Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kejayaan dalam memiliki ketenangan dan kebahagian bermula dengan menghargai sekecil-kecil perkara.
Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat dan semestinya lebih bebas. Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia.
Mereka yang mengenali saya akan tertanya, kenapa asyik baca buku topik sebegini? Bukankah Emmy sememangnya mengamalkan konsep ini? Saya ada tanggungjawab moral untuk menyokong industri buku yang sedia kecil di negara ini. Kita tahu tidak ramai rakyat Malaysia yang selesa membaca buku Bahasa Inggeris yang menggunakan bahasa tahap tinggi dan berat isi kandungannya. Pembaca kita pula rata-rata sukakan buku yang mudah, berkongsi santai namun ada ilmu, tip, perkongsian, cerita yang boleh dipelajari dan diamalkan. Maka saya alu-alukan penerbitan buku sebegini dalam bahasa Malaysia agar ideanya dapat sampai ke rakyat Malaysia. Dan tugas pembaca ialah berkongsi kewujudan buku sebegini agar lebih ramai membaca di samping memandaikan rakyat. Jika bukan kita, pembaca yang bantu industri, nak harap siapa lagi?
Buku kedua tentang minimalis yang aku baca. Buku ini lebih islamik. Penulis sangat pandai mengaitkan konsep minimalis dengan konsep bersederhana dan bersyukur dengan apa yang dimiliki yang sememangnya sedia ada dalam ajaran agama Islam serta dari sudut meminimalis kejiwaan.
Meminimalis hidup bukan sekadar berkisar material sahaja tetapi juga emosi, minda dan urusan kejiwaan--m/s 220.
Lepas baca buku ni juga aku rasa insaf sebab apa yang ditulis oleh penulis betul. Kita banyak menghabiskan masa dengan melakukan banyak perkara yang tidak perlu. Duit juga banyak dihabiskan dengan membeli barang bukan keperluan.
Kualiti hidup bukan ditentukan oleh kuantiti kebendaan yang anda miliki. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang tidak bermakna.
Baca awal awal bab macam biasa tak rasa apa lagi sebab enjoy je the general idea yang penulis cuba nak sampaikan. Masuk bab 6 ke atas, I was banyak kali said like "eh so trueeee this oneee, and this one too! Haha lagi lagi tengah nak ambik mood for decluttering phase. Banyak sangat ayat dalam buku ni so relateable bila time mengemas tu ada barang sentimental yang takleh kita buang apa semua, sebab sayang. So, dekat situ dah menyekatkan misi kita nak teruskan sikap praktikal minimalis tadi. But i really loves dengan cara penulis pujuk hati pembaca regarding this issue: "Sudah masanya kita melepaskannya kepada orang lain. Perkara ni dah tentu tidak akan mengubah hubungan kita dengan orang yang kita sayang sekiranya terdapat keraguan disebabkan keterikatan emosi (contohnya hadiah daripada orang yang kita sayang)."
And ada lagi satu ayat dari penulis yang terkesan, she said: Kediaman bukan muzium. Kenangan dengan orang tersayang sebenarnya berada dalam hati kita, bukan dengan cara membebankan hidup kita, terikat dengan kebendaan yang akhirnya membataskan pergerakan kita.
Solusi dan penutup yang sangat baik saya kira pada penghujung bab ✨💯 Alhamdulillah 'ala kulli hal. 4.5/5 🥰
Baiklah. Buku ini seperti tajuknya mengisahkan bagaimana nak hidup secara minimalis. Tips dia simple je dan praktikal. Walaupun simple, kita masih tak buat.
Tapi menarik la bila dia kaitkan macam mana hidup minimalis ni akan kurangkan masa kita mengurus "kebendaan" dan banyakkan masa kita dengan Tuhan. Dan hujung² tu dia buat kita berfikir - lepas kita mati, kita nak ke susahkan orang uruskan barang kita yg banyak tu?
Ada juga dia spesifik kan tajuk kecil tentang declutter buku ni. Kat situ lah buat aku fikir, tak guna pun aku sayang buku2 ni kalau berhabuk je kat rak aku dan aku tak ulang baca. Baik jual je kt orang.
Sebabkan buku ni macam bagi tips gitu, okey je bacaannya . Tapi aku takdela boleh konsisten baca tanpa henti. Dia takde sangat push factor macam baca novel haha. Tapi keseluruhannya, buku ni bagi gambaran tentang apa itu hidup secara minimalis. Aku sendiri pun nak beli buku pasal delay gratification, tapi tak beli2. Gitulah. Sekian.
Minimalis ditakrifkan sebagai KESEDERHANAAN atau tidak berlebih-lebih di dalam sesuatu perkara.
Penulis berjaya membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah hubungkait di antara konsep ini dan nilai murni dalam diri kita. Bagaimana pula prinsip ini dapat memberi keuntungan dalam bentuk pulangan masa 🤷♀️?
Jawapannya ialah apabila kita fokus kepada perkara yang penting kita akan kurang rasa penat dan dapat melakukan pelbagai perkara lain yang jarang2 dapat dilakukan selama ini. Contohnya apabila kita mengamalkan konsep minimalis dalam susun atur rumah maka penyelengaraan ke atas perabot tersebut akan berkurangan dan kita boleh menggunakan lebihan masa yang ada untuk membuat hobi/bersukan/membaca/meluangkan masa dengan keluarga dan yang lebih penting memperuntukkan masa dalam ibadah. Dengan cara ini kita dapat memberi keutamaan kepada apa yang sepatutnya dan kepada perkara yang lebih penting.
Anda sudah dapat kaitkan kadar langsungnya? Ya, manusia ini penuh dengan keinginan sehinggakan terlalu attach dengan material dan lebih memburukkan lagi apabila kita lupa akan tujuan sebenar kehidupan ini dan mengutamakan perkara2 yang zahir shj.
Walaupun sebelum ini pernah membaca buku2/material bacaan lain berkenaan pengurusan susun atur/organising/storage... ini pertama kali yang dikaitkan dengan kerohanian, pengurusan emosi dan juga mental.
Tahniah kpd penulis dan @putehpress selaku penerbit yg bukan sahaja bijak memberikan kaedah dan tips menyusun atur ruang/barangan peribadi tetapi apa yg penting fokus sebenar kepada keperluan konsep ini di dalam kehidupan kita.
Buku kedua pasal minimalis, yang ni agak banyak perkara menarik. Berbanding buku yang pertama yang aku beli bertajuk "misi menjadi minimalis", yang ini ada juga selit pasal nabi muhammad s.a.w, dekat sini aku sedar sebelum orang menemui idea minimalis, nabi muhammad adalah orang yang pertama yang guna idea minimalis. Minimalis ini ialah orang yang hidupnya tak banyak barang, macam steve job yang pakai baju sama setiap hari sama macam nabi buat. Konsep minimalist ni ialah hidup mudah, tak serabut, tak fikir banyak. Yang ini antara sebab kenapa aku memilih untuk hidup macam ni. Barang kat rumah dah sikit, baju pula aku banyak pakai jersi atau baju plain setiap hari. Tak perlu serabut fikir baju apa nak pakai hari ni. Apapun perlu banyak penulis yang ceritakan pasal idea ni, sebab ini idea buat kita jimat duit dan sebagainya. Oh musuh dalam hidup kita ni ialah jualan murah, haha yang ni betul, tengok jualan murah rasa nak beli,padahal nak pakai tu belum tentu lagi. Jadi janganlah rambang mata tengok jualan murah 😂.
Buku yang mengpas topik minimalis dari sudut pandang syariat Islam. Antara buku yang pertama seumpamanya di Malaysia. Suatu usaha yg sgt baik drpd penulis.Terdapat banyak juga tips-tips yang diberikan utk org yang mahu mulakan gaya hidup minimalis. Dan yg menariknya di setiap tips itu diselitkan sudut pandang Islam mengapa kita buat sedemikian.
Mencapai buku ini ketika nafsu membeli tudung tiba-tiba datang.
Buku ini menerangkan konsep minimalis dan yang menarik disertakan satu bab - Muslim Minimalis di mana banyak dalil dan hadis disertakan. Mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai ikon minimalis, penulis juga menerangkan konsep qanaah dan zuhud.
Mulanya saya ada masalah untuk memahami struktur buku. Seusai bacaan, barulah saya perasan penulis juga cuba membawakan idea 'minimalis bukan sekadar berkisar materialisme tetapi emosi, minda dan urusan kejiwaan.' No wonder, penulis juga berpesan supaya belajar berkata tidak, menilai semula hubungan yang toksik dan memaafkan masa lalu.
Saya pernah membaca komik Marie Kondo, ada kaedah yang saya setuju dan tidak. Dalam buku ini, turut dinyatakan pelbagai kaedah untuk decluttering. Tentang masa juga sangat menginsafkan sehingga saya tertanya di mana keberkatan masa kalau terus rutin begini. Bacaan saya berakhir dengan to-do list yang panjang!
P/s: disebabkan bacaan saya lambat, saya dah ter'check-out' sehelai tudung kononnya sabagai reward diri kerana berhempas pulas dengan isu kesihatan keluarga bulan ini. Semoga saya tak menyesal.
Buku ini membawa satu mesej yang kuat kenapa kita memilih untuk menjadi seorang yang minimalis. Penulis tidak hanya merujuk kepada konsep minimalis itu sendiri, tetapi dikaitkan dengan sudut pandang Islam kenapa perlu untuk mengadakan apa yang kita perlukan sahaja. Minimalis dan kesederhanaan itu konsep yang akan menggerakkan kita untuk mempraktikkan apa yang dikongsikan dalam buku ini. Akhir- minimalis:menyingkir elemen yang tidak penting untuk memberi ruang kepada matlamat dan tujuan yang besar.
Penulis menerangkan konsep minimalis yang kadangkala disalah tafsirkan oleh sesetengah orang. Tambahan, minimalism bukanlah satu pendekatan yang dipraktikkan oleh masyarakat kita jika dibandingkan dengan negara luar. Minimalism berteraskan "Kebahagiaan tidak bergantung pada kebendaan, namun memaknai apa yang kita miliki walaupun sedikit kuantitinya." Berdasarkan apa yang diterangkan oleh penulis, minimalis bukanlah hanya dari aspek fizikal seperti pakaian, perhiasan rumah, dan lain-lain, tetapi melibatkan juga aspek mental, sosial dan rohani.
- Cover yang minimal tetapi sangat menarik perhatian. - Bersesuaian dengan tajuk, fokus utama buku ini ialah minimalism. - Buku ini sangatlah informatif. Banyak ilmu baharu yang boleh dipelajari. Penulis memperkenalkan para pembaca dengan rasional kenapa kita perlu mengamalkan minimalism, teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memulakan misi minimalism, juga tips bagi mengekalkan momentum tersebut buat jangka masa yang panjang dan banyak lagi. - Senang dibaca dan tersusun kemas kerana penulis merangkumi maklumat-maklumat yang banyak dalam bentuk jadual. - Terdapat beberapa puisi yang diselitkan antara setiap subtopik. - Terdapat juga konklusi pendek pada akhir setiap subtopik.
Buku ini memberi kesedaran utk bersikap bersederhana memenuhi keperluan menurut aspek islam, elakkn pembaziran , kurangkn kemahuan, berfikir sebelum berbelanja utk jauhi risiko penyesalan, mengemas brg2 yg tidak diperlukan utk mengurangkan stress juga minimalis bukan utk material shj juga emosi. Beri ruang pada diri sndiri supaya lebih tenang.
Buku ini buatkan saya selalu ingatkan diri untuk menjadi seorang yang minimalis daripada sudut material, fikiran dan masa. Kurangkan material kebendaan, menikmati yang sedia ada. Declutter fikiran negatif, feed mind dengan rasa syukur dan qana'ah. Kurangkan kesibukan dunia, lebihkan urusan akhirat. In my opinion, this book is one of life changing books.
It's an easy read. I like how the author points out how the minimalism lifestyle and philosophy correlates with Islam. However, one thing that puts me off over and over again is how she tends to criticise people who do not follow minimalism and assume them as bad. She also seems to have an "us vs. them" mentality. She suggested several books written by non-Muslims and said "while these books are written by non-Muslims, they are STILL appropriate to read." I find that line very inappropriate... 😅
Anyway, this is my first minimalism book I've read. And it's good to have read one from a Muslim perspective.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku berkenaan cara untuk menjadi minimalis & kaitan minimalis dgn kesederhanaan dalam ajaran islam 🌼
Penulis banyak memberikan tips dan cara untuk menjadi minimalis dari setiap sudut. Hakikat minimalis yang membuka mata saya dimana cuba untuk permudahkan urusan org yg bakal kita tinggalkan drpd mengurus hal ehwal kita di dunia 🤕
Bacaan yang baik untuk mereka yang ingin tahu apa itu minimalis, dan kenapa sesetengah orang memilih cara hidup yang minimalis.
Penggunaan perkataan/ayat yang mudah difahami.
Awal buku banyak menceritakan tentang kaitan minimalis dan hidup sebagai seorang muslim. Pada pertengahan dan penghujung ada ditunjukkan bagaimana mahu memulakan gaya hidup minimalis.