Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aphonic

Rate this book
Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan.

Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang.

Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan.

Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.

 Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.
 Silent Killer… penjahat VS penjahat.
 Silent Killer… umpama meletak nyawa di hujung tanduk.

Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu?

“Aku dah kata, aku tak nak terlibat.”- SAM

"Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA

"Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY

Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu.

Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa… kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana.

Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati?

Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri?

Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi?

Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis.

420 pages, Paperback

First published April 1, 2021

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Hyun Yunzz

9 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (31%)
4 stars
8 (22%)
3 stars
9 (25%)
2 stars
5 (14%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 11, 2021
Pertamanya, tahniah penulis atas kelahiran baby A. Aku dah lama aim novel ni, sejak FP update teaser. Tapi aku hold sebab bajet sangat limited. Nak beli novel ni pon berperang, siap buat ques dekat story
.

Aku nak bagitau korang yang dalam novel ni terlalu ramai watak2. Dan terlalu banyak nama kumpulan. Sampai kadang2 aku sendiri tertukar
.

Ada 3 watak utama dalam novel ni. Sam, Lissa dan Roxy. Masing2 membawa peranan yang sangat penting dalam novel ni. Ketiga2 wanita ini mempunyai tahap keberanian yang sangat tinggi dan luar biasa. Berlawan, membunuh itu mainan mereka
.

Cuma, aku agak lost kisah utama novel ni. Sebab aku jadi pening. Watak mana yang baik dan watak mana yang jahat. Terlalu ramai watak jahat. Satu pesanan aku, jangan percaya pd satu2 watak tu. Pada awalnya mereka nampak baik. Hakikatnya mereka pengkhianat. Dan ada pada awalnya kelihatan jahat tapi sebaliknya. Nak tau siapa benar, siapa baik, siapa pengkhianat, korang perlu habiskan pembacaan. Dan korang akan dapat jawapannya
.

Bagi aku, novel ni ade sikit la ala2 movie divergent . Berkaitan dengan kumpulan kan. Mereka sanggup berbunuhan. Ada yang menjadi pengkhianat dalam golongan mereka. Aku jarang2 tonton movie english. Jadi aku tak berapa tau sangat
.

Overall, penulis sangat berbakat. Cuma untuk faktor umur seperti aku, agak bermasalah untuk mengingati nama2 watak dan kumpulan yang terlalu ramai
.

Tahniah penulis. Semoga terus maju dalam penulisan. Semoga dapat menghasilkan karya2 yg lebih hebat
.
Profile Image for Glow.
82 reviews
July 21, 2023
Action penulis ni best. Aku boleh rasa aura pertarungan tu bila babak action tu diketengahkan. Tapi dari segi plot dan hala tuju cerita agak kureng sebenarnya. Banyak kali rasa lost waktu baca. Watak ramai gila tapi entah kenapa kewujudan watak yang ramai buat cerita ni makin serabut. Aku ok dengan watak ramai cuma adakalanya kalau cara mengolah/menyusun watak tu kurang kemas, memang akan bikin aku peninglah senang cerita. Maaf author.

To editor :

Sebelum terlupa... dalam ni juga ada beberapa masalah kualiti spt typo dan etc. Editor, tolong baiki ya 🙂 Jangan menonong je baca manuskrip dan bersikap sambalewa.

Apapun harap dapat diperbaiki untuk next karya dan moga maju jaya penulis!
Author 7 books27 followers
March 10, 2022
Pertama-tama tahniah untuk kelahiran novel sulung ini. Aphonic ada tiga bahagian (Sam-Lissa-Roxy). Bahagian 1 pendek je. Bahagian 2 aku banyak lost sebab banyak sangat watak dan kumpulan. Twist pun banyak tapi Aku suka twist dalam bahagian ni, menjadi. Bahagian 3 pulak, yup, Aku tak boleh tipu Aku paling suka watak Roxy yang selamba berbanding Lissa dan Sam. Gaya penulisan di bahagian 3 ni nampak lebih tersusun dan jelas. Love it. Tahniah penulis. Moga terus sukses👏❤️
Profile Image for Mariam Niza.
18 reviews1 follower
November 18, 2022
Tahniah buat penulis dapat hasilkan Aphonic ni. Yam tahu usaha penulis nak hasilkan sebuah karya bukan sikit. Masa, tenaga dan banyak lagilah penulis guna utk hasilkan karya yang terbaik.

Dari sudut hati yang paling dalam, Yam minta maaf sangat2 Yam tak dapat nak baca karya Aphonic ni sampai habis. Yam suka action/thrill tapi kalau melibatkan gengster, Yam surrender. Tak kena dengan jiwa.

Yam beli sbb cover Aphonic menarik perhatian. Expectation Yam novel ni mengenai hero2 wanita. Masa baca blurb dekat belakang langsung tak terfikir pasal gengster sbb takde mention.

Awal2 baca tu okay, tapi bila terlalu banyak watak, nama geng dan lain2 yg Yam tak ingat auto pening ea. Yam gigihkan nak baca sampai habis tapi tak mampu. Dapat baca separuh je. Masa baca Yam auto teringat cerita bini2ku gengster🙈.

Maaf sangat2 ye. Semoga awak terus hasilkan buku terbaik dan tak giveup.
Profile Image for mothgoth.
12 reviews
November 12, 2024
rating : 3/5

Aphonic karya Hyun Yunzz mengisahkan perjalanan pembunuh upahan versi remaja. Di dalam novel ini, terdapat tiga bahagian yang didominasi oleh tiga watak ini iaitu Sam, Lissa dan Roxy. Bahagian pertama agak pendek dan cepat. Bahagian kedua pula agak panjang dan berbelit kerana diselitkan banyak plot twist. Bahagian terakhir ialah kemuncaknya dan amat menarik.

1. Cover novel ini amat menarik perhatianku. Awalnya, aku kira novel ini bergenre fantasi rupanya thriller. As the old saying, don't judge the book by it's cover.

2. Watak terlalu ramai dan kadang-kadang aku lost untuk mengingati gerangan watak tersebut. Watak yang paling menonjol sudah tentunya Roxy, gadis gila pencinta lelaki kacak. Aku memang tak boleh brain macam mana another Sam boleh jatuh cinta pada musuh sendiri. Roxy oh Roxy! Vibe dia ini mengingatkanku pada Harley Quinn.

3. Plot memang luar biasa. Pertama kali, aku baca novel dengan plot seperti ini. Mindblowing!

4. Penulisan santai tetapi penulis berjaya menggambarkan aksi berlawan dengan baik. Aku boleh mencerna dan membayangkan setiap aksi itu bernyawa di dalam otak. Salute kepada penulis!

5. Ending yang memang kusukai. Everyone happy, everybody be happy. Happy happy!
4 reviews
March 9, 2022
4.8
bismillah , ini kali pertama saya untuk membuat review sepanjang ini , minta maaf sekiranya review saya ini menguris hati penulis , maaf sekali lagi

Aphonic by hyun yunzz , pada mula nya ragu ragu untuk membaca kerana sinopsis yang agak membingungkan saya tapi di sebab kan tbr yang menunggu turn saya laksanakan juga tugas sebagai pembaca. pada awalnya saya tidak berapa gemar tentang novel ini , seperti biasa sahaja plotnya vibe vibe wattpad , tapi setelah selesai menjelajah beberapa bab , tak silap saya bab 5 , saya sudah mula suka kan cerita ini , dan terus menerus untuk membaca nya sampai tak tidur ya !! HAHAHHA

4.8 sahaja disebabkan saya menangis teruk sebab character kesayangan saya mati iaitu daniel!! manakala ash membuat fakedeath !! teruk menangis selepas tahu amanda menikam ash , tapi selepas bab keberapa yang mengatakan ash belum mati , saya sangat bersyukur HAHAHAH


"aku juga kehilangan kawan aku.daniel."
"dan..daniel dah mati??"
"dia dibunuh oleh kawan nya sendiri , neiji"


itu sahaja daripada saya, bagi saya novel ini terselit juga beberapa pengajaran seperti membalas budi ig hehe thats all goodjob author!! bestttt
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 11, 2024
My thoughts?

1. First of all, I like the idea of this book. Persengketaan antara sekolah-sekolah assasin kau hadoo. Storyline dia sangatlah interesting cuma agak poorly executed. Dia buat aku susah nak faham. Aku lost bila plot dia asyik bertukar.

2. Aku sebenarnya confuse siapa hero dan siapa villain cerita ni 😂 dia macam tak ada male dan female lead. Tapi aku buat keputusan sendiri aku anggap Sam female lead dan Ash male lead. Lissa dan Adem second lead 😆

3. Buku ni tersangatlah banyak watak. Aku sampai tak mampu nak catch up. Towards the end pun keluar lagi watak baru, Roxy who?

4. Banyak watak yang mati hidup balik which is so confusing. 

5. Sepanjang pembacaan aku tak pasti pun apa konflik yang sebenarnya. Who's the good guy? who's the bad guy? Aku bodoh ke 🥲

6. One thing yang aku suka pasal buku ni watak-watak perempuan dia semua badass.

6. Ni buku kedua yang aku baca hasil karya penulis. Buku first yang aku baca ialah The Secret Player. I like that one much much better.
Profile Image for J.Adam.
15 reviews2 followers
July 30, 2021
Walau ini karya pertamanya, saya yakin, bakatnya mampu digilap lagi. Tidak mengecewakan.
Profile Image for Natasha Irina.
30 reviews1 follower
February 6, 2022
First nak beli sbb tengok book review orang, & bila nampak dia mention Aphonic ni mcm movie divergent..terus grab! Sbb nak taw mcm mana negara kita blh ada pecahan group mcm tu.

RUPANYA TAK!
It's totally about group penjahat, specifically Assasins / pembunuh upahan !

Bapak best hahahah

Chapter i & ii...
Baca buku ni kena buat mind map sbb banyak sgt kaitan dgn groups yg ada 😂 Mestilah banyak scene terkejut & plot twists kan? Be like..'sape yg belot sebenarnya ni?!' & 'sape yg betul2 baik dlm cite ni?!' padahal semua org jahat 🤣
So far dua chapter dah dpt faham dah ☺️😌

Chapter iii.
Chapter ni sumpah x terpikior ! lg2 character Roxy yg dah bbrp kali org "WTH?!" ARE YOU SERIOUS SHE IS SILENT KILLER? THE NEXT SAM?! x mcm Sam langsung!
Mmg akk pun terikut yg lain geleng kepala tgk perangai gila dia 🤦🏻‍♀️🤣
Tp dalam GILA si Roxy, she knew what she's going to do. She knows how to be serious.

Lps tu kan..bkn ke akhir chapter ii Ash dgn Lissa mati kena tembak? Diorang pun termasuk dlm fake death / Sam's Secret Group jgk la eh? Tetiba hidup lg. Ke mmg real-life assasins suka palsukan kematian diorg?

Dialog diaa! 🤣🤣 Ok i admit zaman kita skrg...x kesah la bdk sekolah ke 20-30 thn ke sangat relate dgn penggunaan bahasa dalam Aphonic ni..tp jgn campoqq bahasa kejap melayu kejap english kejap penang 😅

Akk mcm Cassie ,Lissa dgn Valentina yg x faham bhs apa si Roxy ni ckp..nasib baik character lain punya part semua matang.

Teguran jujur utk next book:
Kurangkan sikit typo awak tau.. 💪🏻 Kat chapter iii banyak sgt typo mcm nak habiskan cepat cerita psl Roxy & Crawford.

Congrats for your 1st book !

Ooo lupa! APHONIC reminds me of kdrama Bad Guys. Polis kumpulkan org2 jahat utk tolong diorg selesaikan kes berat. Yg sama mcm divergent, groups & schools of assasins: Silent Killer (my fav) , Felyx, The Assasins, BlackKiller. Weh, The Royal Family yg kat Jepun tu dtg celah mana plk? 🤔😳
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.