Jump to ratings and reviews
Rate this book

Eva

Rate this book
Dunia diancam bencana jerebu gas beracun dan Bandar Baerney tidak lagi seperti sebelumnya. Hanya tingga sepi dan kesengsaraan. Eva yang kehilangan seluruh ahli keluarganya, berusaha untuk terus hidup bersama-sama survivor lain dalam dunia apokalips yang penuh cabaran.

Ketika semua harapan hampir memudar, datang satu mesej morse code yang membawa prospek baru. Bantuan untuk pergi ke satu penempatan baru yang menjanjikan keselamatan dan keperluan yang cukup.

Maka bermulalah perlumbaan antara kumpulan survivor yang dianggotai oleh Eva, Aki, Kornia, Maya, Adam dan Zara dengan satu lagi kumpulan yang terkenal dengan sikap kejamnya, Hunter.

"Saya cuma berharap kita dapat keluar daripada kesusahan ini semua." -Eva

"Aku tak tahu sama ada mesej yang kita terima itu sesuatu yang jujur ataupun perangkap, Tapi, kalau Hunter pun bersungguh-sungguh mencari siapa di sebalik mesej itu, sampai sanggup menggeledah seluruh Bandar Baerney, jadi aku rasa tak salah kalau kita periksa dulu." -Aki

"Apa kau sanggup merisikokan diri kita untuk sesuatu yang tak pasti?" -Kornia

Dalam kancah kehidupan yang serba menekan, di mana survival mengatasi prinsip moral, Eva harus memilih antara untuk terus hidup atau berpegang pada nilai kemanusiaan.

Satu keputusan yang sukar, yang pasti akan selamanya mengubah persepsi kehidupan seorang EVA.

281 pages, Paperback

First published May 17, 2021

2 people are currently reading
67 people want to read

About the author

Tey Marzuki

13 books102 followers
Penulis bagi novel/novelet :

1) Sindrom - 2017 (DearNovels)

2 Kerana Kirana (Projek Kerajaan Paling Seram Vol 2) - 2018 (DearNovels)

3) Purnama - 2019 (DearNovels)

4) Vendetta - 2020 (DearNovels)

5) EVA - 2021 (DearNovels)

6) Ebook EVASIF - 2021 (Bersama-sama 4 orang penulis)

7) Ebook Isteriku Di mana? - 2021 (bersama-sama 4 orang penulis)

8) Hikayat Suwarga Sukma Canderawasih - 2022 (Swaterbit)

9) Siri Puaka Sekolah : Puaka Surau Asrama - 2024 (Penerbit X)

10) Siri Puaka Sekolah : Puaka Gelanggang Silat Sekolah - 2024 (Penerbit X)

11) Hikayat Suwarga Indera Bumi - 2024 (Swaterbit)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (48%)
4 stars
23 (38%)
3 stars
8 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
July 9, 2021
sebenarnya kan, akak tercari-cari juga maksud dunia apokalips. tengok dalam kamus dewan memanglah tak jumpa. cari-cari, okey... lebih kepada membawa maksud malapetaka yang maha dahsyat. jadi dunia apokalips ni dunia di mana berlakunya malapetaka itu, betul begitu maksudnya puan penulis Tey Marzuki?

cerita eva ni bergerak sangat cantik. bermula dengan bagaimana dunia tiba-tiba diserang asap beracun dan manusia tak sempat lari dari serangan itu kecuali mereka yang berada di dalam kawasan bertutup. eva, mempertaruhkan nyawa untuk pergi menyelamatkan adiknya, lilia. tapi dek kerana manusia yang tiba-tiba agresif mahu menyelamatkan diri masing-masing, adiknya kehilangan nyawa.

bergerak seterusnya ke beberapa lama selepas peristiwa tragis itu berlaku. eva, aki, kornia dan rachel. mereka adalah antara survivor yang masih mencari harapan dalam kehidupan. dunia kelam. bekalan makanan sangat susah untuk didapati. sumber sangat limitasi.

rachel yang pernah terdedah dengan gas beracun itu membunuh diri sendiri. dia tak mahu menjadi beban kepada kumpulan mereka itu. eva yang ketika itu baru menceroboh masuk ke tempat hunter menyimpan bekalan sangat kecewa. dia memendam rasa itu jauh dalam lubuk hati.

kehadiran maya, sedikit mengharu birukan kumpulan mereka. dan kemudian, kehadiran adam menambah bilangan ahli kumpulan mereka.

kod morse yang aki dapat pintas membawa sedikit cahaya kepada mereka. dan sewaktu eva dan adam pergi meninjau, mereka jumpa kawasan yang indah, langsung tak terjejas dengan gas perang beracun itu. tapi, di situ mereka berjumpa dengan anak kecil, zara.

mereka kemudian sebulat suara bersetuju ke tempat mengikut koordinat yang aki terima dalam kod morse itu. dan pelbagai peristiwa mereka tempuh. hingga ada yang hilang kepercayaan. hingga ada nyawa yang melayang.

dan akak suka dengan setiap gambaran perjalanan babak cerita. boleh flash dalam kepala bagaimana setiap watak bergerak, setiap lokasi cerita. tahniah puan penulis untuk kisah yang mendebarkan ini.

melihat betapa manusia ada yang meletakkan kepentingan diri sendiri demi kelangsungan nyawa. sanggup menindas manusia lain. sanggup membahayakan nyawa lain. sanggup berpaling tadah.

selain perasaan belas ehsan dan semangat juang, apa lagi kekuatan untuk hidup bersama-sama yang ada?

kasih sayang.

itu saja.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 18, 2021
Apa yang korang bayangkan saat melihat cover novel ini?
.

Dunia diancam apokalips pabila jerebu gas beracun berwarna perang melanda dunia. Bandar Baerney antara salah satu bandar yang menerima kesan yg teruk. Hinggakan manusia yang terkena gas meronta2 bagaikan ikan kelemasan kerana tidak mampu bernafas. Dan ada juga yang melecur pabila terkena asap tersebut
.

Eva, membahayakan diri utk menyelamatkan adiknya Lilia yg berada di sekolah. Nama dek kerakusan manusia yg hanya pentingkan nyawa masing2, Lilia tewas. Eva mengalah
.

Bertahun berlalu, keadaan masih sama. Bandar Baerney masih dilanda jerebu beracun. Hinggakan mereka2 yg masih hidup terpaksa menjadi survivor untuk terus mencari bekalan makanan. Manakala yang berkuasa, akan menjadi hunter. Memburu survivor dengan kejam
.

Aki, Kornia, Eva dan Rachel antara golongan survivor. Mereka bergantung antara satu sama lain demi kelangsungan hidup. Namun, Rachel memilih mengakhiri hidupnya. Kemunculan Maya membawa masalah. Bersikap pentingkan diri dan biadap. Ditambah kemunculan Adam memerlukan bantuan
.

Mesej Morse Code, seakan membawa sinar kepada mereka. Bantuan penempatan baru yg menjanjikan keselamatan dan keperluan yg cukup. Tapi tiada sapa tahu kedudukan sebenar tempat tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka mencari kenderaan pasuka Alta yg dikatakan mampu menyelamatkan mereka
.

Siapa pasukan Alta yg sebenarnya? Apa yg dimaksudkan dgn Alta? Siapa Adam? Mampukah survivor menyaingi hunter demi sebuah kehidupan?

Serius, aku macam tengah tonton sebuah movie english. Walaupon sebenarnya aku jarang2 menonton movie english terutamanya. Tapi daripada jalan cerita, ianya seakan2 movie English. Bagaimana golongan manusia yg terpaksa menjadi survivor demi kehidupan mereka. Dan bagaimana cara untuk mereka terus bertahan dalam dunia yg penuh kelam. Ditambah manusia2 yg rakus demi kepentingan sendiri
.

Kau bertahan, kau kuat, kau akan hidup. Be a survivor or loser. U make a desicion
.

Tahniah penulis. Seakan aku yg memegang watak eva ketika membaca naskhah ini😆. Bagaimana jln cerita meresap ke hati aku hinggakan aku seolah berada disana
.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
58 reviews
March 7, 2026
INTENSE! 😮‍🔥

Saya suka kan novel tempatan yang berani bermain dengan tema post-apocalyptic macam ni. Dunia yang runtuh bukan sekadar sebab bencana, tapi juga sebab manusia sendiri. Jerebu gas beracun meliputi bandar Baerney, menjadikan setiap nafas satu perjuangan. Dari awal lagi, saya dah rasa debaran dia.

Kisah bermula dengan Eva yang cuba menyelamatkan adiknya, Lilia, ketika dunia tiba-tiba dilanda asap perang yang mematikan. Dalam keadaan manusia berpusu-pusu mahu menyelamatkan diri, Eva terpaksa menerima kenyataan pahit apabila Lilia pergi buat selama-lamanya. Babak ni memang buat hati berat… rasa sedih tu sampai ke dada.

Beberapa tahun kemudian, Eva masih bertahan sebagai survivor bersama Aki, Kornia dan Rachel. Hidup mereka serba kekurangan — makanan susah dicari, udara bersih makin berkurang, dan bahaya sentiasa menunggu di setiap sudut. Dalam dunia yang kelam ni, mereka bukan saja kena berdepan dengan alam yang rosak, tapi juga kumpulan Hunter yang kejam dan sanggup memburu manusia lain demi kepentingan sendiri.

Cerita mula berubah bila Aki berjaya menangkap satu mesej kod morse yang membawa harapan — sebuah tempat bernama Alta, yang dikatakan selamat daripada gas beracun. Dari situlah perjalanan mereka bermula. Perjalanan yang bukan sekadar mencabar fizikal, tapi juga kepercayaan antara satu sama lain.

Sepanjang cerita, watak-wataknya bagi saya hidup dengan cara tersendiri. Aki yang tenang, Kornia yang setia, Maya yang mencetuskan konflik, dan Adam yang kemunculannya menambah warna dalam kumpulan mereka. Setiap orang ada latar belakang dan emosi yang membuatkan kita faham kenapa mereka bertindak begitu. Kadang-kadang saya geram, kadang rasa simpati, kadang pula terharu.

Apa yang paling saya suka, gaya penceritaan penulis sangat mudah dihadam tapi tetap kuat dari segi emosi. Tak terlalu berat, namun cukup detail sampai saya boleh bayangkan setiap babak seolah-olah sedang menonton filem. Dunia yang digambarkan terasa nyata — jalan kosong, bangunan sunyi, udara yang berbahaya… semuanya memberi suasana yang mendebarkan.

Novel ini juga menyelitkan persoalan tentang kemanusiaan. Bila dunia berada di ambang kehancuran, adakah manusia masih mampu menjaga nilai empati? Atau semuanya akan berubah menjadi kejam demi kelangsungan hidup? Dalam masa yang sama, cerita ini mengingatkan kita tentang pentingnya alam sekitar dan betapa rapuhnya kehidupan manusia jika alam mula “memberontak”. 🌏

Kenapa pembaca perlu baca EVA?
• Tema apocalypse yang jarang diketengahkan dalam novel tempatan.
• Jalan cerita penuh suspense dan survival yang buat kita nak tahu apa jadi seterusnya.
• Watak-watak yang beremosi dan mudah buat pembaca rasa “terikat”.
• Gambaran dunia yang sangat visual — memang senang terbayang dalam kepala.

Cuma kalau nak kata sedikit kekurangan, saya rasa ending dia agak cepat. Masa tengah seronok tenggelam dalam perjalanan mereka, tiba-tiba cerita sampai ke penghujung. Rasa macam nak lagi!

Walau begitu, EVA tetap sebuah naskhah yang unik dan berani. Kalau korang suka kisah survival, dunia pasca-bencana dan konflik manusia dalam situasi ekstrem… novel ini memang patut masuk dalam senarai bacaan.

Pendek kata — tegang, emosional dan penuh persoalan tentang manusia itu sendiri. Recommended! 📚✨
168 reviews2 followers
August 20, 2024
Kalau takde typo, cerita ni memang perfect dh kot? Still a great book tho. Tey Marzuki’s idea is chef kiths 💋
Profile Image for Oteh.
29 reviews1 follower
August 20, 2022
Tiba-tiba satu dunia diancam dengan bencana jerebu gas beracun dan dunia menjadi huru-hara. Mereka perlu cari pelbagai inisiatif untuk teruskan kehidupan. Eva - watak utama yang kehilangan adiknya dan terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya rasa putus asa untuk teruskan hidup, namun semuanya berubah setelah dia bertemu dengan Aki dan Kornia.

Empat tahun berlalu, mereka hidup dalam keadaan begitu. Aki pula berjaya membaiki sebuah radio dan mereka telah menerima kod morse yang menyatakan mereka perlu pergi ke Alta - sebuah tempat yang lebih selamat dan bebas daripada jerebu gas beracun.

Sebuah buku yang mempunyai cara penulisan/gaya bahasa yang berjaya menambat hati saya untuk membaca sehingga penghujung cerita. Pelbagai emosi dapat dirasakan saat saya membaca Eva dan sudah tentu jalan ceritanya seronok dan tidak membosankan (pendapat peribadi ✌🏻☺️).

*Seronok juga kalau ada prequel buku ni. Mungkin dari situ boleh tahu cerita tentang "kewujudan" bandar Alta itu.

**Lebih seronok kalau ada sequel juga 😆 boleh tahu punca jerebu beracun itu + saya nak "screen/story-time" Adam lebih. 😂🌚🙈
Profile Image for Reen.
44 reviews4 followers
February 3, 2023
Cerita yang sangat menarik. Saya sangat meminati cerita tentang dunia apokalips ni.

Kisah ini sarat dengan perasaan kasih sayang antara ahli keluarga meskipun mereka tiada pertalian, sarat dengan kata-kata semangat meskipun mereka hidup dalam keadaan terdesak dan hampir sahaja menamatkan riwayat hidup sendiri kerana tertekan.

Penulisan juga menarik. Jarang jumpa penulis yang menulis baku tapi jalan cerita menarik. Character development juga ditulis dengan baik. Sampaikan ada rasa geram, sedih, kasihan, marah, suka dengan watak-watak tersebut.

Faham jikalau tajuk buku adalah EVA dan penulis hanya fokus kepada POV Eva sahaja. Tetapi saya lebih mengharapkan yang penulis buat POV Adam dan Ken sebagai ketua hunter. Jeff pula disebut tapi watak dia langsung tak menyerlah.

Juga tertanya-tanya, apa sebab hunter ditubuhkan. Apa yang terjadi? Apa perkaitan antara asap perang yang melanda bumi dan kumpulan hunter? Dan siapa yang bertanggungjawab mencipta asap perang ni?

Apa pun, tahniah ke atas kelahiran buku Eva. Saya mengharapkan penulis, menulis lagi cerita yang bertemakan apokalips ni.
Profile Image for Nadhiah Aida.
517 reviews27 followers
November 25, 2024
Tertanya watak Eva, Aki, Kornia, Maya, Adam dan hunters orang apa ye
Cakap BM tapi cakap English
Nama bandar macam kat US atau UK
Tapi ada Taman Alamanda ...
Tetiba teringat Putrajaya ...

Small matters .. yang pasti jalan cerita bes
First time baca buku Try Marzuki
Salute 🫡 !

Cuma ada typo sikit rasa macam .. waduhhh
Sakit gigi kejap ..

Kisah negara dilanda asap perang yang boleh bawa maut kalau terlebih hidu
Jadi padang jarak padang terkukur
Makanan air dah jadi limited ...
Kena cari makanan dan catu
Hmmmm boleh lah terbayang dalam salah satu filem Hollywood ..

Takde part cinta ...
Yes!!!!

Bitter sweet ending rasanya
Hmmm tabah lah nama pun novel
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 2 books12 followers
August 25, 2021
"Whatever happens, good or bad, I forgive myself and set myself free. I am loved and I am at peace."

Itulah afirmasi yang diberikan oleh Aki kepada Eva untuk menenangkan jiwanya yang telah dirobek zaman. bandar Baerney yang diancam dengan jerebu gas beracun menyebabkan Eva kehilangan ahli keluarga termasuk Lilia, adik kesayangannya. Tidak cukup dengan itu, Eva kehilangan Rachel, ahli pasukan atau survivor yang sekian lama hidup di Bandar Baerney yang tercemar.

Dalam kedukaan yang menikam jiwa tiap hari, Eva dan survivor yang lain mendapat mesej morse code iaitu bantuan yang menjanjikan keselamatan, tempat tinggal dan keperluan yang cukup. Dari situ, Eva dan survivor yang sudah dianggap sebagai keluarga terpaksa bersaing dengan kumpulan hunter yang kejam untuk memasuki kota Alta.

Pertama, saya nak puji kulit bukunya yang cantik walaupun warnanya agak terang. Awal-awal lagi saya dah excited membaca sinopsisnya dan genre apocalypse thriller jarang ditemui atau ditulis oleh pengarang di Malaysia. Jalan cerita yang hidup dan membuatkan saya percaya ianya benar-benar terjadi di survival-life. Mungkin penulis banyak buat kajian berkaitannya (tahniah atas usaha sang penulis). Di awal pembacaan saya menghembuskan nafas lega sebab jalan ceritanya yang ringan (risau juga kalau baca bacaan berat. Kena DNF dulu). penerangan yang ditulis oleh penulis juga jelas dan teliti sehingga pembaca dapat membayangkan setiap babak yang ditulis. Termasuklah nama-nama senjata atau alat yang digunakan oleh karakter. Fakta atau auta, saya tolak tepi. Apa yang saya boleh katakan hanyalah 'WOW' ketika membacanya. EVA juga mempunyai unsur kekeluargaan, semangat, sains dan kemanusiaan. Di akhir bacaan, saya dapati beberapa hal baik di dalam karakter utama iaitu mengambil berat dan menghargai seseorang di sekeliling. Eva juga tidak gentar untuk terus berjuang walaupun sudah berada di situasi yang sukar. Satu pengajaran yang mungkin kita tidak sedar di dalam buku ini adalah, penjagaan alam sekitar. Cerita ini sedikit sebanyak dapat membuka minda saya betapa pentingkan alam sekitar. Bayangkan sekiranya kejadian di Bandar Baerney benar-benar terjadi, alangkah sukarnya untuk berteduh, mencari makan dan menghirup oksigen bersih. Bersyukur dan jagalah bumi, ciptaan Ilahi ini.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
99 reviews9 followers
August 11, 2021
"Tak salah kalau nak simpan sikit rasa sedih dalam hati. Tapi, biarkan perasaan tu sampai jadi akar dan mati dalam jiwa, itu yang salah. Kerana suatu saat, bila awak biarkan semua tu berlarutan, semua kebaikan yg tersimpan dalam diri awak akan perlahan-lahan hilang. Dan awak takkan lagi merasa empati" (Adam, Eva 2021: hlmn 144)

'Sangat puas' itu sahaja dua perkataan yg dapat digambarkan setelah selesai menghabiskan karya puan penulis kali ini. Tahniah buat penulis atas penghasilan karya kali ini 👏👏 👏

****dalam keterdesakan dan kegawatan hidup, rasional dan sifat empati manusiawi bisa diragut dan hilang begitu saja. Namun, tidak bagi Eva dan beberapa watak lain yang tidak kurang hebatnya 'Aki, Kornia.

Plot cerita yang bersifat agak fast-paced mendorong aku untuk terus membaca dan membaca untuk tahu kesudahan perjalanan seorang Eva. Adegan-adegan suspen, nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan mainan emosi diadun, diletak dan disusun penulis dengan sangat cantik dan kena pada tempatnya. Bila sampai pengakhiran cerita, aku terus rasa puas dan sama tersenyum dengan Eva setelah mengikuti perjalanan yang berliku. Haha, over di situ.

Akhir kata, teruskan berkarya dan semoga dapat hasilkan karya-karya yang hebat seperit ini lagi puan penulis. Good job 🤗👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
August 20, 2021
Eva bagi aku adalah satu improvement yang sangat berjaya daripada penulis. Kalau sebelum ni aku katakan bahawa Tey merupakan penulis yang kekuatannya pada olahan bahasa, tapi dalam Eva aku nampak perkembangan karakter yang mantap dan juga plot dan kejutan plot berjaya disusun dengan sangat rapi. Tanpa membuang masa, ayuh kita ulas berdasarkan plot dalam cerita Eva.

Awal cerita, kita disajikan dengan pengenalan watak Eva dan dimana segala-galanya mula berlaku. Kawasan tempat tinggal Eva diserang jerebu pelik, lantas jadilah episod paling bersejarah dalam dunia buku ni dimana disebabkan sifat manusia yang pentingkan diri dan panik untuk meneruskan kehidupan, Eva kehilangan adiknya yang sangat dia sayangi. Satu permulaan yang baik dan ringkas untuk memberi pembaca ‘gambaran’ dimana pendirian Eva itu disandarkan sepanjang perjalanan dalam buku ni.

hunger games kiss

description

Bagi aku ini sangat penting, sesi pengenalan ringkas tentang watak utama mampu menerbitkan rasa kebersamaan di hati pembaca terhadap watak utama, and it had been delivered so well and prompt.

Setelah beberapa tahun berlalu, Eva kini mampu menempuhi hidup yang serba mencabar (boleh letak dystopian) dengan ditemani beberapa rakan-rakan yang turut memberi bantuan. Iaitu Aki, Kornia dan Rachel. Namun begitu, Rachel yang sedang sakit kerana terjebak dengan jerebu maka disini bermula lah perkembangan plot bagi cerita ini yang aku pandang sebagai menarik kerana ia menceritakan bukan setakat memperjuangkan harapan untuk hidup malah mengajar betapa pentingnya seseorang manusia itu untuk perlu kekal rasional biar badai yang melanda.

description

Aku rasa sebak seketika kerana Eva digambarkan sebagai seorang yang sangat kuat, tapi dalam satu babak yang mendekat akhir buku, kekuatan Eva tu juga seolah dicabar dek tekanan dunia dan kekejaman manusia. Kehilangan orang yang tersayang merangkap orang yang menjadi tulang belakang untuk meneruskan kehidupan sedikit sebanyak mengegarkan prinsip kehidupan Eva untuk terus menjadi seorang yang kuat. Aku suka babak ni, dia memberi satu kesan yang kekal dalam sanubariku.

description ForEVA

Disepanjang plot juga kita diberi gambaran kehidupan dan tugas isi rumah masing-masing, dan satu persatuan jahat juga diperkenalkan untuk menjadi batu penghalang kepada kehidupan Eva dan rakan-rakan (hidup tanpa halangan kekadang membosankan juga -so throwing a good obstacles is a good idea Tey *wink). Kita juga diperkenalkan dengan watak annoying, watak baik Purnama reincarnation (maybe lah kan, we dont know yet the twist of this character): Adam.

Tapi aku suka plot twist yang penulis sampaikan di bab ke-35, that I-KNEW IT MOMENT...

description

Ceritanya

Aku membaca buku ini benar-benar seperti melihat babak filem, biar plot dia biasa tapi cukup rencah bagi aku. Bacaan aku dipandu dengan lancar, menjadikan setiap helaian senang nak pastikan mana satu imbas semula dan mana satu masa sekarang. Pecahan bab yang pendek juga sangat aku hargai dalam karya Eva ini, senang aku nak berhenti bila-bila masa, tapi disebabkan jalan cerita ini best, dapat juga aku habiskan dalam beberapa jam sekiranya ditotalkan.

Jadi setelah memerhati kualiti naskhah ini aku dapat simpulkan bahawa; buku ni sesuai sekali untuk rujukan memahatkan prinsip watak utama di hati pembaca dan survival (lakukan apa saja asal survive). Logik kebersatuan itu sangat perlu dalam era yang mencabar itu. Bagi aku world building disini belum sampai masanya lagi, maksud aku belum sampai masanya untuk penulis dedahkan secara terperinci, its mean korang kena sayang watak ni dulu itulah penulis letak buku pertama (suka hati jak aku kan tak pasti lagi ni ada sambungan ke tak) khas untuk pembaca kenal main character. Tapi its okay, kalau tak sambung pun buku ni aku rasa cukup rencah dengan plot yang sangat menarik, segala-galanya terbayang depan mata begitu.

Di akhir buku ni ada babak yang meninggalkan seribu pertanyaan, kemas sekali endingnya, seperti melihat cerita The Hunger Game, kena baca baru tahu, maybe aku akan dedahkan teori aku sendiri untuk buku ni di blog, akan update masa ke semasa. Aku suka sangat penulis ni sebab minda dia sangat bijak macam aku, eh. Hehe.

Apapun 5 bintang. Rekomen kepada fast paced, jalan cerita yang membuatkan ia terpampang depan mata dan buku ‘entrée’ kepada world building yang lebih ‘besar’. *winking*

descriptionTahniah Tey, this is my mind after reading Eva. :D
Profile Image for Mini.
53 reviews
December 12, 2025
Rating: 4.3/5 🌟

Satu perkataan untuk novel ni: WOW!

Jarang saya jumpa naskhah tempatan yg berani bawa tema post-apocalyptic sebegini.. dunia yg huru-hara akibat ancaman jerebu gas beracun, di mana manusia bukan saja berperang dengan alam, tapi dengan moral sendiri. Idea penulis di luar kotak ya! 🔥

Kisah bermula dengan Eva, gadis yg sarat trauma selepas kehilangan ahli keluarga depan mata, cuba meneruskan hidup bersama survivor lain dalam persekitaran yg menekan. Harapan mereka bersinar semula bila dapat satu mesej kod morse yg menjanjikan perlindungan di tempat bernama Alta. Tapi nak ke sana bukan senang, mereka bukan saja kena elak gas maut, kena berdepan dengan kekejaman kumpulan Hunter juga.

Watak2 lain seperti Aki, Adam dan Daren memberikan warna yg berbeza.. ada yg jadi pelindung, ada yg memerhati. Maya, contohnya, memang watak yg berjaya mencetuskan emosi saya 😇. Hubungan dan konflik antara mereka inilah yg membuatkan cerita terasa hidup, sekejap rasa sedih, sekejap rasa nak marah, sekejap rasa terharu 😵‍💫.

Gaya penulisan penulis memang kena betul dengan jiwa saya. Bahasanya direct, tak meleret, tapi cukup rencah untuk buat emosi terganggu. Setiap bab terasa dekat, seolah2 saya berada di bahu watak2 ni, melihat dan merasa apa yg mereka hadapi. Olahannya realistik, tapi masih mengekalkan unsur dramatik buat saya 'invested'.

Menariknya, novel ni turut mengangkat persoalan moral dan kemanusiaan.. adakah manusia tetap manusia apabila diuji? Atau akan berubah menjadi makhluk yg hanya tahu bertahan tanpa pedulikan sesiapa? Dan pada masa yg sama, cerita ni mengingatkan tentang betapa pentingnya asas kehidupan iaitu keselamatan, oksigen, tempat tinggal dan kasih sayang.

Cuma... ada satu bahagian yg sedikit mengganggu kepuasan saya, iaitu pengakhirannya (ending).

​Sedang asyik tenggelam dalam penceritaan, tiba2… Eh? Dah habis? Haa, memang rasa tak puas! Tergantung. Saya mengharapkan satu penutup yg lebih 'boom' atau sekurang2nya penjelasan tuntas untuk konflik yg dibina. Rasa macam penulis tinggalkan saya terkebil2 nak tahu apa jadi seterusnya.

​Keseluruhannya, Eva tetap sebuah karya yg sangat berpotensi dan berbaloi untuk dibaca. Cari kelainan dan thrill? novel ni untuk korang! Recommended! 💯

Sekian.
Profile Image for sn_fiq.
164 reviews11 followers
October 10, 2021
3.5 bintang.

Plot agak menarik tapi mungkin lebih menarik kalau ada banyak POV, contoh dari sudut Eva, Aki, hunter & pejuang Alta. Plot sekarang banyak satu POV saja jadi tak dapat nak bayangkan keseluruhan cerita dan latar tempat cerita tu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,537 reviews1 follower
February 25, 2022
Sikap mementingkan diri pasti muncul bila musibah melanda.. Bukan senang nak kekalkan kemanusia di saat dunia huru hara.. Penulis berjaya mewujudkan watak Eva yang melalui kesedihan akibat kehilangan.. Hanyut dalam rasa tak mahu hidup namun selepas bertemu Aki dan Kornia, dia bangkit meneruskan hidup.. Bukan mudah memberi kepercayaan namun Eva tetap membantu mereka yang memerlukan.. sebuah kisah yang sangat menarik..
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
March 1, 2023
Cerita menarik tapi kurang gemar dengan pemilihan pov
Profile Image for Izma Normaizatul.
8 reviews
September 7, 2023
Lepas baca buku ni, membuatkan saya terfikir andai diuji dengan keadaan sedemikian rupa. Adakah saya akan menjadi Maya atau pun Eva. Dengan keadaan yang mendesak mampu ke kita untuk tetap mempertahankan manusiawi atau hanya menjadi orang yang mementingkan diri. Kalau saya di uji macam apa yg Daren lalui tak mustahil untuk saya berubah menjadi Daren.

Sejujurnya buku ni karya ketiga dari Tey Marzuki yang saya baca. Saya puas dalam menyelami setiap cerita yang dihidangkan. Plot cerita, setiap watak dan ending dia. Rasa macam alah kenapa dah habis. Nak lagi tapi nak tau juga ending dia 😂

Eva, mengisahkan manusia yg hidup pada zaman apocalypse. Diuji dengan macam macam perkara. Kena terus berusaha untuk hidup. Saya suka Aki yang mempunyai sifat pelindung. Kuatnya Eva dalam lalu setiap ujian. Geramnya dengan perangai Maya eeiii kalau jumpa depan depan rasa nak tunjal. Haha. Dan Adam jejaka yang misteri dari pasukan bantuan Alta. Cerita ni just nice. Membuatkan saya menitiskan air mata bila Eva down dan hampir bunuh diri 😭. No words just love it!!
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
September 20, 2023
Buku kedua saya baca from Tey Marzuki and I love it! Tak tahu kenapa saya rasa writing style yang ini macam lain daripada Hikayat Suwarga tapi saya sukaa

Tak boleh bayang kalau betul² perkara ni berlaku... Manusia hilang sifat manusiawi mereka...

Tapi, dalam keadaan yang memaksa masih ada yang rasa bertanggungjawab keatas manusia yang lain...
Profile Image for Muhazzam Sharif.
1 review2 followers
December 7, 2022
Tema pasca apokalips menjadi tunjang dalam dunia Eva ini. Sebagai peminat cerita dunia apokalips, saya ada high expectation pada novel ini. Tapi malangnya, saya hanya boleh bagi 3.5 bintang. Kenapa?

Secara personal, saya jelaskan dahulu apa saya suka.
1) Garapan penulisan Tey Marzuki sungguh sedap dibaca. Boleh nampak memiliki laras bahasa yang meluas (dapat jugalah belajar sedikit sebanyak perkataan baru.) Saya yang membaca turut menyelami perasaan watak. Contoh, setiap body language bila sedih, marah, gembira, jatuh hati diterangkan secara terperinci.
2) Paling benci watak Maya. Sangat menjengkelkan. Bermakna watak ini ditulis dengan berkesan sehingga menyebabkan pembaca berasa meluat, rasa nak tampar on the spot je. (Gurau je, kang nanti cakap saya dayus huhu) Perkembangan watak yang menarik sehingga ke hujung cerita. Maya seperti bom jangka masa yang akan meletup dalam kumpulan survivor itu.
3) Unik. Konsep dan tema lah yang menarik minat saya untuk membeli buku ini. Jarang jumpa novel Malaysia yang bertemakan survival apokalips.

Apa yang saya tidak suka? (Mungkin mengandungi spoiler)
1) Dari tajuk buku ini, sudah jelas terpampang bahawa Eva ialah watak utama. Namun, bagi saya watak Eva mendatar sahaja dari awal cerita sampai ke penamat. Konflik yang diberikan kepadanya tidak terlalu berat sehingga dia tidak perlu keluar daripada comfort zone.
2) Antagonis. Mungkin antagonis sepanjang cerita ini hanya Maya? Bagaimana pula ketua kumpulan hunter, Ken? Memang nampak kekejaman hunter itu, tetapi di bahagian klimaks... what? camtu je? Tiba-tiba tamat. Selepas segala neraka yang terjadi pada Eva, Ken dibiar terlepas begitu sahaja? Saya mengharapkan dendam kesumat itu dilunaskan oleh Eva sendiri demi membela kematian keluarganya angkara kekejaman hunter. Tapi...hmmm. Ini adalah punca terbesar kenapa saya tolak 1.5 bintang. Yang jahat, tidak mendapat pengajaran sewajarnya.
3) Ending yang tidak memuaskan cita rasa saya sebagai peminat cerita apokalips. Saya mengharapkan banyak aksi dan thrill tetapi tidak cukup dan ada kalanya tidak logik. Hunter yang dikatakan berkuasa di bandar Baerney, tapi sangat mudah mangsa tawanan membebaskan diri dari kurungan hunter. Sekurang-kurangnya, tunjuk struggle sikit nak bebas, ni cedera pun tak. Paling-paling pun haus je.

OK itu je omelan daripada saya.

Bagi saya, Eva ada potensi sekuel kerana bagi saya, ending masih tergantung. Terima kasih Tey Marzuki. Looking forward for your another book!
Profile Image for Atiqah Ahmad.
214 reviews2 followers
June 20, 2025
Mula² baca rasa macam ada vibe The Mist. There's similarity, but it's a whole different story actually. You know when it comes to survival, heartbreaking yet inspiring.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
November 12, 2022
Jauh bezanya buku ketiga penulisan Tey Marzuki yang saya baca ini berbanding dengan novel Sindrom dan Purnama. Novel ini menjangkau ke masa hadapan ketika berlakunya Perang Dunia yang menjadikan muka bumi ini tidak selamat untuk dihuni.

Manusia hanya bergantung harap pada sìsa bekalan makanan yang hampir habis. Udara segar tidak wujud lagi sehingga topeng gas menjadi pakaian wajib. Keluarga terpisah antara satu sama lain sama ada terpisah hidup atau terpisah mati.

Suram dan menyedihkan.
4 reviews
August 2, 2022
Sarat dgn kehilangan, harapan, kekeluargaan, kepercayaan...
Profile Image for Sna.
43 reviews3 followers
January 5, 2024
📚 Eva
✍️🏻 @teymarzuki

#Tags: Apocalypse, toxic air, survival, hunter, kemanusiaan, kehilangan, pencarian, suicid3

4.5🌟/ 5

____________________________

Pernah imagine tak yg one day korg bangun-bangun je dari tidur, dunia korg dah berubah. Pandang luar rumah je nampak org lain mcm org gila, menggelupur, berbunuhan sini sana. Semuanya demi survival. Ya, itulah terjadi kepada Eva.

Dunianya diancam bencana jerebu gas beracun. Tak dapat bernafas seperti biasa. Kulit badan pun sakit. Alatan elektronik pun terjejas sama. Macam mana nak hidup dalam keadaan macam tu? Bagaimana pula dengan makanan, sumber air? Semuanya menjadi terhad dan menjadi kebimbangan pada setiap masa. Nak hidup kena ada tenaga. 😢

Eva telah kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam bencana tersebut. Dia bertemu dengan Aki dan Kornia. Kumpulan mereka; Survivor yang terdiri daripada Eva, Aki dan Kornia mula bertambah ahli dengan kemunculan Maya, Adam dan Zara.

Yang kuat akan menindas yang lemah, muncullah kumpulan Hunter. Tidak berperikemanusiaan. Sesuai dengan nama kumpulannya. Memburu sesiapa sahaja demi kepentingan survival sendiri.

Bila sumber semakin meruncing, mereka mula diasak untuk keluar daripada kepompong Bandar Barneay. Mencari Bandar Alta yang dikatakan sebuah bandar yang selamat. Pengembaraan yang sangat merbahaya kerana nyawa mereka diancam oleh gas beracun dan kumpulan Hunter yang turut sama ingin ke Alta.

Mampukah mereka mengharungi dunia penuh cabaran itu? Jeng jeng jeng.

_________________________

🙆🏻‍♀️🧒🏻🧓🏻

1. Saya sangat kagum denga sifat kemanusiaan serta tahap kesabaran Eva. Dia memang seorang gadis yang berani

2. Saya menyampah gila dengan Maya. Kedatangannya tak diundang, tak sedar diri yang dirinya sekadar menumpang. Erghh. Padan muka!

3. Saya suka gila dengan Adam. Walaupun berahsia, tapi the act of service serta words of affirmation dia sangat 💯
_________________________

📌 Membaca cerita ni seolah-olah masuk ke dunia Sisyphus + Black Knight punya Kdrama.

Tertanya-tanya bagaimana pengakhiran mereka...

❤️‍🔥 Overall, best! Nak keluar dari bacaan cintan-cintun, this book is for you! Ada babak manis juga ya. Hoho.

Saya suka. 😄
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.