Maksud namanya, noble. Cantik. Tapi kenapa dia rasa kehidupannya tak secantik mana? Hidupnya kabur-kabur sebab dia tak ingat apa-apa langsung! Namun dengan kehadiran Ayaaz, hati dijentik satu rasa.
“Tolong percayakan saya.”
Kala satu demi satu penipuan tersingkap, Adeline nekad. Akan dia buka kotak Pandora itu dan bongkarkan segalanya.
“Pandora box is a source of great, unforeseen troubles. Think you can handle the consequences?” “Try me.”
Namun setelah kotak Pandora terbuka, dia terngadah. Kerana hakikatnya... Hidupnya tak seindah nama yang dimiliki.
AYAAZ.
Menjadi pengawal peribadi Adeline Jameela, tak mudah. Menguji mental dan fizikal. Menguji perasaannya. Dia yang berjanji untuk sentiasa ada buat wanita itu, akhirnya dia sendiri yang kata...
“Saya tak pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela. Sampai bila-bila.”
Satu garisan jelas dicipta Ayaaz. Meski dia tahu ada hati yang berantakan, Ayaaz terpaksa. Kerana hakikatnya... Dia yang membawa kelam ke dalam dunia wanita itu.
“Awak tahu tak, Beauty and the Beast ada twisted version?” “Twisted version?” “Haah. Dalam twisted version, sebenarnya...”
Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia bersama Beast mengharungi segala dugaan. Bagaimana dengan mereka? Apa kesudahan kisah mereka?
1. Banyak yg aku suka pasal novel ni. Jalan ceritanya, susunan plot, setiap babak aksi, karakter watak-wataknya dan chemistery antara hero heroin.
2. Kita boleh relate novel ni dengan kisah dongeng Beauty and the beast tapi penulis buat sisi lain, yang mana aku suka dengan sisi berbeza ini. Love it!!!!
3. Maigoddddd, watak Ayaaz bikin jatuh cinta berkali-kali! Antara Cinderella dengan Belle, aku lagi suka Belle. Sorry, Dean. Aura awak tak boleh lawan Ayaaz😛
But, kenapa kurang setengah bintang?
4. Permulaan cerita agak slow. Percaya tak, mula-mula baca aku dah letak tepi sebab tak dapat hook. Kali kedua, pun aku letak tepi. Kali ketiga, tarik nafas dalam-dalam dan start baca (sebab tengah demam dan bosan lepak atas katil)
Mungkin agak meleret, atau mungkin juga kurang menyengat. Tapi bila masuk pertengahan, pace cerita jadi laju. Situasi sama masa aku baca novel JAGAKAN AKU. Permulaan CINDERELLA much better.
5. Aku agak terganggu dengan dialog yang AGAK kurang matang.
6. Naratif meleret. Aku faham penulis nak jelaskan situasi babak lebih terperinci tapi sebenarnya ayat naratif boleh dipendekkan lagi. Yg penting ringkas tapi padat.
Konklusinya, novel ni berbaloi dimiliki. Sangat puas hati baca. Good job cik writter. Tak sabar nak menelaah queen series pula. Chow!
The most awaited novel. Princess series from favourite writer .
Belle merupakan novel ke 3 daripada princess series. Kisah dongeng Beauty and The Beast. Dimana Belle dikehendaki untuk tinggal bersama Beast yang telah disumpah. Tapi, apa kaitan dongeng tersebut dalam novel ni? .
Adeline Jameela. Satu nama yang cukup indah. Tapi apa yg pernah berlaku pd hidupnya tidak seindah nama. Sedar dari koma, dia hilang ingatan. Siapa dirinya. Apa yang berlaku padanya. Siapa keluarganya. Semuanya dia tidak ingat. Namun mamanya, Dato Sri Akma sering memberi bantuan kpdnya utk mengingati siapa dirinya .
Adel, dia perlukan bodyguard untuk melindungi dirinya. Tapi kenapa? Airis ditugaskan utk menjaga Adel dr sebarang ancaman. Di saat Adel nyaris diculik, muncul Ayaaz menyelamatkan dia. Siapa Ayaaz? Dato Sri Akma melantik Ayaaz untuk menjadi bodyguard Adel bersama2 Airis. Namun setelah kemunculan Ayaaz, Adel bagai terlihat deja vu. Banyak moment2 yg muncul dalam mindanya .
Ada yang dirahsiakan Dato Sri Akma. Adel keliru. Siapa Ayaaz? Kenapa dia rasakan Ayaaz begitu dekat dengan dirinya? Dia seakan dapat melihat Ayaaz dalam memorinya. Siapa watak Belle yg sebenarnya?
" Saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Adeline Jameela". - Ayaaz .
Apa yang dimaksudkan oleh Ayaaz? Tapi kenapa Adel terasa begitu dekat dgn Ayaaz? Kenapa Ayaaz digelar Beast?
Kesan parut pada bahu Ayaaz serta Adel membuktikan satu peristiwa pernah berlaku kepada mereka .
Aku tak mampu nak ceritakan lebih. Sebab takut terbagi spoiler. Ape pon korang patut membaca Belle. Selepas Anastasia, Ursula, Bella adalah novel yang korang patut baca utk lengkapkan the princess series. Next tunggu kehadiran C pulak .
Tau cerita Beauty and The Beast? Dalam tu Belle kena stay dengan Beast yg telah disumpah. Tapi ada kaitan ke dengan buku ni? apa yg korang fikir?🤔
Adelien Jameela, cantik namanya. Tapi hidup dia tak secantik nama dia sebab dia hilang ingatan. Munculnya, Ayaaz menimbulkan satu rasa dekat Adeline. Orang lain dia tak rasa pon 'macam tu?' Apa perasaan tu?🫢
Ayaaz, menjadi bodyguard Adeline tak semudah yg disangka. Memang test mental, fizikal, & feelings? Ayaaz yg beri janji indah tu tapi dia juga yg cipta border untuk jauh dengan Adeline😫
Apa jadi? Apa yg Adeline rasa? Apa yg Ayaaz buat? Siapa Belle? Siapa Beast?🫣 ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Knock,knock! siapa yg tak perasan dia dh habis baca? saya lah tu✋🏻 tau-tau je jumpa words 'Tamat'. Storyline? sangat unpredictable😶detail semua senang faham. Plot twist? ni kak Syu kot ingat biasa-biasa ke plot dia? ofc lah tak! Nak tau reaction Ad? 😵 👈🏻 tu reaction Ad. Ad kalau bab meneka memang love tapi ni memang tak tepat langsung eh tekaan tu😳
Hadi? who dat? Hi Ayaaz🤭 ehh habis madu, Hadi dibuang pula sorry guys. Tapi sorry Hadi saya pilih Ayaaz sebab dia punya sweet very minimal tapi kesan yg sangat besar (kat saya😉) Nak romance?✔️nak action?✔️nak mindblowing?✔️you guys really shoud read this book! semua tersangat puas tau!😩 but our badass couple Hadi Asyfa hot sangat geram aque😉Last words Ad nak letak..
Ad memang risau betul terspoil the story or any point penting. Memang sehabis baik control the ayat cukuplah korang tau Ad bagi spoiler yg Ad simp kat Ayaaz🙈 eh
‘Mulai sekarang, kau perempuan aku. Kau milik Beast.’
‘Aku Belle, kerana dia Beast milik aku.’
‘He fell into despair and lost all hope. For who could ever learn to love a beast?’.
How to behave myself not to simp over Ayaaz? Ayaaz one hundred percent is a man of action, protective, mstery. Hehehe 😙
Plot twist? Fuhhh. Storyline? Double woww even ada yang aku dah boleh agak sebab emm takkan lah takkan, if you read you knowlah 😜. Action dengan romance bagi aku seimbang tak lebih tak kurang. Recommend? Yesssss worth every pennies okies.
Belle. Kisah yg agak berat tetapi kerana sikap teruja yg mahu tahu siapa sebenarnya Adeline Jameela membuatkan saya terpaku dan ralit hingga ke nokhtah terakhir. Kisah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah selepas kemalangan. Bahagian kedua adalah permulaan cerita dan bahagian ketiga adalah penutup segala kisah.
Adeline yg hilang ingatan selepas kemalangan mula mencari siapa dirinya yg sebenar. Kerana hampir di setiap tempat yg dilewatinya, dia gagal untuk merasai memori yg ada.
Kewujudan Ayaaz yg agak misteri yg secara tiba2 menyelamatkan Adeline semasa dirinya hampir diculik. Rentetan dari peristiwa itu, Ayaaz diterima menjadi pengawal peribadi Adeline. Banyak perlakuan Ayaaz terhadap Adeline yg menjadi tanda tanya ttg siapa sebenarnya Ayaaz. Sehinggalah terbongkarnya rahsia siapa Ayaaz dalam hidup anak Dato Akma.
Yang menjadi titik persoalan, kenapa Dato Akma cuba selindungkan kebenaran? Kenapa Ayaaz berahsia? Siapa Adeline Jameela? Kenapa tiba2 wujudnya nama Bella? Semuanya persoalan itu terjawab di bahagian kedua cerita.
Dan pengakhirannya walau ada manisnya, tetapi tetap juga ada pengajaran yg terselit. Kasih ibu! Walau mcm mana pon buruk yg kita lihat, tetapi sebenarnya ada sebab kenapa seorang ibu bertindak seolah2 seorang yg kejam. Ya kejam seorang ibu hanya utk melindungi anak2 dari tersakiti!
Tahniah Syu Ariani. Tak sabar utk membaca princess series#4
Setelah lama tidak sentuh buku aksi, saya ingin mengumumkan bahawa saya membuat keputusan yang tepat membuka Belle 🥹 faham tak, bilamana dah lama tak rasa that 'thrill', that 'excitement'. ugh! 💛
Belle mengisahkan tentang Adeline Jameela yang lupa ingatannya selepas berlaku kemalangan, Mama nya sendiri pun dia tidak ingat. disebabkan itu, Dato' Sri Akma mengupah pegawai peribadi untuknya. Adel ni pula, sejenis tak reti duduk rumah. merayaplah dia bersama Airis, pegawai peribadinya. entah dari mana, dia diserang. nasib baiklah penyelamatnya datang, Ayaaz.
Adeline Jameela. saya suka sangat usaha Adel dalam mencari balik dirinya, tak pernah putus asa. walaupun dah kena banyak kali, dia tetap kuat mencari kebenaran. saya sangat admire kekuatan dia selepas dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku. latar belakang dia sangat sedih ya 🥹 saya rasa tak ada manusia sepatutnya lalui semua itu. She deserves all good things in life 💛 bila dia dah jatuh suka dengan Ayaaz, tiba tiba
"Saya dah berkahwin. Saya dah ada isteri" eh??? saya pun hampir nak hempuk si Ayaaz sebab cara layanan dia misleading 😵💫
Ayaaz. Penyelamat yang tiba tiba muncul. brooo, suka gila part dia berlawan sebab hello? hot gilos! 🫶🏼 saya adore dia dengan Belle sebab nampak dia nak pertahankan Belle dengan nyawanya. tak kisahlah, hilang atau tidak. Belle perlu dijaga. ko faham takkk! Dia ni bukan Beast, tapi Prince Charming 😭 Aura seorang Ayaaz ni lain macam tau. saya ni memang mudah jatuh cinta dengan lelaki beku. bayangkan dia keluar dari pool, tak berbaju, DI RUMAH ADEL?!! tak ke terkedu member tu 😭 (same, Adel, same) muka selamba je 🤣
"Pandora box is a source of great, unforeseen troubles Think you can handle the consequences?" Apa yang ada dalam kotak Pandora tersebut?? ha, apa lagi. nak tahu, pi serbu Syu Ariani! tanya Belle ada stok lagi ke tak 🤣 tapi sebagai overthinkers berjaya, saya dapat teka plot twist pertama (sebab ada hint 😵💫) tapi yang tak sangkanya yang diusuli selepas itu! auto 🤯 btw, saya tak bias ya bagi reviu ni sebab awalnya selepas baca Ursula (buku ke-2 dalam siri ini) saya rasa nak drop je tapi sangat tergugat dengan Belle & Cinderella jadi saya beli tanpa expectation.
dengan ini, saya tamatkan coretan saya dengan
PERGILAH BELI SEKARANG, TUNGGU APA LAGI! DAH ADA? BACALAH, NAK TUNGGU KAK SYU BERANAK YANG KE 100 KE BARU BACA! (tak marah, lupa tutup capslock)
Apa rahsia yang disembunyikan oleh mereka? Disaat hatinya mula suka pada lelaki itu, jawapan yang diterima oleh Ayaaz buatkan Adel kecewa. Oleh sebab itulah, Adel...
Ni nak bebel kejap ✋🏻 bila zu fikirkan balik jalan cerita Belle ni, zu rasa macam jadi detective tau sepanjang zu baca. Dari satu point lompat ke satu point tapi semuanya still kabur, hint yang zu dapat pun sikit sikit je. So tak boleh agak apa yang jadi.
Tapi kan! Best sangat bila baca. Tak bosan tau sebab rasa curious dari satu chapter ke next chapter tu makin tinggi. Sampailah bila semua part dah ada jawapannya, memang! 🌪️☄️💥🤯😨 tak sangka itu rupanya punca segala huru hara yang terjadi dalam novel ni.
“eh jangan kata dia…?” itulah ayat yang zu selalu ulang bila baca buku ni 🤣
Sangat recommend this book! Also, romance antara Beast & Belle sangatlah comel 🥺 nampak yang Beast tu ganas diluar tapi bila ada dengan Belle, manjanya tu ish! 🥹 And semestinya bila ada part Asyfa dengan Hadi, sexy betul dah tu 🥵 badass couple gitu 😌 my fav! 💜
Tak nak review lebih lebih sebab… macam mana eh, untuk Belle ni you guys kena baca dulu baru faham kenapa zu tak nak explain more details HAHAHHA serious ni 😩
"Pandora box is a source of great, unforeseen troubles. Think you can handle the consequences?"
Setiap dari yang hidup, mungkin ada saat kita tersasar dan tersesat. Dan ada saat, entah siapa, entah apa, yang mempengaruhi kita untuk bermula semula dan menoktahkan, kesesatan bukan untuk selamanya.
Secara peribadi, pengalaman dan perasaan aku ketika membaca Belle dari Twisted Tales: Princess Series dari Syu Ariani kali ni sedikit berbeza jika nak dibandingkan dengan pengalaman aku sewaktu membaca Anastasia dan Ursula. Ternyata penulis mengetengahkan plot yang lebih kompleks, menggarap cerita dengan penuh tersusun, lebih menarik perhatian dan dilengkapi dengan selitan emosi yang sangat berat, tetapi sempurna.
Ayazz dan Belle, dua jiwa yang ketandusan kasih sayang keluarga dan upbiringing mereka membawa ke kehidupan yang dianggap kotor dan jelik. Kehidupan mereka yang rancak dengan pelbagai peristiwa tu yang membuatkan aku lagi jatuh cinta dengan karakter mereka berdua. Strong and bold, sesuai ditempatnya!
Apa yang berlaku kepada Adeline Jameela juga, langsung tak terjangkau dek fikiran ya. Seorang pemuda terpaksa menahan rasa cinta, belas, empati apabila melihat ketidakwarasan seorang wanita yang disayangi diuji fizikal, mental dan emosi, atas tuntutan dan misi. Dua bab yang mempengaruhi emosi ku ialah bab 36 dan 37. Aku rasa sesiapa saja yang membaca bab ini akan bersetuju dengan aku.
Sebenarnya, aku tak menjangkakan yang aku akan suka gila dengan Belle tetapi Belle ini antara yang terbaik dari Anastasia dan Ursula. Kisah yang padat dengan mesej tersirat. Scene-scene yang melibatkan aksi dan kejutan, elemen flashback juga diselit dengan baik dan kemas sehinggakan apa yang aku rasa aku dapat agak, kerana sejujurnya, ada part-part yang aku membaca secara tebuk-tebuk, Tapi still aku tak boleh agak apa yang akan jadi next. Brilliant & Highly Recommended!
Tahniah Syu Ariani! Teruskan berkarya dengan lebih warna okay? All the best untuk next novel.
As usual twisted tales from syu ariani 👏🏻 sejak baca anastasia, pricess series yg lain ni dah boleh jangka/baca hint dia + plot twist dia mcm mana hehe so saya berterima kasih kepada buku anastasia sbb mengajar saya utk suspicious with every little hint ngehee >< lagipon Belle ni plot twist dia x twist sangat but still goodddddd. Mula² rasa mcm nyampah dengan adel ni sbb dah terbiasa heroin kak syu yg kuat² kan, tapi the character development 🤌🏻 maaf ayaaz setakat ni hadi masih bertakhta di hati saya hehe ada lah tergugat sikit tapi masih bertahan... btw utk siapa yg x nak plot twist pecah kepala sngt buku ni sesuai utk anda!
1. Completely new male and female characters. Ada disebut hujung2 dalam buku Ursula. Buku ke-3 ni banyak elemen misteri betul. Aku baca sampai half pun masih belum terjawab persoalan. Stress 😂
2. The main characters:
Bella - first time dapat heroin tak reti fight dalam siri ni. Asyik nak kena diselamatkan je. Turn off sikit lah 😆
Ayaaz - ah long yang dah bertaubat lepas kahwin dengan Bella. Tak reti nak sweet sawit, jenis action speaks louder than words.
3. Aku suka storyline buku ni. Half buku tu bila kau baca memang otak kau penuh persoalan la. Lepas tu half lagi semua persoalan tu akan terjawab. Dia akan flashback balik apa yang terjadi before. Lepas tu kau pun Oooo 😂
4. Tbh, aku lagi suka couple Ursula. Aku tak berapa berkenan Bella dan Ayaaz, I don't know whyy. Maaf I'm not easy to please 😂 Don't get me wrong, cerita dia memang best, jalan cerita best, plot twist menarik, cerita tak meleret, overall semua best.
Okay, setelah beberapa minggu yg sibuk, tamat bacaannya. Kena ada mood nak membaca tu bru rasa puas kot. Jalan cerita tu nice taw, sya mcm eh? okayyy!? yg bestnya, cerita Syu Ariani ni mesti akan kaitkan dgn watak dalam siri sebelumnya jadi kita mcm lah dia ni?! It was an okay read for me 🙂👍🏻 reread? maybe no maybe yes.
Adeline Jameela aka Adel. Sedar daripada sebulan koma, ingatannya hilang. Dato Sri Akma memperkenalkan diri sebagai mama kepada Adel. Tapi, dia sedikitpun tak ingat apa-apa memori yang berkaitan dengan mama, banglo itu, atau sesiapa. Namun, sejak kemunculan Ayaaz yang menyelamatkannya daripada diculik, dan seterusnya diambil sebagai bodyguard, Adel dapat rasakan memorinya kembali. Tapi... betulkah itu memorinya atau sekadar ilusi?
Ayaaz. Layanannya pada Adel lebih daripada seorang bodyguard. Setiap tingkah lakunya seolah berkata yang dia juga punya perasaan kepada Adel. Tapi, dia juga yang kata yang dia takkan pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela. Ayaaz... Dia seorang yang misteri.
Belle... Dan Beast. Apa perkaitan dua watak ni dengan watak utama? Aku cuba juga skim through (saja nak bagi spoiler untuk diri sendiri) tapi sikit pun tak make sense. Mulanya, aku memang dapat agak siapa Belle. Cuma yang aku tak faham, how? Aku suka cara kaksyu tease pembaca. Sikit-sikit dia bagi hint.
Walaupun babak aksi agak limited berbanding dua novel sebelumnya, tapi tetap menyengat. Lagi-lagi dengan kemunculan Hadi-Asyfa, makin gamat aku rasakan. Kedua-duanya masih lagi tangkas mengalahkan musuh. Dan Beast... Janjinya untuk melindungi Belle dipegang teguh, tak sekali pun dia menyerah kalah walaupun cedera parah. Beast, memang buas apabila nyawa Belle menjadi ancaman tapi bila bersama Belle, comel sungguh!
Kalau Ursula aku katakan satu novel yang agak main emosi, Belle ni lebih lagi. Kisah kehidupan sebenar seorang Belle, sangat terseksa. Kisah kehidupan Adel yang penuh dengan pendustaan, pengorbanan Beast untuk melindungi Belle. Kebanyakan babak berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata.
Bagi aku, perjalanan cerita novel ni sangat menarik. Cukup rasa gula, garamnya. Disebalik rahsia yang tertutup, disetiap kebenaran yang tak terungkap, disetiap babak yang dinaratif, semuanya memuaskan hati aku. Satu pengorbanan menoktahkan kisah, memberi ruang kepada Beauty and the Beast meneruskan pengembaraan.
Twisted series yang ke 3. Tapi rasanya sis lagi suka Ursula 🤭. Apa pun, karya ni lebih best dari Anastasia. Tak boleh komen banyak sebab nanti terbagi spoiler plak. Penulis dah pesan kat akhir buku tu jangan bagi spoiler. 😅 tak sabar nak tunggu twisted series yang ke 4 pula.
✅Stranger to lovers trope ✅ Beauty n the beast vibe ✅ Bodyguard ✅ He fell first and harder ✅ memories
'Touch her n you die'. Kalau sesiapa suka trope ni dipersilakan baca Belle dan korang x akan pernah menyesal! Fuhh novel kali ini mampu buat Peony banyak tertanya dan cuba rungkaikan misteri. Peony ingat novel ni cumalah cerita tentang heroin fall in love dengan bodyguard dan bla bla bla.... 😓Tapi salah rupanya x sangka, cerita ini lebih dari itu.😍 Baca ni sambil dengar laju Dejavu dari dreamcatcher. Fuhh SUMPAH BOLEH RASA VIBE DIA ...🤏
Vibe action dia Wacha wachaaaaa! Romance and comedy dia lagiiiii. Huwarghhh rasa macam tengok MOVI. KITA BANGGA SIKIT SBB MMPU TEKA SIAPA SEBENARNYA ADELINE haha😂vibe novel ni ala beauty n beast tapi cerita dia X MCM FAIRYTALE PUN WEH. Banyak air mata ja bila baca novel ni hmmmm.😭
Kita suka dengan Ayaaz yg sangat SANGAT GREEN FLAG. Walaupun boleh dikatakan dia ni ada red flag dia tapi bila dia dengan heroin terus jadi kucing manja. 😹VIBE AYAAZ NI MCM ALA2 BAD BOY, jenis lepas laku. Tapi bila dgn org yg dia sayang terus jadi good boy gitu hahahah.🤌kita suka dengan character development Ayaaz ni. Boleh tengok dia cuba berubah demi 'beauty' dia. Malah dgn cara layanan dia yg 'Act of service' tu HISHH siapa ja x jatuh cinta dengan bad boy Ayaaz ni? Haih dekat manalah nk dapat Ayaaz. Sumpah I NEED AYAAZ sgt2 🧎
Relationship dan chemistry antara Ayaaz dan Adeline ni memang chefkiss. X adalah sweet sangat tapi KITA SUKA BILA DIORANG GADUH2 MANJA. COMEL JA DUA ORANG NI. STILL TERGELAK dgn cara Ayaaz handle Adeline bila ttiba kawan jadi TANTRUM.🤣SESEDAP RASA JA DIA nak ANGKAT. 🤣
Ada certain part yg Peony rsa nak menangis. Lebih2 lagi dengan ketabahan dua orang ni bila dah dapat anak. Backstory antara diorang ni buat Peony rasa nk hug Ayaaz ketat2. TENGOKLAH DIA SANGAT2 LOYAL DAN SABAR! 😭 Overall peony suka SANGAT2 novel ni. Kita suka dgn penulisan straightforward kak Syu. Dia straightforward tapi Penulisan dia still kemas dan tersusun. 🫶I LOVE IT 💞
Dejavu. Perasaan di mana ada daya tarikan magnet kepada sesuatu peristiwa yang mengingatkan pada satu peristiwa yang lain. Persamaan dan juga mendamaikan. Rasa yang begitu dekat dengan naluri hati. Nukilan yang bermula hanya kerana kejadian kemalangan yang menimpa telah mengubah segalanya.
Menggali rahsia demi rahsia untuk menuntut sebuah kebenaran. Merasakan dirinya aneh tatkala disahkan amnesia tetapi sejak bertemu sang jejaka merangkap pengawal peribadi ada rasa yang bermukim di jiwanya. Dejavu? Sesungguhnya, cebisan memori itu akan dia cari dan rungkaikan. Benarkah semuanya realiti atau fantasi yang sekadar dicipta? 𝐵𝑒𝑙𝑙𝑒
"𝑫𝒊𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑩𝒆𝒂𝒔𝒕."
Digelar Beast perkara biasa hanya kerana keganasan dan kelincahan dirinya. Terbiasa dalam kehidupan noda kongsi gelap hanya kerana kesalahan si bapa. Buas. Namun bertentang mata dengan wanita tersebut menjentik hati. Sanggup dia korbankan hatta nyawa menjadi galang ganti pun akan dilakukan demi wanita itu. 𝐵𝑒𝑎𝑠𝑡
"𝑲𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖. 𝑲𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆 𝒂𝒌𝒖."
Pernah engkau ketahui Beauty and the Beast ada twisted version? Hakikatnya kelam dan sekiranya diberi pilihan. Mana satu menjadi pujaan? Bolehkah dia bertahan dengan apabila rahsia mula tersingkap? Benarkah semuanya sukar untuk dihadapi ketika kotak pandora berjaya dibuka sepenuhnya?
"𝑳𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂 𝒂𝒌𝒖."
Pada aku, kisah yang begitu unexpected. Aku tidak dapat teka walakin sekali semuanya di luar jangkaan. Perasaan aku juga bercampur-baur namun jujur aku mengatakan dejavu turut terasa semasa membaca. Barangkali aku terlalu menghayati, terharu dan sebak sehingga menitiskan air mata. Cukuplah aku terpana dengan kisah kali ini. Cinta yang mendalam bagi pihak Belle dan Beast dapat aku rasakan.
BELLE from Third book from The Twisted Tales: Princess Series
🌹Awak tau tak, Beauty and the Beast ada twisted version? Dalam twisted version, sebenarnya hidup Belle tak seindah nama yang dimilikinya.
🌹Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia bersama Beast mengharungi segala dugaan? Bagaimana pula kisah antara Adeline Jameela dengan Ayaaz? _____________________________________________
THOUGHTS -First of all, I want to say that this is MY FAVORITE BOOK FROM THE SERIES! 😍💛💛
-Sorry Hadi, but I choose Ayaaz from you. 🤭🙈 He's totally my standards. He's strong, protective and caring even though he's not show it off to Adeline. 🤧🦋🦋
-Plot twist dalam buku ni yang paling gempak. Makin baca, makin nak tau apa nak jadi. And bila dah tau je, BOOM! Terkejut beruk gila! I didn't expect about it. 🤯🤯
-Next, I like this book because it has so many short chapter. Sometimes, ada satu chapter yang satu page je. That's what I like.🤭😆 💅
-About their relationship? The more you read this book, you'll know that they actually had to go through a rough relationship. They even sacrificed themselves for each other. True love does exist. 🥺🥺🥺
-When I read this book, I can feel their struggles and all the pain they had to go through. They're a few scene that makes me cry. 😭😭
-Totally my fav book from Syu Ariani. 🥺💛
🧜♀️It's very important to read Anastasia and Ursula before reading this book okay. (Sebab buku ni semua berkait)
“Aku Belle, kerana dia beast milik aku” .. ok taknak cerita pasal watak lelebih sebab takut terbagi spoiler so cuma nak bagitau this book is super insane! Pandai betul kak syu letak tanda soal dekat atas kepala kita ni 😭
ok sejujurnyaaa saya suka sangat dengan ml dan fl which is Ayaaz dan Belle! their chemistry tuuu saya jatuh cintaaa 💖💖 Walaupun Belle hilang ingatan tapi dia still rasa connection dengan Ayaaz huaaa 😭😭
Ayaaz pulakk too mystery tapiiii alaaa protectivenyaa! Serious ehh Ayaaz ni walaupun too dark background dia tapi still!! dark pun takpe la asalkan dia Ayaaz 🫵🏼🫠
Plot twist mind blown betul tau, macam tak sangka si dia tu adalah dia haaa siapa dah baca mesti tau kan hehe 😜 siapa yang tak faham tu maksudnya it’s a sign for you to start reading it!! Storyline gempakks walaupun ada scene kisah lama tapi senang sangat nak faham every ayat 🤌🏼 it’s worth every penny! issa recommended guys 😲
p/s Ayaaz hampir kalahkan ranking Hadi tau HAHA tapi for sure belum boleh kalahkan abang long Arhan lagi 😛
Dari mula baca caption novel Belle, asyik terfikir mesti ada maksud tersirat yang cuba penulis sorokkan. Lepas baca beberapa bab, aku baca balik caption untuk direnung, fikir dan rumus. Dari situ terdetik dalam fikiran Adel sebenarnya bukan Adel sebab dia tak rasa dejavu dengan kehidupannya bersama Dato' Sri Akma, Kyle dan Kayla tapi bila dengan Ayaaz, ada beberapa memori yang terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Lepas dah baca beberapa bab lagi, belek sekali lagi muka depan novel untuk baca tajuk dan caption. Hati kuat merasakan ada something dengan nama Belle tu sebab twisted Tales sebelum ini pun menggunakan 'nama' untuk watak utama. Dan tekaan ku tepat. Adel ada kembar dan kembar dia Belle yang sedang memainkan watak Adel.
Antara ketiga-tiga siri Princess, Belle yang paling aku suka. Suka dengan gabungan perwatakan Ayaaz dan Belle. Storyline dia pun smooth.
Tahniah kak Syu. Keep it up! Tak sabar nak jumpa Mr & Mrs Cinderella pulak😊
This entire review has been hidden because of spoilers.
𝑨𝒅𝒆𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑱𝒂𝒎𝒆𝒆𝒍𝒂 Memorinya kosong apabila dia buka mata setelah kemalangan itu. Hatta, ibunya sendiri tidak ada dalam ingatan. Kehidupannya diteruskan seperti biasa, dengan kehadiran Airis selaku bodyguard.
Sehinggalah setahun kemudian, dia bertemu jejaka bernama Ayaaz. Ada rasa dejavu bilamana mereka bersama. Ada bayangan memori yang berlalu di mindanya. Jujur, saya tak sangka storyline Belle akan jadi se-awesome ni.
'𝑲𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆 𝒂𝒌𝒖'
Entahlah. Sampai sekarang saya kagum dengan jalan cerita ni. Ada jugak geram dengan Ayaaz, Dato Sri Akma, Noura tapi semua orang ada sebab masing-masing mengapa begitu begini. Paling suka part throwback Beast dengan Belle💗😍
Okayy, tak boleh cakap banyak, nanti terspoil pula.
Pendek kata, BESTTT. Panjang kata, marvelous kak Syu👍
4.5!!!!!!! Actually buku ni besttttt cuma sebab I macam kurang genre-genre lost memory and amnesia ni. I suka cara author susun jalan cerita untuk mudah faham. Pleaseeee, I yang terseksa tengok scene Ayaaz and fl. You know the feelings of longing but you have to deny, auch sakit. But lurve how Ayaaz try not to push the fl to remember everything. Dia stay loyal je sampai fl ingat sendiri. Walaupun ni cerita lost memory tapi plot dia tak banyak rahsia sangat so senang je kita as reader nak answer the quiz. Walaupun plot boleh predict but I still enjoy at the best sebab the development of character.
Anyway ada Hadi and Asyfa dalam ni, walaupun tak banyak but safe to read Ursula first barulah best.
1) I personally enjoyed reading Ursula > Belle. 2) Scene flashback dia macam terlalu panjang without coming back to the present. Dia macam akan lebih seamless if scene flashback yang panjang tu dibahagi and diselit among the present scenes. 3) Ending macam a bit rushing for me. Lepas scene flashback tup tup tak lama tu dah nak start with the ending. We need moreeeeeee happy scenes. 4) Do I have to say more about Ayaaz? 💚 5) I dah boleh predict the plot twist dari awal cerita hewhew
This entire review has been hidden because of spoilers.
Among princess series belle for me a bit painful. Siapa Ayyaz, siapa Adeline Jameela, siapa Bella, siapa beast? Dunia gelap Ayyaz yang diolah baik oleh penulis, sama dengan dunia gelap asya and how they find their freedom and happines. Teka teki setiap karekter dalam novel ni membawa kepada kejutan. Cerita belle ni penuh dengan aksi, air mata, rama rama, i love belle so much such a strong woman, dan ayyaaz yang sentiasa ada bersama nya.
trust me tak rugi baca Belle, compare to ursula and cinderella i choose this book it just full of emotions
Fuh pening baca AHAHHAH plot twist dia kemainn. Dah baca anastasia, ursula dgn belle ni. And personally paling minat belle . Minat lah watak beast . Tak tau lah nak kasi review apa lagi yg penting plot twist dia bestt. Ok byee nak baca cinderalla pulaa