Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku, Kau, & Semesta

Rate this book
Apa yang semesta lakukan pada jiwamu yang malang? Terlalu sering ia mengecewakanmu, baik hari ini maupun kemarin. Pernahkah kau duduk sejenak untuk melihat langit malam, menyaksikan awan yang datang dan pergi untuk sekadar singgah dan menghalangi pandanganmu terhadap langit?

Ada rasa kesal yang kau rasakan, mengapa awan bisa seegois itu padamu. Bukankah dia sudah menampakkan wujudnya sepanjang siang?

Kau hidup di semesta yang tak terikat. Kau bernafas dengan udara tanpa batas. Kau berteduh di bawah cakrawala yang tak berujung. Kau memiliki Tuhan yang Mahabesar. Namun, kau masih mengurung diri dalam pikiran dan prasangka yang menjerumuskan.

202 pages, Paperback

Published May 1, 2021

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
June 11, 2021
“Saat berdoa, jangan lupa minta untuk dilapangkan dada. Karena dunia terlalu kejam untuk yang berhati sempit dan terlalu keras untuk yang tidak pernah bersyukur.”

Aku, Kau, & Semesta adalah buku pertama yang diadaptasi daripada akaun Instagram @sepertiga.malamku dan aku baru mengenali penulis ini bersama akaun Instagram beliau kerana buku ini. Penulis suka berkongsi rasa melalui penulisan di Instagram untuk menasihati diri sendiri dan dalam masa yang sama turut memberi inspirasi dan manfaat kepada pembaca. Dan itulah yang aku rasakan setelah membaca buku yang penuh kebaikan ini.

Buku ini merupakan sebuah buku bergenre Islamik yang bertujuan utama untuk mengajak manusia untuk melibatkan Allah dalam segala hal. Allah akan selalu memberi kekuatan, memudahkan urusan kita, dan juga membuka pintu hati dan jalan keluar daripada segala kegagalan dan kesedihan. Dalam erti kata lain, sentiasa mengingati dan berdoa kepada Allah saat senang dan susah.

Selain itu, buku ini turut menyentuh beberapa perkara lain seperti cinta, jodoh, sabar, dan kegagalan. Penulisannya mudah difahami dan disampaikan dalam bentuk petikan pendek atau kisah benar penulis yang kemudiannya diakhiri dengan pengajaran/mesej positif.

Dalam menjalani kehidupan ini, kita pasti tidak akan terlepas dari menghadapi kesukaran. Tetaplah berusaha walau apa pun caranya kerana setiap orang punya cara berbeza. Marilah berjinak untuk melihat keindahan alam semesta ketika melalui hari-hari yang mengecewakan. Sesungguhnya, mungkin itu salah satu perkara asas yang kita perlukan untuk meredakan hati yang berduka.

Secara peribadi, aku suka akan ayat-ayat penulis Indonesia. Puitis dan menyegarkan jiwa. Buku ini sesuai buat semua golongan terutama pada yang sedang cuba lebih mendekatkan diri dengan Allah dan juga kebaikan. Moga anda juga berhasil menemukan sesuatu yang berguna daripadanya.

Terima kasih @nukilan.biruni atas pemberian buku ini. Alhamdullilah, satu buku yang mengenyangkan jiwa dan minda saya 💞

"Hatimu adalah sesuatu yang paling berharga yang kau miliki, jadi pastikan kau menempatkannya di tempat yang aman."

instagram.com/siriusiqa
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.