Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.
Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.
Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik- beradiknya.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran. Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan.
Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Mengambil ibrah daripada kisah-kisah Nabi yang telah terakam di dalam Al-Quran dan memfokuskan kepada aspek pembinaan keluarga merupakan usaha yg wajar dipuji.
Membacanya seakan-akan anda bermain dengan emosi, ada ketika air mata mengalir tanpa sedar, ada ketika bibir menguntum senyum apabila gambaran kejadian jelas bermain diminda.
Subhanallah di atas kurniaan Allah terhadap bakat yang dikurniakan kepada penulis ini mampu menyentak dan mencuit hati si pembaca. Walapun secara keseluruhannya berkenaan pembinaan keluarga namun apa yang paling terkesan di hati apabila penulis membicarakan figura seorang bapa. Membuatkan hati bertambah rindu kepada ayahanda @mohamadkamilhj yang lebih 3 bulan tidak bersua wajah, hanya bertemu disebalik screen sahaja.
Menelusuri semula kisah Nabi Yaakub dan anakanda yang begitu disayanginya Nabi Yusuf. Bagaimana sang bapa menyantuni anaknya, berdepan dengan anak2 yang lain yang telah membuat onar, berhadapan dengan kehilangan anak tersayang selama 40 tahun dan kebergantungan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah s.w.t. Masih adakah kualiti sebegini dikalangan kita pada hari ini? Ibu bapa yang sudi meminjamkan telinga mandengar aduan si anak, memahami masalah mereka dan menahan diri daripada mengucapkan kata2 yg boleh membunuh karektar si anak.
Berbaliklah kepada peranan kita dimuka bumi ini. Memetik sabda Rasulullah s.a.w "Ketahuilah setiap kalian ialah pemimpin, dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yg dipimpinnya. Seorang pemimpin yg memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarganya,dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya,dan dia bertanggungjawab atas mereka semua,seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya,dan dia bertaggungjawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepimpinannya."
Secara asasnya buku ini adalah berkenaan parenting. Nampak tidak tebal tapi sangat padat dengan isi2 yang sangat mantap mashaAllah.
Salah satu perkara asas tetapi penting yang perlu ditekankan setiap orang yang telah/bakal bergelar ibu bapa, sebelum mendidik anak, kita perlu mendidik diri kita dahulu. Kerana satu hari nanti diri kita juga yang akan menjadi role model kepada anak2.
Yang saya suka tentang karya2 penulis, salah satunya adalah beliau sering menekankan, kisah2 dalam Al-Quran ini yang penting untuk kita fokus adalah ibrahnya, bukan sejarahnya.
Terima kasih ustaz atas karya2 tafsir & tadabbur kisah dari Al-Quran ini. Banyak membantu orang2 awam seperti kami untuk lebih dekat dan ada 'rasa' dengan Al-Quran. Wallahua'lam.
Peranan seorang ayah di dalam rumahtangga sangat penting,oleh itu banyak pengajaran peranan ayah bilamana Allah ceritakan perihal para nabi di dalam Al-Quran.Moga2 menjadi pedoman buat diri yang membaca dan kita semua.
Jika buku ini ditulis oleh seorang wanita atau mana-mana figura intelektual yang memperjuangkan hak wanita, pasti si penulis sudah dilabel "feminis" atau disindir sinis sebagai "alah, semua salah lelaki! semua lelaki nak kena hadap!" 😁
Tapi, sebab... ✨Buku ini ditulis oleh seorang figura yang fasih dengan ilmu al-quran dan hadis. ✨Buku ini ditulis oleh seorang lelaki yang disandarkan gelaran Ustaz di atas kredibiliti ilmunya. ✨Buku ini ditulis oleh seorang ayah kepada 3 cahaya mata dan seorang suami kepada isteri yang bukan calang-calang intelektualnya.
Maka, yang kita perlu buat ialah berlapang dada. Belajar untuk "unlearn" dan "relearn" ketika memperolehi ilmu-ilmu baru dan ketika dikurniakan rasa "oh, begini rupanya, begitu ceritanya..."
Dalam hidup ni, larilah sejauh mana, putarlah sebelit mana– kita akan kembali akur bahawa kisah-kisah para anbiya' yang Allah telah maktubkan penceritaannya dalam al-Quran adalah sebaik-baik kisah untuk kita rujuk, faham dan dimanifestasikan.
Ilmu kekeluargaan ni bukan sahaja merujuk kepada mereka yang bergelar ibu dan bapa, tapi ia menyeluruh merujuk kepada semua yang beriman untuk tahu dan peduli kerana kita semua mempunyai keluarga termasuklah mereka yang yatim piatu.
Ustaz Syaari membawa kita menyelami kisah-kisah dalam Al-Quran yang berkaitan dengan perhubungan kekeluargaan; baik dari kisah Anbiya, orang-orang soleh juga kisah mereka yang ingkar.
Sebagai seorang bapa, saya sangat menghargi setiap pencerahan yang dibuat oleh Ustaz khususnya pada kisah yang berkaitan dengan hubungan bapa dengan anak. Antara naratif baru dari kisah-kisah keluarga dalam Al-Quran yang saya temukan adalah;
1) Didikan Nabi Adam terhadap anak-anaknya. 2) Bagaimana Nabi Yaakub berhadapan dengan kenakalan/kemungkaran anak-anak. 3) Teladan Nabi Ibrahim yang diidolakan anaknya Nabi Ismail.
Melalui buku ini, penulis membicarakan mengenai tema kekeluargaan yang terdapat dalam Al-Quran dengan melihat terhadap watak-watak ayah disebutkan di dalamnya seperti panduan meleraikan konflik berdasarkan kisah anak Nabi Adam: Habil & Qabil, didikan Nabi Yaakub terhadap 12 orang anaknya, cara seorang ayah menjadi idola kepada anaknya persis Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail, kisah kesabaran Nabi Zakaria mendapatkan anak sehingga usia tua, didikan Luqman Al-Hakim kepada anaknya, ketabahan Nabi Ayyub menghadapi musibah kehilangan keluarga dan karakter keluarga ahli syurga yang dibocorkan dalam Al-Quran.
Buku yang padat dan sesuai untuk dibaca mereka yang menggalas peranan 'seseorang' dalam keluarga, bukan buku keibubapaan semata. Ayah atau ibu, anda seorang isteri atau suami yang baru berkahwin, anda anak atau adik beradik, semua sesuai.
Banyak cerita cerita dari Al-Quran yang dikupas untuk panduan membina sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat.
Isi terakhir di buku ini menceritakan cerita keluarga yang bahagia nanti di Syurga, tentu yang membaca akan jatuh cinta dengan Syurga dan bercita-cita menjadi keluarga yang bahagia bersama di Syurga nanti <3
Saya rasa setiap keluarga wajib membaca buku ini dalam kita meneladani keluarga2 yang Allah redha. Banyak sangat input dalam buku ini untuk diaplikasikan dalam keluarga kita. Contoh : Bagaimana Luqman berbicara dengan anaknya. Intonasi, komunikasi kesemuanya diterangkan dalam Al-Quran melalui buku ini. Saya akan ulang baca untuk kali kedua kerana banyak sangat mutiara yang boleh kita amalkan. Goodjob ustaz Syaari. My idol in Tadabbur Quran.
Buku ni tekankan peranan bapa dalam keluarga. Menarik utk dibaca wanita, supaya lebih mudah faham tanggungjawab suami, dan bantu wujudkan rumah tangga yang dilimpahi rahmah.
Bahasa yang diguna penulis mudah difahami. Alhamdulillah untuk kisah Sarah yang melengkapkan buku yg majoriti karakternya lelaki. Sesuai untuk bacaan semua. Baik yang dah berkeluarga dan bujang, untuk self improvement.
A very good reference for anyone before getting into/in marriage. I have family problem and dont know how to solve it, and stumbled upon this book. Helps me to see what went wrong in my family and where to start fixing it.
Hari tu Khadijah beli buku Ustaz Syaari Ab Rahman "Perempuan yang Baik-Baik dalam Al-Quran". Memang berbaloi sangat beli dan baca. Target dalam 'wishlist' nak beli " Lelaki yang Hebat-Hebat dalam Al-Quran" dan buku ni.
Untuk yang tak tahu nak hadiahkan sesuatu pada pasangan pengantin baru, boleh belikan buku ini. Kita selalu doakan agar pasangan pengantin baru dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Fahami sakinah, mawaddah dan rahmah dari buku ini. 👍🏻
Yang belum berkahwin atau dah berkahwin pun sangat digalakkan baca buku ni sebab pengisiannya menyentuh setiap aspek dalam kehidupan. Bahkan, tiap dari kita pun tergolong dalam institusi kekeluargaan.
Buku Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran membincangkan bagaimana kebahagiaan dalam keluarga tidak bermaksud tiada masalah. Bahagia hadir apabila ibu bapa, seperti Nabi Nuh AS, tidak berputus asa dalam mendidik anak-anak walaupun ada yang tidak mendengar kata. Konflik antara suami isteri juga adalah biasa, tetapi kebahagiaan datang apabila pasangan berusaha bersama untuk mengatasi masalah dengan sabar, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya. Ustaz Syaari membawa pembaca menyelami kisah-kisah keluarga dalam al-Quran dan mengingatkan bahawa tiada keluarga yang sempurna, dan penting untuk terus menyayangi walaupun menghadapi cabaran.