Jump to ratings and reviews
Rate this book

Husband From Hell

Rate this book
Nanti saya tunjukkan jalan ke SYURGA.

318 pages, ebook

Published July 1, 2021

30 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books85 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (37%)
4 stars
11 (40%)
3 stars
6 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
July 5, 2021
Best. Tak terjangka apa kesudahannya. Mmg plot twist habis. Sikit pon tak rasa bosan baca HFH. Mula2 ingatkan betul lah Tuan Muda tu from hell. Rupa2nya ada yg lagi teruk nerakanya tu. Sungguh tak faham org sebegini. Mengaku sayang tapiiii ermmmm.

Dlm HFH ni kita tak jangka pon siapa yg jahat sebenarnya. Msg2 sembunyikan agenda. Kalau saya jd Lila pon saya akan pening. Dah serupa penyiasat persendirian pulak.

Malikk!!!! Omg. Walau nampak dia tu seakan dingin tetapi bila lama2 tu terserlah sisi sweet nya tu. Alahaiiiii

Apa yg pasti mmg tak rugi beli dan baca. Recommended👍. Suka sangat dgn karya PK kali ini sbb terasa aura kelainannya. Tak percaya, cubalah baca!!!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 30, 2021
puan penulis serasanya semakin kejam. kali ni dengan tajuk pun beri gambaran yang agak menggerunkan. tertahan-tahan hati sepanjang pembacaan. siapa yang nak dipersalahkan ni? huh!

tuan muda lumpuh. lelaki itu yang lila perlu hadap setiap hari. diterima oleh cik puan zainab untuk bekerja sebagai pembantu tuan muda. tapi arahan dari cik puan zainab sendiri sudah menggerunkan, belum lagi arahan dari anak lelakinya itu.

mengenali karya puan penulis, pembaca takkan sewenangnya 'dilepaskan' begitu gembira untuk membaca karya beliau. pasti akan ada sesuatu dibalik sesuatu. yang sangat sukar untuk pembaca tebak. jangan kata baca awal dan hujung, boleh faham cerita. takkan nampak langsung kaitan bab awal dan hujung. tak tau pun adakah benar ada happy ending di penghujung jalan?

setiap watak, hidup dan berjiwa. entah siapa yang menipu, entah siapa yang jujur. masing-masing ada agenda sendiri. menjadi isteri pada suami dari neraka untuk beberapa hari pun buatkan lila payah hendak menarik nafas. oh, lupa. lila ni sendiri punya masalah peribadi. nah... sekarang siapa sebenar dari neraka? siapa yang tarik siapa ke syurga?

cerita ini bukan sekadar kisah dendam. ia juga sebuah kisah betapa ramainya manusia yang berpura-pura dalam hidup ini. entah berpura kerana apa. entah sekadar untuk kepuasan diri atau terpaksa demi helaan nafas.

tapi

yang pasti

usah senang-senang mahu menempah neraka.

walhal harum syurga itu lebih indah!
Profile Image for Iman Nadia.
53 reviews5 followers
February 14, 2022
Karya pertama yang dibaca dari penulis ni. Bagi aku, menarik. Ada scene yang terjangka dan aku pun terkebil-kebil haha. Pandai penulisnya pusing cerita. Kudos!
Profile Image for Truenigma1.
4 reviews
February 6, 2023
Maliik As-Siddiq.

Sedap nama tuan muda Lila ni. Jadi memang padanlah diberi gelaran ‘daripada neraka’ tu.

Lila digajikan oleh ibu tuan muda sebagai pembantu peribadi tuan muda yg berkerusi roda dek kerana kecelakaan yang telah mengorbankan nyawa ayahnya pada masa yang sama.

Lila juga dah kehilangan ayah. Hidupnya jadi makin susah sebab nenek & mak saudara yang sumpahla..sangat toxic.

Tuan muda & Lila akhirnya decided utk berkahwin for their own benefits. Kiranya kahwin kontraklah senang cerita.

Banyak kisah gelap yg menjadi rahsia keluarga tuan muda ni.  Misteri yang berkait kait tapi diselesaikan dengan smooth. Terkejut jugak bila dapat tahu siapa dalang & motif dlm semua yg terjadi.

Pengajaran yg paling best ialah betapa pentingnya moral support & hubungan keluarga yang jujur. Jiwa yang toxic boleh membunuh jiwa yang lain kalau tak kuat.

Book1/12
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 25, 2022
[eBOOK 207]

Husband From Hell by Pena Kayu.
.

Gila sedap buku ni!
.

hahaa..mungkin korang rasa aku biased. Tapi nak buat macam mana, aku pantang nampak buku PK, mesti gatal tangan nak baca. So, untuk yang dah terjebak ngan buku PK, wajib baca ebook ni. Yang belum terjebak, mohon slowly baca la salah satu bukunya. (To be honest, mungkin lebih kurang 10 tahun lepas, aku antara yang kurang suka dengan olahannya. Sampaikan aku tekad yang aku tak nak dah beli bukunya. Tapi aku tarik balik tekad aku tu. Sebab nampak perubahannya ke arah lebih bagus, walaupun beliau self-published je bukunya. Maksudnya, walaupun self-published, tapi kualiti setanding buku under publishers)
.

Tuan Muda dan Heaven Private Estate merupakan nightmare kepada penduduk kampung. Katanya, Tuan Muda tersebut dari neraka. Segala benda buruk, berasal daripada Tuan Muda.
.

Lila pulak terdesak perlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya. Disebabkan itu, dia setuju untuk bekerja menjaga tuan muda yang lumpuh, walaupun pelbagai desas desus yang dia dengar.
.

"Macam yang tertulis di dalam kontrak itu, apa yang awak dengar dan nampak dalam rumah, kekal dalam rumah ni. Saya tak nak orang luar tahu. Terutamanya yang berkaitan dengan Tuan Muda."
.

"Jangan buat saya kecewa. Jangan buat Tuan Muda susah. Dan jangan susahkan saya. Saya boleh bagi awak terang, saya pun boleh beri awak kegelapan."
.

Mulanya, Lila hanya menjaga kebajikan Tuan Muda. Tapi kerana duit, Lila menjadi isteri Tuan Muda.
.

Dan selepas itu, Lila sentiasa di belakang Tuan Muda walaupun dikatakan Tuan Muda telah membunuh Amani dan mayat Amani masih hilang. Dan muncul jugak watak beberapa orang yang mencurigakan. Serta keluarga Tuan Muda yang tidak seindah dibayangkan.
.

So, aku baca buku ni dengan hati yang berdebar. Siapa sebenarnya yang menjadi dalang kepada kehilangan Amani dan apakah puncanya? Setiap yang aku teka, semua salah. hahaha
.

Oh ya, aku mengharapkan agar lebih banyak scene Tuan Muda dan Lila. Dan patutlah Tuan Muda tak kisah dipanggil Tuan Muda from hell, sebabnya namanya Maliik. Malik kan penjaga pintu neraka. hahaha..kreatif sungguh la.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 24, 2025
Saya beli ebook ini pada tahun 2021 semasa Covid. Jangan terkejut jika nama hero cuma keluar di epilog.
Mengisahkan Lila yang diambil bekerja oleh Cik Puan Zainab sebagai pembantu peribadi pada tuan muda yang lumpuh. Lila perlukan duit untuk bayar hutang nenda dan juga rawatan mamanya yang sedang sakit.
Tuan muda tahu kelemahan Lila yang perlukan duit. Kata tuan muda dia perlukan seorang isteri dan semua hutang nenda Lila akan dia selesaikan.
Cik Puan Zainab pula ada terma dan syaratnya juga untuk Lila. Cik puan kata Lila lebih sesuai dengan tuan muda dari Amani. Tuan muda terlalu taksub dengan kekasihnya sebab itu cik puan bantah hubungan mereka berdua.
Kalau Lila jadi menantu Cik Puan Zainab, Lila dah tak perlu risau tentang rawatan perubatan mama Lila kerana cik puan akan tanggung semuanya. Anak dengan mak sama saja. Dua-dua buat Lila sakit kepala.
Keseluruhan jalan cerita yang bagus, lain dari lain, jauh sekali cliche. Banyak perkara tak dijangka berlaku dalam kehidupan watak-watak Lila Abdul Halim, Amani, Maliik As-Siddiq, Ridhwan dan Cik Puan Zainab.
Tetapi garapan dan bahasa agak meleret-leret, susah untuk faham apa yang cuba penulis nak sampaikan pada pembaca. Topiknya satu tapi penerangannya sampai berjela agak membosankan.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.