mahu menjadi doktor pakar yang boleh mengkaji penyakit ayahnya. Aini yang mendapat jolokan "bencana pendidikan" oleh Bu Desi tidak pernah patah semangat!

Sebuah kisah inspirasi bertemakan pendidikan yang berkisar pada ketekunan, kegigihan dan kecintaan seorang guru dan murid pada ilmu. Kisah disampaikan dengan cara yang santai, berisi dialog mencuit hati dan diselitkan juga pengajaran hidup. Begitu tabah Aini walau dicaci oleh Bu Desi, masih tetap mahu belajar. Bijaknya Bu Desi yang akhirnya bertemu cara yang sesuai untuk mengajar matematik kepada Aini. 

Jujur aku katakan bahawa ada beberapa ayat dalam versi asal yang tidak difahami dan membaca versi Malaysia semestinya tiada perkara sebegitu. Difahamkan juga bahawa versi Malaysia diterjemahkan daripada manuskrip edisi International Guru Aini. Tahniah JT kerana menterjemahkan buku hebat ini untuk pembaca di Malaysia. Sangat menghargai usaha kalian! 

Buku ini harus dibaca oleh semua golongan! Highly recommend! Buat guru untuk lebih ghairah mendidik anak murid dan buat yang lain untuk mengambil teladan daripada semangat juang Aini. Sungguh pengajaran hidup terbaik buat pembaca diperoleh daripada buku ini. 

Bagi yang belum pernah membaca siri ini, disarankan untuk mula baca Orang-Orang Biasa terlebih dahulu. Kenalilah Rombongan 9 sebelum kamu mengenali Aini.

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
March 22, 2020
"Matematika, kawan, bukan untuk si penakut!" — Guru Desi.

1.
Tanpa ragu, 5 bintang saya syorkan untuk buku terbaru Andrea Hirata ini.

2.
Buku prekuel Orang-orang Biasa ini menceritakan asal-usul kejadian rompakan yang tersungkur berlaku di Belantik oleh 9 Rombongan.

3.
Ada dua karakter utama; Guru Desi Istiqomah yang tak pernah hilang cintanya pada Matematik, dan anak muridnya yang bernama Aini, anak yang sering sakit perut dalam kelas Matematik namun bertukar cemerlang kesudahannya.

4.
Watak Guru Desi, saya kira sama saja dengan guru-guru lain di merata dunia. Waktu awalnya azam berkobar-kobar mahu mengubah anak bangsa, memajukan mereka dalam akademik, namun seperti cinta bertepuk sebelah tangan, cita-cita murni menjadi layu setiap hari yang berlalu. Hanya kerana janji pada dirinya sendiri, Guru Desi kekal bertahan sehingga bertemu Aini.

5.
Nuraini binti Syafarudin, anak kepada Dinah, yang juga pernah menjadi anak murid kepada Guru Desi, adalah satu lagi cabaran dalam dunia matematik. Disebabkan dorongan kuat mahu ayahnya sihat dengan mencapai cita-cita menjadi doktor, Aini nekad mahu berguru dengan Guru Desi yang ditakuti ramai.

6.
Pertembungan keduanya penuh emosi, dan mencetuskan letupan idea dan semangat. Guru Desi mengambil keputusan yang tak terfikir olehnya untuk mendidik Aini, yang kental dan bersungguh-sungguh separuh gila.

7.
Akhirnya, kejayaan mendakap keduanya. Namun, masih ada halangan yang menghalang Aini daripada terus terbang tinggi.

8.
Penyelesaiannya? Bacalah Orang-orang Biasa.

9.
Buku Guru Aini seperti Laskar Pelangi, tentang cinta pada ilmu dan menceritakan semangat juang untuk memperbaiki diri. Tentang penghargaan pada guru, tentang semangat juang anak yang mencintai bapanya untuk mengubah hidup. Menginspirasikan, boi. Dan kali ini, Andrea mengangkat karakter perempuan sebagai heronya. Mantul!

10.
Dan, ayat-ayatnya banyak yang lucu boi. Beberapa ayatnya bikin aku terhenti membaca, ketawa terhenjut-henjut, berhenti, lalu ketawa kembali kerana sebentar tadi sewaktu ketawa pertama kali, aku terlihat perutku yang berlemak itu turut bergegar mengikut irama ketawaku. Puih!
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
June 6, 2021
Guru Aini, prekuel novel Orang-Orang Biasa (OOB), karya Adrea Hirata.

"Menjadi guru adalah panggilan jiwa"

Aini, tipikal anak kampung miskin, sesak dalam pelajaran, tak pernah berani maju ke depan, pemalu, bicaranya juga perlahan. Namun, tak pernah kenal erti lelah, keinginannya belajar Matematik melangkaui segala, hanya demi satu cita murni, iaitu menjadi seorang doktor.

Guru Desi, guru Matematik yang sangat cerdas, idealis, eksentrik, yang sanggup mencampak dirinya ke pelosok pulau demi memenuhi panggilan hati sebagai pendidik tidak mengira di ceruk mana pun. Beliau juga tidak pernah menukar sepatunya walau sebagaimana lusuh dengan tekad hanya akan menukar baru sampai dia menemukan seorang murid yang pintar matematik di ceruk pulau itu.

Kisah yang sangat menyentuh jiwa, bagaimana cekalnya diri seorang anak kampung yang ingin belajar, menconteng segala rumus matematik di ruang rumah, berkayuh basikal ke rumah gurunya setiap petang, tak pernah mengalah walau dimaki disindir setiap hari!

"Di tiang bendera mana kepalamu pernah terhantuk sehingga kau lambat berfikir?" -Guru Desi

Ah sungguh cerita yang cukup indah, untuk membuka hati, menyegarkan minda, tentang bagaimana keinginan yang kuat boleh mengatasi segala, bagaimana konsep ilmu matematik dapat mengubah perspektif individu terhadap dunia, juga bagaimana memahami ilmu memberi satu bentuk kebahagiaan yang tak terungkap.

Bahasa yang indah, pengajaran yang mendalam, terasa seperti menonton filem Indonesia! Cerita yang hidup! Tahniah Jejak Tarbiah untuk terbitan buku ini bagi edisi bahasa Melayu!
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
January 17, 2022
Lima bintang tanpa ragu-ragu. Kisah takut dengan Matematik ini bukan main-main sebab aku dulu pun takut juga kepada Matematik 😅

Semangat Bu Desi sememangnya akan menjadi obor kepada diri untuk tidak mudah berputus asa mengajar anak-anak kelas belakang.

Apapun yang tidak mampu membunuhmu akan membuatmu semakin kuat--Bu Desi.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 2, 2023
Kisah yang cukup inspirational, mengharukan dan membangkitkan emosi yang berbeza-beza. Tak terluah dengan kata-kata. Permulaan cerita menggelikan hati. Namun, hati saya retak seribu pada peleraian novel.

Ini karya pertama oleh Andrea Hirata yang saya baca. Agak ketinggalan sebab pembaca lain mesti dah lama baca karya beliau. Akan saya cari karya-karya beliau yang lain.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
February 14, 2020
Sekian sudah menelaah naskhah yang disebut oleh Bang Andrea, naskhah yang menimbulkan perasaan yang sama dalam diri beliau semasa menulisnya, seperti perasaan saat menukilkan Laskar Pelangi.

Meneliti helaian demi helaian, ayat-ayatnya terus menerbitkan babak-babak yang bergerak dalam layar minda. Sungguh ibarat menonton filem.

Helaian yang paling mengugut mahu memecahkan kantung air mata saya: halaman 271. Namun saya lawan kerana sukar mahu menjawab pertanyaan yang sampai, jika tiba-tiba teresak-esak di meja kafe pejabat ketika waktu makan tengah hari. Bukan semua orang mengerti maknanya menangisi isi buku 😅

Walaupun awalnya saya enggan menamatkan pembacaan secepat ini, saya berubah fikiran kerana buku ini prekuel novel Orang-Orang Biasa. Akhir kalam kisah ini saya sudah tahu. Jadi saya tiada apa yang perlu ditakutkan.

Sama seperti matematika, membaca novel prekuel adalah untuk para pemberani!
Profile Image for Neti Triwinanti.
321 reviews82 followers
March 20, 2020
Membaca Guru Aini menghadirkan perasaan yang sama saat membaca Laskar Pelangi pertama kali saat saya SMA. Satir terhadap dunia pendidikan yang dikemas dalam cerita yang mengharu biru. Andrea Hirata juara sekali memparodikan kisah nelangsa dengan jenaka, yang bisa membuat saya tertawa dan berkaca-kaca sekaligus.
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
June 22, 2022
Karya Andrea Hirata penuh semangat & sarat dengan pengajaran.
Profile Image for Ananda Debie.
2 reviews
May 8, 2022
Guru Aini • Andrea Hirata • Bentang Pustaka • 2020 • ix+306 hlm • 4.8/5

"Tanpa idealisme, orang akan hidup dengan menipu diri sendiri dan tak ada yang lebih lelah dari hidup menipu diri sendiri." (hal 60)

Aku langsung mengangguk setuju untuk pemikiran Pak Cik yang satu ini. Seperti aku yang bertahan hidup agar bisa mewujudkan mimpiku. Caraku mewujudkan mimpi adalah dengan memegang teguh idealisme seperti Bu Desi Istiqomah dalam novel Guru Aini. Bu Desi pernah mengatakan bahwa Desi Istiqomah bukanlah Desi Istiqomah tanpa matematika. Ini seperti idealismeku, aku bukanlah aku tanpa mimpiku. Bu Desi dengan dunia Matematika, aku dengan dunia bahasa.

Seperti kebanyakan karya Andrea Hirata yang mengangkat tema pendidikan, Guru Aini juga menjadi salah satu novel Andrea dengan tema pendidikan. Dalam novel Guru Aini ini, Andrea mengangkat permasalahan-permasalahan pendidikan di Indonesia. Seperti keterbatasan ekonomi yang mematahkan mimpi seseorang dalam melanjutkan pendidikannya. Guru honorer yang kesejahteraannya masih belum terjamin. Murid-murid yang kesulitan dan kehilangan motivasi dalam belajar.

Guru Aini awalnya kukira bercerita tentang guru yang bernama Aini. Tapi setelah khatam membacanya, ternyata novel ini menceritakan sosok guru yang menginspirasi tokoh utama yang bernama Aini. Guru ini adalah Bu Desi Istiqomah. Sosok guru yang idealis dan mencintai Matematika dengan seluruh hidupnya. Beliau guru yang bertekad ingin menemukan jenius matematika dari kampung pelosok, Ketumbi. Tempat beliau mengabdikan diri selama bertahun-tahun lamanya. Bahkan beliau memiliki sumpah sepatu, tidak akan mengganti sepatu yang dipakainya sejak pertama kali menjadi guru sebelum menemukan jenius matematika. Setelah jatuh bangun, bahkan dibuat patah hati berkali-kali, akhirnya takdir mempertemukan Bu Desi dengan Aini. Aini adalah sosok murid luar biasa. Kegigihannya dalam belajar dan meraih mimpinya berhasil menjadikan Bu Desi sebagai Desi Istiqomah yang bahagia mencintai matematika dan idealismenya.

Awalnya Aini adalah murid yang ingin menjalani hari-hari sekolahnya dengan biasa saja. Dia bahkan tidak begitu pandai dalam Matematika. Tetapi suatu hari, ayah Aini jatuh sakit dan penyakitnya hanya bisa disembuhkan dengan ilmu kedokteran modern. Aini pun bertekad ingin menjadi dokter agar bisa menyembuhkan penyakit ayahnya. Pak Tabah, guru Aini yang lain pernah mengatakan bahwa ilmu matematika adalah ibu fisika, kimia, komputer, biologi, dan kedokteran. Untuk menjadi dokter, langkah awal Aini adalah harus memahami matematika terlebih dulu. Begitulah perjalanan Aini dan Guru Desi dimulai. Bu Desi yang selalu berusaha mencari cara untuk mengajari Aini agar mengerti ilmu matematika dan Aini yang juga pantang menyerah dalam belajar matematika dari Bu Desi. Kisah perjuangan keduanya terjalin begitu indah dan menjadi sorotan utama dalam novel ini.

Andrea Hirata selalu berhasil menghadirkan sosok inspiratif dalam setiap kisahnya. Ada sentuhan semangat yang mampu memotivasi pembaca ketika menikmati karya-karyanya. Ia juga berhasil menghadirkan keunikan nilai lokalitas melalui gaya penceritaannya yang khas Melayu. Hebatnya lagi, perpaduan antara idealisme Bu Desi, perjuangan Aini, dan keindahan ilmu matematika yang digambarkan Andrea Hirata dalam novelnya ini, membuatku ingin kembali belajar matematika setelah sekian lama aku meninggalkan ilmu itu (dan iya, sekarang aku pelan-pelan ingin mencintai matematika sama seperti aku mencintai bahasa).

Walaupun ada di beberapa bagian, Andrea Hirata menggambarkan sesuatu secara berlebihan tapi tentu saja seperti karyanya yang sudah-sudah, gaya bahasa Andrea memang seperti itu. Terlalu hiperbola tapi masih tetap enak untuk dibaca dan bisa dipahami. Terlepas dari isi novel, ada hal yang menurutku juga perlu diperbaiki. Bagian belakang sampul novel sama sekali tidak membicarakan perihal tentang Guru Aini. Malah berfokus pada prestasi-prestasi yang telah diraih sang penulis. Kalaupun tujuannya adalah untuk menarik perhatian pembaca, kisah dalam Guru Aini sendiri sebenarnya sudah mampu untuk menarik perhatian pembaca, kok.

Novel ini sudah pasti kurekomendasikan untuk kalian baca. Siapapun kalian yang saat ini sedang berjuang meraih mimpi, novel ini layak menjadi bacaan motivasi kalian agar tetap semangat dan tidak menyerah pada mimpi kalian, setinggi apapun mimpi kalian. Semangat!
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
June 11, 2021
Kali ini, Guru Aini tampil dalam edisi Malaysia oleh Jejak Tarbiah. Ada sesetengah orang mungkin akan berfikir, untuk apa membaca buku yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu ini kalau saya sudah pernah membacanya versi asli?

Jawapannya begitu mudah, kawan, bahawa buku ini tidak rugi dibaca berkali-kali pun. Tambahan, JT hadirkan buku ini dengan beberapa ilustrasi di dalamnya. Jujurnya kulit depan JT juga lebih cantik hehe. Semangat nak ulang baca.

Kejap-kejap rasa macam diri ini Aini. Kerana saya adalah orang yang lemah dengan lambakan nombor.
Kejap-kejap rasa diri ini seperti Bu Desi. Sebab memang menduga kesabaran ya mengajar pelbagai cara tapi masih juga pelajar tak faham.

Saya amat yakin idealisme yang dimiliki oleh Bu Desi ini pernah dimiliki oleh semua warga pendidik. Bezanya, adakah idealisme itu berkekalan ataupun ditelan arus rutin, sistem yang korup serta budaya pejabat yang tak membawa kemajuan (Guru Aini, halaman 47).

Bagi Bu Desi, ya, idealisme itu bertahan meskipun perwatakannya berubah oleh sebuah kekecewaan. Tetapi misinya tetap sama. Mencari pelajar yang genius matematik. Tapi, kalau saya jadi Bu Desi pun, saya kecewa dapat pelajar seperti Debut Awaludin itu.

Secara peribadi, saya berasa adalah satu kerugian jika anda, terutamanya guru-guru, tidak membaca Guru Aini oleh Andrea Hirata ini. Kita tahu, kebanyakan karya Andrea Hirata membawa tema anak kampung dan pendidikan. Ada sesuatu yang Andrea ingin tunjukkan serta mahu pembacanya pelajar menerusi karya humornya ini.

Sebenarnya, Bu Desi adalah contoh yang baik untuk kita ikuti, iaitu dengan mencintai bidang pendidikan terutamanya dalam bidang Matematik. Semua yang dilakukannya bukanlah untuk sebuah anugerah, tetapi untuk menyelamatkan anak bangsanya. Betapa sukanya dia kepada pendidikan Matematik ini, sehingga dia rela dihantar ke ceruk pulau asalkan dapat mengajar anak bangsanya.

Seorang guru yang benar-benar ingin menjadi guru. Bagi saya, itulah pengajaran terbesar yang Bu Desi berikan. Disebabkan keinginan suci dan kuat inilah lahir idealismenya yang tidak mati walaupun dicampak ke mana-mana, walau dikecewakan oleh pelajarnya sendiri.

Daripada Aini pula, kita belajar bahawa dalam hidup ini sangat memerlukan motivasi untuk berusaha dan maju ke hadapan. Bagi Aini, kesakitan ayahnya adalah pendorong utama. Begitu menakjubkan, apa yang boleh dan sanggup dilalui oleh seseorang disebabkan pemangkin (catalyst) yang kuat. Seperti seseorang yang sedang terdesak, bukankah kita sanggup melakukan apa-apa sahaja? Maka, sebenarnya, kita (saya lah tu) harus mencari apakah pemangkin yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan putus asa.

Impian Bu Desi, mendidik anak bangsa mata pelajaran yang paling tidak digemari; Matematik. Lihatlah di mana Bu Desi sekarang.
Impian Aini, dapat masuk ke fakulti perubatan seterusnya menjadi doktor pakar untuk merawat sakit ayahnya. Lihatlah di mana Aini sekarang.
Andrea Hirata dan impian (atau disebutnya mimpi) berpisah tiada. Benar, itulah kelebihan Andrea Hirata, memotretkan impian/mimpi menjadi sebuah cerita yang sederhana.

Cuma, sedikit penambahbaikan yang ingin saya cadangkan untuk edisi ini ialah untuk melebihkan rasa Malaysia. Hal ini kerana, ada beberapa bahagian yang dibaca masih terasa bahasa Indonesianya. Walaupun kita merupakan dua buah negara yang memiliki kosa kata yang hampir sama, namun penggunaannya berbeza mengikut situasi.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
July 29, 2020
Prekuel kepada buku Orang-orang Biasa, Guru Aini menceritakan mengenai Desi Istiqomah, seorang guru garang yang pernah mengajar sekumpulan kawan yang menjadi antara barisan watak-watak utama Orang-orang Biasa dan juga hubungan Guru Desi ini dengan Aini, seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi doktor dan mendesak Guru Desi untuk mengajarnya subjek matematik, iaitu subjek yang Aini percaya merupakan ibu kepada semua subjek lain dan kunci untuk dia berjaya mencapai cita-citanya.

“Matematika adalah ibu bagi fisika, kimia, statistika, arsitektur, komputer, biologi, kedokteran, dan ilmu-ilmu pasti lainnya. Jika kalian pintar dalam matematika, kalian akan pintar dalam banyak hal.”

Seperti Orang-orang Biasa, Guru Aini juga merupakan sebuah buku yang lucu dan menghiburkan. Menyaksikan bagaimana Guru Desi berubah dari seorang yang berkobar-kobar semangatnya mahu melahirkan seorang murid yang pintar matematik kepada seorang guru yang garang dibakar semangatnya sendiri kerana merasakan dirinya gagal menemui murid sebegitu dan seterusnya dilembutkan kembali oleh Aini yang kerana mahu mencari punca penyakit bapanya, menunjukkan kecekalan dan rasa tekadnya untuk belajar matematik meskipun bertanya soalan yang sama berulang-kali sehingga menyebabkan tekanan kepada Guru Desi. Tetapi ternyata keazaman Aini mengingatkannya semula Guru Desi kepada sebab dia mahu menjadi guru sebelum ini dan lama-kelamaan mula mengubah diri Guru Desi juga.

Terinspirasi melihat keazaman Aini yang mahu menjadi pintar matematik walaupun setiap kali dia gagal memahami apa yang telah diajar bakal dimarahi dengan teruk oleh Guru Desi, tetapi tidak pernah sekalipun berasa putus asa. Reaksi Guru Desi yang tertekan dengan murid-murid yang tidak mencapai standard yang dimahukannya juga kerap membawa rasa lucu dan mendatangkan ketawa di setiap bab.

Buku ini mengajar bahawa kebodohan tidak akan selamanya kekal sekiranya ada usaha untuk mengubah diri. Lagipun, kepintaran seseorang itu mungkin berlainan dan bergantung kepada cara mendekati dan mengajarinya untuk menonjolkan kepintarannya itu.

"Kecerdasan itu misterius, Laila."

"Ai, bukankah kecerdasan kasat mata saja? Dengan gampang bisa dilihat murid yang cerdas dan yang tidak?"

"Belum tentu, Lai, setiap murid mengerti dengan cara berbeda, setiap ilmu memancing pengertian setiap murid dengan cara berbeda pula. Kubaca di buku, Lai, ada guru musik yang mengajari muridnya dengan mengajarinya langsung bermain piano, ada yang diajari mengetuk dulu, ada yang diajarkan mendengar dulu, ada yang disarankan berhenti belajar musik, disarankan bermain pingpong saja. Kurasa guru yang baik adalah guru yang dapat memacu kecerdasan muridnya. Guru yang lebih baik adalah guru yang dapat menemukan kecerdasan muridnya. Guru terbaik adalah guru yang tak kenal lelah mencari cara agar muridnya mengerti!"


Sebuah buku yang menarik untuk dibaca. Terutama sekali sekiranya meminati buku sebelumnya, Orang-orang Biasa dan mahu membaca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana Aini yang pada mulanya sering gagal matematik berubah menjadi seseorang yang berjaya melepasi peperiksaan untuk memasuki Fakultas Kedokteran.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
June 18, 2021
Judul buku: Guru Aini
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan: Jejak Tarbiah
Tahun terbit: 2021
Cetakan: Pertama
Harga: RM28.00
Tarikh baca: 04 Jun 2021 - 16 Jun 2021
Pengulas: Norsamila Samsudin

Kesungguhan mencapai sesuatu akan membuatkan seseorang mampu menempuh segala rintangan, malah cacian.

Begitu juga dengan Guru Desi. Dikeraskan pendiriannya. Diketatkan kedegilannya demi cita-cita mengajar ilmu matematik yang rata-rata manusia menganggapnya susah dan dijauhi.

Guru Desi sanggup meninggalkan kesenangan, juga hubungan demi memperjuangkan ilmu matematik yang lebih dicintainya.

Dia ingin mencari seorang murid genius matematik pewaris dirinya sebagaimana dia sendiri mewarisi kepandaian matematik gurunya, Guru Marlis.

Mengajar di pedalaman atas kerelaan sendiri, Guru Desi punya tekad dan sumpah. Dia yang biasa memakai sepatu putih semenjak keluar dari rumah, merantau ke pedalaman Kota Belantik, menempuh perjalanan yang bukan calang-calang jarak, bersumpah tidak akan menukar kasutnya itu sehingga menemukan pelajar genius yang akan menjadi pewaris ilmu.

Aini, bukan pelajar genius matematik, sebaliknya trauma terhadap subjek tersebut. Ayahnya jatuh sakit dan dia melawan trauma yang satu itu demi cita-cita menjadi doktor. Niatnya untuk membantu kesembuhan penyakit ayahnya dengan ilmu.

Jika pelajar biasa pun sukar mencapai tahap genius, bagaimana pula liku Aini yang markahnya kosong? Paling tinggi pun satu bagi subjek tersebut?

Ya, kesukarannya berganda. Kepayahannya untuk mencapai cita-cita bukan payah biasa. Dia derita, namun cekal dan tak putus asa.

Sama seperti Guru Desi. Tak putus asa walaupun pernah dikecewakan oleh pelajar genius harapan, Debut Awaludin.

Pertemuan Guru Desi (guru pintar matematik) dengan Aini (pelajar traumatik matematik), satu penjodohan ajaib.

Kesungguhan kedua-duanya, membentuk rumus kejayaan yang bukan calang-calang.

Sebuah cerita motivasi yang mengalirkan air mata gembira, menyentuh jiwa bila membaca perit usaha.

Guru bertangan sotong, simbolik kepada guru yang terpaksa belajar dan memiliki banyak ilmu. Bukan hanya ilmu subjek, tetapi ilmu tilik bagi mencari kaedah dalam mengajar anak murid kurang cerdik. Metodnya berbeza. Tidak boleh pukul rata. Guru hebat, guru yang menggilap kaca menjadi permata dengan keringat dan air mata.

Ulasan dalam bentuk video boleh ditonton melalui pautan di bawah:

https://youtu.be/TRgABU5ceEA

Booktube Malaysia

#ulasanbuku #guruaini #andreahirata #jejaktarbiah #malaysiamembaca #selangormembaca #pnm #buku #baca #ulas #booktuber #booktubemy #norsamilasamsudin
Profile Image for Jundi Alwan.
8 reviews4 followers
May 17, 2020
Buku terbaik Andrea Hirata sejak Laskar Pelangi! Titik!

Membaca buku ini saya selalu teringat buku Totto-chan: The Little Girl in the Window. Bagaimana tokoh utama sangat semangat dalam belajar dengan cara mereka tersendiri.

Bagaimana Bu Guru Desi dan Kepala Sekolah Sosaku Kobayashi memahami setiap murid punya cara dan gaya belajar tersendiri yang membuat mereka unik.

Bagaimana Aini malah mengerti matematika dan semangat belajar dengan cara yang agak paradoks, spoiler kalau saya jabarkan, dari Bu Guru Desi. Sama halnya bagaimana Totto-chan lebih bersemangat bersekolah karena kemerdekaan belajar yg diberikan kepala sekolah.

Buku ini resmi saya jajarkan sebagai rekomendasi bacaan pendidikan sama dengan buku legendaris Laskar Pelangi dan Totto-chan: The Little Girl in the Window.

------
Walaupun Guru Aini adalah prekuel dari Orang-Orang Biasa, anda tidak perlu membaca Orang-Orang Biasa terlebih dahulu untuk mendapatkan makna dari buku ini.

Bagi yang sudah membaca Orang-Orang Biasa Anda akan menemukan motivasi kuat mengapa Debut cs berani melakukan aksi beresiko tinggi yang mungkin berakhir dengan borgol dingin Inspektur Abdul Rojali. Semua berawal dari kisah Aini binti Syafrudin.
Profile Image for Sinta Nisfuanna.
1,019 reviews63 followers
August 15, 2022
"Ya Laila, sebelum kutemukan murid pengganti Debut, akan terus kupakai. Karena ini bukan sepatu, Laila, ini adalah idealisme." ~ h.67

Sumpah sepatu. Bu Desi tak akan pernah mengganti sepatu pemberian Ayahnya sebelum menemukan sosok brilian matematika dan serunya sosok itu ditemukannya pada diri Aini, yang sejak kelas 3 SD hingga SMA, matematikanya berkawan akrab dengan bilangan biner.

"Tak ada yang lebih membuat murid gembira selain berhasil mempelajari sesuatu, dan tak ada yang membuat seorang guru gembira selain menemukan cara untuk mengajari muridnya." ~ h.236

Membaca kisah Guru Desi dan Aini membuat matematika menjadi sesuatu yang sangat spesial.
Bu Desi tak sekadar "mewariskan" ilmu matematika kepada Aini, tetapi filosofi hidup dibalik ilmu yang kerap diibaratkan sebagai monster. Cara Bu Desi memandang kehidupan melalui "mata" matematika menjadikan novel Guru Aini memiliki sisi unik.

Sekaligus, memperlihatkan ketika seseorang sudah mencintai sesuatu, maka cara pandangannya pada kehidupan akan mengacu pada apa yang dicintainya, itulah yang terjadi dengan Guru Desi.

"Matematika, Kawan, bukan untuk para penakut!"
Profile Image for Prahasti.
145 reviews14 followers
December 17, 2020
Guru Aini, meski judulnya seperti itu, nama gurunya adalah Desi. Aini adalah murid guru Desi, jadi ini cerita tentang Guru Desi yang menjadi gurunya Aini :))

Saya suka. Seperti dicantumkan di sampulnya, buku ini adalah prekuel dari Orang-orang Biasa. Dalam buku inilah Rombongan 9 mulai diperkenalkan.

Buku ini bercerita tentang perjuangan guru Desi mengajar matematika di sebuah SMA di daerah Ketumbi. Begitu pula perjuangan Aini untuk memahami matematika dan menguasainya demi sebuah cita-cita mulia; menjadi dokter dan mengobati penyakit ayahnya.

Ada bagian kocak, perenungan dan bagian haru dalam buku ini.

"Mereka yang ingin belajar, tak bisa diusir".
Profile Image for Meiliana Kan.
242 reviews52 followers
August 26, 2022
Actual rating 3.8 ⭐

Buku ini adalah prekuel dari buku Orang-Orang Biasa yang membuatku (lagi-lagi) bertemu dengan tokoh yang cinta mati sama matematika, Desi Istiqomah. Sebagai langganan tetap remedial matematika saat sekolah dulu, lagi-lagi keningku dibuat mengernyit, "kok bisa ada orang yang secinta ini sama matematika?" Dari zaman sekolah, Desi punya otak yang encer tapi saat ditawari masuk fakultas kedokteran ia menolak, ditawari melanjutkan bisnis ayahnya pun ia menolak juga. Desi sudah kekeuh mau mengambil D3 jurusan matematika dan mau mengabdikan diri sebagai guru matematika seperti Bu Marlis yang menjadi panutannya sejak kelas 3 SD. Desi yang idealis pun malah memutuskan untuk mengajar matematika di Ketumbi, desa yang entah di pelosok Indonesia bagian mana letaknya. Ia pun punya misi untuk menemukan seorang jenius matematika di desa itu. Sebelum misinya tercapai, Desi gak mau mengganti sepatu yang dibelikan ayahnya, meski sudah butut dan gak pernah matching dengan busananya. Sungguhlah Bu Desi Istiqomah ini idealis dan nyentrik sekali wkwkwk

Lalu, apakah misi Guru Desi berjalan mulus? Tentu tidak. Matematika seolah menjadi momok bagi murid-murid, belum apa-apa mereka sudah takut duluan melihat angka-angka itu. Bahkan ada murid Guru Desi yang mengalami gejala psikosomatis setiap kali pelajaran matematika dimulai 🤣🤣 Guru Desi akhirnya bertemu dengan jenius yang ia cari-cari, Debut Awaludin. Namun Debut mematahkan harapan Guru Desi karena ia lebih memilih untuk bergabung bersama dengan Rombongan 9 (baca buku Orang-Orang Biasa ya biar kalian bisa tau siapa Rombongan 9 itu) dan akhirnya DO dari sekolah. Makin pudarlah harapan Guru Desi untuk menemukan jenius matematika di desa itu. Sampai akhirnya muncullah Aini, murid yang ndablegnya minta ampun yang selalu mengalami gejala sakit perut setiap kali bertemu dengan matematika, sama seperti ibunya. Tapi suatu ketika, Aini tau-tau menghadap Guru Desi dan memohon agar Guru Desi menerimanya sebagai murid? Loh kok bisa Aini secara sukarela masuk ke kandang macan? Kalian baca sendiri, ya..

Di awal buku, buku ini sukses membuatku ngakak gak berhenti-berhenti karena humornya Andrea Hirata bertebaran di mana-mana 🤣🤣 Tapi begitu memasuki pertengahan buku, aku merasa ceritanya mulai hambar. Belum lagi ada beberapa bagian yang terasa repetitif. Tapi meski begitu, buku ini tetap kurekomendasikan. Karena di buku ini, Andrea Hirata kembali menunjukkan pentingnya pendidikan itu sekaligus ironi yang terjadi dalam dunia pendidikan, di mana ada fakultas-fakultas yang terasa prestigius sehingga hanya bisa dimasuki oleh anak-anak dari kaum borjuis bukan anak tukang mainan seperti Aini. Dan kurasa kalian bisa bebas mau membaca Orang-Orang Biasa dulu atau buku ini dulu, karena meskipun didapuk sebagai prekuel, cerita dari dua buku itu saling terkait tapi gak bersambung jadi kalian gak akan bingung meski bacanya gak sesuai dengan tahun terbitnya.
Profile Image for Munirah Baharin.
8 reviews7 followers
November 7, 2022
"Dunia digerakkan oleh ilmu-ilmu sosial, diperbaiki oleh ilmu-ilmu pasti (matematik)".

"Matematik ialah tiket jalan satu hala. Matematik tak mengenal drama dan tak menyediakan banyak pilihan selain kecerdasan dan kerja keras".

"Kemiskinan dan kepercayaan diri yang rendah membuat mereka selalu berasakan hal-hal akademik yang hebat akan hanya menjadi milik orang lain, milik orang kota, milik anak-anak kaya di sekolah-sekolah hebat".

Bagi Aini, untuk mengusai Matematik merupakan satu perkara yang sangat mustahil dan berat, sekalipun yang mengajarnya seorang guru yang bengis, sabar, junior dan senior. Hubungan Aini dengan Matematik dianggap gelap dan tak ubah seperti musuh walaupun dirinya tak pernah memusuhi Matematik.

Namun segalanya berubah, Aini yang dulunya bebal, sering dimarah, dimaki, diperli dan mendapat keputusan yang paling tercorot kini menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam daerah semenjak bertemu seorang guru luar biasa bernama Desi. Semuanya disebabkan ingin menjadi seorang doktor perubatan untuk membantu menyembuhkan penyakit ayahnya yang misteri.

⭐⭐⭐⭐⭐
Jejak Tarbiah.
Profile Image for Shanifiction.
221 reviews71 followers
December 16, 2022
Kagum banget sama perjuangan Aini!
Review lengkapnya menyusul kalau gak males dan lupa. hehe
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
August 19, 2025
Desi seorang murid pintar yang sangat ingin menjadi guru Matematik. Cita-citanya tercapai apabila dia ditugaskan di sebuah kampung yang jauh nun di pendalaman. Kesukaran perjalanan tidak langsung melunturkan semangatnya. Namun seiring perjalanan waktu dia masih belum menjumpai genius Matematik seperti yang diharapkannya.

SH rasa kalau SH berada di tempat Desi, mendapat seorang murid seperti Debut pasti SH akan berasa hampa. Baru rasa seronok mendapat seorang murid yang ditunggu-tunggu, namun rupanya murid tersebut langsung tidak berminat untuk memenuhi hasrat hati Desi.

Matematik, sebuah subjek yang SH rasa seolah-olah satu sumpahan. Ramai juga yang SH kenal tak sukakan subjek ini. Seperti mana Dinah dan Aini, ada sahaja murid yang tiba-tiba berpenyakit apabila tibanya waktu pelajaran Matematik. Dan semua rasa sakit itu akan sembuh secara semula jadi sebaik sahaja tamat sesi pengajaran. SH ingatkan ini sebuah cerita yang direka-reka oleh kawan-kawan SH, tetapi rupanya memang benar ada golongan yang sebegini.

Semangat dan perasaan tidak putus asa pada diri Aini ni sememangnya patut dipuji. Walaupun kecut perut mendengar suara halilintar sang guru, walaupun hati pedih dek kerana makian, walaupun penat kaki berkayuh namun dia tetap tidak putus asa. Dan itulah yang bakal menjadi sumber kejayaannya di masa hadapan.

Begitu juga dengan semangat Desi yang luar biasa untuk mendidik anak bangsa. Walhal dengan kemampuannya, dia mempunyai banyak pilihan untuk menceburi bidang lain namun dia tetap memilih untuk menjadi seorang pendidik. Walaupun ada masanya semangat itu seolah ingin padam kobarannya, namun itulah manusia. Hati dan perasaan kita sering bergolak diuji ombak kehidupan.

Naskah ini SH tutup dengan penuh kepuasan. Kepuasan dalam belajar tentang semangat seorang guru, ketekadan seorang murid, kasih sayang seorang anak dan pelbagai lagi perkara yang boleh diambil daripada isi buku ini.

Seperti mana naskah Orang-Orang Biasa, naskah ini juga SH baca versi Bahasa Melayu dan sekali lagi berjaya membuatkan SH teringin membaca naskah asalnya.
Profile Image for Auliatriutamiiii.
17 reviews
March 2, 2024
5/5 🌟

Pendidikan menjadi tema utama dalam novel ini. Selama baca ini, aku jadi teringat buku Totto-chan: _The Little Girl in the Window_ Bagaimana tokoh utama sangat semangat dalam belajar dengan cara mereka sendiri. Seperti halnya bu Guru Desi dan Kepala Sekolah nya yang memahami bahwa setiap murid punya cara dan gaya belajar tersendiri yang membuat mereka unik. Oiya di buku ini penulis mengangkat tentang permasalah-permasalah pendidikan di Indonesia. Misalnya seperti keterbatasan ekonomi yang mematahkan mimpi seseorang dalam melanjutkan pendidikan. Guru honorer yang kesejahteraannya masih belum terjamin. Murid-murid yang kesulitan dan kehilangan motivasi dalam belajar. Ternyata ini buku prekuel dari "Orang-orang Biasa".
8 reviews11 followers
June 3, 2021
GURU AINI -KEMBARA ALAM MATEMATIK NAN AJAIB

Karya Andrea Hirata memang punyai GAM dan CANDU. Atur bahasa dan lenggok ceritanya mampu mengunci tangan, mata dan minda kita pada setiap baris ayat yang dilakarnya. Terbaru saya membaca Novel Sambungan – “Orang-Orang Biasa” bertajuk “GURU AINI” yang ajaib.

Selama dua hari saya tak mampu lepaskan tangan daripada Novel berjumlah 292 muka surat ini. Saya bukan dari bidang Matematik, namun saya teruja mahu kenali ilmu Matematik secara lebih lanjut setelah khatam novel ini.

Guru Aini mengisahkan kegigihan seorang guru matematik, Desi Istiqamah mencari murid genius di kawasan pedalaman. Kisahnya bermula dengan pilihannya secara sukarela sanggup dihantar ke Ketumbi, Kawasan Pedalaman Sumatera bagi menabur bakti kepada NEGARA INDONESIA dengan mengajar Matematik. Setelah bertahun mengajar di Ketumbi, beliau bertemu murid genius matematik pertama bernama Debut Awaludddin. Bagi yang membaca Novel “Orang-orang Biasa”, watak Debut pasti diingati sebagai perancang utama merompak kedai batu permata di tempatnya yang menjadi lubuk penggubalan wang haram dari Jakarta.

Kegembiraan Guru Desi tak lama kerana Debut Awaluddin akhirnya mengecewakan Guru Desi setelah berhenti sekolah awal. Berikutan itu harapannya mencari genius matematik berkubur. Setelah lama mati dalam angan-angannya mencari genius matematik, Cikgu Desi bertemu dengan Aini. Menariknya Aini tak pernah lulus subjek matematik sejak darjah 5 sehingga ke tingkatan 4. Aini bahkan terpaksa mengulang tingkatan 4 kerana “math anxiety-nya” yang sangat parah. Aini terpaksa memupuk minat dengan Matematik setelah ayahnya jatuh sakit misteri. Para doctor di Kawasan pedalaman tempat tinggalnya berkata penyakit itu hanya dapat diubati doctor pakar dan kosnya sangat tinggi. Demi merawat ayahnya, Aini menanam azam baru mahu menjadi doctor pakar.

Pun begitu, cita-cita itu memerlukannya untuk pandai dan pintar Matematik kerana menurut Guru Desi, Matematik adalah IBU SEGALA ILMU. Dalam keperitan itulah kisah Aini dan gurunya Desi bermula penuh onak, duri, marah, herdik, maki dan tangis sedih serta gembira.

Penulis Novel ini bukan sekadar membawa cerita Aini dan gurunya Desi dengan tragik, tetapi turut menyindir pemerintah Indonesia yang berat sebelah. Bakat pintar luar biasa seperti Debut Awaluddin dan Aini terpaksa berhenti sekolah dan Universiti kerana kekangan kemiskinan.

Antara babak paling saya suka dalam novel ini adalah pertandingan tak rasmi antara 3 jaguh matematik kelas Guru Desi iaitu Jaafar, Nadirah dan watak baru iaitu Aini sendiri. Riuh kelas melaungkan kata semangat kepada 3 jaguh ini seperti sebuah perlawanan bola sepak. Saya sangat terhibur dengan babak ini kerana ia menunjukkan ghairah luar biasa mereka dengan Matematik.

Lebih-lebih lagi, ia mengingatkan saya peristiwa kami dalam kelas Tingkatan 3 B dahuu di Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kelantan (tahun 1990) ketika kami satu kelas bergaduh tentang teori “Tangan Kiri Fleming.” Kena pula, Guru Matematik kami Al-Marhum Cikgu Ridhwan adalah lulusan dari Indonesia. Setelah melihat kami bergaduh tentang teori itu, Cikgu Ridhwan menangis bangga kerana itu pengalaman pertamanya sepanjang mengajar, melihat para pelajar bergaduh hangat kerana teori ilmu.

Aduhai! Banyak lagi yang mahu saya kongsi tentang novel ini. Saya tak mahu rosakkan mood anda dengan ulasan saya. Bacalah Novel ini! Anda pasti terinspirasi!

Abdullah Bukhari

3 JUN 2021.
Profile Image for Uppalight Yagami.
44 reviews2 followers
February 15, 2020
Buku ini dibuka dengan keteguhan pendirian seorang anak gadis cerdas yang bercita-cita menjadi guru matematika seperti guru matematika idolanya disaat semua orang disekitarnya menganggap cita-cita tersebut justru menyia-nyiakan kecerdasan luar biasa yang dimilikinya. Sebuah gambaran nyata tentang bagaimana profesi "Guru" masih kalah pamor dibanding profesi dokter pun insinyur. Padahal seperti layaknya matematika yang bisa mengembangkan kemampuan dicabang pengetahuan lainnya, guru pun memiliki peran menjadikan individu pada berbagai profesi.

Buku ini membuka ingatan lama saya tentang masa-masa sekolah dasar dan bahkan sampai kejadian tiga bulan lalu dimana Matematika dari dulu sampai sekarang memang tidak berubah, tetap menjadi momok yang membuat saya punya keyakinan "tidak berbakat di matematika" bagaimanapun saya berusaha. Tapi justru menurut seorang guru matematika berbakat nan idealis yang bercita-cita mengajar ke pelosok, Ibu Desi(mal),"kemampuan matematika itu tidak dilahirkan, tapi dibentuk".

"Matematika adalah tiket sekali jalan. Matematika tidak mengenal drama dan tak menyediakan banyak pilihan selain kecerdasan dan kerja keras. Kata Matematika,"waktu telah berusia 40 miliar tahun. Selama itulah waktu tangguh berkelana di jagat raya, membuka ruang bagi setiap gerakan, memberi kesempatan bagi setiap harapan, menarik batas bagi setiap kehidupan. Waktu memberi pemahaman, kebingungan, kegembiraan, dan penyesalan. Waktu membangun, menumbuhkan, membinasakan, meninggalkan jejak pada setiap sendi kemanusiaan dan kebudayaan. Waktu menantang pertempuran yang takkan pernah kita menangkan karena waktu adalah hukum pertama kehidupan. Waktu menyelinapkan diri pada noktah 't' kecil dalam matematika dan fisika. Dan 't' kecil itu bisa mengubah peradaban".

"Mereka yang tak dapat merasakan waktu, takkan dapat belajar matematika, karena waktu memberi nasihat terbaik dalam belajar matematika, yakni kesabaran untuk memahami sesuatu, ketangguhan dalam menghadapi kesulitan apapun dan obsesi pada presisi, pada presisi tertinggi."

Ibu Desi Istiqomah, guru idealis dan kharismatik itu juga mengingatkan saya dengan guru-guru yang telah mengabdikan diri mereka atas nama pendidikan dibidang ilmu mereka masing-masing dan saya setuju dengan beliau bahwa "Guru yang baik adalah guru yang dapat memacu kecerdasan muridnya. Guru yang lebih baik adalah guru yang dapat menemukan kecerdasan muridnya. Guru terbaik adalah guru yang tak kenal lelah mencari cara agar muridnya mengerti."

Bacaan wajib tidak hanya untuk guru pun calon guru atau murid pencinta pun pembenci matematika, tapi untuk semua kalangan :)
Displaying 1 - 30 of 423 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.