Kata bapak, kalau nak hidup bahagia, cari suami yang beragama dan kukuh poketnya. Bapak tak mahu dia hidup susah dan mewarisi kemiskinan keluarga. Cinta itu akan pergi bila perut mula berbunyi.
Afghan… Lelaki pertama yang hadir dalam hati. Tapi terpaksa dilepaskan pergi meskipun mereka pernah berjanji.
“Jika nyawa jadi taruhan, maka nyawa jugalah yang akan abang serahkan demi Zulfa.” – AFGHAN
Dia mungkiri cinta demi bahagia yang dikata. Namun, perasaan untuk lelaki itu tak pernah ada. Kata lelaki itu, dia perempuan pendosa, dia perempuan yang jauh dari gapaian syurga.
“Tanpa reda aku, syurga pun tak akan terima perempuan pendosa macam kau.” – JAMALI
Nazif yang muncul tanpa dijangka, menambahkan lagi beban perasaan yang sedia ada. Zulfa tahu yang Nazif berhak marah, tapi sumpah, bukan dia yang bersalah!
“Dia tu berlagak aje macam perempuan baik-baik, suci daripada noda, tapi sebenarnya…” –NAZIF
Dia ingin berikan cinta, tapi benci yang ada semakin membukit. Lalu... Harusnya bagaimana mahu dirungkaikan rasa hati dan kaki yang telah dirantai mati?
Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia lari. Tapi bila teringatkan bapak, jiwa yang duka dipendamnya sendiri.
“Abang sangka yang Zulfa bahagia selepas kahwin dengan dia. Abang tak sangka. Kalaulah abang tahu…” - AFGHAN
adakah puan penulis Rissa Ahdiya mengeluarkan sisi yang tak pernah kelihatan sebelum ini?
ceritanya tak membosankan langsung. tapi lebih pada geram, sakit hati, menyampah dan juga simpati. cuma tak sangka, watak yang disangka lemah sampai tak boleh nak buat apa-apa rupanya kejam.
pak karman tertipu dengan penampilan jamali. dia tolak lamaran afghan, anak saudaranya kerana nakkan calon suami yang lebih terjamin. dia dah puas hidup susah dan tak nak anak-anak terus mewarisi kesusahannya. tapi, rupanya jamali sangat licik. dan jahat pun ya. berkahwin sebab nak jadikan isteri muda orang jadi dalam rumah yang didiami isterinya yang lumpuh, faizah.
bila faizah tahu kisah sebenar bagaimana zulfa boleh berkahwin dengan jamali, dia simpati. zulfa juga sangat baik melayan dia dalam rumah. cuma nazif, adik faizah sajalah yang agak lantang memerlinya. zulfa malas hendak bertelagah.
ada sesetengah manusia ni memang macam watak jamali. sangat pandai berpura-pura. depan orang lain sangat baik tapi sebenarnya segala jahat bergantungan pada dirinya.
dan kesabaran manusia punya had. pak karman, hilang nyawa bila kesabarannya habis. zulfa sendiri, kesabarannya sudah tiada bila ayahnya meninggal dengan cara yang sangat menyayat hati.
bukan mereka saja. tapi ada lagi watak yang lain. aduhai...
1 malam je baca cerita ni. Bukan cerita romantik, sweet² bagai...oh tidak... cerita ni mengenai Zulfa, seorang anak yang sangat taat dengan bapak dia. Sis kagum part ni. Bapak dia jodohkan dia dengan Jamali, kononnya Jamali ni baik serba serbi, beragama, kerja pun stabil. Bapak Zulfa tak nak anak dia hidup lagi dalam kemiskinan macam dia. Tapi, siapa sangka bapak Zulfa salah percaturan. Pak Karman tak tau yang Jamali ni perangai macam setan. Bila dah tau, nak sesali, sudah terlambat. Tapi, apa yang paling sis tak boleh predict sekali, ending dia macam tu. Hahahaha..boleh tahan juga Faziah dan Zulfa ni.
Tak tahu lah apa pendapat orang lain tapi yg pasti aku sukakan buku ni. Cerita yg sungguh realistik dan ending yg juga tampak realistik. Good job penulis Rissa Ahdiya!
Tahniah penulis untuk buku pertama self-published ni. RA ialah antara penulis cerita 'berat' yang menyakitkan hati, tapi tetaplah kubaca juga. .
As expected, plotnya berat. .
Kisah cinta tak kesampaian antara Zulfa dan Afghan. Kerana mereka sepupu dan masing-masing hidup seadanya di kampung. Ayah Zulfa mengharapkan anaknya dapat berkahwin dengan lelaki yang lebih baik, untuk menjamin kehidupannya kerana sebagai seorang ayah, dia terkilan kerana hidup Zulfa tidak semewah orang lain. .
Dan munculnya Jamali di kampung tersebut, dengan perwatakan pengurus kilang, bawak kereta besar. Lagi suci murni bila Ayah Zulfa pertama kali jumpa Jamali di pekarangan masjid. .
Tapi semuanya hampeh. .
Jamali berlagak dengan menggunakan kekayaan isterinya, Faizah. Dan part jumpa kat masjid tu, sebenarnya Jamali pergi buang air je kat toilet masjid tu, bukannya solat pon. Haihh, panas je hati dengan Jamali ni. .
Tapi, apa-apapun, ayah Zulfa tetap tertipu dan akhirnya Zulfa dan Jamali berkahwin. .
Lepas kahwin, Jamali membawa Zulfa ke rumah Faizah untuk dijadikan orang gaji, sebagaimana yang dipersetujui oleh Faizah dan Jamali. Sebabnya Faizah perlukan pembantu kerana dia lumpuh. .
Kesianlah nasib Zulfa. Faizah pun, lama kelamaan bersimpati dengan Zulfa. .
And the plot twist is, .... Padan muka si Jamali. Biar dia rasa sebab tak berguna sangat hidup di dunia. .
Aku sebenarnya mengharapkan happy ending buat Zulfa. Tapi sampai disitu saja ceritanya
Novel ni mengisahkan Zulfa, seorang anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Despite her good results in SPM, dia tak sambung belajar dan cuma duduk di kampung, bantu ayahnya menguruskan rumah sementelah Pak Karman sendiri dah berusia dan ibunya dah lama meninggal.
Zulfa memang anak yang baik. Dan kerana patuhnya Zulfa pada ayahnya, dia terperangkap dalam perkahwinan yang menyeksa jiwa raga. Masa baca blurb, aku ingatkan novel ni punya jalan cerita sama dengan novel yang aku baca sebelum ni. Tapi, aku salah. Oh, sungguh aku salah. Novel ni is everything I'm not expecting. Awal-awal tu macam, heh here is your somewhat typical wrong guy marriages looks like tapi as the story goes on, wrong dia on so many level and I'm telling you girl, you will not see it coming.
Afghan, watak yang aku sangka akan menjadi hero lalu datang menyelamatkan Zulfa daripada cengkaman suami zalimnya, Jamali. Namun tidak, Afghan hanyalah watak sampingan yang berjaya membuatkan aku menanam rasa kurang senang pada Pak Karman. Ahh, hanya kerana kurangnya material dan pangkat yang dipandang orang, lamaran Afghan ditolak Pak Karman, sedangkan dia sangat mengenali Afghan. Tambah pulak bila Pak Karman sendiri tahu yang Zulfa juga simpan perasaan pada Afghan. Oh, sampainya hati... Saya sedih lahhh. Kenapa bapak buat macam niii 😭😭😭 Tambah menyakitkan hati pabila dia terima lamaran Jamali yang muncul entah dari mana sebagai menantu arghhh. Geramnya ya Allahh! Hanya kerana sangkaan.. Hanya kerana satu sangkaan...
Tak cukup dengan kejutan status sebenar Jamali, penulis sajikan lagi dengan kejutan demi kejutan. Paling aku tak sangka adalah Pak Karman punya reaction setelah dia tahu penipuan Jamali. No, did not see it coming nor what came out of it. Goshh. Kerana marahkan Jamali atas apa yang berlaku, Zulfa mula berubah. Watak yang pada mulanya seputih salju berubah menjadi sehitam arang kerana dendam.
Jamali, paid his dues. Pengakhiran yang memuaskan hati aku tapi sayangnya Zulfa... bukanlah yang dulu. Oh saya sedih!
Dah beli banyak karya penulis ni. Tapi satu pun belum sempat baca lagi. Sejenis book hoader 😅. Tapi takntahu kenapa, tertarik sangat dengan tajuk ni. Macam terasa ada sesuatu yang hendak disampaikan melalui tajuk ni jadi mulalah menekuni karya ni.
Sungguh saya suka cerita sangat dengan jalan cerita ni. Daripada m/s pertama hingga perkataan tamat, semuanya puas hati dengan jalan cerita ni. Kisah kekeluargaan diselit dengan poligami di ceritakan dengan cara sederhana namun menarik. Jalan cerita, watak, latar belakang, dialog, luahan, naratif, semuanya hampir sempurna.
Penulis membawa pembaca berperang dengan pelbagai rasa. Di setiap satu muka surat ada tarikan tersendiri buatkan rasa ingin tahu apa yanga kan jd lepas tu, apa penakhirannya, semua melonjak2 dlm hati.
Watak Zulfa yang naif, lembut, baik & mendahului keluarga dalam hidipnya. Ditemukan dengan Jemali yang ah! Sakit hati nak gambarkan wataknya. Faziah yang penuh misteri karekternya. Dan watak-watak sampingan lain yang sangat membantu menghidupkan lagi jalan cerita. Sabar itu ada hadnya. Dan apa akan jadi andai sabar itu terkeluar drpd batasnya..?
Banyak pengajaran yang dpt dr cerita ni. Memang saya puji. Tahniah penulis. Tak rugi baca karya yang sebagus ni. Teruskan berkarya & hasilkan kisah2 yang menarik untuk dihayati.