Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aqidah Ahli Sunnah Di Sisi Al-Imam Al-Nawawi

Rate this book
Kitab ini merupakan syarah kepada kitab karya Imam Nawawi iaitu al-Maqāşid al-Nawawiyyah yang terhimpun daripada tujuh al-maqasid (tuntutan). Ustaz
Mohd Saiful Aqil memilih karya beliau yang berjudul al-Maqāşid al-Nawawiyyah
yang terhimpun daripada tujuh bab utama. Imam al-Nawawi menamakan setiap bab
sebagai tuntutan. Justeru, Ustaz Mohd Saiful Aqil memilih untuk menterjemahkan
tuntutan yang pertama berkenaan 'aqidah yang sahih.

Istimewanya buku ini kerana Ustaz Mohd Saiful Aqil juga berusaha mengumpul sebahagian pandangan 'aqidah Imam al-Nawawi dalam mahakarya beliau iaitu Sharh
Şahih Muslim dan kemudian menyusunnya dalam beberapa bab khusus. Ini bagi menjelaskan bagaimana Imam al-Nawawi menyampaikan ilmu 'aqidah bersandarkan sumber utama umat Islam iaitu hadith Baginda sendiri.

Selain itu, keistimewaan buku ini adalah kerana ia merupakan karya pertama dalam bahasa Melayu yang menjelaskan mengenai rangka umum 'aqidah ahli sunnah menurut Imam al-Nawawi dalam syarahan beliau terhadap Şahih Muslim serta dimuatkan terjemahan tuntutan 'aqidah daripada matan al-Maqāşid yang mana berdasarkan pengetahuan kami, ia belum lagi diterjemahkan oleh mana-mana ilmuwan tempatan.

66 pages, Hardcover

Published January 1, 2021

6 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (62%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Khairul Ikhwan.
38 reviews8 followers
Read
July 31, 2021
Buku ini mempunyai dua fokus: 1) bahagian akidah matan Maqasid al-Nawawiyyah sebagai karya akidah Imam al-Nawawi, 2) pemikiran akidah Imam al-Nawawi.

Pada fokus pertama, biasanya kita mengenali Imam al-Nawawi dengan al-Majmu', Minhaj dan Syarah Sahih Muslim. Tetapi, menerusi ini, kita dapat mengetahui beliau juga ada mengarang karya akidah secara khusus.

Pada fokus kedua, biasanya kita mengenali Imam al-Nawawi dalam bidang hadis dan fiqh. Namun, melalui ini, kita dapat mengetahui pula pandangannya dalam bidang akidah. Secara umumnya ia selari dengan pemikiran al-Asha'irah.

Menarik apabila melihat terdapat keselarian antara kaedah pembentangan sifat Allah antara Imam al-Nawawi dan Imam al-Sanusi. Ia menunjukkan bahawa kaedah sifat 20 sudah diperkenalkan lebih awal lagi iaitu pada kurun ke-7 Hijrah.

Dan tak lupa juga saya mengucapkan 'terima yang penuh kasih' kepada insan yang menghadiahkan buku ini.
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
June 15, 2025
Hujah Ilmu Kalam dalam al-Quran

This book offers an accessible introduction to the corpus of one of the greatest theologian of Islam: al-Razi. It also provides a selection from al-Razi’s works that field a robust defence of ilm-kalam, or theology- especially against the sophists and sceptics who believed none of our intellections would ever arrive to a level of veracity (yaqin).

Of course, for a commoner person like myself, I have limited knowledge on the entire breadth of the theology in Islam, except the very basic I was thought during my brief sojourn to Pasir Tumboh.

But, I do appreciate that theology and metaphysics are the two quintessential aspects in not just understanding, but also experiencing Islam.

Theology is proscriptive, while metaphysics is prescriptive in nature. Theology elucidates the boundary between right and wrong, and metaphysics provides the form of experiential knowledge we can intuit within the boundary of right.

Metaphysics without theology would results into blindness, while theology without metaphysics would results into emptiness. It is of no coincidence that great figures of Islam such as Imam al-Ghazali and Imam al-Sanusi and many more were masters of the two fields.

I have followed the author’s institution Rawdah al-Hikmah for a while now, but had not get the chance to join their activities. After visiting the page, I adored the institution’s effort to make theology available to everyone, even through online courses, which I believe highly relevant to today’s circumstances.
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
October 29, 2025
Buku percuma sempena Inisiatif Belanjawan, ambil kat Pelita Dhihin PJ dua tahun lepas. Done sambil jaga exam ✅ Buku ni tunjuk betapa hebatnya Imam al-Nawawi; the polymath. Banyak juga hurai tentang sifat 20 hehe best je baca walaupun banyak teks arab. Terlalu banyak subtopik tentang akidah yang brief tapi cukup. 4/5 ⭐️
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.