Jump to ratings and reviews
Rate this book

Agus

Rate this book
WANTED

AGUS

aka "MANUSIA YANG DILUPAKAN"

Ganjaran : DIRAHSIAKAN

** tiada sesiapa boleh mengingat dia setiap kali waktu melalui pukul 12 malam tepat.

** jangan diburu ketika hampir pukul 12 tengah malam, peluang untuk dia terlepas sangat besar.

** mungkin tidak berbahaya pada orang awam, tetapi sangat berharga buat sesetengah pihak.

252 pages, ebook

First published June 1, 2021

5 people want to read

About the author

Riley Fizan

8 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 22, 2021
dalam keterbatasan kesibukan dalam uruskan hal harian, akak perlukan sesuatu untuk boost up balik mood membaca yang grafnya mula bergerak ke bawah. dan ebook puan penulis Riley Fizan melintas sangat tepat pada waktunya.

ada enam siri menurut penerangan puan penulis dan berkemungkinan semuanya akan keluar hingga akhir tahun hadapan. moga dipermudahkan. dan akak harap penghujung nanti, siri ini dapat di compile dalam bentuk buku fizikal untuk dijadikan simpanan pembaca.

karya ini sangat ada sesuatu.

agus. mula baca, akak sedikit keliru. kenapa yang bertemu dengannya, tak ingat tentang dirinya menjelang 12 tengah malam. maknanya bila masuk detik hari baru, siapa saja yang pernah berjumpa atau bercakap dengannya akan lupa tentang dirinya. seolah dia tak pernah wujud langsung dalam memori orang yang pernah bertemu atau kenal dengannya.

sesuatu yang sangat pelik.

itulah yang agus alami selama lima tahun. dia hanya bertahan untuk hidup. mengutip tin atau besi sebagai kelangsungan hidup. temannya cuma min, seekor kucing yang sentiasa ada dengan dirinya di bangunan terbiar yang menjadi kediamannya.

cempaka. gadis ini ada hyperthymesia. maknanya cempaka punya ingatan yang sangat luar biasa dan ingat segala peristiwa yang dilalui sepanjang kehidupannya. dan dia bukan seorang pelupa. dia saja satu-satu manusia yang agus jumpa, mampu ingat tentang dirinya. mereka mula berkawan.

dalam masa yang sama, agus mahu mencari penawar dirinya. dia mahu menjalani kehidupan biasanya seperti lima tahun yang lalu. di kala itulah dia berjumpa dengan sebuah kedai lama ketika mencari sebuah majalah bertajuk majalah rastik. majalah yang membawanya pada satu lagi laluan hidup baru.

rupanya, perjalanan dia memang sukar. cempaka yang disangka kawan rupanya punya satu misi. misi yang diset oleh phantom.

tak mahu cerita lebih lanjut sebab cerita ini makin menarik. sangat. teruja sepanjang pembacaan. kehidupan susah senang manusia biasa yang digambarkan. tapi, ada sesuatu. sesuatu di sebalik kebiasaan itu. sesuatu luar biasa yang terpendam dan perlu dibongkar.

dan penceritaan membawa kepada satu lagi watak penting. watak ini bakal muncul dalam ebook kedua. tunggu saja kemunculannya.

anda sendiri... apa reaksi yang mampu anda beri bila bangun pada waktu pagi, kebiasaan anda bertemu titik kosong. anda perlu mulakan sesuatu yang baru.

macam mana?
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
January 10, 2022
Permulaan cerita shj sudah membuatkanku tertarik dan berdebar ingin tahu apa yg sebenarnya. Tetapi jujurnya sampai ke penghujung pun ku tak tahu apa yg terjadi kepada Agus dan She. Mcm mana mereka boleh terjebak dengan Yellow dan bagaimana mereka ingin menghapuskan 'sumpahan' tersebut. Jadi bertabahlah utk bersabar menanti episod² seterusnya sehingga finale.

Cerita kali ini fokus utama adalah Agus. Bagaimana dia struggle utk membina hidup selama 5 tahun kerana tiada sesiapa yg mengingati dirinya bermula pukul 12 mlm. Namun bila Cempaka masih mengingati dirinya, dia berasa mahu tahu bagaimana itu boleh berlaku.

Siasat punya siasat akhirnya Agus mula faham apa yg Cempaka alami, dan kenapa mereka terbabit dlm Phantom. Bagaimana mereka cuba melarikan diri dan berjumpa dgn Norman Purnama utk meminta bantuan. Namun bukan Norman Purnama shj yg mereka jumpa, malah mereka jumpa Shelia si gadis pelik yg berkebolehan luar biasa dlm pendengaran. Dlm tengah teruja tu, aishhh tiba² ada pula word sambungan..Ayomaaaaaa rasa nk meraung sbb dah abis episod Agus. Berjumpa nanti di episod She pula.

Riley Fizan. Anda mmg penulis yg sgt rare dlm bidang penulisan di Malaysia. Saya sangat teruja utk menanti keseluruhan cerita. Apapun tahniah dan bangga kerana wujud juga penulis seperti anda di bumi Malaysia ini👍
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 28, 2021
Sebuah permulaan yang mendebarkan.. Agus seorang lelaki yang dilupakan setiap kali detik 12 malam berlalu.. Tiada siapa yang akan ingat dirinya pada keesokan hari.. Namun perjumpaan Agus dengan Cempaka merubah hidupnya yang kesunyian.. Membawa Agus ke dunia yang tak disangka.. Sebuah novel yang menarik..
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
March 5, 2024
Kalau saya nampak sahaja novel Riley Fizan di kedai buku,saya terus beli tanpa melihat sinopsis belakang,HAHA.

Baiklah, sebenarnya novel AGUS ni dah diterbitkan oleh Penerbit X dengan judul baharu;Projek Phantom: Halimunan.

Agak menarik sebenarnya membaca sebuah karya di mana watak utamanya mengalami sumpahan iaitu setiap orang akan melupakan dirinya setiap kali hari baru tiba,membangkitkan rasa sedih juga dalam diri saya apabila terbayangkan tiada seorang pun di dunia yang ingat akan kita.Well-developed plot!

Naskhah ini juga fast-paced,saya berjaya menyelesaikan pembacaan dalam masa kurang dari 3 jam,memang gaya penceritaan penulis sangat sharp dan dalam satu novel ini,watak utama berjaya 'hop' dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain dengan santai.

Novel ini saya yakin pasti ada sambungan kerana masih banyak rahsia yang belum dirungkaikan.Tentang She,tentang Yellow,tentang organisasi itu.

Projek Phantom: Halimunan mengandungi unsur sai-fai(saya rasa) dan mistik;kombinasi yang menarik.Pendek kata,saya menyukai naskhah ini.

Syabas,penulis!Saya menanti sambungannya.
Profile Image for imiss nana.
18 reviews1 follower
August 11, 2021
tak sesia ku beli. hihi.
best. tak sabar tunggu SHE. good luck author.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.