Kata walid, "Rasa cinta boleh dipupuk dan walid yakin Bibah mampu jadi isteri yang baik."
Hubungan yang awalnya bermula daripada orang gaji dan tuan muda akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.
Hadeed cuba bahagiakan Habibah. Mereka sama-sama cuba menerima dan memberi.
Segalanya berubah tatkala Zura datang menuntut Hadeed. Katanya, Pak Syeikh itu miliknya.
Maka Habibah kena bekerja keras untuk pertahankan rumahtangganya.
Pak Syeikh ini miliknya dan akan dijaga rumahtangga mereka hingga ke syurga walaupun rumahtangga yang dibina ini bukan atas dasar cinta. Malah dugaan yang datang melanda akan ditempuh sehabis baik.
"Awak nampak seksi." HABIBAH
Pujian si isteri buatkan Hadeed sentiasa menjaga aurat. Walaupun antara suami isteri tiada batas aurat.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?" HADEED
"Tak ada sebab." HABIBAH
Lagi sekali Hadeed pucat. Isterinya sungguh menakutkan. Ini ke perempuan yang awalnya malu-malu hari tu? Atau ini jelmaan wanita lain?
Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna tetapi bila kita dapat menerima pasangan dengan sempurna.
bibah... bibah... yang tak nak tulah yang makin dekat. konon seram dengan hadeed, last-last kerja dengan emak orang tu juga.
mata tu haiipp!! kihkih. tapi bagus bibah ni. mendengar kata walaupun suka sangat berangan. elok je dia kerja dengan hajah norliza. wanita itu pun baik sangat melayan habibah.
zura, kawan bibah memang suka gila pada hadeed, siap suruh bibah ambikkan gambar curi-curi. lepas tu suka sangat kenen abang dia dengan zafril. zafril ni baran. mulut memamg patut sumbat dengan selipar. manalah bibah nak.
tuptup, mereka berdua kena tangkap basah. memang tengah basah sebab kena timpa hujan. sebab tak nak orang kampung kecoh, bibah dikahwinkan dengan hadeed. puan nafsah kecewa. bibah pun sama kerana emak tersayang tak percayakan dirinya.
jahat kan watak yang rancang konflik tu, puan penulis Mum Linz? kesian kat bibah bila puan nafsah tak nak percaya pada anak sendiri. watak jahat ni ada dua yang ketara. zafril dan pak jalal. seorang lagi watak tak disangka. zura ni setakat manja-manja je sebab dia ni pun mangsa sebenarnya.
jodoh, kan? boleh dirancang tapi bukan boleh ditolak-tolak kalau dah itu yang ketetapan.
makhluk paling seksi pun punya hati. jatuh cinta berkali-kali. untunglahh... kihkih...
Cerita yg santai dan simple. Sesuai utk release stress. Tiada langau yg jahat. Ala2 je yg ada. Konflik pon smooth je. Tak ada pon nak rasa sakit hati.
Kisah tentang Habibah yg menjadi pembantu rumah di rumah Sheikh Hadeed utk membantu ibunya bg meringankan beban. Habibah yg menjadi intaian Pak Jalal dan juga Zafril.
Atas hasad dengki dan cemburu, Habibah dan Hadeed ditangkap khalwat. Puas Habibah menjelaskan hal sebenar pada ibunya tetapi tetap diragui.
Bagus Habibah dan Hadeed ni. Walau tiada cinta, mereka berusaha utk rumahtangga yg baru dibina sehingga akhirnya mereka jatuh cinta dan akhirnya segala fitnah terlerai sudah.
Ebook Kombo Gila-Gila karya Mum Linz, Mell Mariann dan Cik Bawang saya beli pada tahun 2021 semasa Covid. Walau ebook nipis dengan 261 muka surat, tajuk Mr Beardy Man karya Mum Linz ini sesuai dengan jalan cerita. Mengisahkan Ainul Habibah yang ada ijazah tapi tidak bekerja, duduk diam di rumah saja. Puan Nafsah, mak Bibah tidak mahu dia tolong meniaga di warung, khuatir Pak Jalal selalu menempel bila ada Bibah. Selalu ajak Bibah kahwin padahal Pak Jalal dah ada dua bini dan anak berderet. Zafril, abang Zura pun sukakan Bibah tapi Bibah dah anggap Zafril macam abangnya. Sikap Zafril yang cepat baran itu lagilah Bibah tak berkenan nak buat suami. Apabila Haji Syeikh Zakir dan Hajah Norliza minta Syeikh Hadeed dapatkan Habibah kerja di banglo mereka, Hadeed pun hairan. Mereka dah ada Cik Ani tapi kenapa nak ada satu lagi pembantu. Tapi Hadeed ikutkan juga permintaan umi dan walidnya. Zura, kawan baik Bibah gembira Bibah dapat kerja di banglo keluarga Hadeed. Zura yang dalam diam sukakan Hadeed minta Bibah tolong petik gambar Hadeed untuknya. Nasib tidak menyebelahi Hadeed dan Habibah apabila mereka ditangkap basah semasa Hadeed berhenti tepi jalan untuk tukar tayar kereta yang pancit. Keseluruhan jalan cerita simple dengan garapan dan olahan yang mudah faham. Bab Hadeed dan Bibah agak lucu gelagat mereka. Tapi saya paling suka watak Hajah Norliza dan Haji Zakir sebagai mentua yang baik, sangat memahami walau Habibah hanya perempuan kampung.